Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 10 Ogos 2009

Harijadi

Semalam Asyraf pergi rumah kawan sambut harijadi. Sian Mama tak pernah buat jamuan untuk anak-anak mama... Asyraf tak kisah tapi mama dia yang rasa sedih.

Seronok tengok senyuman Asyraf, walaupun hanya itu aje yang mampu mama adakan.


Kek harijadi Asyraf yang keempat tahun.


Bersungguh dia meniup lilin


Harijadi Aishah lak kami sambut kat dataran merdeka. Lepak kat Dataran best jugak sambil makan KFC. seronok tengok diorang berlari-lari kan padang tu.


Korang lah penyeri hidup mama. walaupun kadang-kadang panas gak hati ni dengan kenakalan korang.