Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Ahad, 27 November 2011

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah. 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sabtu, 26 November 2011

kereta wira aku hilang!!


biar betul......!!! sumpah aku tak percaya!! baru jer petang Khamis tu aku nampak kereta aku kat padang tu, pagi Jumaat dah takde......!! menyesal aku tegur jiran aku, apsal degil sangat diorang taknak alihkan kereta. Kebetulan hari Rabu tu ada orang baiki jalan so kami disuruh parking tempat lain untuk bagi laluan kat diorang buat kerja, so tersadailah kereta aku kat padang tu 2 hari, ialah nak keluar camner diorang blok jalan. Tergerak gak hati ni nak alihkan kereta tu kat tempat yang sembunyi sikit sebab nampak cam open sangat tempat tu, kalau lalu jer kawasan tu memang nampak jelas kereta aku tu. 

Memang patutpun diorang tak alihkan kereta kalau diorang baik cam aku pasti kereta diorangpun kena kebas gamaknye. Dah sah2 keta aku tu buruk, ngan simen bertampal pasal dah berkaratpun kete aku tu nak cat tak mampu, itupun diorang bawak lari.Jahat betul penyangak tu, aku tahu pasal apa diorang kebas kereta aku, pasal enjin kereta aku power walaupun kereta aku macam besi buruk... mula2 aku ingat bank angkat, tapi setahu aku aku bayar tiap2 bulan, aku call bank diorang cakap reminderpun diorang tak print camner nak beri arahan tarik kereta.Berderau darah aku, aku sayang giler kat kereta aku tu, aku beli masa aku pregnant anak sulong aku dah nak masuk 7 tahun dah dia jadi teman aku. Dulu motor 125 hubby aku, habis jer bayar instalment, motor tu kena cilok, memang tak dapat lah jawabnye sekarang kereta lak... lagi beberapa bulan jer instalment nak tamat dia dah hilang pulak...
Lepas satu satu dugaan aku terima, macam dah lali... walaupun aku harap aku dapat balik kereta tu tapi dalam masa yang sama aku redha, mungkin ada sesuatu buat aku Allah nak bagi.....

Mana tau kot2 ada rezeki cam rancangan tv discovery turbo "overhaulin" mula2 ingat kereta hilang beberapa hari kemudian kereta transform baik punya...... giler.....Malaysia ada?  (betul punyer mental aku dibuatnye...)

Tahun ni memang cukup mencabar, moga tahun depan hidup aku lebih baik. Esok Awal Muharam detik permulaan hidup yang baru.

Isnin, 21 November 2011

Tadika Riang Mesra Sejati, Concert & Graduation 2011

Salam... wah, sekejap jer masa berlalu, rasa baru jer Acaf masuk tadika sekarang dah graduate. Sedar tak sedar dah 2 tahun berlalu. Yelah Acaf masuk tadika pun masa tu umur dia dah lima tahun, habis jer cuti sekolah ni Acaf akan melangkah ke sekolah rendah.

Kelas Asyraf masa umur 5 tahun



ni pula kelas Asyraf umur 6 tahun, kini jadi kenangan


Thank you very much for All Teachers, especially Teacher Selvi, Hong Lao Shi, Ustazah Rusnah, Principal Zana and Aunty Bee Ching.. You all the best ..:)

 
 ini pula gambar kelas Aishah, kelas umur 4 tahun, next year Aishah masuk 5 tahun.

Rasa sangat berterima kasih pada para guru2 yang mengajar anak2 kami, rasa bangga bila  melihat mereka  pandai membaca, mengira dan berdoa. 

12 November 2011, sekolah Asyraf (Tadika Riang Mesra Sejati)  adakan concert dan juga convocation di UIA. Asyraf dan Aishah tidak ketinggalan membuat persembahan.
 
 
Aishah & Asyraf memakai costume
 
 Aishah with her dance partner, Lau Yau Chuan


 Asyraf, Chicken dance
Persembahan dimulakan dengan ucapan dari Pengetua iaitu Puan Zana, ucapan yang amat menyentuh perasaan.
video
Teacher Zana

Seronok menyaksikan persembahan kanak2. Cute sangat. 

Asyraf tampil di depan, menyanyikan lagu Negaraku


 Semua kanak2 ambil bahagian


 tidak ketinggalan kanak-kanak 3 tahun

 Persembahan Nasyid juga tidak dilupakan

hot number .... i want nobody, nobody but you.... huhu!

This one are my favorite, because my baby girl take part


Persembahan boria, lirik lagu ni memang lucu....
  
 
Ada juga tarian India, Batu Caves mari... 
  
Persembahan yang paling dinanti-nantikan...Chicken Dance, my baby boy take part
 
Persembahan dari kesemua kanak2 umur 6 thn...sebelum penyerahan trofi & scroll  

Asyraf bergambar kenangan bersama pengetuanya Puan Zana

Persembahan masih belum tamat, masih ada lagi kanak2 yang ingin menonjolkan bakat......:)
Menerima sorakan hangat, tarian Hindi... Dhoom machale,

So cute, persembahan kanak 4 tahun
 
 
Tarian Melayu juga tidak ketinggalan,


begitu juga tarian China


Pelbagai persembahan di persembahkan memang 1 Malaysia, juga tidak ketinggalan persembahan drama dari kanak-kanak 5 tahun, cerita yang dilakonkan dalam drama ini ada sikit kaitan dengan Pengetuanya. Cerita mengenai seorang jejaka Cina bercinta dengan gadis Melayu. 





 Menarik lakonan kanak-kanak ini..
 
Dan akhir sekali persembahan para guru..... ada juga antara guru2 ni pemalu...


Dengan melihat persembahan kanak-kanak ini, tergambar kehebatan para guru mereka. Congrats!!

Jumaat, 18 November 2011

nasi lemak singget.... ( ^_^)

Hari ni nak citer pasal satu gerai nasik lemak popular kat Rejang, nama gerai tu KakJu Nasi Lemak Kukus. (popular ker hehehe...) Popular la kot, pasal setiap kali kami datang mesti gerai ni kami tak nampak sebab dikerumuni oleh ramai orang. 

Sebab ape erk? sebab awek yang menjual nasik lemak tu cun kot... tihihihi...

ok la...memang cun pun kakak2 yang niage tu, tapi paling tepat sekali sebab nasi lemak kukus KakJu ni memang sedap pastu murah pulak tu, kalau sekarang nasik lemak yang kite beli kat gerai tepi jalan, selalunya harga dalam singget doposen kan, tapi akak ni maintain jual singget, memang pueh atilah....

  
macam tak menang tangan akak ni buat keje


Pelangan akak ni ramai, queue panjang giler.... order lak bukan sikit2 sorang sepuluh bungkus, kami jer order lima pasal perut tak lapar sangat. Kalau makan panas2 satu bungkus memang tak cukup...


 
Tangkas tul tangan awek ni masa bungkus nasi lemak tu..

Diorang buat keje berdua, sorang susun paper ngan daun pisang pastu bubuh nasik and then sorang lagi letak sambal, ikan bilis goreng, telur n timun, walaupun queue panjang tapi tak bosan tunggu bila tengok mereka bungkus nasik lemak tu, laju tu.... pendek kata, memang kagum la kami kat diorang.

For more info, kot la nak torai....gerai ni dibuka dari pukul 6 petang sampai malam, tutup kul bape? hah itu saya tak tahu pasal paling lewat pun kami singgah kul 10.30pm. (tak pernah terpikir pun, nak tanya diorang tutup kul bape?)

Khamis, 17 November 2011

Bacaan duduk antara dua sujud.

Salam, buat renungan bersama..

Ini juga salah satu panduan yang saya share dari FB.

 

Isnin, 14 November 2011

Hari report kad

Hari ni sekolah Intan ada hari ambilan report kad... pada mulanye memang taknak pergi sebab kerja tapi mengenangkan tiada wakil, maka kena pergi jugak... Malam sebelumnya Intan da pesan esok kena ambil report kad, saja nyakat dia cakap akak besok bz...Intan siap ugut lagi.

"kalau kak ngah tak pergi esok, nanti cikgu marah akak taw" - intan
"Alah, takdenye dia nak marah, takan dia tak faham akak kerja" - k.ngah
"kalau k.ngah tak datang jugak, saya tipon akak banyak2 kali, hah baru taw!" - intan
"ermmmmm.....nanti akak tanya kawan akak dulu" - k.ngah

Si Intan ni ingat k.ngah dia ni takut lah tu.....

Malam tu k.ngah call jugak la colleague k.ngah bagitau masuk lambat sebab nak amik report kad adik..

Bila masuk jer sekolah, nampak ramai juga parents datang ambil report kad, tentu Intan sedih kalau k.ngah tak datang... hehehe sempat lagi kena ngorat ngan budak sekolah menengah ni, diorang rabun kot..nak wek camno body k.ngah ni kecik patut la driver bus dok salah bg tiket jer ingat student agakye...itu pandangan dari jauh la kot..! Klau dari dekat makcik2 kat situ tanya anak tingkatan berapa? huhuhu da tua da aku nih!

Bosan tul la menunggu, duk tengok jugak jam takut lambat... risau gak takut ada meeting ibubapa..hihihi takut kalau diorang tanya idea ke komen ker...

Nasib baik cuma jumpa guru kelas dia jer.. sebelum tu berkenalan jugak la dengan beberapa ibubapa pelajar. Intan ni popular jugak kat sekolah, ramai juga yang kenal dia.. sorang makcik tu siap pesan lagi jangan biar Intan pergi sekolah sorang2. Sebenarnya dulu memang la Intan pergi sekolah naik kereta tapi semenjak pindah rumah yang berdekatan ngan sekolah...itupun sebab dia asyik kene tinggal je ngan makcik yang bawa kereta tu, so Intan yang decide nak jalan kaki jer gi sekolah sebab ramai budak2 kat kawasan rumah tu jalan kaki jer pergi sekolah.. 

Kak ngah tak kejam, masa balik k.ngah still upah makcik tu jemput Intan sebab tengahari panas. Guru besar dia suruh k.ngah benarkan Intan keluar rumah kul 7 pagi sebab masa tu ramai orang, yelah kawasan kejiranan kami ni tak beberapa save sangat.

 Si Intan nikan taw2 jer kite nak ambik gambar.

Kat sekolah ni Intan banyak kawan, sebab tu dia memang tak suka ponteng. Lambat camner dia, dia tetap pergi. Hari tu cikgu rehatkan dia dari sekolah sebab kelas diorang ada sukan bola kat Cheras, Intan dan beberapa orang pelajar tak terlibat. Tapi Intan tetap berkeras nak pergi sekolah. Bila cikgu bagitahu takde kelas baru dia cuti.

Dia juga ada peminat, ada juga yang suka buli dia. Masa tengah tunggu giliran ada seorang pelajar cina, namanya Foo Yen salam semua parents termasuk k.ngah siap cium tangan lagi. Intan cakap Foo Yen ni la yang suka buli dia, Foo Yen tersenyum siap peluk dan cium pipi Intan.
 "kite kawan kan?" - Foo Yen
"Alah kat dalam kelas pukul orang kat sini peluk lak" - Intan

K.ngah tak marahpun kat diorang pasal memang diaorang macam tu. Guru kelas tupun cakap perkara macam ni biasa berlaku sebab ada juga pelajar yang susah nak dikawal.

Menunggu giliran, lepas parents Qistina kawan karib Intan, giliran k.ngah lak..

Apa yang diberitahu guru, Intan ni ok lah tengok report kad ada juga kemajuan cuma masih suka bermain-main, dan berjalan-jalan waktu belajar. Sekarang Intan kelas KK2 dan mungkin next year up sikit KK1 sebab guru kelas dia kata dia ada kemajuan.

Terima kasih buat semua guru-guru yang mengajar Intan terutama guru kelas Intan Puan Norhazniza, hanya Allah je yang dapat balas jasa diorang.

Sabtu, 5 November 2011

PANDUAN MENDIDIK ANAK


Hari ni saya terbaca wall post kawan fb tentang panduan mendidik anak so sayapun share, panduan ni amat berguna buat saya. Kalau share kat fb selalunya akan hilang tapi saya masih nak baca panduan ini lagi so saya copy dan simpan kat sini.

 

original note By: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

  • Jangan gunakan ... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
  • Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
  • Jangan pukul anak dari lutut keatas

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik   akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  • Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  • Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

lantak kau lah.............!!!!

Responsible...ntahlah, sebab tanggungjawab ker atau sebab takut boss.. rasanya sebab memang aku ni penakut kot. 

Hari ni nak cerita tentang client aku yang poyo!! bukan ape, kalau kita diberi tugasan, kita mesti selesaikan dengan baik, aku tak cakap aku baik at lease aku ada jugak la rasa bertanggungjawap..  bila nengok client punye account tak update mula lah rasa gabra bukan apa, risau kalau2 client kena compound tapi aku hairan client aku cam tak kisah jer... 
Assignment aku kali ni ialah nak finalised account year 2009, aku memang tension giler wat account client aku yang ni, bukan sebab account tu susah tapi sebab account clerk diorang ni susah nak bekerjasama. 

Baru-baru ni aku ada minta sales report dari dia.. dia ada bagi, tapi yang salah, aku ni punya la baik hati pergi office dia minta baik-baik dan bagi tunjuk ajar kat dia, tapi aku lak yang dia ajar, siap suruh aku ubah sendiri yang paling best dia boleh tanya aku buat apa diorang bayar aku mahal2 tapi semua benda dia nak sediakan. Masa tu aku tergamam...dan berfikir, selama ni aku rasa takut sebab aku tak tahu tugas aku, so sekarang bila dia tanya baru aku perasan apa tugas aku yang sebenar, ngan rasa lega dan sedikit marah tapi tak show... aku bagitahu dia, tugas aku cuma finalised account dia, semua document berkaitan account dia yang kena bagi kat aku. Aku buat account dia, melalui document yang di provided kat aku. Dia sebagai staff kat sana, dia kena ambil tahu, dan bukan masalah aku kalau staff lama tak ajar dia.

Sekarang ni, aku takyah pening2kan kepala..aku tunggu jer respond dia kat aku, wat kena migraine ngan gastrik jer fikir pasal diorang ni. Dah lah document hilang, working paper aku bagi kat dia untuk rujukan dia gi buang, terngaga aku dibuatnye...dia ni tak tahu ker segala document untuk akaun dia kena simpan selama 7 tahun. Dia nak salahkan aku lak dia buang sebab aku cakap aku tak guna, memangla aku tak guna pasal aku dah selesaikan tugas aku, segala doc yang dia beri kat aku aku pulangkanlah balik. Sepatutnya kan budak ni kena tanya diri sendiri buat apa bos dia kasi gaji kat dia, kalau benda2 cam ni dia takleh handle... Mungkin bagi dia current assignment lebih penting berbanding yang dah lepas, so dia bzkan diri untuk tugasan baru tapi yang lama dia biar jer, dia akan buat bila dia free, itu pasal la dia buat derk jer bila aku minta sales report 3 tahun lepas. Cuba kalau dia fikir kalau dah 2 tahun tak file account kat SSM, pastu SSM dapat tahu...huh! malas nak fikir...

Hahaha....sekarang ni aku lak jadi dia punye nightmare....aku akan kacau dia selagi tak dapat apa yang aku minta.. Tapi kan, dah seminggu aku minta dia prepare sales report tu, tadi aku kol tanya, dia boleh jawap dia tak buat apa2 lagi. Ntah la tak faham aku, kenapa lah dia ni tak pernah nak amik pusing...lantak la aku rasa aku dah berusaha nak selesaikan masalah ni pihak diorang yang tak mahu kerjasama.