Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Sabtu, 26 November 2011

kereta wira aku hilang!!


biar betul......!!! sumpah aku tak percaya!! baru jer petang Khamis tu aku nampak kereta aku kat padang tu, pagi Jumaat dah takde......!! menyesal aku tegur jiran aku, apsal degil sangat diorang taknak alihkan kereta. Kebetulan hari Rabu tu ada orang baiki jalan so kami disuruh parking tempat lain untuk bagi laluan kat diorang buat kerja, so tersadailah kereta aku kat padang tu 2 hari, ialah nak keluar camner diorang blok jalan. Tergerak gak hati ni nak alihkan kereta tu kat tempat yang sembunyi sikit sebab nampak cam open sangat tempat tu, kalau lalu jer kawasan tu memang nampak jelas kereta aku tu. 

Memang patutpun diorang tak alihkan kereta kalau diorang baik cam aku pasti kereta diorangpun kena kebas gamaknye. Dah sah2 keta aku tu buruk, ngan simen bertampal pasal dah berkaratpun kete aku tu nak cat tak mampu, itupun diorang bawak lari.Jahat betul penyangak tu, aku tahu pasal apa diorang kebas kereta aku, pasal enjin kereta aku power walaupun kereta aku macam besi buruk... mula2 aku ingat bank angkat, tapi setahu aku aku bayar tiap2 bulan, aku call bank diorang cakap reminderpun diorang tak print camner nak beri arahan tarik kereta.Berderau darah aku, aku sayang giler kat kereta aku tu, aku beli masa aku pregnant anak sulong aku dah nak masuk 7 tahun dah dia jadi teman aku. Dulu motor 125 hubby aku, habis jer bayar instalment, motor tu kena cilok, memang tak dapat lah jawabnye sekarang kereta lak... lagi beberapa bulan jer instalment nak tamat dia dah hilang pulak...
Lepas satu satu dugaan aku terima, macam dah lali... walaupun aku harap aku dapat balik kereta tu tapi dalam masa yang sama aku redha, mungkin ada sesuatu buat aku Allah nak bagi.....

Mana tau kot2 ada rezeki cam rancangan tv discovery turbo "overhaulin" mula2 ingat kereta hilang beberapa hari kemudian kereta transform baik punya...... giler.....Malaysia ada?  (betul punyer mental aku dibuatnye...)

Tahun ni memang cukup mencabar, moga tahun depan hidup aku lebih baik. Esok Awal Muharam detik permulaan hidup yang baru.

2 ulasan:

  1. penutup untuk tahun ni mcm2 dugaannya... insyaAllah Allah akn bg yg lebih terbaik dr pe yg kite terpaksa lepaskan....

    BalasPadam
  2. InsyaAllah....
    harapnnya begitulah :)

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)