Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 30 November 2009

Mandi manda kat Templer Park

Dah lama tak update blog ni..... kebelakangan ni buzy memanjang.

Hari ni nak cerita tentang dua orang insan kesayangan mama ni pergi mandi manda kat templer park ngan Makcik mereka... kebetulan pada hari tu hari jadi Cik Ana.. Mama masa tu seperti biasa kerja, camtu jugak la ngan baba dia, nasib baik lah Cik Ana ni single lagi so dapatlah diorang bermanja ngan makcik diorang..


Cik Ana bawa mereka kat sana dengan menaiki bas, pastu menapak la naik kat Air terjun, Acaf Steady jer jalan kaki tapi Orkid kena lah diorang dukung... tapi kadang2 kawan Cik Anak dukung Acaf juga kesian tengok dia berjalan kaki. Mama tak dapat bayangkan tempat tu sebab mama pun tak pernah sampai lagi hehehehe.....





ambil gambar kenagan dalam bas...





Dua orang ni housemate Cik Ana




Diorang ni kalau bawak pergi mandi manda memang diorang suka



Diorang ni dengar ceramah agaknya......


Peace..!!!!!



Dua beradik ni pandai bawa diri so Cik Ana tak rasa susah sangat nak jaga diorang.

Kalau ada kelapangan teringan jugak mama nak bawa diorang pergi lagi, seronok dengar Acaf bercerita.... dalam gambar mama tengokpun macam best juga. InsyaAllah pasti kita akan kesana lagi.

JALAN - JALAN HUJUNG MINGGU

Semalam maktok cakap Acaf mengeluh mama asyik kerja jer. Pernah juga Acaf tak bagi mama kerja. Yelah awal pagi mama keluar kerja Acaf tengah mamai, bila malam mama balik Acaf lak dah mengantuk. Cuti hujung minggu pun kadang2 mama kerja.


Ikutkan hati memang la nak bersama anak2 tapi kalau tak kerja camner nak hidup. Sebab tu kalau ada peluang memang kami keluar jalan-jalan je. Acaf selalu ajak kami tengok wayang. yelah budak2 ni suka ikut apa yang kawan dia buat. Kawan Acaf selalu beritahu Acaf seronok tengok wayang. Setiap hari ajak mama tengok wayang.


Si kecik ni kerjanyer menyepahkan rumah dan cari gaduh ngan abangnya.



Kalau amik gambar mesti guna pose yang sama.


Kalau kat rumah Acaf mesti ajak gi umah maktok sebab kat sana dia ramai kawan.


Di sebabkan kami jarang bersama, mama pasti akan cuba penuhi permintaan Acaf n Orkid. Hujung minggu kami bawa mereka jalan2. Biasalah kalau nak bawa tengok wayang hari minggu selalunya memang tak jadi lah jawabnya pasal ramai orang. Nak berbaris beli tiket tu yang malas sangat. Acaf tak kisah pun kalau tak tengok wayang sebab dia dah seronok kalau dibawa berjalan.

mama bagi pesanan kat Orkid nanti jangan nak nakal-nakal.... kononnya dia dengarlah tu.


Memang takleh duduk diam sikecik ni. Terpaksalah mama dia main kejar-kejar ngan dia.





Bila orang panggil dia boleh buat dek jer........



Ambil gambar untuk kenangan.....


Asal ada gambar transfomer dah ok dah... takyah tengok moviepun takpe....hihihihi....


Memang seronok kalau tengok Acaf ngan Orkid happy....Mereka tak cerewet, seolah-olah faham keadaan mama n baba dia. Asal dapat bersama kami dah gembira sesangat.

Rabu, 25 November 2009

Lain dirancang lain lak yang jadi.........

Dah lama sangat merancang nak bawa Acaf tengok wayang, time citer transformer hari tu tak sempat beli tiket. Tapi nasib baik lepas raya hari tu dapat juga bawa tapi tengok citer lain.

Hari Khamis lepas konon nak bawa menonton citer Astro Boy, tapi ayahnya lak nak cepat. Kami pergi Time Square, kat sana tujuannya nak makan, entah ngapa tetiba je Baba diorang boleh lupa jalan ke Time Square sedangkan kat sanalah tempat yang selalu kami kunjungi. Nak jadikan cerita si baba bukan lupa jalan jer tapi bila dah sampai lupa lak tempat letak kereta. Itu kes hari Khamis. Hari Sabtu lepas, kami dah rancang nak menonton kat Selayang, sebab ada yang kata kat sana tak sesak. Memang tak sesak tapi boleh tahan lah....kat sana cuma ada 3 cerita yang nak ditayangkan, kesian Acaf cerita yang dia nak tengok tak da lak. Nak tengok cerita 2012 tapi tiket tempat duduk depan, baba dia la tak nak. Akhirnya kami lepak je kat pasaraya tu Adik punya la lasak bukan boleh kawal, walau penat nak jaga tapi seronok tengok diorang gembira.



Mainan kesukaan adik kalau pergi Mall



Seronok sangat main lupa pasal Movie, nasib baik hihihi

Selasa, 10 November 2009

Mandi kolam KLCC

Salam.....
Sepatutnya hari minggu ni si ayah dah merancang nak bawa anak2 jalan-jalan kat Zoo tapi tak jadi sebab masing-masing ada kerja. Kebetulan si makcik bebudak ni rindu lak ngan diorang so dia ajaklah Acaf ngan Orkid ni tidur kat rumah dia.

Mula diorang tak nak pergi tapi makcik diorang kata nak bawa jalan-jalan, mereka apa lagi terus ikut. rancangan diorang nak ke Titiwangsa tapi tukar lak plan last minit.....pergi KLCC.



Acaf..kalau dapat main kat taman permainan memang tak ingat dunia..seronok sangat la tu.

Diorang dua orang ni, suka sangat berebut mainan.

Si Orkid ni kalau dapat main air.....alamat susah lah nak ajak berhenti.

Kelakar makcik diorang ni ada ker.. dibiarkan Acaf mandi kolam pakai baju tidur...alasan kata tak rancangpun nak bawa kat KLCC.



Sama macam Orkid kalau tak biru bibir tu toksah la ajak keluar tak maunyer dia.


Makcik Bedah kata si Orkid ni suka berenang......

Dua beradik yang kadang-kadang macam bestfriend dan selalunya musuh ketat..

Serious muka adik ni...

Khamis, 5 November 2009

Cubaan menyamun

Kisah ini sebenar nak saya ceritakan dah lama, cuma recently banyak lak kerje..

Alkisahnya lepas jer raya hari tu, first day nak start kerja terkejut tengok office dipecah masuk..nasib baik takde apa yang hilang...


Dasyat gak pencuri ada cctvpun dia boleh pecah masuk...


Pecah cermin pintu office, makan dua hari jugakla bos baru nak ganti, bengang gak dia ngan management nasib baik leh claim ngan owner.


Kami pasti benda nilah diorang guna untuk pecahkan pintu.

sempat gak diorang selongkar tempat bos.

Sebenarnya ni adalah kejadian samun yang kedua buat kami. First, kat office lama, dua bulan sebelum pindah kat office ni. Yang tu memang bos rugi banyak... mana taknya dia baru jer beli tiga buah computer baru, tiga-tiga kene samun...Nasib baik saya pakai pc lama, semua data save, kalau tak jenuh nak buat semua.

Sekarang ni mana-mana pun tak selamat, kena jaga-jaga, saya pernah jugak nampak depan mata orang kena samun..ngeri tul.