Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 14 Disember 2011

apsal cepat sangat masa berlalu.....!!!

cepat sungguh masa berlalu.
hari ni sibuk sungguh, ialah dah nak akhir tahun kan..
 
 
susah kalau bekerja dengan orang yang tak mahu kerjasama...aku tak mahu tunggu lagi, kalau bos bising, suka hati dialah sebab aku dah cuba..

client ni, dah bagi document dia sikit-sikit, aku tangguhkan dulu sebab ingat nak habiskan yang 1 tu, tunggu punya tunggu dah masuk ujung tahun. so gelabah aku dibuatnya, kena lah aku wat cepat2 sebelum bos meletup. penatlah nak susun doc. sebab client ni takde kerani akaun so dia just bagi segala invoice then aku susun (book keeping lah tu)


petang aku tak buat part-time kat klinik sebab aku nak habiskan kerja aku kat opis sebelah, hehehe... diam2 aku ada wat part time kat opis sebelah jer ngan opis aku, kebetulan dulu kerani akaun dia benti so takde sapa nak ganti. aku cubalah selesaikan akaun dia tahun lepas, so boss diorang suruh continue so aku kena update account dia every month. Alhamdulillah, aku dapat sikit wang saku dan ilmu..sebabnya company ni account dia guna UBS, kat opis aku lak ICS, kat klinik ICM...hihihi (saja enterframe)


Ingat nak kerja sampai malam, bajet lewat sikilah balik..banyak giler transaction yang nak kena buat, tetiba jer rasa nak gi toilet. Giler gelap, ingat lampu tak on rupanya malap. dalam kepala hotak ni mula la duk terbayang2 benda puteh kat penjuru, rasa macam takut jer nak keluar toilet.

 Seram.....!!!

Ahhh...lantak la, kalau nampak nak wat camner, mata memang tak toleh kiri kanan dan fokus kat pintu jer..ahaks.. fuh selamat. Actualy memang takde ape2 pong. tapi penakut kan cenghitu ler jadiknyer. Tanpa melengahkan masa amik jer barang2 yang mana patut angkat kaki blah...takde maknenya nak tunggu. teringat dulu kan ada kes pecah opis takut...!!

 meja makan jadi mangsa....

akhirnya aku sambung kat rumah la pulak...tapi kebiasaannya memang tak ah, anak2 akan suruh tidurkan dulu mereka then boleh sambung kerja, tapi kalau kepala ni dah landing kat bantal alamat hanyut...so tak jadi kerja.

bila bangun pagi jer..hati mula menjerit "Apasal cepat sangat masa berlalu ni....!!!" nak buat camner sabor jelah..

So "Happy Working Everyone"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cayalah sapa yang komen :)