Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 13 April 2012

Temujanji 2 tahun

Belek-belek fail lama ternampak satu dokumen. Alamak! Aishah punya temujanji. Wah dah 2 tahun  saat yang mencemaskan berlalu. 

Syukur Kehadrat Illahi kerana memberi kesihatan sempurna buat puteriku. Kalau diimbas kembali sejarah dalam hidup kami apabila mendapat tahu anak kami menghadapi jantung berlubang, ia adalah saat2 yang amat menyakitkan. 

Berbanding dengan Asyraf, Aishah mempunyai 0.5mm lubang di jantung walaupun tidak sebesar lubang Asyraf namun ia agak merbahaya kerana ia menyebabkan paru-paru Aisyah bengkak dan menyukarkan ia bernafas. Doktor memberitahu kami bahawa bernasib baiknya kami kerana bertindak awal sekiranya kami tidak membawa Aishah ke Hospital waktu itu mungkin kami kehilangannya. Syukur Alhamdullillah...

Selama setahun berkampung di Hospital dan 2 tahun Aishah hidup bertemankan ubat, lubang di jantung Aishah sudah mula tutup, ini kerana di jantungnya ada tisu yang lama kelamaan menutupi lubang tersebut. Ketika Aishah berumur 3 tahun Doktor mengesahlan masih ada sedikit lubang yang masih belum tutup namun ia tidak akan memudaratkan Aishah, akan tetapi kami dinasihatkan agar sentiasa memerhati kesihatannya. Doktor pun membuat temujanji 2 tahun lagi bagi melihat lubang itu akan tutup sepenuhnya.

Aishah ketika berumur 6 bulan (mulut comot makan kek birthday makcik Intan),

Waktu ini Aishah kena makan ubat jenis tablet, sebab ubat jantung takde jenis sirap. so terpaksa la dihancurkan dulu ubat tu. Rasa pahit, tadi sebab dah biasa dia telan jugak.


Ni waktu berumur 1 tahun lebih, masa ni kami tunggu Asyraf buat operation jantung, kat Gleneagles Intan Medical Centre, Ampang.

Dan pada 09 April 2012 adalah hari temujanji Aishah.


lama dah tak jenguk tempat ni

Seperti biasa, parking adalah masalah utama di sini. Maka terpaksa lah parking jauh, tak kisahlah.


Nak ambil gambar nurse tak bagi..... gambar ni terlepas hihihi..

Walaupun dah 2 tahun tak datang, tapi masih ingat perkara2 yang perlu dilakukan sebelum bertemu doktor. 1st daftar masuk wad, 2nd ambil berat badan dan ketinggian, 3rd Cek BP, pastu baru buat Echo. Sebelum tu Doktor cek dada Aishah, katanya tiada bunyi pelik (heart murmur), normal jer. (Its a good sign).

Tengok screen Echo, sekadar tengok aje. Tak tahu apa yang mereka tengok sesekali aku bertanya juga, bila juruEcho bagi penerangan aku wat faham2 je. (walaupun tak faham)

Menurut Dr Wong Hoi Ling, doktor yang memeriksa Aishah hari tu. VSD (Ventricular Septal Defect) dah tutup maknanya lubang kat jantung tu dah tutuplah tu. Alhamdullillah lega rasanya. Tapi, ada tapi.... masih ada lubang di PFO. (Patent Foramen Ovale).  Perlu tak aku risau, tak!.. Dr Wong kata tak perlu risau sebab ada ramai orang yang ada lubang PFO hidup normal. Ia hanya kecacatan kecil yang tak memudaratkan. Harap begitulah. Dr Wong masih bagi satu lagi temujanji lagi 2 tahun.

A PFO is congenital, meaning it is a defect that is inborn or exists at birth. Stated another way, the defect is an abnormality, not a disease. The septum between the two atria of the heart developed normally before birth, but the flap did not seal completely after birth

Hari ni aku ambil cuti kat office sebab nak bawa Aishah ke Hospital, tapi petang still kena buat part time. Aku ambil kesempatan bertanya boss aku tentang PFO. Menurut Dr Aida (boss aku), setiap bayi dalam kandungan memang ada PFO tapi akan tertutup selepas dilahirkan. Ia akan tertutup sendiri, bagi bayi yang lahir dengan lubang PFO adalah tidak normal. Walaupun tak mudarat tapi kami mesti sentiasa memerhati kesihatan Aishah.

Ok lah, aku anggap ia tak merbahaya, sebab Aishah seperti kanak2 lain malah sangat Aktif dan petah bercakap, dia juga kanak2 yang berani dan kuat. Semoga anak2ku sihat selalu.

Aishah juga suka bergaya  ^_^

30 ulasan:

  1. 2 orang ke anak awk kena jantung berlubang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah LydSunshine, kedua-dua anak saya jantung berlubang dulu.
      Tapi sekarang si adik dah sihat, cuma si abang tu masih mengunakan bateri(pacemaker).

      Padam
  2. semoga sehat selalu....aamiin
    salam hangat dari sahabat :):)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...
      terima kasih elgibran :)

      Padam
  3. oww, kasian juga ya si adek,
    aku juga dulu kecil pernah kena penyakit yang bikin aku haus ke dokter terus, gak enak banget rasanya, untung sekarang udah sehat, besar, dan ganteng .. haha, narsis :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adek sudah sihat sekarang EY,
      bagus EySurbakti sudah sihat, besar lagi ganteng... :)
      moga adik juga akan sihat,besar dan cantik..

      Thanks EY ^_^

      Padam
    2. hehe
      syukur deh, amin .. amin
      udah cantik pun sekarang si adek tu .. mungkin pengaruh ibunya .. heheh

      Padam
    3. thihihi...
      syukur ya aamiin...
      Alhamdullillah...

      oohh... u r so sweet ^_^

      Padam
  4. tak ada nikmat yang lebih indah selain nikmat sehat. semoga sehat dan selalu mendapat lindungan Allah swt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu zachflazz,

      Aamiin..

      Terima kasih atas doanya :)

      Padam
  5. harap2 xda pe2 yg merbahayalah... mmg susah hatikan kalu melibatkan ank2 ni... even ank2 demam pun kita dah rasa susah hati kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 camtulah Ina,
      ha'ah, biar kita je yang sakit takpe, asalkan anak2 sihat.

      Padam
  6. wah harus lebih banyak tau tentak anak ya.. saya belum punya anak si, jadi ga banyak tau. tapi jadi tau tentang kasi sayang nita terhadap anak.. semoga saya juga kelak sayang anak sampai apapun yang terjadi. amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Drieant, nanti di suatu hari kamu punya anak pasti secara semula jadinya kamu tahu..

      Moga kelak kamu menjadi ayah yang baik..Aamiin

      Padam
  7. wah lagunya ganti ganti ya mba. mantap nie.

    iya kasihan juga si Aishah, semoga mba nita di berikan kesabaran dan kelapangan rizki supaya bisa merawat aishah, dan semoga ia cepat sembuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang benar... hihihi nanti kalau sakit telinga di pause aja ya. :p

      Amiin.. moga2 ya

      Terima kasih atas doanya. :)

      Padam
    2. terkedu baca entry nita...moga Aishah sihat hendaknya..

      Padam
    3. Alhamdullillah k.fatmasha, zaman tu dah berlalu.
      Sekarang Aishah dah sihat seperti kanak2 lain malah lagi aktif.
      InsyaAllah Aishah akan sihat sepenuhnya....Aamiin.

      Terima kasih atas doanya kak.

      Padam
  8. kesiannya..kecik-kecik dah kena hadapi benda camni..hope nita tabah yer..dan muga aishah sihat sentiasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdullillah k.ema,sekarang dia dah jalani hidup normal tak perlu ubat lagi.
      InsyaAllah muga aishah sihat sentiasa hendaknya. Aamiin..

      Terima kasih atas doanya k.ema :)

      Padam
  9. harap2 smuanya okay.happpp amik gmbar ye..nanti kena tnkpa dgn misi baru tauu hahhahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 begitulah..

      Hahaha...Misi, I'm sorry!! ;p

      Padam
  10. nikmat sihat lah anugerah tuhan yang xternilai... hope kita dapat sentiasa dengan org yg kita syg kn :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita semua dianugerahkan nikmat sihat dariNya..Aamiin

      Terima Kasih Taufiq Arifin :)

      Padam
  11. Keluarga yang hebat =)

    Sehat selalu untuk semuanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga2 sihat selalu hendaknya...

      Terima kasih Uzay ^_^

      Padam
  12. saya pernah mengalami situasi berat saat anak saya dinyatakan mempunyai kelainan trombosit pada darahnya. jumlahnya hanya 8000 butir keping darah di tubuhnya. alhamdulillah, doa sepertinya yang menyembuhkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdullillah...Allah telah memakbulkan doanya.

      Sebagai hamba padaNya kita harus sering berdoa walau dalam keadaan apa sekalipun.

      Berkat doa semua moga Aishah juga akan sembuh sepenuhnya.

      terima kasih zachflazz, titipkan salam buat keluarganya ya.

      Padam
  13. must be tough on you to have to take care of your babies with so much attention at such a young age. congrats on passing the difficult times. in the future, you will probably have a very happy family together ;) hope your babies r healthy always!

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)