Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Sabtu, 3 Mac 2012

kalau dah ditakdirkan begitu....

Kehilangan... 

Rasanya memang mencabar betul hidup ni, sesuatu yang paling aku takuti...KEHILANGAN

Tak tahu kali keberapa aku harus diuji...

Marah betul aku, bila adik bongsu aku minta wang untuk beli dompet duit sedangkan dompetnya masih baru, aku faham  dia remaja dan suka sangat sesuatu yang cantik dan baru. Aku selalu ingatkan hidup kami bukan senang, dan perlu sentiasa berjimat. 

Sejenak terfikir apa alasan dia nak beli dompet baru, lalu aku bertanya jawapannya ialah dompet hilang kat sekolah, lagi sekali aku mengamuk.. macamana boleh hilang...tak simpan dalam poket ke? katanya ada latihan sukan jadi dompet tu disimpan dalam meja. Geram betul dengan jawapan dia, kenapalah tak disimpan dalam bag. Tak..akak takan belilkan yang baru.!!.. (saja je nak bagi dia lebih berhati-hati lain kali.)

Keesokan harinya anak aku pula bagitahu dompet dia hilang, kebetulan hari itu aku bagi wang extra untuk beli kismis kat sekolah. Disebabkan dia masih kecil aku cuma kata takpelah dah takde rezeki, dan tanya dia bagaimana boleh hilang. Jawapannya hampir sama dengan Maksunya..simpan dalam meja. Kenapa tak simpan dalam poket seluar? jawapnya seluar Sekolah Agama takde poket. Nasihat yang sama aku bagitau anak aku.... lainkali simpan dalam bag.

Adik aku Intan bernasib baik sebab bilik darjah sekolah dia tak ada sesi persekolahan petang jadi keseokan harinya dompet Intan dijumpai. Malangnya Asyraf tak sebab dia berkongsi kelas dengan murid seisi pagi. Halalkan aje....

Dalam bag aku ada macam-macam, semunya aku simpan kat dalam...perlu ke tak perlu ke..ada aku kisah.... banyak sangat barang sampai nak cari kunci pun payah, kadang-kadang kalau ada orang call ambil masa yang lama nak jawap sebab tak tahu celah mana aku selitkan hehehe....

Pagi Rabu nak pergi kerja, my hubby tanya phone mana, call tak dapat.... hairan selongkar bag, takde cari bawah sofa, almari kot2 kitty bawa lari.. tapi tak jumpa. Eh baru perasan dompet aku dua2 takde..alamak sape yang amik ni.... jenuh soal siasat budak2 ni semua kata tak ambil... Alah takan tercicir...tak! sebab semalam sempat aku simpan syiling dalam dompet tu...eh tak mungkin...

So bermulalah seisi cuci rumah, semua tempat aku cari termasuk lah dalam tong sampah... cam tak logik je aku cari dalam plastik sampah semalam yang Intan kata nak gi buang tapi tak pegi2....Takpelah aku cari kat office kot walaupun aku pasti memang dompet aku aku letak dalam handbag. So hubby suruh block semua kad bank tapi tak aku tak mahu lagi sebab aku tak pasti ianya betul dah hilang...

Hari ketiga baru aku terima hakikat bahawa memang dah hilang..(kena curik !!!!!!) sakit tul hati ni...kes kereta hari tu tak habis ni dompet ngan handphone lak... aku sayang giler handphone tu....(sedih sangat2). So akupun call bank untuk blok semua kad aku. Sekarang dok terfikir nak buat IC kali ketiga.... berbelas tahun dulu aku pernah tercicir dompet kat dalam bas...betul atau tak akupun tak tahu masa tu umur aku baru 18 tahun. biasalah orang merantau balik kampung memang excite giler dompet hilang pun tak tahu... punyalah aku tak perasan bila nak beli tiket baru aku tahu dompet hilang. nasib baik aku balik ngan kawan. masa tu dah start hilang IC takyah lapor polis terus gi JPN buat baru. Lepas IC buat baru ada la pula orang call kata dompet aku dah ditemui dan dia dapat no phone rumah mak aku dari dalam dompet. Ceh, IC je tinggal duit ngan kad bank lesap. Balik KL ada bank call kata ada orang cuba nak ambil duit aku dalam bank so no pin dia tak dapat agak then card tu tertelan. sebenarnya aku dahpun blok kad ATM tu.

Itu kes masa umur 18..beberapa tahun kemudian. IC aku hilang lagi...kali ni memang tak aku duga. kejadian berlaku di The Mall..masa to ROC kat sana lagi. Aku hilang dompet kat dalam surau..sabor jelah lepas solat jer aku terus pergi ROC masa nak buat pembayaran tegok dompet dah takde...gila..camne aku nak balik...nasib baik lah aku jenis suka letak duit syiling bersepah-sepah dalam  bag aku, so dapatlah aku gunakan duit tu untuk call tunang aku yang kini dah jadi hubby.

Masuk ni dah tiga kali lah IC hilang. dua kali tu nasib baik tak kena denda. Kali ni aku dengar kali pertama hilang IC denda RM100, kalau kali kedua RM200 lah... aku kali ketiga RM300 la kot...tapi kalau kes ragut takyah bayar sebab tu kes naya tapi mesti kena ada report polis dan pengesahan doktor. Kes aku ni kes naya jugak lah cuma tak nampak pencuri je...aku tak buat laporan polis sebab aku tak tahu bila dan dimana ianya hilang.

Semalam aku pergi KL Sentral, urusan kerja kat SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang dulunya ROC (Registrar Of Companies), pejabat yang dulunya di The Mall. Pada mulanya nak pergi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) tapi hari Jumaat officer ROC keluar rehat awal takut tak sempat. Kalau nak jumpa officer kena tinggalkan Lesen atau IC untuk dapatkan pass pelawat. Sekarang ni yang jaga kaunter kebanyakan polis bantuan.
 
Polis tu minta lesen saya cakap takde, IC? saya jawap "IC hilang kena curi lepas ni saya akan ke JPN, passport adalah.." Polis tu senyum jer sambil bilek passport tu kemudian minta no phone. saya bagi no office jelah handphone sayapun kena curi..lepas dapatkan pass aku perhatikan ada yang pandang pelik kat aku. Mungkin diaorang ingat aku warga luar sebab aku bagi passport kat kaunter. (ah..tak kisah)

Balik SSM terus pergi office tak jadi ke JPN dah lewat. Isnin nanti jelah pergi. Balik rumah aku terfikir dan tersenyum sorang2 sebab aku selalu pesan kat budak2 tu simpan dompet dalam bag supaya tak hilang, tapi aku pula hilang dompet yang aku simpan dalam bag. Iyalah kalau ditakdirkan hilang simpan lah kat mana2pun ia tetap akan hilang...

Nasib aku baik sebab ada satu purse yang paling aku sayang tak hilang dan ada beberapa document penting aku simpan kat dalam tu dan juga sekeping gambar kenangan iaitu gambar Arwah mak. Purse tu adalah milik mak. Ada tiga purse kat dalam bag aku tapi purse yang paling besar tak hilang... Alhamdulliah..

Gambar mak dan intan....

Gambar ni aku jadikan sebagai kenangan. Al-fatihah...moga roh mak dicucuri rahmat...

Dalam dok tersengih sorang2 Intan pun muncul depan aku dan berkata "Kak, orang cakap jangan marah, purse saya hilang lagi tak tahu kat mana, masa rehat tadi Ustaz Ahmad kasi duit makan"...

"Emmm...Apo nak dikato, tak dapek den nak menolong...sobar jelah..." :P

11 ulasan:

  1. mbak nita jangan marah dong. . . itu kan bukan disengaja. . . . sabar ya. . . pasti ada gantinya kok

    kunjungan pagi ahhh. . . da orangnya ndak ya. . .

    BalasPadam
  2. takdelah..tak marahpun....InsyaAllah...

    selamat pagi...ada, terima kasih atas kunjungannya..

    rajin awak membaca ^^

    BalasPadam
  3. yg sabar mbak nita ngadepin semuah...anggap saja itu semuah bagian dari kehidupan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih cik awi :)

    salam kenal...

    BalasPadam
  5. hehehehhee. . . . udah masak belom nih k.nita. . .

    pake kakak aja ya. . . hehehhee

    BalasPadam
  6. oopppss...k.nita masak hari cuti saja. masih di kantor nih...hihihi

    iyelah..friendly sikit ^_^

    mbak tu ape ye... puan ya?

    BalasPadam
  7. hahahhahaa bisa aja nih k.nita. . . ada yM ndak. . ??

    add ya sususegar_28

    BalasPadam
  8. coba lagi kak. . tadi salah pencet. . .

    BalasPadam
  9. ok, dah add tapi cam takde response jer..

    takpelah..lainkali kite YM boleh bertukar2 pendapat yea...

    Thanks Tabah :)

    BalasPadam
  10. siiippp k.nita..

    na YM nya kak nita apa. . ??

    BalasPadam
  11. nita_yus

    @ email add nita_yus@yahoo.com

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)