Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 6 Julai 2012

Aku tolak rezeki ke atau memang itu bukan rezeki aku

Assalamualaikum w.b.t.

Just want to share a journey of my career ....can i called this as CAREER hihihihi....(boleh kot.. ah! suka hati akulah...)

Kat office ni, aku adalah pekerja wanted. Semua kerja aku buat, bukan nak ek tapi ni adalah kenyataan... huh! penuh kebanggaan...cakap jer apa kerja aku tak buat! dari kerja exact hinggalah ke peon. Tax, secretarial, account, audit, typist, tukang photostat, hantar surat, amik document, prepare cheque, bank in cheque banyak lagilah sampai wat kopi pun penah tapi tak sempat buat pasal kopi kat opis habis aku balun, so client datang meeting aku jamu air kosong jer, kalau nak minum sedap pandai2lah bos bawa mereka ke restaurant kat bawah office hehehe....

Ntahlah aku ni tak ada self confident ker atau aku ni pekerja setia..

Aku mula kerja kat Syarikat ni Nov 1998 sebagai admin asst. Sebab aku tension jadi admin assistant pasal ramai sangat nak jadi bos, aku jadi tertekan so aku ambil langkah sambung study tapi part time jelah. Amik LCCI. Bos dapat tahu so dia pun mula bagi aku buat account sikit-sikit, lama-lama aku pun terer...

Sehinggalah kini, aku masih berada dalam syarikat tu, staff pula bertukar-tukar. Tapi satu je aku bengang ngan bos, gaji aku naik sikit-sikit. Ye, aku memang bersyukur tapi aku manusia memang lah ada rasa terkilan sikit. Yelah aku ajar junior aku tapi gaji diorang lagi tinggi dari aku. Tapi takpelah ada sesuatu yang bos tahu apsal aku tak layak dapat gaji besar dan aku sampai hari ni pun tak berani nak suruh bos up kan gaji aku.


Dan suatu hari junior aku yang dah terer buat akaun tu dapat kerja baru dan salah satu company dia pergi interview ajak aku join sekali. Dan aku mula rasa, sesuatu perlu aku lakukan demi masa depan aku. Tapi dalam department aku ada 3 staff termasuk aku dan 2 orang sudahpun letak resign letter kat meja bos. Ntah apa yang aku fikirkan. Aku pun tolak tawaran kerja tu walaupun bagi aku ia adalah peluang yang bagus, mungkin jawatan tu aku rasa besar sangat dan takut tak layak so aku rasa takpelah aku tolak. Ingatkan bos ni prihatinlah nak naikkan gaji aku sebab loyal ke... erm tak jugak.  Kadang-kadang memanglah kita rasa kesiankan orang, tapi orang jer yang tak kisah pasal kita.

Ada jugak lah sekali aku terkilan ngan bos, aku minta bos beli PC baru kat aku pasal aku punya PC rosak tapi bos belikan 2 PC tapi bukan aku punya, orang lain punya. Sedih giler, aku pakai PC lama yang kawan aku tak pakai. Aku memang sensitif orangnya, kat rumah aku nangis, sebab bos ni ntah ape2 ntah. (memang mempunyai perangai keanak-anakkan sikit, itupun nak nangis hehehe..) Tup2.. office aku kena rompak, habis PC baru tu kena kebas yang tinggal PC lama aku ialah PC yang nak masuk muzium sapa nak curi..  (jahatkan aku, ade ker aku cakap padan muka tapi dalam hati jelah.. oopppttss.. memang susah nak aku ubah perangai ni) Nasib baik PC aku tak kena curi masalah nanti Akaun tak back-up.

Bos pun ajak kami pindah tempat lain. Kat situ staff mula takde semula, tinggal 2 orang dah sekarang, seorang dalam secretarial department dan aku dalam account department.


Ada 4 meja, empat-empat aku punya
Bos pun dah tak macam dulu, kurang sikit garangnya, tapi macam-macam dah takde seperti Company Trip dah takde Dinner pun dah takde Hari Keluarga memang tak pernah ada. Tapi Bos still bagi kami bonus setiap tahun. Company tak besar, staff semua dah kawin dan ada anak. Tapi yang bestnya sebab kami bebas buat kerja tekanan tak banyak selain dari masalah client. Kami santai jer kat office ni.


Mari imbas kenangan lama....

Kat offiice aku sorang jer Melayu, semua cina. Masa dulu bos ada 3 orang dan yang lain bos perasan. (biasalah junior selalu kena buli tapi bila aku jadi senior... )



Masa dulu2 bos suka bawa jalan2 kat Luar Negara, tapi bila aku masuk office ekonomi pulak tak bagus so bawa jalan2 dalam negara jelah..Oklah tu, kalau harapkan aku rasa nye KL-Mentakab jelah kot.. mungkin Penang sesekali hehehe...
(gambar pun dah nak rosak)  suatu hari nanti aku akan
ke pulau ni lagi...
(Walaupun gambar-gambar percutian ni takde kena mengena ngan story, tapi ia adalah salah satu benda yang aku suka kerja kat office ni masa dulu... almaklumlah orang susah .. nak bercuti kat tempat2 menarik hanya satu mimpi)


gambar diambil kat office lama...
selama aku kerja 2 kali kami pindah
Lama giler aku kerja kat office ni.. Dari takde boyfriend sampai lah ada dua orang anak. Aku adalah Staff bos aku yang pertama ambil cuti untuk kawin dan ambil cuti bersalin..Dan aku jugaklah staff yang ambil cuti sebulan untuk operation anak aku... pendek kata paling banyaklah amik cuti.. hehehe..sebab yang lain datang dan pergi tak sempat..

Pernah berbual ngan kawan aku, dia pun 10 tahun bekerja kat syarikat ni... Katanya company kami dah macam training centre, bila dah pandai buat full set account, staff tu pasti cabut. Dan sekarang kawan aku itu pun dah cabut jugak.. sekarang ni dia dah jadi Director dah kat salah satu syarikat client kitorang. Yelah, siapa tak nak berjaya kan..

Zaman dah berubah, sekarang ni setiap syarikat ada staff kendali account sendiri. Jadi makin hari client makin kurang, hanya tinggal beberapa company jer yang mahu perkhidmatan kami.

Aku memang hidup susah, memang lahir dari keluarga yang susah tapi aku selalu fikir kalau kita tak berusaha kita takan kemana-mana....Macam sekarang ni nak kena jaga adik dan anak2 pula semakin membesar. Hubby kerja tak menentu kadang ok kadang tak. Rezeki tu Allah memang bagi kat kami tapi kena kerja lebih sikit. Dulu masa baru-baru datang KL aku kerja klinik dan sekarang masih buat part time walaupun staff bertukar ganti aku masih kerja lagi Alhamdullillah dapat juga pendapatan lebih.

Dan dengan skill yang ada aku cuba tolong bos kawan aku buat account. Pada mulanya dia suruh continue account yang tertunggak sebab staff dia berhenti, disebabkan dia puas hati dengan kerja aku jadi dia beri aku kerja part time, update account company dia, yang ni punya tugas flexible sikit sebab aku tak perlu ada dalam office dia, aku boleh bawa balik buat kat rumah.


Anak2 dah tidur, mama still buat kerja...

Dah setahun lebih rupanya aku kerja part time kat company tu, gajipun up sikit..(baik hati boss naikan gaji pekerja part time) dulu ada juga kawan aku offer kerja ngan diorang tapi bos diorang tak cakap ape so aku wat tak tawlah sebab kalau gaji lebih kurang sama, baik aku kerja kat tempat aku sekarang. Tapi nak bagitahu, bos diaorang ni bukan saja handsome tapi baik sangat sampai kadang-kadang aku rasa macam tak percaya jer, yelah kalau kat office aku, bos adalah bos dan ada gap between boss and staff, don't you dare arguing him.. dia salah ker dia betul ker dia tetap betul.. tu yang kalau dia ada kat office cam rajin jer kami buat kerja tapi kalau dia takde.... hehehehe

Tapi bos diorang lain, pernah aku dengar bos minta salah seorang buat kerja, budak tu selamba jer suruh bos suruh orang lain. Kalau bos aku memang kaw2la kena tiaw...

End of May... boss part time panggil masuk office dia, Alamak!... aku dah risau sebab baru2 ni aku busy sangat dah lama aku tak update account dia, sebab kat klinik tak cukup staff pasal member aku nak kawin.. aku kena kerja setiap Sabtu dan Ahad. Mulanya aku takut jugak, tapi bos tu nak offer aku jadi permanent. Iyalah syarikat dia  ni makin maju, memang patut kena ada accountant kalau tidak susah, pasal aku pulak jarang update, nak tanya staff lain, mereka pun tak faham sangat bab account ni. Aku berbelah bagi sebab kalau aku terima, apa jadi ngan boss aku sekarang sebab hanya aku jer yang dia ada sekarang ni. Bulan Jun bulan Income Tax kerja pula berlambak, kalau aku tolak maka lepas ni aku dah kurang satu punca pendapatan.

ni document dari client kami, perniagaan kedai kopi..
memang bercintalah nak mengira.
Gaji yang ditawarkan of cause tinggi dari sekarang, then bila fikir balik... aku tak perlu fikirkan account company lain hanya satu jenis account sahaja. Bayangkan dulu aku ambil beberapa minggu jer nak siapkan 1 year full set account, itupun hanya beberapa jam jer aku peruntukan untuk update account. Kat office akupun account company aku updatekan jugak. So memanglah offer ni bagus. Kerja tak banyak gajipun ok. Kalau nak tunggu boss aku sekarang mesti aku  kena tunggu another 5 years untuk dapatkan gaji seperti tu, jadi aku memang patut ambil peluang ini demi anak2 aku, see.. rezeki Allah, aku tak perlu buat banyak part time dan aku ada lebih masa untuk anak2.

So aku cakap ngan kawan aku, suruh bagitahu boss dia, aku akan ambil jawatan tu tapi selepas selesai tax season, then only I can put my Resigned Letter on my boss table. Ape2 hal pun aku kena bincang baik2 ngan boss aku yang dah berbelas tahun bersama aku.

Hari malang sudah datang....

Rupanya pesanan tak sampai dan paling aku rasa terkilan iklan jawatan kosong dan pun tersebar... Akupun terus email kat boss tu tanya dah ada orang ambil ke jawatan tu sebab aku memang mahukan jawatan tu. Boss tu cakap dah terima seorang, katanya lambat sangat aku bagi jawapan kat dia, sangkaan dia aku tak berminat. Aku rasa sedih, bila aku kira balik yelah dah nak sebulan dah aku tak jawap dia, aku hanya berpesan pada kawan aku dan dia juga yang mengiklankan jawatan tu...

Itu ok lagi, aku anggap bukan rezeki akulah tu... laptop aku rosak nasib baik UBS dah back-up dan restore kat PC office tu, tapi still tak selamat sebab PC tu rosak habis semua account dalam tu hilang.. Kawan aku sampai sekarang tak bagitahu boss dia pasal ni.. Nasib baik latest account aku ada save dalam pendrive. Auditor bising pulak kata account aku tak betul. Kecoh, budak2 tu kata boss dah bising.. aku tanya apa masalahnya.. kawan aku cakap auditor kata transaction salah masuk Debit Credit tak betul. Auditor nikan buat aku menyampah aku rasa rendah diri sebab boss tu seakan-akan tak percaya dengan kerja aku. 

Sepatutnya Auditor tu kena tanya aku, bukan boss tu. Aku yang buat accaunt aku tahulah. Bila aku kaji balik apalah silapnya bukan banyakpun itupun sebab invoice tak cukup.. Boleh settle jer... disebabkan incident  itu boss tu dah tak percayakan aku dan aku mula rasa KOSONG, KOSONG, KOSONG...

Aku tak puas hati, aku tanya kawan aku boss nak jumpa aku tak, dia kata boss cakap kalau jumpa bukan boleh solve problem pun. Dan tak habis2 kata banyak salah... Aku call Auditor dan sekarang aku check lagi account tu, so now dah settle cuma tinggal tugas kawan2 aku tuk cari invoice yg hilang tu. Aku dah ok dengan bos tu, rupanya dia tak faham apa yang Auditor tu nak. For my 2 friends tu... aku dah lama bekerja tapi walaupun different department we works as a team tapi mereka tak, bila aku minta sesuatu mereka kata ok tapi tak jugak carikan alasan kerja mereka banyak. Cuba fikir kalau tak audit account boss pasti kena samam so bukan you all pun kena tempias ker... Dan mungkin itu juga sebab Allah tak mahu aku kerja kat office tu, sebab aku pasti makan hati.

Lepas ni, aku kena update betul2 sebelum aku serahkan account tu kat staff baru tu nanti. Laptop aku jahanam tak boleh repair, kerja dah kurang satu. 

Aku mengadu kat kawan aku "Allah tarik rezeki aku, rekod aku buruk... Apsal hah, lepas satu-satu dia ambil.."

Kawan aku cakap "Nasib baik dia tak ambil nyawa ko, mesti ada sesuatu disebalik sesuatu.. bersangka baik dengan Allah maka baik lah yang kita dapat"


Memang lah pedas tapi betul lah tu... sabar jelah

So to my own boss... you still my boss... hehehe

semalam aku cari office baru yang bakal mereka duduki... tak sedar my hubby ikut dari belakang

"Apa yang awak terjengok-jengok tu" - my hubby

"Dulu boss tu cakap dia ajak saya join Ekszel, sebab diorang nak pindah jadi bila saya join diorang takde lah rasa kekok sebab office dah jauh, Bayangkan kalau saya benti kerja kat SC Lai pastu nak masuk Ekszel tiba2 bos datang serentak ngan saya tak ker pelik dah lah pintu office bertemu pintu...Tapi tu dulu..dah tak jadi kerja ngan Ekszel dah diorang dah ada orang baru.. " - me

Sambil tengok muka aku dengan wajah yang kesian my hubby said "dah bukan rezeki awak, sabarlah..."

40 ulasan:

  1. penuh liku-liku ya Nit. itulah ujian yang Allah berikan. pasti berhikmah dan mendatangkan pahala jika kita selalu sabar.
    tak apalah, itu pasti sudah digariskan. bukankah sehelai daun jatuh dari pohonnya, itu pun sudah digariskan olehNya. rejeki tak kan jatuh kemana, jika itu sudah menjadi hak kita.
    apalagi setiap teringat Asyraf dan Aishah, semua masalah pelik pasti terlupakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih zachflazz... benar juga tapi kadang2 ada juga saat dan tikanya kesabaran tu hilang, 3 hari bersedih kembali semula dengan kewarasan. Ternyata tidakan bodoh telah dilakukan... semuanyakan adalah atas kehendakNYa kenapa harus kita pertikaikan bukan? Syukur, walaupun tidak mempunyai ramai teman tapi masih ada teman yang sudi memberi kata hikmah dan rasa lega itu muncul... Alhamdulillah..
      Sudah pasti setiap bebanan yg dipikul takan terasa bila melihat wajah Asyraf dan Aishah, mereka adalah kekuatan buat aku.

      Anyway you are such a good friend to me zachflazz, and i'm so glad for that. ^_^

      Padam
    2. hmm...good Nita

      saya menonton picture di atas ada pulau penang ya?? ihhh, jadi ingin kesana pulak

      Padam
    3. hihihi...
      itu bukan Pulau Pinang, tapi Pulau Redang... cantik pulau tu. Cubalah melancong ke sana ^_^

      Padam
  2. Sabo je lah yer... dulu sy pun keje company cina gak... gaji junior lg tinggi dr gaji sy.. tp cmpany sy tu mcm memilih, org bgsa dia gaji tinggi tp bangsa lain sebaliknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengah bersabar ni, sekarang dah tak rasa terkilan dah
      sebenarnyakan kita sama jer Ina...
      cuma sebab mungkin dah lama kerja so kena terima jugak. Memanglah katanya 1 Malaysia tapi... alasan mereka orang Melayu ni banyak keistimewaan so kerajaan banyak bantu padahal sama jer. :(
      cakap banyak sangat karang dah sensitive issue hanya yg rasa jer tahu...

      Padam
  3. Amat sangat menarik cerita pengalaman kak nita

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar ker cik awi...
      terima kasih sebab sudi membacanya ^_^

      Padam
  4. pengalamannya panjang sekali... penuh suka dan duka, kadang senang kadang sedih.. ya namanya orang kerja, jadi di nikmati saja sambil bersyukur. kalau sudah rejeki tak kemana

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun panjang Darieant sudi membacanya...Thanks
      Betul tu, dah namanyapun kerja maka nikmati sahaja sambil bersyukur, sebab sekarang ramai orang takde kerja...
      Kalau sudah rezeki, ia takan kemana.. ditunggu aja ya ^_^

      Padam
  5. Perjalanan / pengalaman penuh dengan perjuangan.Bersangka baik pastinya semuanya akan baik- baik saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus sentiasa bersangka baik...
      terima kasih ^_^

      oh ya! bumi, kamu sudah sihat ker sekarang?

      Padam
  6. Betul sekali kata bang Djangkaru Bumi :D ↑

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan Fahmi Setiawan ^_^

      Padam
  7. Sabar itu merupakan jalan yang terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu Mbak Iis..
      Terima kasih ^_^

      Padam
  8. pengorbanan seorang pekerja yang sangat baik dan bersabar...suka membacanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai Ema terima kasihlah atas pujian tu, rasa dihargai pula ^_^
      Terima kasih Ema sebab sudi membacanya walaupun cerita tu panjang lebar :D

      Padam
  9. HEBAT..
    Perjalanan panjang yang sangat pelik berkelok-kelok namun tetap dilalui dengan keabaran..Hmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sangbayang, harap-harap akan terus bersabar ^_^

      Padam
  10. Perjalanannya penuh perjuangan ya mbak ..
    tapi aku rada kesel sama bos nya mbak Nita, mbak udah loyal, tapi PC tak dikasih baru, rasakan dicuri orang .. sedang PC mbak NIt, aman
    selamat mbak, untuk bisa berprasangka baik :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia sebuah perjalanan yang ada suka dukanya..
      namun setiap perbuatan pasti ada balasannya hehehe... :p
      Terima kasih, moga akan terus bersangka baik ^_^

      Padam
  11. fuhhh...perjalanan yg sangat mencabar lah...bab2 akaun ni mmg sy failed!ehehehe
    tap ape pun setiap ape yg berlaku pasti ada hikmahnye kan..kita sbg manusia kena sentiasa bersyukur dan tabah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu mimie..
      terima kasih ^_^

      Padam
  12. salam perkenalan :)

    menarik pengalaman akak.. byk liku2 nya.. moga akak sabar dengan apa yg berlaku.. mesti ada hikmah di sebalik semua ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan ros_reeza :)

      setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..ye, betul tu Ros
      terima kasih ^_^

      Padam
  13. hehehe...kesian jgk kat nita bila baca... lain kali nita pikirkan diri sdiri dl sblm nk pk kan org lain... mungkin sdh tiba masanya tuk nita pk kan tuk diri dan family plk...peace ya...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm... sedey taw.. ;(
      hehehe... sebenarnya dah fikir dah tapi terlambat... huhu :p
      betul apa yang pinky cakap, thanks ^_^

      Padam
  14. penuh berliku2..tapi sgat proud dgan ketabahan akk..bersangka baik lah..janji kita iklas dlm mencari rezeki utk fmly kan..bersangka baik lah yer..hehe neway salam kenal..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks fazita...
      kena sentiasa bersangka baik dan ikhlas mencari rezeki tuk family, ok!
      hihihi..salam kenal fazita, terima kasih sudi follow akak ^_^

      Padam
  15. busett
    4 mejanya berantakan banget yak?
    :hammer

    BalasPadam
    Balasan
    1. :))
      itu mau nunjukin bahawa betapa super busy nya pemilik meja itu :p

      Padam
  16. Baca sampsi habis...adat berkerjakan...byk pahit manisnya yg boleh kita jdkan kenangan.,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ain... sebab sudi baca sampai habis ^_^

      memang betulpun tak dinafikan..semuanya kan menjadi kenangan suka dan duka hehehe..

      Padam
  17. Yee dk bersangkalah baik dikk, insyaallah akan sentiasa di murahkan rejeki ok,
    Rasanya dimana2 semuanya sama tekanan dia, cuma berbeza situasi aje ;))

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kak ieda..
      betul tu kak, tekanan kerja semuanya sama cuma berbeza situasi jer ^_^

      Padam
  18. Mencabarnya dugaan. Masa mula2 baca bos part time tu suka dgn keja2 awak, saya rasa mcm seronok dah. Ni mesti hepi ending ni. Sekali dah bukan rezeki awak. Tumpang sedih.. huhu... apsal kawan awk tu tak sampaikan pesanan awk? Dengkikah? Apa-apa pun, goodluck nita. Hanya org2 yg pernah susah je tau cemana cabarannya hidup ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa tu saya rasa pelik jugak sebab dia sendiri yang ajak join siap offer nak bayar bos saya ganti rugi lagi. Tapi saya tak mahu sebab rasanya lebih baik bincang baik2 ngan bos. Memang bukan rezeki. Mungkin kawan saya tu lupa kot sebab baru2 dia tanya kalau budak baru tak jadi kerja, nak tak saya join diorang..
      Thanks Lyd. ^_^
      betul tu hanya org2 yang biasa susah je tau cabarannya...

      Padam
  19. Assalamulaikum sy farid sy grad 2013 dlm degree ekonomi.then sy nak keje bhg account tak dpt sebab sy takde certificate account. tp lepasan spm boleh dpt knp ye. then sy amik lcci sekarang. sy nak tanya kalau sy dpt lcci level 3 boleh ker sy dpt keje bhg account sebab sy habis lcci level 3 sy dh umur 26..mcm mn ye ada pandangan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Farid..
      rasanya sebab diorang tak mampu bayar gaji awak kot.. lagipun ekonomi dan account tak sama..
      diorang terima lepasan SPM untuk jadi pembantu account jer.... accountant akan ajar mereka nanti..

      kala dah ada Lcci mestilah boleh...nasihatkan supaya buat praktical atau cari pengalaman dalam setahun dua sebagai pembantu account...selalu saya tengok iklan jawatan kerja mesti nak ada lcci dan 2 years experience..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)