Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 23 April 2009

Saat Cemas

Assalamualaikum w.b.t.

Malam semalam adalah saat yang mencemaskan....Baba ngan Abang lepak kat bawah, mama balik ngan adik. Lepas buat susu adik, mama nak siram bunga, angin kuat pintu tertutup dan terkunci dari dalam. Mama panggil adik tuk buka pintu tapi adik tak pandai. Adik menangis teresak-esak.....
Gelabah dibuatnya nasib baik pintu grill lupa kunci, kalau tak mesti terperangkap kat tengah-tengah. Nak turun takut nanti adik panjat balkoni rumah, sliding door tak kunci pulak... beberapa minit baru teringat nak buka tingkap. Mama panggil adik, adik berlari nak dukung... mama minta adik ambilkan handphone adik berlari kat ruang tamu sambil menjerit sebab tak jumpa handphone nak tergelak ada jugak tengok gelagat adik, baru mama teringat ada kunci dalam handbag. Mama suruh adik ambil... nasib baik boleh bawa keluar bag tu... cepat-cepat mama buka pintu dapatkan adik. Kesian adik basah kuyup ngan peluh, keletihan agaknya adik diam sekejap. Mama bangga ngan adik sebab adik dah pandai terima arahan. Nasib baik adik faham apa yang mama kata. Mama tengok adik tiba-tiba ketawa sendiri..agaknya dia teringat akan gelagat dia tadi. Beberapa minit kemudian baru baba ngan abang balik. Mama ceritakan kejadian tu kat baba.
Mama akan ingat akan hal ini..........saat yang cemas.

2 ulasan:

  1. kesian dia....tekurung sekejap...huhuhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah.. terkurung sekejap, nasib baik takde apa2 (^_^)

      Padam

cayalah sapa yang komen :)