Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 1 Mei 2012

Asyraf dan Pacemaker " Abangkan Astro Boy"

Assalamualikum..

Sekejap sahaja masa berlalu, tempohari pergi follow-up si adik kat GH (General Hospital) sekarang si abangnya pula, tapi kat IJN (Institut Jantung Negara). Asyraf akan ke IJN setiap 6 bulan untuk buat pacemaker check-up. 

Masa mula-mula dia pakai pacemaker waktu tu dia berumur 3 1/2 tahun sekarang dah 4 tahun dia mengunakannya. Doktor memberitahu aku, Pacemaker tu masih boleh digunakan lagi 4 tahun dan selepas itu tak pasti samada perlu atau tidak dia pakai pacemaker.  Kalau sebelum ni Doktor kata kemungkinan besar Asyraf tak perlu pacemaker lagi selepas 10 tahun, tapi kali ni Doktor kata tak pasti, lagi pun Pacemaker tu tak boleh digunakan lagi selepas 4 tahun ini bermakna 2 tahun sudah berkurang, ini disebabkan pengunaan tenaga volt pacemaker sebelum ni agak tinggi. Jadi dalam masa 4 tahun akan datang Asyraf akan menjalani satu lagi pembedahan bagi mengeluarkan pacemaker dan kemungkinan menukarnya dengan yang baru. 

Ini adalah gambaran kedudukan pacemaker dalam badan Asyraf

Asyraf ketika umur dalam 9 bln, lepas snap terus jatuh sebab tak pandai duduk dengan betul lagi.

Tak sangka selama 1 1/2 tahun hidup dengan Asyraf kami tak tahupun dia ada masalah jantung.

Asyraf , semasa umur 2 tahun, follow-up di GH sama dengan adiknya.

Tuhan maha mengasihi, setiap kali bertanya doktor samada normal atau tidak bibir kanak2 cepat biru, doktor sering jawap itu adalah perkara biasa bila lama bermain air. Sehinggalah satu hari Asyraf terjatuh waktu bermain dan dia muntah, terus kami bawa ke hospital dan bertanya lagi tentang tanda2 jantung berlubang. Sebab dilihat dari fizikal Asyraf tiada tanda-tanda melainkan biru dibibir sewaktu bermain. Tapi setelah diamati memang banyak tanda2 sakit jantung pada Asyraf. Bila doktor lihat melalui x-ray memang tiada tanda tapi bagi memuaskan hati aku, doktor pun buat Echo. Keputusannya memang mengejutkan. 

Asyraf ketika selesai pembedahan bagi memasang pacemaker.

Disebabkan waktu tu ramai kanak2 lain mempunyai kes lebih teruk dari Asyraf maka 1 1/2 lepas tu baru Asyraf dapat jalani pembedahan. Tapi bukan di IJN, ianya di Gleaneagle Ampang. Dan hasilnya memang mengembirakan sebab lubangnya dah tutup hanya injap jantungnya bocor sikit. Disebabkan pembedahan agak lewat jadi jantungnya tak berfungi dengan baik jadi dia terpaksa memakai pacemaker. Menurut doktor Asyraf akan mengunakan pacemaker setiap 10 tahun, memandang heart rate pulse Asyraf 60 beats, jadi kemungkinan after 10 years Asyraf tak perlu memakai pacemaker sebab after 10 years Asyraf dah berumur 13 tahun dan boleh dikategorikan golongan dewasa jadi, heart rate 60 tu adalah normal.  Tapi sekarang pacemaker tu hanya boleh digunakan lagi 4 tahun, jadi tak pasti lagi keputusannya.

Asyraf  tamat sekolah Tadika

Sewaktu Asyraf dalam wad dia selalu kata dia nak sekolah walaupun masa tu umur dia 3 tahun. Aku janji lepas keluar hospital Asyraf akan ke sekolah. Jadi bila umur dia 4 tahun akupun mencari sekolah tadika untuknya. Dia berkenan nak sekolah dengan sepupunya tapi, masa tu dia baru sahaja jalani pembedahan jadi pengetua sekolah tadika itu tak mahu ambil risiko. Jadi niatnya untuk ke sekolah tak tertunai. 

"Cikgu taknak abang, ke mama ?" Alahai sedih mama dengar. Pengetua tu cakap bukan taknak abang, tapi abang tak sihat lagi nanti dah sihat baru boleh sekolah.

Tapi bila Asyraf berumur 5 tahun, aku hantar ke tadika tapi bukan tadika yang sama. Aku pilih tadika lain bukan sebab merajuk dengan Pengetua tu tapi, tadika yang aku pilih tu berhampiran dengan tempat kerja aku, jadi kalau ada apa2 aku boleh berlari ke tadika tu. Kebetulan Pengetua yang berbangsa Cina  dan berkawin dengan lelaki Malayu tu, mempunyai anak yang juga jantung berlubang setelah jalani pembedahan, anaknya sihat dan membesar seperti biasa. Dia beri jaminan akan sentiasa menjaga Asyraf. Asyraf dah graduate, sekarang adik masih belajar di sana, adik masuk sekolah awal sikit, umur 4 tahun dah start belajar.

Asyraf yang pemalu dan nakal sekali-sekala. Dah darjah 1 dah sekarang.

Asyraf waktu jalani pemeriksaan pacemaker di IJN

Sewaktu di wad Gleaneagle kami berkenalan dengan seorang pesakit Indonesia berketurunan Cina. Dan waktu tu Ashraf Sinclair tengah popular kat Indonesia sebab kawin dengan Bunga Citra Lestari so, mereka panggil Asyraf dengan nama Asyraf Sinclair. Untuk beberapa bulan Asyraf perasan nama dia adalah Asyraf Sinclair bila orang tanya nama dia, dia akan cakap Asyraf Sinclair. Bila aku tanya siapa sinclair bukan ke nama baba Asyraf ialah Rushidi? So sekarang dia akan perkenalkan namanya Asyraf Rushidi. Masa berpisah dengan gadis Indonesia tu, kami terlupa nak ambil contact number sebab ingatkan bila dia balik dari IJN kami akan berjumpa tapi, Asyraf berpindah wad, sehingga kini kami tidak bertemu, kalau bertemupun mungkin dah tak kenal. Gadis tu pun critikal juga masalah jantungnya tak tahulah bagaimana dia sekarang, harap dia sihat.

Asyraf Rushidi

"Mama jangan bimbang abangkan Astro boy, memanglah kena cas bateri, hebatkan abang ni mama?"  Hai lah anak, dia boleh buat lawak, memang anak mama ni hebat. 

So, Doktor dah bilang bateri boleh digunakan lagi 4 tahun jadi kenalah menabung. 

Walaupun dah 4 tahun berlalu, aku tetap mahu berterima kasih kepada Tabung NSTP sebab telah membantu kami mengutip dana bagi menampung perbelanjaan pembedahan Asyraf dulu. Pada rakyat Malaysia yang telah menderma aku doakan moga kalian dilimpahi rezeki. 

Jangan mudah berputus-asa seandainya ada ahli keluarga kita sakit dan jangan bimbang dengan bayaran yang bakal dikenakan, jika kita berusaha pasti ada jalan. Percayalah semuanya datang dari Allah, setiap ujian yang diberikan buat kita tentu ada kebaikannya, Allah tak akan bagi kesusahan sekiranya kita tak mampu atasinya. Yang penting yakin dan usaha. InsyaAllah, Allah selalu bersama kita. Kita bertuah kerana di hospital kerajaan menyediakan subsidi untuk kita, kita hanya bayar sekadar mampu sekiranya tidak mampu masih ada badan kebajikan yang akan menghulurkan bantuan, seperti di IJN ada unit taksiran. Jadi para pesakit dan pelawat hendaklah bersabar dan jangan merungut sekiranya service GH dan IJN lambat, bukan kita saja yang sakit. sekiranya mereka dulukan orang lain bukan kerana mereka sengaja tapi mereka ingin menyelamat pesakit yang lebih tenat . Dulupun aku pernah marah sebab Asyraf sudah berpuasa sejak pagi hingga ke petang masih belum di operate dan kemudian memberitahu operation dibatalkan malah ditunda lagi 6 bulan atas sebab tiada katil di ICU, tapi sebenarnya mereka ingin dulukan pesakit yang kronik. Bila difikirkan balik secara tak langsung kita juga dah berbuat kebajikan kerana memberi laluan kepada pesakit yang lebih tenat.

Yang penting sekarang Asyraf sihat. Moga anak2 aku sihat selalu. Aamin..


32 ulasan:

  1. Nita, saya berapresiasi atas semua ikhtiar yang sentiasa dilakukan. Kita hanya bisa bersandar kepada Allah, iya kan?. Insya Allah, Allah selalu bersama kita. Semoga awak, anak-anak, dan keluarga semua, dikaruniai kesihatan selalu. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. terima kasih atas doanya..

      Benar itu zachflazz, sebab semuanya datang dari Allah, setiap ujian yang diberikan buat kita tentu ada kebaikannya, Allah takan bagi kesusahan sekiranya kita takmampu atasinya. Yang penting yakin dan usaha.

      InsyaAllah, Allah selalu bersama kita.

      Padam
  2. semoga keluarga'y senantiasa diberi kesehatan jasmani & rohani :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tricajus.. ^_^

      Padam
    2. Semua kan da hikmahnya, saya do'akan moga lekas sihat kembali ya..
      :)
      "sukses selalu n selamat dunia n akhirat selamanya...

      Padam
    3. Aamiin...

      terima kasih doanya Akh Joko :)

      Padam
  3. Pacemaker tu install kat perut rupanya. Apa punca jantung berlubang ye Nita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kanak2 jer, kalau orang dewasa ia install kat bahagia atas bersebelah dengan jantung. Mungkin sebab kanak2 takde muscle lagi. Lagipun wayarnya agak panjang.
      Semula jadi, sejak lahir dah ada. ianya kecacatan pada jantung selalunya berlaku pada kanak2 down syndrome, itu yg diberitahu oleh doktor. Nasib baik Asyraf normal cuma jantung jer prob.

      Padam
  4. Asyraf usianya 7,5 tahun ya, Nit? manis ya anaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyraf berusia 7 tahun sekarang.
      Alhamdulillah...terima kasih zachflazz ^_^

      Padam
  5. semoga Allah segera memberi kesembuhan,,hanya Dia tempat memohon dan sebaik2 tempat meminta..

    postingan2nya sangat bagus, menarik dan bermanfaat,,terus menulis,,karena dengan menulis kita bisa mengembangkan imajinasi kita dan menjadikan kita lebih kretaif..serta kadang bisa menghibur orang lain.. ^_^

    salam kenal
    kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
    folloback juga ya buat nambah temen sesama blooger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminn...benar itu Rizki Pradana, terima kasih atas doanya.

      tulisan ku biasa2 aja perlu banyak belajar. terima kasih buat kata2 semangat itu.

      ya salam kenal juga
      done follow u back ^_^

      Padam
  6. Ya Allah.. tak sangka saya rupanya ank awk ada sakit jantung.. moga ank awk sihat sentiasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak saya dua-duapun jantung berlubang tapi sekarang dah ok.

      moga2..aamiin, terima kasih ina ^_^

      Padam
  7. Anak yang di Foto itu ganteng, kayak saya. hahahaaaa *plak!
    Kunjugan perdana nih mba... Salam kenal ya :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eeee... sama gantengnya ya hihihi
      terima kasih atas kunjungannya
      salam kenal juga :)

      Padam
  8. sihat slalu untuk Asyraf dan lindungan Allah SWT untuk keluar mbak Nita :).. amiiiiiin

    BalasPadam
  9. wow .. adek rupanya ada masalah di jantungnya ..
    semangat ka !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ga ada masalah lagi..hehehe
      ya terus semangat!!
      terima kasih EY ^_^

      Padam
  10. Semoga dipermudahkan segalanya...
    Anak yg kuatkan pasti cepat baiknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin, semoga semuanya dipermudahkan..
      ye betul tu Ain, thanks ^_^

      Padam
  11. Berkunjung di malam hari, untuk sekedar memberi semangat !

    BalasPadam
  12. apa kabar asyraf sekarang, nita? sihat sentiasa kan? semoga demikian selalu ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Asyraf sihat.

      moga begitulah selalu, terima kasih zachflazz.

      kirim salam buat keluargamu, semoga kamu sekeluarga sihat sejahtera. ^_^

      Padam
  13. semua tu dugaan dr Allah...semoga anak sentiasa sihat ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..

      terima kasih Zurina (^_^)

      Padam
  14. Semoga adik asyraf sihat ye..akk pon ada pkai pacemaker tp umur 14 tahun baru pkai, spanjang tu famly memg xmampu nk biaya kos..tp alhamdulillah slama 14 tnpa btry Allah mgizinkn nyawa dikndung bdn..insyaAllah Tuhan psti mbntu apa jua ksulitan pon yg pnting jgn ptus asa..skrg dh 8tahun pkai btry ni..xlama lg nk tukar dh.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah...
      terima kasih, begitu juga dengan kak wun moga sentiasa sihat dan dilindungi Allah.. bateri kak wun boleh guna berapa tahun? Asyraf dah guna bateri ni 5 tahun, dokter kata lagi 3 tahun bateri Asyraf nak kena tukar.

      Padam
    2. Skarang 8 tahun sudh..insyaAllah 2-3 tahun lagi nk tukar ni..adik asyraf mcm mana skrg? sihat?? msti kos tinggi kn buat di IJN?? kak wun dlu pon 1st operation di IJN tp insyaAllah next operation di Sabah..kerajaan tanggung.hehehe

      Padam
    3. Alhamdulillah Asyraf sihat, kak wun camana sihat?
      Asyraf dulu memang hampir nak operate kat IJN memang mahal tapi kerajaan tolong kami diminta bayar RM3,000 itupun boleh ambil dari KWSP saya, tapi Asyraf tak jadi operate kat IJN sebab ramai sangat orang jadi doktor GH hantar Gleaneagles Ampang tak bayar kos operation guna dana NST bantuan rakyat. Lagi 2 tahun lagi nak kena tukar bateri hari tu tanya doktor IJN katanya harga bateri yg paling murah RM8,000 tapi Asyraf tak tahu lagi bateri mana satu nak guna kena tengok dulu keadaan jantungnya. Harap boleh potong duit KWSP macam yg IJN cadangkan dulu, sebab kat IJN ada unit taksir kalau duit sendiri memang tak mampu.. Moga Allah permudahkan..
      Beruntunglah kalau kerajaan dapat tanggung semua kami ni kerja swasta kerajaan tanggung juga tapi tak macam pekerja awam..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)