Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 29 Jun 2012

Report card

Cepatnya masa berlalu dah pertengahan tahun dah.. pejam celik pejam celik dah setengah tahun anak-anak sekolah.

Ini adalah tahun pertama Asyraf sekolah kat Sekolah Rendah. Dah darjah satu anak mama ni. Terus terang sebenarnyakan aku ni tak tahu nak bentuk hala tuju anak aku ni, tak tahulah tindakan aku ni betul ke tidak, makin ramai yang pertikai makin rasa bersalah pula. Memang setiap ibubapa kat dalam dunia ni nak kan yang terbaik untuk anak2.

Dulu aku memang nak hantar anak aku belajar di sekolah Tadika Islam, ialah di usia yang muda tulah kita nak bentuk anak2 kita menjadi anak yang soleh, tapi atas faktor kesihatan Asyraf tak dapat belajar di tadika tu, kemudian aku masukan Asyraf di sekolah tadika Cina, bukan nak anak jadi orang cina tapi sekolah tu berdekatan dengan tempat kerja, dan yurannya pula lebih murah dari tadika sebelum tu. Anyway memang tadika tu milik orang Cina tapi Pengetuanya beragama Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Makanan yang disediakan juga halal walaupun dalam seminggu cuma ada 1 hari jer Pendidikan Islam diajar buat kanak2 Islam di Tadika tu. Memang betul kat kawasan rumah mak mertua aku ada taska milik kerajaan dan bayarannya jauh lebih murah, tapi aku pernah bertanya pada kawan aku yang hantar anak kat sana memanglah subject yang dipelajari lebih kurang sama tapi aku nak anak aku belajar lebih dari bermain.

Tapi kan betul, juga dulu pernah terserempak dengan bekas cikgu kat Tadika tu. Dia masih kenal Asyraf sebab anak murid dia yang suka berak dalam seluar so cikgu tulah yang terpaksa cuci..hehehe  Teacher Rani. Katanya dia tukar sekolah sebab terlalu tension, itu Guru.. anak2 muridpun sama, jiran akupun ada hantar anak sekolah tadika tu setengah tahun dia berhenti sebab tak mahu tengok anaknya derita. Tapi aku tetap hantar juga sebab bagi aku guru yang tegas dapat membentuk anak-anak lebih berdisplin.

Sekarang ni, Aishah sahaja yang masih belajar di Tadika tu dan dia masuk sekolah di usia 4 tahun. Aishah anak yang lebih berdikari so aku tak risau sangat.

Ramai yang terkejut dengan keputusan aku menghantar anak belajar di sekolah cina, malah pernah ibu mertua aku suruh Asyraf pujuk aku untuk hantar anak ke Sekolah Rendah Kebangsaan. Pelbagai alasan yang aku dengar tapi aku tetap dengan keputusan aku. Bagi aku kalau anak aku belajar di sekolah yang tak ramai murid Melayu jadi anak aku kurang bermain, tapi bukannya aku nak jadikan anak aku orang cina, malah lepas seisi pagi aku ada hantar anak aku masuk sekolah Agama, di sanakan semuanya murid Melayu. Mungkin mereka tak faham, aku nak imbangkan anak aku dengan ilmu dunia dan akhirat dan sekarang ni, aku cuma nak anak aku ada 1 lagi extra language... tu jer. 


Ntahlah pening pula rasanya, baru-baru ni anak aku di interview oleh kawan2 aku. Menurut kawan aku anak aku tertekan, sebab tak suka dengan sekolah cina. Aku pula beria hantar tuisyen supaya dia cepat pandai. Tapi setiap kali pergi sekolah dan tuisyen dia menangis. Dulu Asyraf tak macam tu, dia tak memberontak tapi bila dengar desakan kawan2 aku dia macam seperti ada orang yang menyokong tindakannya. Aku rasa syukur ada kawan yang prihatin, aku tahu sekarang ni ramai anak2 yang berpenyakit mental akibat desakan ibubapa. Aku tak mahu anak aku gila sebab aku. Tapi bila anak aku memberontak macam tu, hati aku terguris sebab dia lebih mendengar kata orang dari ibunya sendiri.


Hari report kad. Di sekolah Asyraf diadakan pada hari Sabtu.


Tergelak aku tengok gambar Asyraf dah serupa gambar zaman komunis dah...hahahaha ..



Menurut guru kelas Asyraf iaitu Mdm Chia, katanya Asyraf seorang yang rajin belajar. Kesungguhan tu ada tapi banyak yang dia tak faham.

Setahu aku, Matematik dan Sains sepatutnya dalam English ataupun Bahasa Melayu. Bukan ke Kerajaan dah selaraskan semua sekolah mengunakan English untuk subject Sains dan Matematik. Rupanya sekolah cina terkecuali. Dan memanglah anak aku tension dan keputusan untuk matapelajaran tu memanglah teruk. Cikgu nasihatkan agar aku dapatkan guru 1 to 1 untuk Asyraf memandangkan Asyraf masih berumur 7 tahun dan masih ada 5 tahun untuk UPSR. Dah tentunya aku nak anak aku score, jadi aku ingat kalau tak ada perubahan aku kena juga tukarkan Asyraf ke sekolah kebangsaaan.

Dari tadika hingga sekolah rendah masalah yang sama HomeWork, memang salah aku sebab selalu takde dengan mereka waktu mereka belajar di rumah.



Asyraf paling suka sekolah ni. Matanya bersinar-sinar bila bercerita tentang sekolah Agama.



Aku juga risau, sebab dulu Asyraf belajar di sekolah tadika cina, jadi susah sikit dia nak follow sebab kat sekolah ni menulis mengunakan tulisan jawi dan mamanya selalu pulang lewat dan tak sempat ajar anak Muqaddam tapi menurut Cikgu Asyraf memang tekun belajar cuma dia pendiam. (Tapi kat rumah different story)



Hari tu ada sekali, aku marah Asyraf sebab taknak sekolah pada mulanya aku cakap baik-baik dan janji akan tukarkan sekolah. Tapi dia seolah-olah mencabar aku makin dipujuk makin teruk pula dia memberontak so, aku pun ringan tangan tarik telinga dia dan cakap. 

"Mama susah payah cari duit dari pagi sampai malam nak bagi Abang sekolah, semua benda mama tangguh hanya semata-mata nak bayar yuran tuisyen.. bagi Abang pandai sekolah,  nanti besar takyah susah macam mama tapi abang suka dengar cakap orang dari mama. Orang tu ker yang bagi abang makan, bayar yuran abang..Dah!! mama takan tukar sekolah abang."

Aku tarik Asyraf masuk van dengan esakan dia pergi sekolah. Aku memang rasa bersalah tapi.... salah ke tindakan aku???

Malam tu aku buat macam lupa apa yang aku buat kat Asyraf pagi tadi dan seperti biasa perkataan yang keluar dari mulut aku ialah

"Asyraf, how your school today?" selalunya dia buat muka simpati tapi malam ni dengan senyuman dan jawap "not so good"  aku tahu dia pasti tak berani cakap tak fahamlah, tak sukalah, nanti takut aku mengamuk lagi. Itulah anak aku, memang betul kata kawan aku, dia suka jaga hati aku dari hati dia.

Asyraf nak sangat bola sepak. Dia nak bermain bola sepak tapi aku tak benarkan sebab takut membahayakan dia tapi demi nak dia gembira... "Asyraf, mama promise belikan abang bola tapi Abang promise mama to study hard ok." Then dia ceria semula, so gaji ni aku kena pergi beli jugaklah bola tu. Lepas pada hari tu, Asyraf tak memberontak lagi. Tapi aku juga akan pastikan kalau betul2 dia tak dapat nak memahami apa yang dia belajar kat sekolah cina tu, aku perlu juga ambil tindakan untuk tukarkan dia sekolah lain. 

Ok sekarang cerita pasal Aishah pula, yang si kecil ni memang tak susah nak hantar pergi sekolah cuma susah nak bangun kan dia pagi2 jer.


Adalah satu pagi aku pergi rumah Auditor ambil document kebetulan rumahnya dekat dengan sekolah anak aku. Dia nampak Aishah tanya sekolah mana, aku cakap jer Tadika JoyKid terus dia pesan ngan aku supaya malam-malam ajar anak baca sebab sekolah tu cikgu banyak garang. hehehe... aku tahu tapi sengaja je aku layan Aunty tu katanya cucunya belajar kat sana juga hari-hari nangis nak buat homework. Sama jer masalah diorang ni. Memang betul, walaupun baru tadika tapi homework nya banyak. Manalah budak-budak tak tension tapi kalau dah biasa buat kerja banyak nanti masuk sekolah rendah diorang taklah kekok sangat.


Seperti Asyraf, Aishah pun sama homework selalu tak siap...

Sebenarnyakan aku memang nak sangat anak2 aku pandai tapi salah aku jugak kot sebab tak banyak masa dengan anak2. Apa yang aku bangga dengan anak2 aku nikan ialah diorang buat kerja sendiri tanpa bantuan aku cuma bila aku ada masa dirumah barulah diorang ngada-ngada sikit, kononnya tak pandai menulis lah, mewarnalah walhal kalau aku takde ok jer diorang ni. 

Aku tahu aku bukanlah seorang ibu yang baik, tapi setiap hari aku berdoa hanya yang terbaik sahaja untuk anak2 aku. Memang cemburu dengan kawan2 yang pandai mendidik anak2 ada yang sanggup belajar demi anak2 tapi aku bukan surirumah sepenuh masa dan bagi yang mengalami pasti faham bukannya aku tak mahu pikul tanggungjawap sebagai pendidik tapi aku tak ada peluang lagi. Mungkin lepas ni...InsyaAllah


Moga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah....

48 ulasan:

  1. sejukk perut melihat kejayaan anak2 kan dik
    alhamdulillahhh ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      betul tu kak, kejayaan mereka kebanggaan kita.. :)

      Padam
  2. "Mama susah payah cari duit dari pagi sampai malam nak bagi Abang sekolah, semua benda mama tangguh hanya semata-mata nak bayar yuran tuisyen.. bagi Abang pandai sekolah, nanti besar takyah susah macam mama tapi abang suka dengar cakap orang dari mama. Orang tu ker yang bagi abang makan, bayar yuran abang..Dah!! mama takan tukar sekolah abang."
    Jadi terharu membacanya. Setiap anak punya bakat yang berbeda, orang tua tinggal mengarahkan saja. Semoga semakin sukses !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku juga terharu mengungkapkannya..tapi demi anak kuluahkan aja, harap suatu hari dia akan faham..

      Harap jalan yang kupilih itu baik2 aja. Terima kasih doanya ^_^

      Padam
  3. kasih sayang orang tusa tidak ada batasnya dan tak terhingga...
    yakin aja semua akan indah pd waktunya....semangat terus buat anak2x tercinta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar tu Mbak Iis...
      harus yakin semua akan jadi indah pada waktunya
      Ya! terus semangat buat anak2 tercinta. ^_^

      Padam
  4. waaaah selalu jad banggan orang tuamu dek, ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fauzi uz-ay, nanti akan kusampaikan pesananmu buat mereka ^_^

      Padam
  5. belum saya baca nih Nit, karena masih di jalan, cuma bisa "lick" ke hanphone saja. yang pasti melihat cerianya dua buah hati, Asyraf dan Aishah, saya ikut berbahagia. sihat selalu bukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpelah zachflazz ada masa awak bacalah..
      Alhamdulillah mereka sihat dan ceria, terima kasih ^_^

      oh ya, saya dah baca semua episode Sebuah Ramonsa I,II,III,IV,V menarik dan banyak pengajarannya.

      Padam
    2. saya tertarik materi bahasa china yang diserap Asyraf. subhanallaah. bisa ternyata dia ya? alhamdulillaah, ikut senangkan hati saya.

      asyraf suka bola sepak ya? hehe, sama dengan anak saya. kapan ya mereka bertemu di lapangan, sebagai garuda versus harimau, pasti berkesan sekali. kita doakan yuuk..salam untuk asyraf.

      Padam
    3. Alhamdulillah.. terima kasih zach ^_^

      hehehe...tapi Asyraf mahu jadi goal keeper, tapi takpelah. InsyaAllah, moga-moga doanya dimakbulkan Aamiin.. salam buat Agree juga :)

      Padam
    4. hehe... siapa tahu bukan, kadang-kadang mimpi kan menjadi nyata. aamiin.

      Padam
    5. benar tu zach..berkat Doa, pasti mimpi jadi nyata..yang pasti usaha dan yakin harus diselitkan sekali ^_^

      Padam
    6. asyraf ini masih adiknya Agree, mereka berselisih 7 bulan.

      Padam
    7. Oh ya.. tapi Agree tu nampak matang ye, malah sudah melaksanakan solat 5 waktu serta solat sunat, sedangkan Asyraf masih baru belajar.

      Padam
  6. walaupun akak tak byk luangkan ms tp markah2 mereka tinggi...

    InsyaAllah jika akak byk luangkan masa dgn mereka.. mesti markah mereka lagi tinggi... (",)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      InsyaAllah, akak akan cuba... mungkin lepas ni
      Harapan agar mereka terus berjaya ^_^

      Padam
  7. wahhh manteb nih mba :))
    lengkap banget dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang benar Bang Dayat.. :p
      Terima kasih ^_^

      Padam
  8. sepupu mak dara pun ada hantar anaknya belajar ke sekolah cina mula2 mmg susah sikit nak adjust kan diri syukur lama lama dia terror ckp bahasa cina dan yg paling improve adalah matapelajaran matematik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..harap2 Asyraf boleh macam anak sepupu mak dara ^_^

      Padam
  9. Seronok sangat ini kisah cerita nya kak nita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. Terima kasih cik awi

      Padam
  10. jiran kak fieda ni aritu masa darjah 1 dia htr anak dia ke sekolah cina gak..tp tak kekal lama sebab katanya anak dia tak boleh masuk..satu hal lagi bile nk buat homework dia plk tak reti nk ajar..last2 tukar sk jer..nmpk la dia hampa sbb impian dia nk anaknya ada satu kelebihan tak berjaya..takper la nita anak2 ni msg2 ada kelebihan tersendiri..tgk tu markah asyraf bagus2 belaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kawan2 saya yang hantar anak separuh jalan... mungkin saya pun akan ikut sama, tapi buat masa ni saya cuba dulu kalau tak boleh juga memang kena tukarkan jugalah.. sekarang ni 2 beradik ni bolehlah bertutur sikit2 bahasa cina..
      Alhamdulillah... setakat ni Asyraf boleh bertahan lagi ^_^

      Padam
  11. orang cakap..hantar sekolah cina lagi cepat anak belajar..maybe baru setengah tahun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang saya dengar pun cam tu jugak, mungkin sebab guru2 diorang tegas kot... tapi bergantung pada murid2 jugak.
      Mungkin juga kot.. baru lagikan, sebab kawan saya cina katanya anak diapun markah tak bagus juga sebab tulisan dan bahasa cina ni memang susah, kelebihan diorang sebab itu bahasa ibunda diorang so anak dia fahamlah apa yang cikgu ajar... :)

      Padam
  12. Yang penting TETAP SEMANGAT ya mbak NITA.......
    Salam kenal Ponorogoweb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, TETAP SEMANGAT!!

      Salam kenal juga Okie Jack ^_^

      Padam
  13. hooo sekolah di Malaysia itu kayak gini toh

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya loh... deadyrizky, di Indonesia bagaimana pula ya?? :)

      Padam
  14. bagus ni kak.kalau tahu byk bahasa,sendiri untung
    moga moga menjadi anak soleh.

    *gambar asyraf benar2 epic.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun rasa macam tu..
      Mudah-mudahan Allah makbulkan doanya..Aamiin..

      *taw takpe..hihihi :p

      Padam
  15. Assalamualaikum nita,

    Yang penting usaha dan semangatnya tu nita,semoga terus berjaya dan menjadi anak yang soleh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam K.Ros,

      InsyaAllah kak, terima kasih atas Doanya..Aamiin...

      Padam
  16. wahhh.....sekolah cina...saya dulu ada gak berangan nk htr anak g sekolah cina...tapi ada masalah teknikal....:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke Zurina :)
      Takpe..sekarang ni ada class bahasa cina kat mana2 nak ngan taknak jer, saya pun pernah ambil kelas bahasa cina dulu tapi sekejap jer pasal tak larat masa tu ngandungkan Asyraf so sekarang Asyraf jadi mangsa hehehe.. :p

      Padam
  17. Assalamualaikum. Saya sudah membaca postingan ini, melihat lihat foto dan raport cardnya. Awesome. Excellent for English ya. COngratulations. I am pleased to read this story. I really am

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam Asep Haryono..
      terima kasih sebab sudi membacanya :)
      Alhamdulillah...Thanks again ^_^

      Padam
  18. alhamdulillahhh
    anak2 pencapaiannya x akan sama kan dik ..
    janji mereka dpt kekalkan prestasi sudah ..
    pada akk .. x mau mereka pandai skrg .. bila dah besar mereka malas dan prestasi belajar menurun huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh.. ye ke, betul jugak erk.. pernah dengar.
      Kena bagi mereka bermain jugaklah kan sebab kalau belajarpun nanti stress..
      terima kasih ^_^

      Padam
  19. Assalamu'alaikum..
    postingan luar biasa.. i like it..
    semoga sukses selalu buat anaknya.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumusalam..
      Terima kasih atas doanya Lukman Hakim ^_^

      Padam
  20. sekarang ni mungkin anak2 akak rasa susah...
    tp insya-Allah pd masa akan datang... rasa susah tu pasti dpt ditangani...
    yg penting... zaman kanan2 mereka tetap ada supaya anak2 akak tak stress... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. IsyaAllah..harap begitulah..
      terima kasih Masz ^_^

      Padam
  21. mau kenalan sama sahabat kuala lumpur...
    sudah di follow 114....
    sudilah kiranya follow balik...
    saya menunggu folloewnya
    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih...
      saya dah follow ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)