Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 14 November 2011

Hari report kad

Hari ni sekolah Intan ada hari ambilan report kad... pada mulanye memang taknak pergi sebab kerja tapi mengenangkan tiada wakil, maka kena pergi jugak... Malam sebelumnya Intan da pesan esok kena ambil report kad, saja nyakat dia cakap akak besok bz...Intan siap ugut lagi.

"kalau kak ngah tak pergi esok, nanti cikgu marah akak taw" - intan
"Alah, takdenye dia nak marah, takan dia tak faham akak kerja" - k.ngah
"kalau k.ngah tak datang jugak, saya tipon akak banyak2 kali, hah baru taw!" - intan
"ermmmmm.....nanti akak tanya kawan akak dulu" - k.ngah

Si Intan ni ingat k.ngah dia ni takut lah tu.....

Malam tu k.ngah call jugak la colleague k.ngah bagitau masuk lambat sebab nak amik report kad adik..

Bila masuk jer sekolah, nampak ramai juga parents datang ambil report kad, tentu Intan sedih kalau k.ngah tak datang... hehehe sempat lagi kena ngorat ngan budak sekolah menengah ni, diorang rabun kot..nak wek camno body k.ngah ni kecik patut la driver bus dok salah bg tiket jer ingat student agakye...itu pandangan dari jauh la kot..! Klau dari dekat makcik2 kat situ tanya anak tingkatan berapa? huhuhu da tua da aku nih!

Bosan tul la menunggu, duk tengok jugak jam takut lambat... risau gak takut ada meeting ibubapa..hihihi takut kalau diorang tanya idea ke komen ker...

Nasib baik cuma jumpa guru kelas dia jer.. sebelum tu berkenalan jugak la dengan beberapa ibubapa pelajar. Intan ni popular jugak kat sekolah, ramai juga yang kenal dia.. sorang makcik tu siap pesan lagi jangan biar Intan pergi sekolah sorang2. Sebenarnya dulu memang la Intan pergi sekolah naik kereta tapi semenjak pindah rumah yang berdekatan ngan sekolah...itupun sebab dia asyik kene tinggal je ngan makcik yang bawa kereta tu, so Intan yang decide nak jalan kaki jer gi sekolah sebab ramai budak2 kat kawasan rumah tu jalan kaki jer pergi sekolah.. 

Kak ngah tak kejam, masa balik k.ngah still upah makcik tu jemput Intan sebab tengahari panas. Guru besar dia suruh k.ngah benarkan Intan keluar rumah kul 7 pagi sebab masa tu ramai orang, yelah kawasan kejiranan kami ni tak beberapa save sangat.

 Si Intan nikan taw2 jer kite nak ambik gambar.

Kat sekolah ni Intan banyak kawan, sebab tu dia memang tak suka ponteng. Lambat camner dia, dia tetap pergi. Hari tu cikgu rehatkan dia dari sekolah sebab kelas diorang ada sukan bola kat Cheras, Intan dan beberapa orang pelajar tak terlibat. Tapi Intan tetap berkeras nak pergi sekolah. Bila cikgu bagitahu takde kelas baru dia cuti.

Dia juga ada peminat, ada juga yang suka buli dia. Masa tengah tunggu giliran ada seorang pelajar cina, namanya Foo Yen salam semua parents termasuk k.ngah siap cium tangan lagi. Intan cakap Foo Yen ni la yang suka buli dia, Foo Yen tersenyum siap peluk dan cium pipi Intan.
 "kite kawan kan?" - Foo Yen
"Alah kat dalam kelas pukul orang kat sini peluk lak" - Intan

K.ngah tak marahpun kat diorang pasal memang diaorang macam tu. Guru kelas tupun cakap perkara macam ni biasa berlaku sebab ada juga pelajar yang susah nak dikawal.

Menunggu giliran, lepas parents Qistina kawan karib Intan, giliran k.ngah lak..

Apa yang diberitahu guru, Intan ni ok lah tengok report kad ada juga kemajuan cuma masih suka bermain-main, dan berjalan-jalan waktu belajar. Sekarang Intan kelas KK2 dan mungkin next year up sikit KK1 sebab guru kelas dia kata dia ada kemajuan.

Terima kasih buat semua guru-guru yang mengajar Intan terutama guru kelas Intan Puan Norhazniza, hanya Allah je yang dapat balas jasa diorang.

4 ulasan:

  1. kalau rindu silalah jemput dia sebab sekarang ni dia asyik cakap kat akak dia nak pergi pening cuti nanti..

    BalasPadam
  2. hahahaha...
    aku yang pening
    Pulau Pinang :P

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)