Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 30 November 2009

Mandi manda kat Templer Park

Dah lama tak update blog ni..... kebelakangan ni buzy memanjang.

Hari ni nak cerita tentang dua orang insan kesayangan mama ni pergi mandi manda kat templer park ngan Makcik mereka... kebetulan pada hari tu hari jadi Cik Ana.. Mama masa tu seperti biasa kerja, camtu jugak la ngan baba dia, nasib baik lah Cik Ana ni single lagi so dapatlah diorang bermanja ngan makcik diorang..


Cik Ana bawa mereka kat sana dengan menaiki bas, pastu menapak la naik kat Air terjun, Acaf Steady jer jalan kaki tapi Orkid kena lah diorang dukung... tapi kadang2 kawan Cik Anak dukung Acaf juga kesian tengok dia berjalan kaki. Mama tak dapat bayangkan tempat tu sebab mama pun tak pernah sampai lagi hehehehe.....





ambil gambar kenagan dalam bas...





Dua orang ni housemate Cik Ana




Diorang ni kalau bawak pergi mandi manda memang diorang suka



Diorang ni dengar ceramah agaknya......


Peace..!!!!!



Dua beradik ni pandai bawa diri so Cik Ana tak rasa susah sangat nak jaga diorang.

Kalau ada kelapangan teringan jugak mama nak bawa diorang pergi lagi, seronok dengar Acaf bercerita.... dalam gambar mama tengokpun macam best juga. InsyaAllah pasti kita akan kesana lagi.

JALAN - JALAN HUJUNG MINGGU

Semalam maktok cakap Acaf mengeluh mama asyik kerja jer. Pernah juga Acaf tak bagi mama kerja. Yelah awal pagi mama keluar kerja Acaf tengah mamai, bila malam mama balik Acaf lak dah mengantuk. Cuti hujung minggu pun kadang2 mama kerja.


Ikutkan hati memang la nak bersama anak2 tapi kalau tak kerja camner nak hidup. Sebab tu kalau ada peluang memang kami keluar jalan-jalan je. Acaf selalu ajak kami tengok wayang. yelah budak2 ni suka ikut apa yang kawan dia buat. Kawan Acaf selalu beritahu Acaf seronok tengok wayang. Setiap hari ajak mama tengok wayang.


Si kecik ni kerjanyer menyepahkan rumah dan cari gaduh ngan abangnya.



Kalau amik gambar mesti guna pose yang sama.


Kalau kat rumah Acaf mesti ajak gi umah maktok sebab kat sana dia ramai kawan.


Di sebabkan kami jarang bersama, mama pasti akan cuba penuhi permintaan Acaf n Orkid. Hujung minggu kami bawa mereka jalan2. Biasalah kalau nak bawa tengok wayang hari minggu selalunya memang tak jadi lah jawabnya pasal ramai orang. Nak berbaris beli tiket tu yang malas sangat. Acaf tak kisah pun kalau tak tengok wayang sebab dia dah seronok kalau dibawa berjalan.

mama bagi pesanan kat Orkid nanti jangan nak nakal-nakal.... kononnya dia dengarlah tu.


Memang takleh duduk diam sikecik ni. Terpaksalah mama dia main kejar-kejar ngan dia.





Bila orang panggil dia boleh buat dek jer........



Ambil gambar untuk kenangan.....


Asal ada gambar transfomer dah ok dah... takyah tengok moviepun takpe....hihihihi....


Memang seronok kalau tengok Acaf ngan Orkid happy....Mereka tak cerewet, seolah-olah faham keadaan mama n baba dia. Asal dapat bersama kami dah gembira sesangat.

Rabu, 25 November 2009

Lain dirancang lain lak yang jadi.........

Dah lama sangat merancang nak bawa Acaf tengok wayang, time citer transformer hari tu tak sempat beli tiket. Tapi nasib baik lepas raya hari tu dapat juga bawa tapi tengok citer lain.

Hari Khamis lepas konon nak bawa menonton citer Astro Boy, tapi ayahnya lak nak cepat. Kami pergi Time Square, kat sana tujuannya nak makan, entah ngapa tetiba je Baba diorang boleh lupa jalan ke Time Square sedangkan kat sanalah tempat yang selalu kami kunjungi. Nak jadikan cerita si baba bukan lupa jalan jer tapi bila dah sampai lupa lak tempat letak kereta. Itu kes hari Khamis. Hari Sabtu lepas, kami dah rancang nak menonton kat Selayang, sebab ada yang kata kat sana tak sesak. Memang tak sesak tapi boleh tahan lah....kat sana cuma ada 3 cerita yang nak ditayangkan, kesian Acaf cerita yang dia nak tengok tak da lak. Nak tengok cerita 2012 tapi tiket tempat duduk depan, baba dia la tak nak. Akhirnya kami lepak je kat pasaraya tu Adik punya la lasak bukan boleh kawal, walau penat nak jaga tapi seronok tengok diorang gembira.



Mainan kesukaan adik kalau pergi Mall



Seronok sangat main lupa pasal Movie, nasib baik hihihi

Selasa, 10 November 2009

Mandi kolam KLCC

Salam.....
Sepatutnya hari minggu ni si ayah dah merancang nak bawa anak2 jalan-jalan kat Zoo tapi tak jadi sebab masing-masing ada kerja. Kebetulan si makcik bebudak ni rindu lak ngan diorang so dia ajaklah Acaf ngan Orkid ni tidur kat rumah dia.

Mula diorang tak nak pergi tapi makcik diorang kata nak bawa jalan-jalan, mereka apa lagi terus ikut. rancangan diorang nak ke Titiwangsa tapi tukar lak plan last minit.....pergi KLCC.



Acaf..kalau dapat main kat taman permainan memang tak ingat dunia..seronok sangat la tu.

Diorang dua orang ni, suka sangat berebut mainan.

Si Orkid ni kalau dapat main air.....alamat susah lah nak ajak berhenti.

Kelakar makcik diorang ni ada ker.. dibiarkan Acaf mandi kolam pakai baju tidur...alasan kata tak rancangpun nak bawa kat KLCC.



Sama macam Orkid kalau tak biru bibir tu toksah la ajak keluar tak maunyer dia.


Makcik Bedah kata si Orkid ni suka berenang......

Dua beradik yang kadang-kadang macam bestfriend dan selalunya musuh ketat..

Serious muka adik ni...

Khamis, 5 November 2009

Cubaan menyamun

Kisah ini sebenar nak saya ceritakan dah lama, cuma recently banyak lak kerje..

Alkisahnya lepas jer raya hari tu, first day nak start kerja terkejut tengok office dipecah masuk..nasib baik takde apa yang hilang...


Dasyat gak pencuri ada cctvpun dia boleh pecah masuk...


Pecah cermin pintu office, makan dua hari jugakla bos baru nak ganti, bengang gak dia ngan management nasib baik leh claim ngan owner.


Kami pasti benda nilah diorang guna untuk pecahkan pintu.

sempat gak diorang selongkar tempat bos.

Sebenarnya ni adalah kejadian samun yang kedua buat kami. First, kat office lama, dua bulan sebelum pindah kat office ni. Yang tu memang bos rugi banyak... mana taknya dia baru jer beli tiga buah computer baru, tiga-tiga kene samun...Nasib baik saya pakai pc lama, semua data save, kalau tak jenuh nak buat semua.

Sekarang ni mana-mana pun tak selamat, kena jaga-jaga, saya pernah jugak nampak depan mata orang kena samun..ngeri tul.


Isnin, 19 Oktober 2009

balik kampung

Lama dah rasanya tak update blog ni....... banyak nak saya ceritakan tentang anak-anak, tapi tak tahu camner nak mula.....

oklah saya nak ceritakan tentang pengalaman balik kampung naik bas ngan bebudak ni. yelah baba diaorang sibuk so tak dapat ikut. semenjak mak saya takde saya dah jarang balik kampung. si abang selalu ajak balik...tapi tak ada masa dan susah kalau nak balik kampung kalau takde kereta.


ambik gambar dalam kereta sebelum naik bas...

Sebenarnya perjalanan nak ke kampung takdelah jauh sangat kalau naik bas, ambil masa dalam 2 jam je.....


abang sempat posing sebelum naik bas...

Dalam bas mereka hepi sangat semua orang nak dilambainya..... yang tak seronoknya bila adik buat perangai ramahnya...semua orang dalam bas nak disapa.....bas jalan dia lak sibuk ke hulu ke hilir suh duduk bukan main susah...nasib baik abang boleh dengar kata....

mengantuk lah tu...


Lepas ni gerenti tido.....



lena tul....dia tido...


sian adik penat agaknya...


muka baru bangun tidur....

sampai jer kat Mentakab call adik amik kitorang kat station bus...almaklumlah barang2 bebudak dengan diorang sekali kalau harapkn saya bawa ...memang susahlah sikit....

seronok atuk diorang dapat jumpa cucu2... kat kampung cuma tinggal atuk ngan makcik dan pakcik yang tengah sekolah yang lain dah merantau...

kat kampung ada cici, si arnab makcik bedah yang sekarang tengah belajar kat KL.. sebenar arnab ni sebelum ni tinggal ngan kami..sebab tu acaf tak sabar2 nak balik nak tengok cici...


Acaf bagi cici makan...


cici suka makan...asyik ngunyah jer kerjanyer


ngan acaf sekali masuk sangkar...

kat kampung, acaf ngan orkid mamang tak ade masalah nak berkawan.. anak2 jiran suka berkawan ngan diorang.

sebenarnya saya rindu sangat ngan mak saya..banyak sangat benda yang membuat saya rasa sayu je bila ada kat rumah mak.. tapi sian pulak abah... dia cakap kami semenjak mak takde kami macam tak ada kampung dan tak rasa nak balik jenguk dia..

"abah jangan bimbang kami pun sayang abah jugak....."

Isnin, 10 Ogos 2009

Harijadi

Semalam Asyraf pergi rumah kawan sambut harijadi. Sian Mama tak pernah buat jamuan untuk anak-anak mama... Asyraf tak kisah tapi mama dia yang rasa sedih.

Seronok tengok senyuman Asyraf, walaupun hanya itu aje yang mampu mama adakan.


Kek harijadi Asyraf yang keempat tahun.


Bersungguh dia meniup lilin


Harijadi Aishah lak kami sambut kat dataran merdeka. Lepak kat Dataran best jugak sambil makan KFC. seronok tengok diorang berlari-lari kan padang tu.


Korang lah penyeri hidup mama. walaupun kadang-kadang panas gak hati ni dengan kenakalan korang.

Jumaat, 3 Julai 2009

my first award




timokaceh diucapkan wat fida dubai atas pemberian award kat atas ni!! eee..hepinye sbb pestaim dapat award ni tau!!! lebiuuuuuuu fida.

Isnin, 22 Jun 2009

HAPPY FATHER'S DAY


 
Abah kusayang

Semalam ada borak ngan abah tapi tak sempat nak ucapkan selamat hari bapa pada abah, petang nanti ucapkan boleh kut....

Tak tahulah camner nak ucapkan terima kasih kat abah, maaflah abah sebab dah lama tak jenguk abah kat kampung, ita sibuk sangat. InsyaAllah ita akan balik hujung bulan ni...

 
Well.....buat suami ita, ita ucapkan selamat hari bapa. Seronok tengok anak-anak rapat dengan baba diorang. Kadang-kadang tu jealous jugak.




anak-anak manja,
Adik dan abang suka sangat berdukung dengan baba, suka berebut alahai sian baba....

sepupu Acaf pun manja jugak ngan baba

Sabtu, 23 Mei 2009

HARI INI DALAM SEJARAH.....

Hari ini, Nita nak cerita kenapa anak-anak Nita tak banyak menangis semasa baby.

Semasa mengandung, Nita ada problem, tak cukup nafas tak tahu kenapa. Doctor kata jantung Nita ada bunyi pelik sikit, tapi tak serius. Lepas lahirkan Aishah, Nita perhatikan Aishah macam tak bermaya nafas dia pulak macam laju. Nita lahirkan Aishah kat GH so, Nurse DBKL ada datang melawat. Nita pernah tanya dia kenapa nafas dia laju, nurse tu cakap normal. Aishah selalu muntah dan berpeluh dan asyik tidur jer.

Lepas sebulan Nita bawa Aishah check up kat Klinik Ibu dan Kanak-kanak. Nurse perhatikan dada Aishah macam ada lekuk, dia buat surat refer GH. Nita bawa jumpa Dr Ina dia kata anak Nita dah teruk. Kat GH, mereka beri oksigen kat Aishah. Tak sanggup tengok Aishah dikerumi doktor, mereka cucuk Aishah ambil darah..... Aishah kecil masa tu. Doktor kat GH hairan sebab dia tak perasan Aishah ada jantung berlubang walaupun lahir di GH nasib baik Nita cepat katanya. Paru-paru Aishah dah bengkak teruk.

Doktor kata jantung Aishah ada lubang tapi tak besar, cuma dia baby so lubangnya agak besar buat Aishah. Kes Aishah tak dibawa ke IJN sebab Aishah masih boleh diberi ubat, doktor kata jantung Aishah ada tisu yang akan menutupi lubang tu cuma Aishah perlu ubat bagi menguatkan jantungnya. Doktor Hung adalah doctor yang merawat Aishah. Nita tanya apa tanda orang sakit jantung? Doktor bagitahu selain dari kurang selera makan, cepat letih lidah mereka biru.

Hampir sebulan duduk di wad, rindu pula kat Asyraf. Nita baru teringat Asyraf sering muntah, berpeluh dengan banyak dan tak ada selera makan. Lidah dia juga sering biru. Masih lagi teringat, ketika Aishah dehydrated, susu yang diminum tak dapat sepenuhnya sebab Aishah tak ada tenaga nak menyusu. Aishah pandang Nita dengan penuh sayu...Nita hairan. Nasib ada Doctor memeriksa Aishah, mata Aishah dah terjojol umbun2nya dah lekuk. Cepat-cepat mereka bawa adik ke satu bilik dan bagi dua drip. Hati ibu mana tak hancur melihat tubuh yang kecil dipenuhi wayar. Kaki tangan Aishah lebam sebab doctor asik ambil darah sampai dia dah tak larat nak menangis. Lega rasa nya bila Aishah dah boleh keluar wad. Tiga bulan kemudian Aishah lelah lagi sekali lagi dia dimasukkan dalam wad. 2 minggu duduk dalam wad. Nita bawa Aishah follow-up kat GH every 2 months.

Tidak lama kemudian Asyraf demam. Hati rasa tak tenteram walaupun doctor kata normal bila kanak-kanak bibir biru lagipun Asyraf memang aktif orangnya. Kami bawa Asyraf ke klinik kanak-kanak kat GH. Lain dari Aishah X-ray dada Asyraf tak menampakan dia pesakit jantung. Nita minta doctor buat ECO. Semasa Eco dijalankan Nita nampak juruEco tu macam pelik dia panggil rakan sekerja dia dan kemudian menerangkan bahawa jantung Asyraf juga terdapat lubang, dan lubang itu besar. Nita diminta bawa Asyraf jumpa Dr Hung kemudian kes Asyraf dibawa terus ke IJN dan perlu pembedahan.

 
Kenangan di IJN.

Dah hampir setahun baru nama Asyraf naik. Duduk dalam wad IJN 3 hari. Sian Asyraf dari jam 6 pagi kena puasa dah hampir 4 petang Mr Pau call wad, cakap operation tak dapat dijalankan sebab wad ICU penuh. Mr Pau adalah doctor yang ambil kes Asyraf.. Disebabkan Asyraf sihat dan aktif Mr Pau beri lagi 6 bulan untuk operation tapi kalau patient tak ramai mungkin cepat.


Asyraf dan Aisyah follow-up d GH seperti biasa. Dr Hung kata sebenarnya Asyraf perlu pembedahan segera memandangkan IJN penuh jadi Dr Hung nak bawa Asyraf ke India. Kebetulan Kerajaan ada peruntukan terbaru untuk membawa patient jantung dirawat ke India. Selepas buat persiapan, Asyraf diminta buat live conference dengan Doctor di India. Doctor dari India kata Asyraf perlu buat satu ujian sebelum ke India dan mereka tak mahu sesuatu berlaku di India nanti. Kami bertemu Dr Hung, katanya ujian itu hanya boleh dibuat di IJN tapi kena tunggu sampai Mr Pau free. Di Malaysia cuma ada dua tempat lagi iaitu di Penang tapi Dr Hung call Doctor di Penang mereka kata mesin tu sedang direpair, lagi satu di Gleaneagles. Dr Hung minta kami ke Gleaneagles pula. Dr Hung kata kami tak perlu bimbang tentang pembayaran sebab ada tabung yang kan membantu kami asalkan kami mahu di interview.



 
NSTP paper



 
Harian Metro






Asyraf sebelum dibawa ke bilik ujian tu (Cardiac catherization)


Selepas sejam Asyraf dah bangun tapi nurse tak bagi dia minum takut muntah. Jenuh nak pujuk dia, merengek minta air.

Asyraf dibawa ke bilik pembedahan

Kenangan paling menyakitkan apabila Asyraf disuntik ubat bius. Asyraf meronta meminta tolong dan kemudian dia terus keras tak bergerak. Abang Shidi menangis sebab tak sanggup melihat anaknya kesakitan. Kami mesti tabah.....

Asyraf masih belum sedar.
Hampir enam jam menunggu Asyraf dibawa keluar dari bilik pembedahan. kami hanya melihat dari jauh, sejam kemudian baru kami diberi melawat Asyraf.


Tak sanggup rasanya melihat Asyraf dalam keadaan begini.


Dr Lim adalah Doctor yang merawat Asyraf. Dr Lee adalah pakar bedah. Nita sempat bertanya Dr Lee keadaan Aysraf Dr Lee cuma kata operation is ok. Nita lega tapi hairan kenapa ada wayar keluar kat jantung Asyraf. Tiga hari di ICU, Asyraf sudah boleh ke wad biasa.
Nita di minta memerhatikan satu monitor bagi mengawal keadaan Asyraf. Paling mendebar apabila nombor di monitor tu turun sebab Asyraf sering gelisah. Hingga satu malam Asyraf menangis dan berhenti tiba-tiba dengan memandang muka Nita dengan tajam. Nurse berlari mendapatkan Asyraf dan akhirnya mereka membawa satu mesin dan memberitahu saya itu adalah bateri sementara bagi membantu jantung Asyraf bendenyut dengan baik. Dr Lim Miin Kang memberitahu kami Asyraf perlu lakukan satu lagi pembedahan bagi meletakan bateri. 2 minggu kemudian operation dijalankan tapi tak lama hanya 2 jam.

Asyraf tidur kepenatan agaknya....

Kini Asyraf dah kembali sihat cuma Nita bimbang, baru-baru ni kami pergi IJN... Doctor kat sana kata, ini kali pertama dia melihat kanak-kanak menggunakan bateri dengan tenaga yang tinggi. Bateri @ Pacemaker tu sepatutnya hanya digunakan 0.2 volt tapi Asyraf memerlukan 3.5 volt maknanya Pacemaker yang perlu ditukar lagi 10 tahun tapi Asyraf kemungkinan hanya bertahan 2 tahun. Kini Bateri dah dikurangkan ke 2.7 volt dan akan dikurangkan lagi 6 bulan akan datang. Harap pacemaker Asyraf boleh digunakan lama kalau tak Asyraf perlu lagi satu pembedahan menukarkan pacemaker dalam masa terdekat.




Disini Nita ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah sudi menderma ke tabung NSTP bagi menampung perbelanjaan pembedahan ke atas Asyraf. Nita tak sempat mengenali Doctor-doctor yang terbabit tapi Nita sangat hargai pertolongan mereka. Kepada kakitangan NSTP, IJN, GLENEAGLES dan GHKL, terima kasih banyak-banyak juga tak lupa kepada Jabatan Kebajikan Masyarat HKL dan Mediassist, walaupun kami tak dapat ke India tapi sepanjang process program itu meraka juga banyak membantu, begitu juga nurse dan juruteknik Echo di bilik ECHO HKL. You all the best.