Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 30 Ogos 2011

Biskut Mazola

Kalau sekali buat kueh raya mesti terasa nak buat lagi, dan saya dapat lagi satu biskut raya yang senang sangat resepinya. Mak mertua saya yang bagi resepi ni. Besok dah nak raya, so lepas bersahur sayapun mulakan operasi buat kueh raya last minute.. Seronok jugak, wat biskut raya sorang2.
Nama biskut ni, ialah biskut Mazola, itu yang saya diberitahu.. Nama diambil sempena nama minyak Mazola hihihi...(ayat skema)
ermm.....ok la tu kot, untuk orang baru belajar wat kueh raya tihihi.....
Sesiapa yang tak pernah wat kueh raya macam saya, try lah resepi ni.... memang puas hatilah dengan rasanya...

Biskut Mazola
Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)
1 biji kuning telur

½ botol kecil minyak mazola
Cara-cara:
Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula. Masukkan minyak sedikit sedikit sambil digaulkan hingga rata. Setelah itu bentukkan bulat bulat leper. Sapukan dengan kuning telur atasnya dan bakarlah hingga masak. (Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cayalah sapa yang komen :)