Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 7 Jun 2012

My Sweetheart is My Hero

As-salam..

Lama juga tak update blog ni... super sibuklah sekarang, minggu lepas ingat nak stay-back  tapi anak2 ni cam dah tahu mama tak buat partime hari Rabu tu. Tetiba jer diorang sampai office minta dibawa ke Titiwangsa, so seperti biasa takanlah si ibu ni nak tolak pula kemahuan anak-anak ni kan. Hari ni juga Si Intan takde pergi rumah kakaknya yang lagi 2 orang hehehe... saja nak lepak kat rumah orang bujang pulak. Bosan juga Intan takde kat rumah ni, rasa macam something missing jer... yelah selalu diorang ni kan suka bertekak.

Balik pada Titiwangsa, memang lama dah nak pergi tapi selalu jer tak sempat so hari ni tanpa dirancang sampai jer Titiwangsa ni. Tujuan asalnya si Asyraf nak main kereta control tapi disebabkan dia nampak ada orang main  kereta control yang lebih power dari dia, dia segan lak..hihihi.

 Alahai kereta abang kecik sangat.........

 beli jajan jap..

So kami ajaklah Asyraf ngan Aishah main kat Taman Permainan jer. Luas juga taman kat Titiwangsa ni..yelah tempat riadah lah katakan.


 sesampai jer kat taman permainan..
 
Ambil gambar sebelum main...

Aku tinggalkan sekejap jer budak-budak ni sebab nak cari tempat duduk..rasanya takdelah jauh sangat. Lepas minum aku nak jenguk diorang tapi dah takde... berderau darah aku, tapi aku control lagi sebab tempat tu luaskan mana tahu diorang pergi tempat lain. Dari awal hingga hujung taman permainan tu aku cari tak jumpa. Aduh...rasa nak pengsan. Mana pulak lah diorang ni pergi... aku bagitahu hubby, erm...sambil dia cari membebel lah pulak.. rasa macam worst jer aku ni.. Kepala otak dah fikir macam2. .. nak tanya orang tapi tak terkeluar suara.. lagipun orang ramai budak-budak jangan cakaplah pakaian dan saiz lebih kurang sama jer.

Dalam hati tak putus-putus berdoa agar cepat jumpa diorang ni. Lama kemudian dengar suara Aishah memanggil.. bila toleh, Ya Allah syukur sangat2 masa tu... diorang selamat. Asyraf diamkan diri tapi mata dah berair. 

Adik membebel kat mama, mama jer yang asyik kena bebel baba tak pulak huh!! anyway sebab happy diorang selamat...dengar jelah mulut si kecik tu membebel.. 

"Lain kali jangan buat lagi tau nanti adik pulas telinga dua-dua orang.." Amboi, garangnya anak mama ni. Aku tanya adik, pergi mana, dia bagitahu cari kami, "Adik jerit panggil mama..! mama! tapi mama tak dengar". Macamana nak dengar semua budak kat situpun riuh rendah. 

Bila abang dah macam nak bercakap aku tanya abang. Menurut abang lepas main sekejap dia tengok mama takde, dia pun bawa adik cari mama tapi tak jumpa, lepas tu dia buat keputusan untuk tunggu kat kereta sebab pasti mama ngan baba kalau nak balik mesti bawa kereta. Sampai kat kereta adik nangis nak mama ngan baba, pastu adik ajak pergi balik kat taman mungkin boleh jumpa. On the way balik ke taman tulah baba nampak abang ngan adik.

Adik steady jer abang lak yang gayat...

Titiwangsa tu luas nasib baik abang ingat kat mana kami park kereta. Nasib baik juga abang jaga adik dia dan tak lepaskan adik sendirian. Memang rasa bertuah sangat sebab mereka pandai menjaga antara satu sama lain.Alhamdullillah...lepas pada tu, aku tak lepaskan pandangan aku kat diorang. setiap permainan diorang main aku ada. 

Last game, jom balik dah nak Magrib...

Giler aku dibuatnya kalau anak2 aku hilang, si babanya pula takut diorang jatuh tasik sebab baru-baru nikan ada budak 3 tahun mati lemas kat situ. Itupun sebab mak terlepas pandang, disangka hilang kena culik rupanya jatuh tasik. Ya Allah jangan lah aku diduga sebegitu tak sanggup nak terima.

Kisah sedih tu simpan ajelah.. jadikan iktibar agar sentiasa berhati-hati.

Balik rumah sambung cerita tadi, kami pesan kat Asyraf dan Aishah, jangan pergi mana2 bila tengok mama takde tunggu hingga mama datang. Kami faham kenapa Asyraf ambil tindakan untuk tunggu di kereta dan rasa bertuah sangat sebab dia betul2 jaga adik dia. Baba cakap sepanjang Intan takde di rumah Asyraflah yang jaga Aishah, dia bancuhkan susu untuk adiknya. walaupun sering bergaduh betumbuk bertampar diorang ni pun ambil berat antara satu sama lain. Hari ini Asyraf jadi hero dan dia sangat sweet...


My Sweetheart is My Hero.

46 ulasan:

  1. Yailah pake acara cium cium segala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... foto itu diambil waktu mereka sedang bersahabat nanti bila bermusuh acara tendang-tendangan pula.

      Padam
  2. hihi, seru ..
    untunglah ada "Asyraf the Hero"
    hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... terasa seperti mau tercabut jantung loh..
      untung sangat ada "Asyraf the Hero"
      :p

      Udah kelar Karya Ilmiahnya EY.. Tahniah!!

      Padam
  3. menarik sekali ni artikel

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...
      catatan pada diri sendiri supaya jangan cuai lagi @_@

      Padam
  4. kalu cmni, sy pun rs nk gugur jntung.. alahai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal.... aduyai
      bab anak2 ni memang pantang lepa... kena sentiasa berhati2 dan memerhati
      syukur takde ape2 berlaku ^_^

      Padam
  5. mengimajinasikan asyraf bancuhkan susu untuk aishah. wahh, cakep nian. seronok sekaligus menyentuh hati pasti ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...nita dengar ajepun dah rasa macam sweet..jer.
      benar tu zachflazz, terasa seronok dan menyentuh hati pastinya ^_^

      Padam
    2. sedang sekolahkah asyraf siang ini?

      Padam
    3. sedang sekolahkah asyraf siang ini?

      Padam
    4. Hari Ahad Asyraf cuti tak sekolah selalunya habiskan masa dengan keluarga sahaja ^_^

      Padam
    5. Eh! kenapa tarikh pada komen ni lewat ye..
      Sori setting salah kot, Hari ni Isnin..Asyraf sedang sekolah sekarang, nanti sambung sekolah petang pula.. ^_^

      Padam
  6. hoho itulah dunia anak-anak ya ka selalu ada pola yang kadang kita ngga duga =)

    BalasPadam
  7. masa anak-anak adalah masa yang menyenangkan dng aneka tingkahnya yang lucu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Mbak Iis masa anak2 adalah masa yang paling menyenangkan tapi kadang2 tu mencemaskan jua ^_^

      Padam
  8. ya ampun..yg bace ni pun berderau..mak nye lagi la kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai cik May...mak nye tu bukan berderau jer, rasa cam menyesal bawa diorang keluarpun ye juga. Mungkin Allah nak kasi pesanan tu, supaya jaga anak2 elok2..Alhamdullillah..semuanya selamat.

      Padam
  9. Syukurlah mereka selamat. Risau juga kan? Zaman skrg ni byk sgt kes penculikan kanak2. Sweetnya Asyraf jaga adik. Nanti insyaAllah dah besar, boleh jaga isteri dgn baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..syukur
      risau sangat.. betul tu Lyd kat mana2pun banyak jer tepampang gambar kanak2 hilang..
      hehehe..sweetkan, InsyaAllah.. harap dapat jaga mama dia juga ^_^

      Padam
  10. huhuhu... nasib baik ada abg yg pandai jaga adik...
    takut dengar kes2 culik ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... nasib baik..kan Masz,
      memang menakutkan... Ya Allah, jauhkanlah perkara tu dari kita.. ^_^

      Padam
  11. As-salam...
    saya singgah dan follow sini.
    moga sudi jadi rakan blogger :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W-salam
      terima kasih sudi singgah..
      kunjungan balas akan tiba,
      saya sudi sangat jadi rakan blogger Mrs.R ^_^

      Padam
  12. begitu indahnya masa kecil, apa pula taman bermain ada dimana-mana.
    semoga bahagia dan harmonis selalu.
    follow no.101. ditunggu folbacknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih doanya Cilembu thea.... ^_^

      nita udah duluan follow Desa Cilembu :p

      Padam
  13. Tempatnya sangat indah, memang cocok untuk tempat bermain anak - anak.
    Selamat untuk sang super heronya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat tu memang sesuai untuk kanak-kanak Bumi..

      Terima kasih ^_^

      Padam
  14. hadir buat berknjung n Follow blognya mbak... ^_^

    Salam Kenal mbak Jangan lupa mampri ke blogQ yah.... + Follbacknya jg... hehehe Catatan Si Chumhienk...

    Berharap dkungannya dengan komen + Share artkel sy... hehehe

    terimksih

    Catatan si chumhienk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kunjungannya..
      salam kenal juga, akak dah follow Catatan Si Chumhienk
      InsyaAllah akan baca dan komen artikel Chumhienk

      terima kasih kembali ^_^

      Padam
    2. Alhamdulillah yah mbak... heheheh
      Terimksih bngt uda berkenan join di blog sya... ^_^

      salam buat si dede yah... :)

      Padam
  15. seronok tgk kegembiraan anak-anak bermain di taman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang seronok bila tengok wajah ceria mereka ^_^

      Padam
  16. ala akak lak terharu membacanya... tapi memang berderau darah yerk... tuler memang terlepas pandang sekejapjerkan.. tu sebab kalau jadi kesah anak hilangker apa tak berani nak salahkan sapa2kan... kun fa ya kun... hanya Allah yang mampu melindunginya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak.. lain kali bagi banyak tumpuan, takleh lah nak cuai.
      Memang akan salahkan diri sendirilah kalau terjadi..Moga Allah beri perlindungan..

      Padam
  17. wahhh, asyik banget yah mba :))

    BalasPadam
  18. Duch saya bingung ni mbak mau komen apa'an, hehehe . . .
    Y udh lam kenal aja ya mbak ?? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...
      salam kenal Obathernals ^_^
      terima kasih sudi singgah :)

      Padam
  19. jadi pengen ke malaysia nih, kapan-kapan mampir ke situ ah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan yobbis, jika dizin Tuhan..InsyaAllah kamu pasti jejak kaki di Malaysia ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)