Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 23 Mac 2012

Pasar malam

Pasar malam.... malam ni, entry aku mengenai pasar malam. Dah hampir 15 tahun aku duduk Sri Rampai, pasar malam ni memang jarang la aku tak jenguk. Pasar malam ni ada setiap hari Khamis. Walaupun sekarang aku dah pindah rumah kat Rejang, aku tetap akan berkunjung jugak kat pasar malam ni. Hehehe aku tipu... sebenarnya setiap hari aku buat part time kat klinik di Sri Rampai so dah dekat takan tak singgah kot, orang duk kat Genting Kelang pun boleh datang.

Beberapa bulan lepas,  pasar malam ni ditutup. Sedih juga aku dibuatnya. setiap hari Khamis je macam ada something missing. Mana taknya, kita dah biasa pergi pasar malam tiba-tiba ditutup. Itu perasaan kami yang berkunjung, bayangkan apa pula perasaan para perniaga.

Banyak kebaikan pasar malam ni, selain dapat beli barangan secara murah, kita juga boleh beli pelbagai jenis barangan dari barang dapur hingga barang perhiasan. Bagi wanita yang bekerja macam aku ni, hari nilah aku boleh beli barang pasar, macam sayur-sayur dan ikan, sotong, udang, daging, ayam pendek kata semualah. Ialah nak pergi pasar pagi bukannya sempat. Pakaian pun murah-murah dan cantik-cantik.

Tak sangka pulak lepas hampir 30 tahun beroperasi ada juga manusia tak puas hati. Mereka sanggup buat aduan di DBKL sebab masalah parking. Parking punya masalah bukan hari Khamis jer, hari-hari pun ada masalah. Apa ra.... tak ada akai!!  kesian.. walaupun dah tutup masih ada peniaga yang berniaga sayur tapi dalam van jer, takut kalau DBKL nampak kang kena saman.

Tapi...Alhamdulliah, semuanya dah berlalu kini pasar malam dibuka semula hooray!! actually dah lama tapi malam ni saja nak buka cerita. hihihi..

 ni bahagian hujung sekali... dulu panjang tapi sekarang dah pendek pasar malam ni, tapi ok je.

 singgah jap sini beli bag

 ni gerai kegemaran anak-anak aku.. 

dia dah nampak da....

biasalah just cuci mata je 
 bahagian ni kat tengah-tengah, kebanyakannya perniaga berbangsa cina.

 selalunya aku beli selipar kat pasar malam jer, kasut-kasut kat sini pun boleh tahan.. 

 budak-budak remaja suka lah singgah kat sini..

Singgah beli asam boi, balik nanti buat air asam boi..

sorilah kak amik gambar kat sini, nak snap kat kueh akak takleh sebab van nak lalu

brader ni dah kenal dah kitorang, pelanggan tetap dia hehehe...

Kat pasar malam ni, paling aku selalu beli keropok lekor, nasi kerabu ngan siput sedut... nak ambil gambar tapi sesak sangat lagipun photographer ni pemalu sikit.

Dengan adanya pasar malam para suri rumah kat sini suka bagi alasan "takyah masak lah malam ni pasar malam ada, sat gi masak takda sapa nak makan, bazir jer..." hihihi.. ok lah tu hari cuti buat para ibu gitu. 

Kat Rejang pun ada pasar malam tapi hari Sabtu. pasar malam ni pun ok jugak, lagi dekat ngan rumah aku, jalan kaki je. Seronok pergi pasar malam, macam-macam kita boleh beli tapi aku lebih suka beli makanan je kat pasar malam. 

Support lah sikit peniaga pasar malam kan, tapi jangan membazir ok.



40 ulasan:

  1. disana ada yg jual hamster gak mbak?
    Orang malaysia yah? Bahasanya melayu banget

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perasan, mungkin tak ada? tapi katak ada.... :p
      Ye saya Orang Malaysia, dan berbangsa Melayu. ^^

      so yang komen ni si farin atau saiful? salam kenal ya buat kamu berdua ^^

      terima kasih atas kunjungannya.

      Padam
  2. waaahhh
    asyik ya jalan2 di pasar malam...sambil beli snack hmmm yummiieee
    anyway sist nita ni orang mana??
    bicaranya is a little bit strange...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya asyik sekali..

      sist.nita asalnya dari Pahang dan sekarang menetap di Kuala Lumpur. Warga Malaysia.

      k.nita berbicara mengunakan bahasa melayu pasar. Bahasanya agak bercampur aduk. kalau nak translate in English memang tak akan faham. (akan berusaha meningkatkan penulisan dalam bahasa Melayu dengan betul)

      tapi erow faham kan?

      Padam
  3. Wah di Malaysia rupanya ada pasar malam ya.
    Mirip sama di sini,
    yang dijual pun hampir sama. Mainan anak-anak hihi xD
    Keropok Lekor itu apa yah Kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disini memang ada pasar malam..
      o benar mirip ya,
      kebanyakkan peniaga memang pandai tarik pelanggan dari yang kecil hingga dewasa.
      Keropok lekor tu, sejenis makanan yang diperbuat dari ikan.
      rasanya enak tau, Una nanti kalau Una ke mari cuba rasa keropok lekor ok. rasa sekali pasti mau lagi.

      Padam
  4. aku jua peminat p.mlm haha..tp tula kadang2 ja dpt pi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. o samalah kite,
      hihihi biasalah kalau dah kawin, kadang2 abang tak bg pi, sesak katanya..:p

      Padam
  5. wah sama ramenya dengan pasar malam di Indonesia jg ya...
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. o benar ya Dihas,
      mungkin sebab Malaysia dan Indonesia tak jauh sangat.. :)

      Padam
  6. kirain aku pasar malam cuma ada di Indonesia aja ternyata ada juga disana,tapi kalau disana ramai kagak mba pengunjung'a ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sini memang banyak pasar malam.. dimana2 tempat pun ada.
      Pengujungnya ramai, jadi kalau k.nita nak pergi pasar malam selalunya dipenghujung waktu berniaga, baru orang tak ramai tapi jualannya kebanyaknya udah abis :(

      Padam
  7. buat cuci mata asik pasti ya kak pasar malamnya .. hee
    banyak makanan yang aku belom tau, asam boi tu apa ye ..?
    hhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tahan jugalah..hehehe
      mungkin kamu tahu cuma namanya aja berlainan.. asam boi itu sejenis buah yang dikeringkan.. sori akakpun tak pasti dari buah apa :p
      rasanya masam-masam masin.. selalunya serbuk asam boi kita makan bersama buah jambu... kalau buat air juga enak bersama perahan limau kasturi..hihihi
      kalau mau tahu selanjutnya google aja dong.. hahahaha..

      Padam
  8. saya pun sangat suka pegi pasar malam:) salam perkenalan..jemput follow saya kembali :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita...

      salam perkenalan juga, dah follow tapi awak tak follow kite pun :(
      huhuhu...

      Padam
  9. ada pedagang mainan anak kecil juga, serunya seperti di desa saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. o iya..
      disini mana2 pasar malam pun ada gerai untuk barangan mainan anak kecil sekurang2nya ada 2 gerai dalam satu pasar malam.
      setiap ibubapa sekurang-kurangnya akan beli satu mainan utk anak (tak tahan dengan rengekan anak)hihihi...

      Padam
    2. hihi jadi terpaksa membeli deh
      foolback sukses yah
      happy blogging

      Padam
    3. hihihi..
      terima kasih ye.
      happy blogging to you too :)

      Padam
  10. itu nampak enak makanannya. boleh tak kirim ke indonesia, buat mencoba.. hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. boleh tapi takut tak sampai nanti ;P

      Padam
  11. Sonok kan pegi pasar malam. Saya dgn hasben tiap2 minggu pegi pasar malam beli ayam part dada dgn kepak sbb part tu je yg kiterang suka. Kalo beli sekor, nanti part2 lain tak makan plak. Pastu kiterang akan beli air kelapa 2 jug. Satu jug minum malam tu jugak sambil tgk movies kat TV2 [ari sabtu] dan makan kepok yg beli kat pasar malam. Satu lagi air kelapa akan minum tghr ahad tu. Sedapnya air kelapa.

    BalasPadam
  12. Eh eh samalah kite..tapi kitorang dah tukar menu baru, ayam crispy.. takde tulang. selalunya beli dua satu spicy dan satu lagi ori.(cam kfc gitu ;p)
    kamipun suka air kelapa. wah..boleh join the club.

    BalasPadam
  13. aku juga seneng banget kalo ada pasar malam.. asiknya itu kalau beli2 jajanan dan liatin orang2 ramai kesana-kesini :)
    salam kenal yah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun begitu :)
      salam kenal juga Aiinizza Wynata ^^

      Padam
  14. besarnya pasara malam kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tahan la, tapi sekarang ni rasanya da kecik sikit.. lepas kes penutupan pasar malam Sri Rampai tempohari..
      mungkin takut mengganggu lalu lintas nanti ada lagi yang komplen..

      Padam
  15. Salam Yusnita,

    Amboi meriahnya pasar malam kat sini...macam2 ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Ros,

      meriah la sangat..hihihi,
      macam astro jugakla, macam2 ada ^_^

      Padam
  16. kira,in di indonesia saja yg ada pasar malam ternyata di malaysia juga ada ya..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, sayapun sangka kat Malaysia jer ada pasar malam.
      Indonesia pun ada ya. Mungkin negara lainpun ada... teringin juga nak tahu??

      Padam
  17. ske pg pasar malam..huhu

    BalasPadam
  18. wah di malaisia ada juga ya, seperti di indonesia ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasar malam kat Malaysia memang dah lama ada, mungkin di Indonesia pun sama.. ialah negara kita kan tak jauh sangat. ^_^

      Padam
  19. sy klu mls masak pasar mlm lah tmpt yg wajib diterjah. tp spnjg pi psr mlm kt tmpt sy xpernah jumpa plak org jual lauk siput sedut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi kalau cam tu Azi, silalah ke Pasar malam Taman Sri Rampai, Setapak. sebab ada sorang kakak tu, dia ada jual siput sedut sedaaaaappp.....

      Padam
  20. Kaak...Dee pun nak berkesah tentang Pasar Malam, Pasar Ramadhan dan Pasar Borong! ahaahaha...semua namma PASAR yang famous kat Malaysia...tapi lom sempat ambil gambarnya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh iye ke Dee.. akak baru nak bercerita tentang pasar Ramadhan tapi sengan nak ambil gambar sebab ramai sangat orang..nanti akak nak baca tentang kesah pasar malam yang Dee akan post nanti k, pasti menarik kan..^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)