Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 27 Mac 2012

♥♥ PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

Semalam datang seorang ibu ke klinik tempat aku bekerja. Dia tanyakan pada aku di klinik ini ada buat ujian untuk kehamilan, aku kata ada. Sejenak dia bertanya lagi sekiranya ujian itu positif boleh tidak doktor gugurkannya. Sebenarnya aku terkejut tapi dengan tenang aku jawab di klinik ini tiada perkhidmatan itu. Kemudian dia memberitahuku bahawa dia bertanya soal ini untuk pihak kakaknya. Katanya si kakak baru melahirkan dan baru sahaja habis pantang lagi pula si kakak melahirkan anak secara caesarean (pembedahan bersalin) jadi ianyanya terlalu awal untuk kehamilan kedua. Aku hanya mendengar dan memberitahu dia sekali lagi bahawa klinik ini tiada perkhidmatan tersebut.
Setelah dia pergi, ia membuatkan aku terfikir.. kenapa harus digugurkan? Aku juga punya teman yang mempunyai masalah seperti kakak itu, dia juga melahirkan anak kedua secara normal. Ya, teman aku itu pada mulanya bersedih dan takut tapi tetap meneruskan kandungannya. Yang kami tak tahan bukan kehamilannya tapi leteran para doktor yang merawat. Selalunya selepas melahir anak secara caesarean, para ibu dinasihatkan supaya berehat dari hamil selama 2 tahun, kerana kesan luka dari pembedahan masih belum sembuh dan ianya akan memudaratkan ibu serta anak yang dikandung.

 gambar dari google

Aku juga pernah dileteri doktor sebab selepas 1 1/2 melahirkan anak secara caesarean, aku hamil lagi. Kata doktor sekiranya anak nombor 2 ini lahir secara caesarean, aku hanya boleh hamil lagi satu kali sahaja. Nasib aku baik sebab anak kedua aku lahir secara normal. Sebenarnya aku juga teringin punya anak ramai cuma belum rezeki. Sekarang ni lambat sikit datang bulan, aku pasti buat UPT (Urine Pregnancy Test) hihihi...
Hari ni aku terbaca post salah satu teman di FB. Aku suka membacanya dan juga tersentuh hati dengan posting tersebut. Dan terus aku share di link aku.



♥♥ PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Asslamualaikum, saya izinkan anda semua share segala ilmu yg kami kongsikan di facebook ini, semoga kita tergolong dalam orang2 yang teringin menyambung tugas RASULULLAH :) syukran jazilan

34 ulasan:

  1. wa'alaikum salaam warohmatullah,
    jadi ingat ibu di kampung :)
    malaikat yang kelihatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye Agus,
      sayangi ibumu selalu.
      kalau cuti harus selalu jenguk ibumu di kampung ok :)

      Padam
  2. Nice share, Beauty. Saya jadi terkenang pada Ibunda yang melahirkan saya. Salam sahabat, God bless you...
    I already follow #43 (CahNdeso).. Thanks if you wanna foll-back.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks CahNdeso,
      God bless you too friend,
      Doakan kesejahteraan ibundumu...
      Salam sahabat buat kamu juga ^_^
      done foll-bak ;)

      Padam
  3. Saya jadi teringat sobat pada ibu saya setelah membaca postingan sobat

    salam kenal sobat

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus kalo begitu, kita mesti sentiasa mengingati dan menyayangi ibu kita.. :)

      salam kenal juga Master Software Mobile ^_^

      Padam
  4. Balasan
    1. terima kasih atas kunjungannya sobat ^_^

      Padam
  5. Touching perbualannya baby tu. RUpanya ibu la seumpama malaikat untuk kita. Tapi cemana pulak perbualan bayi yang ibunya buang dia lepas lahir kat dlm tong sampah? huhu.... sedihnya,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu seumpama malaikat untuk kita..

      perbualan bayi yang dibuang ibunya di tong sampah selepas dilahirkan...yang itu Wallahualam..

      saya pun musykil, kenapa mereka sanggup buang bayi yang cukup sifat dan comel tu kan?

      Padam
    2. Salam nita tq sbb berkunjung n beri pendapat di blog akak...anyway memang anak anugerah Allah yang tidak ternilai...

      Padam
    3. Wsalam, u r welcome ^^
      Ya kak, anak adalah anugerah Allah yang paling beharga...

      Padam
  6. Emmm, ternyata begitu ya.. Setelah caesar, mesti melalui masa penyembuhan hingga 2 tahun.. Hmmmm...baru tahu..
    Kenapa orang memilih caesar dibanding kelahiran normal ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Faril,
      Caesar perlu dibuat sekiranya ada masalah semasa proses kelahiran. macam kes saya, kedudukan bayi dalam kandungan songsang dan leaking (air ketuban bocor) takut baby lemas dalam rahim jadi pembedahan perlu dilakukan dengan segera, walaupun tiada tanda untuk kelahiran.

      Padam
  7. ibu....
    si malaikan yang menantikan malaikat kecil, sang bayi.. hehe.
    ceritanya bagus, sedih.. akan memangil dengan kata ibu!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai Drieant,
      kalau dulu k.nita tau bahawa bayi yang masih kecil itu malaikat sekarang baru k.nita tau ibu juga malaikat bagi kita..
      Sayang ibu selalu :)

      Padam
  8. ternyata wanita itu bukan makhluk yang lemah ya ..
    mereka dahsyat bisa melalui perjuangan sekeras itu untuk kita anak-anaknya *pelukbunda

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah.. rasa bangga menjadi seorang wanita :p

      Makanya EYSubakti, hormati dan sayangi ibu kita, agar perjuangan mereka tidak sia-sia ^_^

      Padam
    2. iya, selamat ya mbak Nita termasuk makhluk yang kuat itu .. hehe
      ya, aku sayang ibu ku :D

      Padam
  9. saya baru nak buat Entry tentang Baby tapi kak nita dah buat dulu . huhu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...

      alah.. waniey punya entry mesti bestkan :P

      Padam
  10. Eh? Kak Nita sudah punya anak?
    Aku kira masih muda, hihihi x)
    Nice share Kak... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah udah 2 anaknya...
      uihhh...masiiiih....muda, dan sentiasa muda hehehe :p
      thanks Una :)

      Padam
  11. terus airmata saya mengealir baca entry ni.. sedih sgt.. hargailah mak kita kan selagi mereka ada... sy jugak tiba2 teringat.. macamnalah... ank2 nk anggap ibu mereka malaikat kalau ibu mereka buang mereka.. sedihnya.. akak.. sy nak share dkt blog saya yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. akakpun sedih juga...iya hargailah ibu, walaupun ibu akak dah pergi tapi akak sering doakan kesejahteraan dia kat sana..

      kesiankan pada anak2 yang dibuang ibu mereka...silakan Ina, akakpun share dari kawan akak..

      Padam
  12. Itulah rezeki dari Allah...bangga jadi seorang wanita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdullillah...saya juga bangga, k.ema... :)

      Padam
  13. your post is nice.. :)
    keep share yaa, ^^
    di tunggu postingan-postingan yang lainnya..

    jangan lupa juga kunjungi website dunia bola kami..
    terima kasih.. :)

    BalasPadam
  14. saya akan kunjungi website dumia bola kamu.


    terima kasih atas kunjungannya :)

    BalasPadam
  15. aku suka postingan ini...
    salm kenal dan persahabatan...:)




    di tunggu kunjungan balik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..
      salam kenal juga dedhy irawan :)

      kunjungan sudah tiba.. hihihi

      Padam
  16. ahh, kagen sama ibu...makasih sudah di share^^

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)