Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 30 November 2009

JALAN - JALAN HUJUNG MINGGU

Semalam maktok cakap Acaf mengeluh mama asyik kerja jer. Pernah juga Acaf tak bagi mama kerja. Yelah awal pagi mama keluar kerja Acaf tengah mamai, bila malam mama balik Acaf lak dah mengantuk. Cuti hujung minggu pun kadang2 mama kerja.


Ikutkan hati memang la nak bersama anak2 tapi kalau tak kerja camner nak hidup. Sebab tu kalau ada peluang memang kami keluar jalan-jalan je. Acaf selalu ajak kami tengok wayang. yelah budak2 ni suka ikut apa yang kawan dia buat. Kawan Acaf selalu beritahu Acaf seronok tengok wayang. Setiap hari ajak mama tengok wayang.


Si kecik ni kerjanyer menyepahkan rumah dan cari gaduh ngan abangnya.



Kalau amik gambar mesti guna pose yang sama.


Kalau kat rumah Acaf mesti ajak gi umah maktok sebab kat sana dia ramai kawan.


Di sebabkan kami jarang bersama, mama pasti akan cuba penuhi permintaan Acaf n Orkid. Hujung minggu kami bawa mereka jalan2. Biasalah kalau nak bawa tengok wayang hari minggu selalunya memang tak jadi lah jawabnya pasal ramai orang. Nak berbaris beli tiket tu yang malas sangat. Acaf tak kisah pun kalau tak tengok wayang sebab dia dah seronok kalau dibawa berjalan.

mama bagi pesanan kat Orkid nanti jangan nak nakal-nakal.... kononnya dia dengarlah tu.


Memang takleh duduk diam sikecik ni. Terpaksalah mama dia main kejar-kejar ngan dia.





Bila orang panggil dia boleh buat dek jer........



Ambil gambar untuk kenangan.....


Asal ada gambar transfomer dah ok dah... takyah tengok moviepun takpe....hihihihi....


Memang seronok kalau tengok Acaf ngan Orkid happy....Mereka tak cerewet, seolah-olah faham keadaan mama n baba dia. Asal dapat bersama kami dah gembira sesangat.

2 ulasan:

cayalah sapa yang komen :)