Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Ahad, 25 April 2010

Gelagat Acaf hujung minggu....

Hari minggu dah pastinya Acaf tak sekolah... senang pula dia bangun sendiri. Selalunya si Orkid yang akan kejutkan abangnya. Bangun dari tidur terus hadap laptop, pandai pula dia on laptop tu. Emm...tak lain tak bukan layan games lahtu.....


Adik kat sebelah duk tido lagi dia dah main games...



dua-duapun tak mandi lagi....


dah..adik lak terpengaruh ngan minat abangnya..



mama suh gi kat meja selesaikan homework dia boleh sambung main game...


punyalah tekun orang panggil dah tak dengarla tu...


Budak budak zaman sekarang, kecik2 dah pandai buka komputer, tak macam mama dia ni, baru je nak berjinak-jinak....

Hari minggu ni, tak dapat nak jalan2 sebab mama kerja petang ni.......

Khamis, 22 April 2010

Nota buat mama

Semalam Acaf ada tulis nota buat mama... seronok mama baca nota pertama dari Acaf. Yelah, mama kerja sampai malam jadi Acaf dah mengantuk so Acaf kena tinggalkan nota.


dah 4 bulan Acaf sekolah inilah nota pertama buat mama...

Sekarang ni mama kerja sampai malam, kesian Acaf kalau tak siap kerja sekolah pasti tidur lewat kalau takpun kena bangun awal untuk siap kerja rumah sebelum ke sekolah.

Mama bangga sangat sebab Acaf selalu buat kerja sekolah sendiri tanpa bantuan mama...cuma kalau asyik bermain lepas balik sekolah maka malamnya terpaksa tidur lewat.



ini adalah kerja sekolah Acaf, pada hari pertama di melangkah ke alam persekolah..


ini pula hasil kerja Acaf kat carrefour...selalu jer tengok bebudak lain buat, akhirnya berjaya jugak dia mencuba...

Adik pun nak tunjuk skill jugak... (ini hasil kerja Orkid)

semua hasil kerja ni mama simpan buat kenangan....diaorang suka dengan kerja diorang siap bawa jalan2 lagi... jadi, sebelum ianya rosak, mama simpan kat blog ni...hihihihi.....

Ahad, 18 April 2010

Bukit Belacan Lagi...

Hari ni sepatutnye saya kerja tapi disebabkan lama tak bawa anak-anak keluar, terpaksa suruh Kak Ton cover....

Seronok tengok Acaf n Orkid excited betul diorang sebab baba diorang janji nak bawak mandi sungai.... Rancang memangla nak bawa kat Sungai Congkak tapi biasala rancang jer...

Alih-alih Bukit Belacan lah lagi....... ok gak tempat tu tak boring....


0rang dah nak balik kami baru sampai.....


Posing sebelum mandi...

malas nak jalan jauh so kami pilih tempat yang dekat sikit... yelah dah petang


Air keruh sikit kat bawah ni... tapi bila orang dah takde kami beralih tempat. Mula2 Acaf ngan Orkid takut2 pastu tak mau naik...



masa ni tengah tunggu turn.. pasal masih ada orang tengah mandi tempat kecik jer..



Lapar lak perut lepas main air....(wajah ceria Acaf)



Tadi baba bawa mandi pastu suh mama lak... tak puas main air bebudak nih..


video
Adik tak nak berdiri langsung dalam air..

video
dah nak senja pun diorang masih tak mau naik...

Selasa, 9 Februari 2010

Acaf masuk sekolah

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat Acaf nak sekolah walaupun bukan sekolah pilihannya. Sebenarnya Acaf nak sekolah kat tempat sepupu dia sekolah tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan maka Acaf sekolah kat sekolah tadika dekat tempat kerja mama dia. Yelah senang sikit nak jaga.


Awal Acaf bangun pagi tu, excited sangat dia. Tak sabar dia nak ke sekolah.


Sempat posing lagi...ala-ala budak skema....


Sampai kat sekolah, cari name tag masing-masing. Acaf punya name special, Cikgu dia tulis kat nama dia Muhammad Asyraf "has battery in his body" Senang cikgu nak kenal dia takyah ingat nama tapi kalau sebut boy yang ada bateri terus cikgu2 tu tahu siapa. Alhamdulliah Guru besar dia faham sebab anak guru besar juga jantung berlubang juga masa kanak-kanak so dia faham dan tahu macam mana nak beri perhatian kat Asyraf. Sebenarnya layanan mereka sama saje cuma perlu lebih perhatikan gerak gerinya saja.



Rasa macam tak sangka jer bila tengok Baby Boy ni dah melangkah ke alam persekolahan.


video

Disebabkan ramai kanak2 menangis Acaf pun dah naik cuak, riak muka happy dah jadi seram dah.... (sori video tak beberapa bagus)


Actually dah habis sebulan dah pun Acaf sekolah, sekarang dah pandai buat alasan tak mau buat homework. Macam2 alasan dia kasi, letihlah, sakit tengkuk la, sakit perut la.... tapi dah masuk bulan kedua ni dah lain sikit, balik sekolah lepas mandi dia buat homework dulu baru dia makan. Takut cikgu marah kalau tak siap homework..(Bagus jugak..)


tekun giler...

sampai terbatuk2 dia ....


sampai koyak buku dibuatnye (itu yang tak baguihnyer)


Seronok tengok anak buat homework, rasa bangga jer hati ni bila dia rajin belajar...