Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Ahad, 29 Januari 2012

school time !


Sekejapnya masa berlalu sekarang dah masuk tahun baru, sekolah dah bermula, sibuk betul bulan ni. This year si abang dah melangkah ke alam persekolahan sebenar. So kena serius sikit, bukannya tak serius masa di tadika almaklumlah tadika so kalau lambat si pengetuanya bising kejap je... hehehe..

First day, abang dengan uniform barunye dan adik still pakai uniform tadika, adik masih ada 2 tahun lagi untuk ke sekolah rendah.

wah! dah besar anak bujang mama, hari ni mama dan baba hantar ke sekolah, esok abang pergi sendiri naik bas sekolah.


Kelas 1J, 1st day school so ramai la ibubapa jenguk kat tingkap masing-masing ambil gambar anak, dah serupe artis dah anak masing2 siap lambai2 bagai. macamlah anak tu tak balik umah jab lagi..hehehe aku pun cam diorang gak. :)

First day kat sekolah, ramai ibubapa tak balik rumah tunggu hingga anak rehat dan ada yang tunggu hingga kelas tamat. Kami tunggu Asyraf hingga rehat je, habis rehat kami pulang dan kelas tamat nanti baru kami datang jemput. 

Nak jadikan cerita kami pernah bagitahu Asyraf dia akan ke sekolah sendiri dengan menaiki bas sekolah so bila kami datang jemput dia untuk pulang, kami terkejut sebab Asyraf takde. Jenuh cari tak jumpa2. murid2 darjah satu nampak cam sama jer. Gelabah dibuatnya jantung rasa macam nak tercabut jer. keliling sekolah kami cari tak jumpa pergi bilik guru, tanya salah seorang guru dia kata semua pelajar dah dilepaskan.  

"Alamak mungkin Asyraf balik naik bas sendiri, ntah bas mana pulak." Aduh rasa macam nak pengsan.. 
Guru tu kata nak buat announcement tapi announcer pulak keluar. Tak puas hati cari lagi dalam kelas, kebetulan ada murid darjah enam dalam kelas tu, tanya dia kat mana guru kelas, dia kata semua guru masih dalam bilik guru, naik lagi bilik guru cari guru kelas, rupanya Asyraf duduk kat sebelah guru kelas dia, Mdm Chia. Mdm Chia cakap dia call semua contact number yang diberikan tapi tak berjawab. (ha'ah ada miss call sebab gelabah punya pasal tak dengar talipon berbunyi.) Mdm Chia ada tanya Asyraf dia balik dengan apa, Asyraf bagitahu guru dia, dia naik bas sekolah. si guru pula tak nampak no.bus atau no. phone pemandu bas so that's why dia tak lepaskan Asyraf. Alhamdullilah..selamat anak aku.."rasa lega sangat, tapi perasaan gerun tu memang tak boleh lupa, agaknya macam tu lah perasaan ibubapa bila kehilangan anak.."Ya Allah lindungilah anak2 kami" Peristiwa tu adalah pengajaran buat kami. 

budak2 kalau tak dipesan, alamat ice cream la tiap2 hari..

Hari kedua, aku dah start kerja so, tak sempat jenguk Asyraf tapi masa lunch hour aku balik rumah mertua aku tuk pastikan Asyraf sampai dengan selamat, sebab hari ni dia balik naik bas sekolah sendiri. Hampir jam 2 Asyraf tak sampai2 lagi, nak call aunty bas tu no lak tak simpan, aduh lagi sekali aku pening. Call office bagi taw masuk lambat sebab tunggu anak. Nasib baik Asyraf sampai jam 2, aunty tu cakap dia kena kumpulkan semua murid sebab minggu pertama tak ada kelas tambahan. hari ni kami hantar Asyraf masuk sekolah agama lak. Asyraf paling suka sekolah agama. Dia bangga dengan tulisan jawi yang dipelajari di sekolah berbanding sekolah Kebangsaan dia lebih berminat bercerita tentang Sekolah Agama. Memang bangga bila anak lebih berminat dengan Ilmu Agama, dalam masa itu juga mama nasihatkan Asyraf beri tumpuan untuk semua ilmu yang diajar oleh guru, Ilmu dunia dan akhirat.
 

 

posing sebelum ke sekolah :)

 Jadual, walaupun ikut jadual bag tetap berat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cayalah sapa yang komen :)