Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 30 Ogos 2011

Biskut Mazola

Kalau sekali buat kueh raya mesti terasa nak buat lagi, dan saya dapat lagi satu biskut raya yang senang sangat resepinya. Mak mertua saya yang bagi resepi ni. Besok dah nak raya, so lepas bersahur sayapun mulakan operasi buat kueh raya last minute.. Seronok jugak, wat biskut raya sorang2.
Nama biskut ni, ialah biskut Mazola, itu yang saya diberitahu.. Nama diambil sempena nama minyak Mazola hihihi...(ayat skema)
ermm.....ok la tu kot, untuk orang baru belajar wat kueh raya tihihi.....
Sesiapa yang tak pernah wat kueh raya macam saya, try lah resepi ni.... memang puas hatilah dengan rasanya...

Biskut Mazola
Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)
1 biji kuning telur

½ botol kecil minyak mazola
Cara-cara:
Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula. Masukkan minyak sedikit sedikit sambil digaulkan hingga rata. Setelah itu bentukkan bulat bulat leper. Sapukan dengan kuning telur atasnya dan bakarlah hingga masak. (Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit)

Khamis, 25 Ogos 2011

Chocolate Chips Cookies

Buat kueh raye? erm.. memang taklah.. last sekali wat kueh raye ni seingat sayalah last 2 years kot, itupun 1 jenis jer, yang lain beli. Bila ingat raya kite mesti teringatkan mak ayah kan, Teringat saya kat arwah mak, kenangan paling diingat ialah wat kueh raya bersama, itu kisah bertahun lamanya. Rindu Mak Al-fatihah....
Saya pun dapat idea, nak wat kueh raya bersama-sama anak2 walaupun satu jenis, mungkin lepas ni.. kot la ada masa boleh lah wat berjenis2. So nanti ia akan jadi kenangan wat anak2 saya pula.
Biskut yang paling anak2 suke ialah Chocolate Chips Cookies. Kebetulan kerja kat opis taklah banyak sangat so saya pun google lah satu resepi, dan berkenan dengan cara kakak ni iaitu Kak HaSue.


well, inilah rupa cookies kami..... ok kot??


Ini dia resepi
Chocolate Chips Cookies yang saya copy paste.
Chocolate Chips Cookies.
Bahan2:

* 1 cwn butter/margerine
* 3/4 cwn gula perang
* 2 cwn tepung gandum*
* 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
* 1 sk vanilla
* 1 cwn chocolate chip
* 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2: * Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. * Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati. * Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi. * Sudukan atas loyang. Jarakkan sbb dia akan mengembang. * Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara. * **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Puasa...

Ramadhan tahun ni mencabar sikit, tapi sekarang dah ok. 1st Ramadhan hari tu Asyraf start puasa disebabkan sibuk dan runsing pasal masalah rumah, aku tak prepare apa2 pun nak sambut puasa. Bagus punya packing lupa lak ngan perkakas memasak gak aku packing... yelah day before mak mertua ajak tidor umah dia, tapi takut kena kunci lagi aku masih tidor kat umah tu jugak. Monday tu aku ponteng, ngan anak2 aku sekali pasal ingat nak pindah tapi, orang yang kata nak beri sewa umah tu ntah mana pegi kol2 tak dapat.SmileyCentral.com

Tapi semangat nak puasa tu ada, so kebetulan ada roti, jadi pagi tu kami bersahur makan roti je, takpe alas perut, sebenarnya aku tak kisah cuma kesian ngan adik aku, dan jugak anak aku Asyraf.

Ingatkan nak bagi Si Asyraf puasa sekerat hari jer tapi dia tak merungut lapar pun..cuma kadang2 dia mengadu haus. Ustazah pesan kalau puasa takleh makan ngan minum, so bila dia ingat pesan Ustazah dia diam jer...
Dalam kesibukan mengemas barang2 sesekali aku tengok Asyraf kot2 dia lapar, tapi dia asyik jer bermain.SmileyCentral.com

Waktu berbuka pulak Asyraf minum air banyak2 dan dia seronok sangat dapat berpuasa. Alhamdulliah...memang takde masalah nak suruh dia puasa.

Hari pertama Asyraf berjaya puasa penuh. Dan besoknya pulak, Asyraf tak bangun sahur pasal penat sangat, aku tak paksa pun sebab Asyraf ni ada jantung prob, tubuh dia pulak kecik jer, malam tadi aku tengok dia tidor, dia macam penat jer..kat opis aku kol mak mertua aku, tanya Asyraf puasa ke tak, aduh sakit tinga aku dengar mak mertua membebel..
"eeee orang kalau nak ajar anak puasa biarlah sekerat ari dulu, kesian kat dia ni, mak nak bagi dia makan dia takmau" adus...aku cuma nak tipon kot kalau Asyraf puasa suruh dia buka awal pasal pagi tadi dia tak sahur...hehehe. SmileyCentral.com

Tapi dalam takut2 Asyraf makan jugak, tapi hari ketiga dia still puasa penuh, maktok suruh makan sikit pun dia takmau...dan hari berikutnya dia dah mula sakit perut, dan cikgu bagi plastik untuk muntah. So akupun pesan kat Asyraf kalau tak larat jangan puasa sebab Asyraf kecik lagi nanti masuk darjah 1 Asyraf kena puasa penuh ngan sembahyang takleh ponteng. So sekarang ni Asyraf puasa tak makan tapi minum jer, oklah tu sebab dia dah puasa sampai tengah hari, nanti bila rumah semua dah settle nak cuba jugak bagi Asyraf puasa penuh.
Sayang anak mama......SmileyCentral.com

Khamis, 11 Ogos 2011

Dugaan bulan Ramadhan

Macam tak percaya jer... tapi pernah terfikir.. tak sangka sudahnya jadi camni lak..
Webfetti.com
Memang pernah terfikir nak memiliki sebuah rumah tapi keadaan ekonomi memang tak pernah setujupun. Dah hampir 6 tahun tinggal kat dalam rumah tu dah terasa macam rumah sendiri jer.. tuan rumah pernah nak jual rumah tu tapi sekejap jer pastu senyap sunyi taw2 dia da refinance rumah tu..

Tiba-tiba tuan rumah call cakap rumah tu nak kena lelong tapi jangan risau sebab dia akan cuba selamatkan nanti hari Jumaat dia akan bagi kata putus... tunggu punya tunggu takde jawapan pun.

Dah seminggu berlalu kami nak cari rumah tapi dalam kawasan tak ada rumah kosong tapi kalau adapun tak termampu nak bayar sewa mahal giler... apply rumah DBKL dah 6 tahun jugak apply tapi takde jawapan pun.. dalam minggu tu jugak tengah kerja jiran tipon cakap rumah kena kunci...bergegas balik rumah, betul takde hati perut la orang yang kunci rumah tu ada 4 orang dalam rumah tu 2 kanak2 dia boleh kunci, yang sakit hati tu siap adik aku tegur tu pasal apa kunci rumah dia boleh blah camtu jer... mangga punya la besau..


nak tak nak aku call polis pastu bomba call aku, yang ni aku tak tahan...dua orang polis datang bawak cutter ok lagi, tapi bomba lak datang macam rumah terbakar siap bunyi siren.. yelah aku faham kategori kecemasan latu sebab ada orang terkunci kat dalam umah...



ramai jiran tetangga datang jenguk macam nak tengok konsert jer... lepas tu kami disuruh buat laporan polis, ok aku pun pergi. polis kat kaunter tu tanya nak dakwa tak tuan rumah lama, aku rasa takyah kot, pastu bos dia datang terus tanya aku berapa lama tak bayar sewa rumah? aku rasa menyirap jer...dia cakap takyah lah kecoh2 cari jer rumah lain memang hak diorangpun kalau diorang nak kunci.... tadi diorang gak yang suruh datang orang datang dia cakap camni lak, kat sini ada 2 perkara yang aku rasa diorang harus tahu, sewa aku bayar pastu keselamatan anak2 aku yang diorang kunci camner anyway masih ada saki baki deposit rental kan...Malas nak argue aku diam jer dan anggap dugaan aku sempena nak nyambut bulan Mulia(Ramadhan)


Bersepah-sepah barang

masa susun kotak2 ni macam tak caye jer nak kena pindah..

Monday 1st August dan jugak 1st Ramadhan. barang2 dah packing tapi tak taw mana nak letak... kalau tidor takde masalah sebab rumah mak mertua aku ada. Dewan orang ramai ada nak letak sekejap je pun banyak bunyi dulu kata boleh bila tiba masa takleh lak...erm..macam rasa rugi lak bayar maintenance bukan apa memang la kami ni dah tak jadi warga apartment tu tapi kami dah 6 tahun kat sana.. apa la salahnya bagi muka. Alih2 kami letak kat luar jer barang2 tu dan nasib baik la pak mertua aku tolong carikan rumah sewa.

So sekarang kami dah ada rumah.Webfetti.com