Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 25 Ogos 2011

Chocolate Chips Cookies

Buat kueh raye? erm.. memang taklah.. last sekali wat kueh raye ni seingat sayalah last 2 years kot, itupun 1 jenis jer, yang lain beli. Bila ingat raya kite mesti teringatkan mak ayah kan, Teringat saya kat arwah mak, kenangan paling diingat ialah wat kueh raya bersama, itu kisah bertahun lamanya. Rindu Mak Al-fatihah....
Saya pun dapat idea, nak wat kueh raya bersama-sama anak2 walaupun satu jenis, mungkin lepas ni.. kot la ada masa boleh lah wat berjenis2. So nanti ia akan jadi kenangan wat anak2 saya pula.
Biskut yang paling anak2 suke ialah Chocolate Chips Cookies. Kebetulan kerja kat opis taklah banyak sangat so saya pun google lah satu resepi, dan berkenan dengan cara kakak ni iaitu Kak HaSue.


well, inilah rupa cookies kami..... ok kot??


Ini dia resepi
Chocolate Chips Cookies yang saya copy paste.
Chocolate Chips Cookies.
Bahan2:

* 1 cwn butter/margerine
* 3/4 cwn gula perang
* 2 cwn tepung gandum*
* 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
* 1 sk vanilla
* 1 cwn chocolate chip
* 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2: * Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. * Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati. * Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi. * Sudukan atas loyang. Jarakkan sbb dia akan mengembang. * Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara. * **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cayalah sapa yang komen :)