Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Sabtu, 23 Mei 2009

HARI INI DALAM SEJARAH.....

Hari ini, Nita nak cerita kenapa anak-anak Nita tak banyak menangis semasa baby.

Semasa mengandung, Nita ada problem, tak cukup nafas tak tahu kenapa. Doctor kata jantung Nita ada bunyi pelik sikit, tapi tak serius. Lepas lahirkan Aishah, Nita perhatikan Aishah macam tak bermaya nafas dia pulak macam laju. Nita lahirkan Aishah kat GH so, Nurse DBKL ada datang melawat. Nita pernah tanya dia kenapa nafas dia laju, nurse tu cakap normal. Aishah selalu muntah dan berpeluh dan asyik tidur jer.

Lepas sebulan Nita bawa Aishah check up kat Klinik Ibu dan Kanak-kanak. Nurse perhatikan dada Aishah macam ada lekuk, dia buat surat refer GH. Nita bawa jumpa Dr Ina dia kata anak Nita dah teruk. Kat GH, mereka beri oksigen kat Aishah. Tak sanggup tengok Aishah dikerumi doktor, mereka cucuk Aishah ambil darah..... Aishah kecil masa tu. Doktor kat GH hairan sebab dia tak perasan Aishah ada jantung berlubang walaupun lahir di GH nasib baik Nita cepat katanya. Paru-paru Aishah dah bengkak teruk.

Doktor kata jantung Aishah ada lubang tapi tak besar, cuma dia baby so lubangnya agak besar buat Aishah. Kes Aishah tak dibawa ke IJN sebab Aishah masih boleh diberi ubat, doktor kata jantung Aishah ada tisu yang akan menutupi lubang tu cuma Aishah perlu ubat bagi menguatkan jantungnya. Doktor Hung adalah doctor yang merawat Aishah. Nita tanya apa tanda orang sakit jantung? Doktor bagitahu selain dari kurang selera makan, cepat letih lidah mereka biru.

Hampir sebulan duduk di wad, rindu pula kat Asyraf. Nita baru teringat Asyraf sering muntah, berpeluh dengan banyak dan tak ada selera makan. Lidah dia juga sering biru. Masih lagi teringat, ketika Aishah dehydrated, susu yang diminum tak dapat sepenuhnya sebab Aishah tak ada tenaga nak menyusu. Aishah pandang Nita dengan penuh sayu...Nita hairan. Nasib ada Doctor memeriksa Aishah, mata Aishah dah terjojol umbun2nya dah lekuk. Cepat-cepat mereka bawa adik ke satu bilik dan bagi dua drip. Hati ibu mana tak hancur melihat tubuh yang kecil dipenuhi wayar. Kaki tangan Aishah lebam sebab doctor asik ambil darah sampai dia dah tak larat nak menangis. Lega rasa nya bila Aishah dah boleh keluar wad. Tiga bulan kemudian Aishah lelah lagi sekali lagi dia dimasukkan dalam wad. 2 minggu duduk dalam wad. Nita bawa Aishah follow-up kat GH every 2 months.

Tidak lama kemudian Asyraf demam. Hati rasa tak tenteram walaupun doctor kata normal bila kanak-kanak bibir biru lagipun Asyraf memang aktif orangnya. Kami bawa Asyraf ke klinik kanak-kanak kat GH. Lain dari Aishah X-ray dada Asyraf tak menampakan dia pesakit jantung. Nita minta doctor buat ECO. Semasa Eco dijalankan Nita nampak juruEco tu macam pelik dia panggil rakan sekerja dia dan kemudian menerangkan bahawa jantung Asyraf juga terdapat lubang, dan lubang itu besar. Nita diminta bawa Asyraf jumpa Dr Hung kemudian kes Asyraf dibawa terus ke IJN dan perlu pembedahan.

 
Kenangan di IJN.

Dah hampir setahun baru nama Asyraf naik. Duduk dalam wad IJN 3 hari. Sian Asyraf dari jam 6 pagi kena puasa dah hampir 4 petang Mr Pau call wad, cakap operation tak dapat dijalankan sebab wad ICU penuh. Mr Pau adalah doctor yang ambil kes Asyraf.. Disebabkan Asyraf sihat dan aktif Mr Pau beri lagi 6 bulan untuk operation tapi kalau patient tak ramai mungkin cepat.


Asyraf dan Aisyah follow-up d GH seperti biasa. Dr Hung kata sebenarnya Asyraf perlu pembedahan segera memandangkan IJN penuh jadi Dr Hung nak bawa Asyraf ke India. Kebetulan Kerajaan ada peruntukan terbaru untuk membawa patient jantung dirawat ke India. Selepas buat persiapan, Asyraf diminta buat live conference dengan Doctor di India. Doctor dari India kata Asyraf perlu buat satu ujian sebelum ke India dan mereka tak mahu sesuatu berlaku di India nanti. Kami bertemu Dr Hung, katanya ujian itu hanya boleh dibuat di IJN tapi kena tunggu sampai Mr Pau free. Di Malaysia cuma ada dua tempat lagi iaitu di Penang tapi Dr Hung call Doctor di Penang mereka kata mesin tu sedang direpair, lagi satu di Gleaneagles. Dr Hung minta kami ke Gleaneagles pula. Dr Hung kata kami tak perlu bimbang tentang pembayaran sebab ada tabung yang kan membantu kami asalkan kami mahu di interview.



 
NSTP paper



 
Harian Metro






Asyraf sebelum dibawa ke bilik ujian tu (Cardiac catherization)


Selepas sejam Asyraf dah bangun tapi nurse tak bagi dia minum takut muntah. Jenuh nak pujuk dia, merengek minta air.

Asyraf dibawa ke bilik pembedahan

Kenangan paling menyakitkan apabila Asyraf disuntik ubat bius. Asyraf meronta meminta tolong dan kemudian dia terus keras tak bergerak. Abang Shidi menangis sebab tak sanggup melihat anaknya kesakitan. Kami mesti tabah.....

Asyraf masih belum sedar.
Hampir enam jam menunggu Asyraf dibawa keluar dari bilik pembedahan. kami hanya melihat dari jauh, sejam kemudian baru kami diberi melawat Asyraf.


Tak sanggup rasanya melihat Asyraf dalam keadaan begini.


Dr Lim adalah Doctor yang merawat Asyraf. Dr Lee adalah pakar bedah. Nita sempat bertanya Dr Lee keadaan Aysraf Dr Lee cuma kata operation is ok. Nita lega tapi hairan kenapa ada wayar keluar kat jantung Asyraf. Tiga hari di ICU, Asyraf sudah boleh ke wad biasa.
Nita di minta memerhatikan satu monitor bagi mengawal keadaan Asyraf. Paling mendebar apabila nombor di monitor tu turun sebab Asyraf sering gelisah. Hingga satu malam Asyraf menangis dan berhenti tiba-tiba dengan memandang muka Nita dengan tajam. Nurse berlari mendapatkan Asyraf dan akhirnya mereka membawa satu mesin dan memberitahu saya itu adalah bateri sementara bagi membantu jantung Asyraf bendenyut dengan baik. Dr Lim Miin Kang memberitahu kami Asyraf perlu lakukan satu lagi pembedahan bagi meletakan bateri. 2 minggu kemudian operation dijalankan tapi tak lama hanya 2 jam.

Asyraf tidur kepenatan agaknya....

Kini Asyraf dah kembali sihat cuma Nita bimbang, baru-baru ni kami pergi IJN... Doctor kat sana kata, ini kali pertama dia melihat kanak-kanak menggunakan bateri dengan tenaga yang tinggi. Bateri @ Pacemaker tu sepatutnya hanya digunakan 0.2 volt tapi Asyraf memerlukan 3.5 volt maknanya Pacemaker yang perlu ditukar lagi 10 tahun tapi Asyraf kemungkinan hanya bertahan 2 tahun. Kini Bateri dah dikurangkan ke 2.7 volt dan akan dikurangkan lagi 6 bulan akan datang. Harap pacemaker Asyraf boleh digunakan lama kalau tak Asyraf perlu lagi satu pembedahan menukarkan pacemaker dalam masa terdekat.




Disini Nita ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah sudi menderma ke tabung NSTP bagi menampung perbelanjaan pembedahan ke atas Asyraf. Nita tak sempat mengenali Doctor-doctor yang terbabit tapi Nita sangat hargai pertolongan mereka. Kepada kakitangan NSTP, IJN, GLENEAGLES dan GHKL, terima kasih banyak-banyak juga tak lupa kepada Jabatan Kebajikan Masyarat HKL dan Mediassist, walaupun kami tak dapat ke India tapi sepanjang process program itu meraka juga banyak membantu, begitu juga nurse dan juruteknik Echo di bilik ECHO HKL. You all the best.

4 ulasan:

  1. trajis...tragis... kesian bdk2 tu kan?!! yg pting jgn la putus asa dan berdoa agar smua yg baik kekal selamanya... org ada dugaan masing2..cuma dlm bentuk yg berbeza je...aja aja fighting!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih la cik Azlia. InsyaAllah kami tak akan putus asa.

    BalasPadam
  3. hai nita,
    sy menangis mlihat keadaan asyraf slps operation. sbnrnya, tika ini sy di wad tanjung ijn coz ank sy akn mjalani pbedhn jantung besok. takut sy melihat gmbr2 asyraf.

    BalasPadam
  4. Hai Ally, jangan risau anak awak pasti selamat..Kini Asyraf dah sihat seperti biasa dan harap anak awak juga...

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)