Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 1 September 2011

Sambal Tempe Goreng Jawa

Ni 1st time memasak kat umah baru, hehehe sebenarnya aku ni bukan selalu memasak pun.. jarang sangat lah ada peluang, selalupun resepi campak2 jer.. but aku syukur pasal family aku ni makan jer masakan aku tanpa banyak soal...

Semalam tetiba jer tertengok resepi kat blog bos aku inahar
macam sedap jer so den torai lak ari ni...

Jangan nilai dari segi rupe...hihihi, rasa yang paling penting....

Ni dia resepi yang aku copy paste,Webfetti.com (jgn marah doc, tapi resepi ni memang best.....)
resepi sambal tempe goreng jawa
2 bungkus tempe-potong dadu
1 biji kentang-potong dadu

segenggam ikan bilis

1 biji bawang besar

2 biji bwg putih

1-2 sudubesar cili giling

sedikit ikan bilis* utk dikisar sekali ngan bawang

air asam jawa

garam

gula



Cara penyediaan

1. Tempe & kentang di potong2 dan di goreng sebentar. ikan bilis juga digoreng.
2. Kisar bawang besar, bawang putih & ikan bilis bertanda*hingga halus.
3. Tumis bahan kisar bersama cili giling hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Masak seketika kemudian masukkan tempe ,kentang & ikan bilis yang telah digoreng tadi.
6. Kacau sebentar hingga agak2 kering dan kemudian bolehlah diangkat.