Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 11 Ogos 2011

Dugaan bulan Ramadhan

Macam tak percaya jer... tapi pernah terfikir.. tak sangka sudahnya jadi camni lak..
Webfetti.com
Memang pernah terfikir nak memiliki sebuah rumah tapi keadaan ekonomi memang tak pernah setujupun. Dah hampir 6 tahun tinggal kat dalam rumah tu dah terasa macam rumah sendiri jer.. tuan rumah pernah nak jual rumah tu tapi sekejap jer pastu senyap sunyi taw2 dia da refinance rumah tu..

Tiba-tiba tuan rumah call cakap rumah tu nak kena lelong tapi jangan risau sebab dia akan cuba selamatkan nanti hari Jumaat dia akan bagi kata putus... tunggu punya tunggu takde jawapan pun.

Dah seminggu berlalu kami nak cari rumah tapi dalam kawasan tak ada rumah kosong tapi kalau adapun tak termampu nak bayar sewa mahal giler... apply rumah DBKL dah 6 tahun jugak apply tapi takde jawapan pun.. dalam minggu tu jugak tengah kerja jiran tipon cakap rumah kena kunci...bergegas balik rumah, betul takde hati perut la orang yang kunci rumah tu ada 4 orang dalam rumah tu 2 kanak2 dia boleh kunci, yang sakit hati tu siap adik aku tegur tu pasal apa kunci rumah dia boleh blah camtu jer... mangga punya la besau..


nak tak nak aku call polis pastu bomba call aku, yang ni aku tak tahan...dua orang polis datang bawak cutter ok lagi, tapi bomba lak datang macam rumah terbakar siap bunyi siren.. yelah aku faham kategori kecemasan latu sebab ada orang terkunci kat dalam umah...



ramai jiran tetangga datang jenguk macam nak tengok konsert jer... lepas tu kami disuruh buat laporan polis, ok aku pun pergi. polis kat kaunter tu tanya nak dakwa tak tuan rumah lama, aku rasa takyah kot, pastu bos dia datang terus tanya aku berapa lama tak bayar sewa rumah? aku rasa menyirap jer...dia cakap takyah lah kecoh2 cari jer rumah lain memang hak diorangpun kalau diorang nak kunci.... tadi diorang gak yang suruh datang orang datang dia cakap camni lak, kat sini ada 2 perkara yang aku rasa diorang harus tahu, sewa aku bayar pastu keselamatan anak2 aku yang diorang kunci camner anyway masih ada saki baki deposit rental kan...Malas nak argue aku diam jer dan anggap dugaan aku sempena nak nyambut bulan Mulia(Ramadhan)


Bersepah-sepah barang

masa susun kotak2 ni macam tak caye jer nak kena pindah..

Monday 1st August dan jugak 1st Ramadhan. barang2 dah packing tapi tak taw mana nak letak... kalau tidor takde masalah sebab rumah mak mertua aku ada. Dewan orang ramai ada nak letak sekejap je pun banyak bunyi dulu kata boleh bila tiba masa takleh lak...erm..macam rasa rugi lak bayar maintenance bukan apa memang la kami ni dah tak jadi warga apartment tu tapi kami dah 6 tahun kat sana.. apa la salahnya bagi muka. Alih2 kami letak kat luar jer barang2 tu dan nasib baik la pak mertua aku tolong carikan rumah sewa.

So sekarang kami dah ada rumah.Webfetti.com

2 ulasan:

cayalah sapa yang komen :)