Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 24 Julai 2012

Doa Asyraf

 السلام عليكم

Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita berpuasa. Moga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. 

Tahun ini juga adalah tahun kedua Asyraf berpuasa, tahun lepas adalah tahun yang agak mencabar buat Asyraf sebab tahun sudah Asyraf beria-ria nak berpuasa tapi kesihatannya tidak membenarkannya. Harap tahun ni Asyraf puasa penuh.

Hari pertama Asyraf puasa.
Agak senang nak kejutkan sebab dia exited sangat first day puasa kan, semangat berkobar-kobar. Tapi.... lepas subuh baru Asyraf perasan dia tak minum air puteh. Tekak dia terasa sangat sakit, pada mulanya mama suruh dia bersabar tapi melihat keadaan dia tak sampai hati, suruh dia ambil sendiri air tapi dia tak mahu sebab tak nampak keikhlasan mama nak beri dia minum. So mama ambil juga air dan pujuk supaya dia minum then only dia minum. Asyraf teguk setengah gelas air kemudian dia continue puasa. 

"Puasa ni dikira ke mama?" - Asyraf
"Sepatutnya tak, tapi Asyraf nak belajarkan ok la tu... esok sahur minum air puteh banyak2 taw" - Mama

Aisyah juga berpuasa walau setengah hari, tapi dia cuma makan koko crunch jer tengah hari dan minum susu lepas tu tak makan sampai Maghrib... boleh tahan juga si kecil tu.

Hari kedua..
Biasalah hari Ahad memang payahlah nak bagun. Akhirnya Asyraf sahur jam 6 am. 

"Mama, boleh ke sahur pukul 6?" - Asyraf
"Nak buat camner, takpelah abang, lepas ni kalau mama kejutkan abang bangun taw"- Mama

Supaya Asyraf tak rasa puasa itu beban, mama tanya kenapa dia kena puasa. 

"Asyraf tahu kenapa Allah nak kita berpuasa?" - Mama

Asyraf hanya tersenyum dan angkat bahu.

"Tahu tak Asyraf, kat dunia ni kan ada orang yang tak makan dan minum sebab diorang susah, Allah nak kita rasa macam mana diorang rasa, tengok semalam abang dahaga kan. apa yang abang rasa masa tu, bayangkan ada orang nak minum pun susah, dia nangispun masih tak dapat minum, tapi abang masih boleh minumkan? Kesian kan diorang, sebab tu kalau kita mampu kita harus bersedekah, tak baik kedekut Tuhan marah." - Mama

Asyraf hanya senyum jer tak cakap ape2. 

Hari Ketiga..
Masih susah nak bangun tapi bangun jugak walaupun mata masih tertutup tapi dia masih boleh mengunyah nasi yang mama suapkan.




"kot ye pun bukalah mata tu, tengok benda apa yang Acaf makan"- Baba

Asyraf ketawa dan terus ceria tapi mama kena suapkanlah makanan kalau tak tak makanlah jawapnya.

Lepas makan, baru mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Sebelum ke sekolah Asyraf solat subuh di rumah. 

Masih baru dan banyak yang perlu dia belajar, tapi takpe sekurang-kurangnya dia minat 



Lepas solat Asyraf berdoa..

"Ya Allah, ampunkan dosa saya dan dosa ibubapa saya. Jadikan saya anak yang soleh dan pintar Aamiin.." 

"Mama, pintar tu apa?" - Asyraf
"Pintar tu Pandailah" -  Mama
"Kalau nak faham bahasa cina boleh?"- Asyraf
"Asyraf minta jelah kat Allah , mesti Dia bagi"- Mama

"Ya Allah, terangkan hati saya supaya faham apa yang saya belajar di sekolah terutama bahasa cina.. Aamiin"

Lepas berdoa terus dia ke sekolah dan hari ni Mama tak perlu temankan dia tunggu van sekolah. Maknanya hari ni dia berjalan sahaja bersama Makcik Intan kat tempat tunggu van sekolah, selalunya Mama yang dukung Asyraf tapi hari tak, Asyraf pergi sekolah dengan ceria sekali.

Rasa terharu pula sebab dulu dia beria-ia nak tukar sekolah tapi hari ni dia mohon kepada Allah supaya dia boleh faham apa yang dia belajar. 

Semoga Allah makbulkan doanya.. Aamiin.

46 ulasan:

  1. Subhanallah anaknya soleh..
    aku kagum sekali..
    semoga menjadi anak yang selalu berbakti kepada Allah dan kedua orang tuanya.. aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      InsyaAllah, semoga menjadi anak yang selalu berbakti kepada Allah dan kedua orang tuanya.. Aamiin..

      terima kasih Lukman Hakim ^_^

      Padam
  2. saya terkesan di kalimat terakhir. mengharukan.

    ya, bertahap bagus puasanya, dilihat suasana kesihatan Asyraf juga. yang penting dia enjoy dulu. kan dia belum juga wajib untuk menunaikannya. Insya Allah, semangatnya yang berkobar akan mendapat ridha dari Allah. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia memang saat mengharukan..

      Setakat ni Alhamdulillah, saya tak paksa kalau dia tak larat.

      Insya Allah, moga iaya mendapat ridha dari Allah. aamiin.

      Terima kasih zach ^_^

      Asyraf seronok berpuasa sebab rakan sekolahnya ramai yang berpuasa. Malu kalau tak puasa...hehehe

      Padam
    2. apa kabar Asyraf melaksanakan puasanya? bagaimana pula kesihatannya?
      semoga lancar ya... dan selalu sihat sentiasa. ceritakan ya Nit..

      Padam
    3. Alhamdulillah boleh tahan cuma beberapa hari lalu Asyraf demam, so dia tak boleh puasa, tapi sekarang ok, dia masih berpuasa seperti biasa.
      Bagaimana dengan Agree, harap dia baik-baik aja ^_^

      Padam
  3. Alhamdulillah.... bagusnya...!! pandai...

    baguslah didik ank dari kecik kan... sian tgk pic yg sampai terpejam mata tu.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..

      senang didik masa kecik sebab dia berminat, kalau dah besar liat sikit kot..

      ha'ah, memang kesian.. tapi kelakar sebab dia boleh makan apa yang orang suapkan kat dia..hihihi

      Padam
  4. Alhamdulillah....

    panjangnya bulu mata Asyraf...bg aunty pinjam sat bt raya...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..

      mama Asyraf dah booking dulu hihihi :p

      Padam
  5. Amiinn... semoga doa2 Asyraf didegar dan dikabulka sama Allah SWT yah mbak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiim.. moga2 ya Chumhienk ^_^

      Padam
    2. mampir dimari mbak...
      kunjungan sehabis teraweh... heheheh :)

      Padam
    3. Terima kasih Chumhienk ^_^
      jangan ponteng terawih ye..hihihi

      Padam
  6. Ammiin..INSYAALLAH...ALhamdulillah...bangganya punya anak yang sebegini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..
      Alhamdulillah.. moga dia jadi anak yang soleh..

      Terima kasih Ema ^_^

      Padam
  7. pendidikan agaman sejak usia dini sangat penting untuk menorehkan tinta emas pada kehidupan putra/putri kita agar kelak menjadi generasi yang unggul...amin
    selamat menunaikan ibadah puasa, semoga keberkahan ramadhan selalu menyertai...amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..
      Terima kasih doanya Desa, selamat menunaikan ibadah puasa buat kamu juga ^_^

      Padam
  8. Terharunya baca pasal asyraf ni. Bagusnya anak awk ni Nita. Semoga anak saya nanti juga akan menjadi anak yg soleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Lyd ^_^

      Moga kita dianugerahkan anak yang soleh..Aamiin..

      Padam
  9. amiin ya rabbal alamiin :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin..
      thanks
      pasti akan tiba kunjungan ku nanti ^_^

      Padam
  10. Subhanallah ini lah yang dinamakan "buah tidak jauh jatuh dari pohonnya" orang tua yang soleh, anak juga jadi soleh"

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, Agus terlalu tinggi pujiannya.

      saya anggap kata2 itu sebagai doa.. Aamiin

      Terima kasih Agus Suparwanta ^_^

      Padam
  11. bagus asyraf...semoga menjadi anak yg soleh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiinn..

      Terima kasih Zurina ^_^

      Padam
  12. alhamdulillahhh asyrafff
    dah teringat pula akk nie pada imam muda asyraf ! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      hehehe... Asyraf pun memang bercita-cita nak jadi imam muda ^_^

      Padam
  13. alhamdulillah..moga2 nanti asyraf boleh berpuasa penuh..sejuk hati tgok asyraf solat tu..semoga menjadi anak yg soleh k..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      tapi hari ni dia tak puasa sebab demam.
      saya pun rasa terharu sangat,
      Aamiin..
      terima kasih atas doanya fazitaismail ^_^

      Padam
  14. ibunya bijak sana. anaknya lugu, cuma pengen bahasa cina... hehehe. semoga besok lebih tahan lagi puasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Darient ^_^
      Asyraf belajar di sekolah jenis kebangsaan cina, sebab tu dia mohon supaya faham bahasa cina.. hihihi
      Ya, moga besok lebih tahan puasanya.. Aamiin..

      Padam
  15. Semoga saja sgala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dibulan yang penuh rahmat ini..amiennn,salam ukhuwah dari INDONESIA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...
      Terima kasih Icah Banjarmasin, salam ukhuwah dari Malaysia buat kamu juga ^_^

      Padam
  16. bagusnye die ^^ seronok akak dpt anak cmni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih nn lylyn..
      akak memang seronok sangat ^_^

      Padam
  17. wah, anak baik adek Asyraf ..
    pasti kk Nita bangga :D
    aku gak pandai bahasa China ..
    "Asyraf, kalo nak belajar bahasa Korea abang bisa sikit .. hhe"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..Asyraf memang kebanggaan akak.
      Wah bagusnya EY pandai bahasa korea ^_^
      "Asyraf kata, besar sikit nanti dia nak belajar bahasa Korea, nanti siap sedia ya EY, ajarkan Asyraf bahasa Korea..hihi.." :P

      Padam
  18. yang penting tujuan kita cuma nak ajar diajerkan..so kalau tak betoi sana sini kita betoikan.. yang paling penting faham kenapa kita berpuasa... semoga Asyraf jadi anak yang pintar dan disayangi Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Cho Zila, yang penting tujuan berpuasa itu sendiri..
      Aamiin... semoga Asyraf jadi pintar dan disayangi Allah..
      terima kasih Cho Zila ^_^

      Padam
  19. allhamdulillah baik sekali anaknya, semoga jadi anak yang sholeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      Aamiin..terima kasih atas doanya, Mbak Iis ^_^

      Padam
  20. bagusnya..kecik2 lagi dah pandai puasa dan solat

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..
      baru belajar Liza, banyak yang perlu diperbaiki ^_^

      Padam
  21. alhamdulillah...
    abg acap pose penuh tau t mcik eny kasi duit raye ye.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat sapalah tadi..
      Alhamdulillah..
      mcik eny kalo nak bagi mama dia pun ok gak.. hahaha

      Padam

cayalah sapa yang komen :)