Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 24 April 2012

Wartikah Pelantikan - beri semangat

Assalam....

Aku sungguh berbesar hati melihat Wartikah Pelantikan adik bungsuku ni. Walaupun hanya sekadar pelantikan Penolong Ketua Tingkatan.   

Aku pernah kecewa dengan guru darjah adikku, walaupun pernah arwah mak menegur dan bertanya kepada guru darjah, kenapa adik bungsu aku iaitu Intan sehingga darjah empat masih tak pandai membaca, tapi seakan-akan tiada tindakan yang dilakukan. Iyalah mungkin masa tu, Intan belajar dikampung jadi masalah tidak pandai membaca bukan masalah besar agaknya. Kasihan Intan, dia jadi bahan ketawa kawan-kawannya dan ada juga yang mengatakan dia terencat akal. Perkara itu sungguh mengguris hati ibuku.

Sehinggalah suatu hari, kebetulan anakku dimasukan ke dalam wad kerana masalah jantung. Aku berkenalan dengan salah seorang ibu pesakit disitu. Aku perhatikan ada dua anaknya yang mempunyai perwatakan seperti Intan, bezanya mereka boleh membaca dan menyanyi dalam bahasa English. Tanpa bertanya ibunya memberitahu aku bahawa kedua-dua anaknya OKU (Orang Kurang Upaya) dari segi fizikalnya mereka memang nampak normal tapi mereka punya masalah IQ rendah. (Masalah pembelajaran) Aku bertanya banyak perkara mengenai anak2 kakak itu dan dengan sedikit pengetahuan yang aku dapat dari kakak itu, akupun beri cadangan kepada ibu bapaku supaya buat pemeriksaan terhadap Intan. Tapi waktu tu ibu sedang sakit jadi niat itu ku letakan ke tepi.

Sehinggalah Ibu pergi, dan bapaku pula sering sakit, jadi tiada siapa yang dapat perhatikan Intan. Maka akupun ambil tindakan untuk menyuruh salah seorang adikku untuk bawa Intan bertemu Doktor. Doktor memberitahu kami bahawa Intan mempunyai IQ serendah budak berumur 3 tahun walaupun umurnya sudah menjangkau ke 11 tahun. Doktor berasa hairan kenapa guru darjah Intan tidak bertindak untuk memberi cadangan kepada ibubapa kami sedangkan mereka tahu tahap IQ si Intan. Aku bukan nak memburukan guru itu, ada juga ibubapa walaupun diberitahu tapi tak mahu terima hakikat. Dulu aku sering marah Intan sebab berkawan dengan budak-budak kecil walaupun dia semakin meningkat remaja, kini aku faham dan membiarkannya asalkan dia seronok.

Aku berjaya mencari Sekolah Khas buat Intan dan kerajaan Malaysia juga menyediakan Allowance OKU buat Intan, Alhamdullillah.... 2 tahun sebelum ni, Intan belajar di Penang, sebab dia tinggal bersama abang aku. Memandangkan Along aku punya keluarga besar dan isterinya juga sering sakit dan Intan pula sering tidak dapat ke kelas memandangkan sekolah Intan jauh dari rumah Along aku, dan Intan hanya dapat ke sekolah bila Along dapat kerja shift malam dan off day. Aku pun meminta izin hubby aku untuk jaga Intan.

Jadi sekarang Intan bertukar sekolah dari Penang ke Kuala Lumpur, pada mulanya dia takut sebab pertama kali masuk Sekolah Menengah,  bertemu pelajar lelaki. Dia yang takut diejek rakan sekolah mulanya sedih tapi setelah seminggu di sekolah dia mula seronok. Alhamdullillah, Intan sekarang dahpun boleh membaca dan juga dilantik menjadi seorang penolong ketua tingkatan. Intan sangat rajin ke sekolah, semua orang kenal Intan sebab Intan sangat ramah. Sekarang Intan berumur 15 tahun dan dah tak mahu bergaul dengan kanak-kanak, tapi Intan pandai mengasuh.

Walaupun Intan lemah dalam pelajaran tapi dia cekap dalam hal kerja rumah. Aku selalu pulang lewat, tapi aku tak bimbang sebab segala keperluan sekolah anak2 aku Intan tolong sediakan, dari uniform hingga botol air minuman untuk ke sekolah, juga dia akan make sure semua homework anak2 aku siap, sebelum mereka tidur. Adakalanya dia juga menawarkan diri untuk menyerika pakaian aku untuk ke office, tapi aku menolak kadang2 aku bagi jugak...hihihi. Bukannya aku nak ambil kesempatan tapi bagi aku we are family..so give n take..hahahaha...
Menurut Intan seram sejuk dia waktu bersalam dengan Pengetua untuk terima Wartikah Perlantikan ini.

Aku nampak Intan sungguh bangga dengan perlantikan tu, malah ia dapat memberi semangat buatnya untuk berusaha lagi gigih. Di situ juga para pelajar akan merasa diri mereka diperlukan dan ini boleh membuatkan mereka lagi bertanggungjawab.

Aku sungguh terhutang budi buat semua tenaga pengajar yang pernah mengajar dan memberi ilmu kepada Intan terutama para guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Rampai. Untuk pengetahuan semua sebenarnya ini adalah tahun kedua Intan belajar di sekolah tersebut dan ini juga tahun kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Rampai buka kelas khas bagi pelajar yang kurang upaya seperti Intan. Alhamdullillah, Allah sering permudahkan jalan buat aku sekeluarga,  sekolah Intan berhampiran dengan rumah kami. 

Aku pernah melihat kelas Intan dan aku cukup kagum dengan para guru kelas serta pembantu guru bertugas bagi memastikan anak didik mereka dalam keadaan baik. Bukan mudah nak jaga pelajar istimewa ni. Ada juga yang tak dapat dikawal, adakalanya Intan juga lebam akibat di pukul rakannya. Di kelas itu, Intan adalah antara pelajar yang masih boleh dikawal ada juga pelajar yang Down Syndrome Down dan Hyperactive. Begitu besar jasa mereka bagi memastikan anak didik mereka berjaya. Sebab tulah pahala seorang guru berterusan selamanya.

All the best Intan Payungku...

Tahun pertama Intan tinggal dengan kami, dia asyik bergaduh ngan anak2 aku berebut tv channel sorang nak tengok, cartoon network ada yang nak disney channel dan sorang tv ceria, sekarang Intan dah tak layan sangat kartun, tapi layan radio dan clip video. Suka sangat menyanyi dan dah start layan rancangan untuk para remaja tapi rancangan tom-tom bak masih lagi jadi rancangan favorite dia. Jangan tak tahu sekarang dah pandai berFB. Dah besar dah adik bongsu aku ni.

28 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhamdullillah...

      terima kasih ^_^

      Padam
  2. wah perjalanan yang panjang ya mba, penuh lika liku. tapi ia akan jadi orang besar nantinya.. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah...
      moga2 ia akan menjadi orang besar nantinya...Aamiin
      terima kasih atas doanya. ^_^

      Padam
  3. cabaran besar juga bagi nita sekeluarga....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hidup kita semua memang penuh cabaran MamaEma.
      kalau ikhlas ia tak akan jadi satu bebanan.

      Alhamdullillah...nita masih mampu tempuhi.

      Padam
  4. pelantikan yang akan selalu membuatnya bersemangat pasti. salam sukses untuk Intan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang benar zachflazz, makin bersemangat Si Intan ni belajar.

      terima kasih atas kata2 semangat itu ya ^_^

      Padam
  5. Semoga Intan bisa sukses ! aku terharu membacanya. Salam untuk Intan !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga2 ya..
      Terima kasih..
      akan aku sampaikan salam mu buat Intan :D

      Padam
    2. Setiap individu itu unik dan punya kelebihan masing - masing.

      Padam
    3. benar katamu (sori, namanya siapa ya?)

      Allah jadikan manusia itu sama, ada kekurangan dan juga kelebihannya.

      sebagai hamba, kita harus sentiasa bersyukur ^_^

      Padam
    4. Namaku biasa di panggil bumi !, betul bersyukur hati kita akan damai.

      Padam
    5. Ok..Bumi ^_^

      Thanks :)

      Padam
  6. yah, hidup memmang terus berjalan ya kak ..
    udah remaja lah adek itu ..
    gpp kalo pandai main fb tapi jangan pandai pacaran dulu ya Intann :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye begitulah EY,
      cepat sungguh masa berlalu...

      wah..pesanan dari abang EY buat Intan :D
      (nanti k.nita sampaikan pesanan tu ye)

      terima kasih EY ^_^

      Padam
  7. alhamdulillah.. sekurg2nya dgn watikah perlantikan tu buat intan lg bersemangat kan.. kita pun happy kan.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur..mungkin dengan perlantikan ni dia tak rasa rendah diri..

      happy sangat2 sebab nampak juga kemajuan dalam diri Intan ni.

      Padam
  8. uishh siap ada watikah perlantikan .. hurmm sungguh berbeza zaman akk dulu .. tahniah buat adik nita

    akk folo sini , jgn lupe folo akk ..
    kita panjang2kan silaturrahim ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal, siap pengetua yang serahkan pulak tu.. mesti rasa bangga, salam ngan pengetua ambil wartikah tukan..

      bagi nita lah bagus jugak macam tu, seperti beri semangat kat budak-budak tu. zaman saya dulupun takde..

      terima kasih kak, saya dah lama follow akak, akak yang dah lupe..kekekeke.

      salam silaturrahim kak :)

      Padam
  9. Ada anak saudara umur sudah 15tahun tapi masih seperti kanak2 5tahun...
    maknya hantar sekolah khas...alhamdulillah berjalan lancar segala2nya..cuma kitevsebagai ibubapa kene byk2 bersabar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Ain,

      dulupun nita selalu marahkan dia sampai mak marah nita balik, ialahkan hanya mak jer yang sabar ngan perangai anak2 dia. Tapi bila dah tahu, sebenarnya mereka ni kena layan baik2, cakap pun kena elok2 macam layan anak manja tapi kena tegas jugak.

      Padam
  10. Beruntungnya Intan ada kakak yg sayangkan dia mcm awak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takdelah Lyd..
      Saya kesiankan dia, saya sempat dibesarkan dengan kasih sayang mak tapi Intan tak... masa mak pergi hari tupun dia macam tak tahu ape2. Kalau boleh saya nak jadikan dia bahagia dengan kami supaya dia tak rasa sangat kehilangan mak.
      Saya yang beruntung sebenarnya dapat adik macam Intan.

      Padam
  11. rasa nak ngalir air mata lak baca entri ni... alhamdulillah... syukur, Allah permudahkan urusan nita menjaga intan... tabah sungguh anda nita... kagum...

    BalasPadam
  12. Semoga jadi yang berguna nantinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga2 ia berjaya :)
      thank Uzay ^,^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)