Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 27 Mac 2009

Permata hati mama


Hari ini, kerja kat office tak banyak sangat. Teringat pulak anak kat umah Maktok mereka. Saya kerja pagi hingga malam, pagi keluar anak tengah mamai, malam balik anak dah tidor. Semalam anak saya yang sulong tidor umah maktok tak dapat sembang langsung dengan dia. Harap dia sayang saya.

Tak sangka dah nak masuk enam tahun saya berumahtangga, saya dikurniakan 2 orang cahayamata. Yang sulong namanya Muhammad Asyraf, kami panggil dia Abang. Umur abang 4 tahun. Yang kedua namanya Nurul Aishah, panggilan Adik tapi baru2 dia gelar dirinya Akak. Adik pula berumur 1 tahun 10 bulan.

Abang dilahirkan dengan berat 2.4kg pada 24.02.2005 pada hari Khamis jam 12 tengahari. Melalui pembedahan. Kelahiran yang tak dijangka. Tanpa rasa sakit, saya hanya nak buat chek-up tapi disuruh masuk wad. Doctor kata anak saya songsang. Baby saya tak macam baby yang lain, nurse kata baby yang suka termenung. Asyraf tak suka menangis tapi suka tidor.

Lain pula adik, lahir dengan berat 3.1kg pada 04.05.2007 pada hari Jumaat 12.15 pagi secara normal. Memang gelabah saya dibuatnya tapi bersyukur sebab semuanya selamat. Sama macam abangnya, adik juga pendiam. Jarang sangat kami dengar tanggisan baby kat rumah dan ramai tak sangka saya dah ada dua orang anak.

Itu dulu, la ni dua orang budak ni kalau tak ada memang sunyi, kecohnya.... kadang2 tension dibuatnya, dua penyeri hidup saya ni kalau bab buat bising serah kat diorang. Mereka juga pandai memujuk. Si Abang sayang sangat dengan Adik tapi Adik pula suka buat Abang marah. Yang pastinya mereka memang tak boleh berpisah.