Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 16 Februari 2012

I'm sorry Adik....



Hari ni mama takda mood nak buat kerja. Teringatkan Adik, mama rasa bersalah teramat sangat. Semalam mama tak pergi kerja part time sebab nak selesaikan satu tugasan. Mama tahu, anak2 mama suka kalau nampak mama kat rumah, mama nampak senyuman abang dan adik. Mama suka dengar cerita abang dan adik. Mama suka dengar gelak tawa abang dan adik. Adik, setiap hari adik kata "Adik sayang mama, adik rindu mama." Mamapun sama, setiap detik masa Mama Sayang dan Rindu Abang dan Adik. Setiap kali mama berbual dengan kawan2 mama semuanya tentang Adik dan Abang.


Mama silap sebab walaupun adik seorang yang berdikari mama tak sepatutnya biar adik belajar sendiri. Bila abang menangis buat kerja sekolah mamapun tolong abang dan adik pula merengek suruh mama ajar adik sedangkan mama tahu adik dah boleh buat. Mama tak mahu tolong adik sebab mama tahu adik boleh buat, mama marah adik sebab mama tahu adik sengaja buat-buat tak pandai sedangkan adik pandai menulis. Sori Adik, Mama tak perasan adik cuma nak kan perhatian.

Pasal semalam tu mama tertekan sebab mama betul2 nak habiskan kerja supaya kita ada banyak masa bersama tapi adik asyik kacau mama, dengan tak sengaja mama tinggikan suara dan mengeluarkan ayat yang tak patut seorang mama lafazkan "Hsh, kalau macam ni baik aku pergi kerja je.!" dalam fikiran mama masa tu, mama teringatkan kawan mama terpaksa cover mama sebab mama nak habiskan tugasan office mama tapi mama tak fikir tentang adik.


Bila mama lihat adik berlalu sambil pegang buku, tangan mama terus berhenti menaip, perasaan bersalah yang teramat besar timbul.."Ya, Allah apa yang dah aku buat? " dalam hati mama terfikir bukankah anak adalah keutamaan mama, mama kerja sebab anak2 mama.

Adik merajuk, "Sorry adik, mama tak sengaja" mata adik berair tapi adik still senyum, sambil memeluk mama adik berkata "takpe adik tak merajuk pun adik gurau jer"..


"Ya Allah, baiknya anak aku ni.." walaupun kata2 adik menyejukkan hati mama tapi perasaan bersalah masih ada. Memang tak patut perbuatan mama tu, tapi adik mama nak sangat kita luangkan masa bersama tapi mama terpaksa kerja.

Mama kena kerja dari pagi hingga petang dan sambung ke malam. Dan malam sebelum tidur mama masih teruskan tugasan mama. Bukan mama tak sayang abang dan adik, mama kerja nipun sebab mama sayang kamu semua. Kalau mama tak kerja duit kita tak cukup untuk tampung semua perbelajaan kita.

"Mama, adik tak boleh tidur kalau mama tak tidur sebelah adik"


Mama masih ingat mama balik kerja tempohari, adik dan abang dah tidur, maksu Intan kata adik tak siap kerja sekolah sebab adik tertidur lepas penat bermain, maksu letak homework adik kat atas meja. Jam 4 pagi adik bangun dan kejutkan mama sebab adik nak pergi ke tandas. Mama bangun dan tolong on kan lampu kemudian mama sambung tidur, malam tu mama penat sangat adik, mama dengar suara adik minta tolong ajar adik buat homework. "Mama adik tak reti tulis five, mama tolonglah adik." macam dalam mimpi  "Alah adik, last year kan adik da buat, adik mesti boleh buat." mama jawab adik tapi mama terus terlelap. Esok pagi mama bangun, mama perasan buku adik tak ada atas meja rupanya adik dah siapkan homework adik sendiri tanpa bantuan mama.. Mama rasa bersalah tapi bangga sebab adik betul2 bertanggungjawap.


Hari ini adik jemput mama pulang dari kerja part-time, sebelum naik motor adik bagitahu mama "Mama, adik dah siapkan homework, adik buat sendiri jer." Alahai, adik walaupun kata2 tu adalah sesuatu yang baik tapi ia tajam menusuk kalbu, macam satu tamparan sebab semalam mama terlupa tanggungjawab mama sebagai ibu.

 Adik, I'm sorry ok...

Mama sayang Adik 

video

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. hihihi mestilah, anak2 baba pandai2 semuanya...

      Padam
  2. sweetnye entry ni.. tersentuh jap.. hmm samelah dgn sy, kekadang bila termarah anak murid sbb kesilapan kecil, sy cepat2 sedar & pujuk dia balik..

    appn, sy tumpang lalu bw kat sini.. jemput singgah ke blog kalau free ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Cikgu Zamani, saya pasti akan singgah :)

      Padam

cayalah sapa yang komen :)