Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 2 Ogos 2012

Sukaneka Tadika JoyKid

السلام عليكم
  
Sukaneka, sebelum Ramadhan pasti banyak sekolah adakan sukan tak terkecuali sekolah Intan, Asyraf dan Aishah. 

Tiga hari berturut-turut ada sukan, mulanya hari Jumaat 13hb Julai, hari sukan di sekolah Asyraf tapi tak ada jemputan sebab hanya pelajar yang terbabit sahaja yang hadir. Asyraf tak terlibat sebab cikgu tak benarkan, bimbang ia akan menganggu kesihatannya. Takpelah Asyraf mungkin ada aktiviti lain yang Asyraf boleh join next time. 

Kemudian hari Sabtu 14th Julai, sukan di sekolah Intan, last Year Intan dapat pingat emas acara larian, yang bestnya Asyraf dan Aishah join juga, acara kanak2 lumba lari bawa bola pingpong dalam sudu, mereka menang Aishah dapat no 1 Asyraf runner-up. Well, this year sebab Intan tak bagitahu awal2 so this year kami tak boleh join, cuma Intan jer yang pergi sekolah haritu, aku kerja Asyraf pula tuisyen, kesian Asyraf beria-ia dia nak ikut. And this year Intan dapat pingat perak je, mungkin tak ada orang nak bagi sorakan kot. Takpelah next year kan ada lagi..InsyaAllah.

Dan Hari Ahad 15th Julai, sukan di sekolah Aishah. Intan pula tak dapat hadir sebab kami tak ada kereta pergi padang sukan tu pun naik motor 4 beranak. Last two years Asyraf 5 tahun, dia ada ambil bahagian dalam acara sukan ni tapi gambar dan vid dah takde rugilah tak dapat buat kenangan. Memang aktif kalau tengok dia bersukan. Tapi kami datang lewat, tapi this year kami datang awal dan Aishah dapat warm-up dulu sebelum acara sukan. Memang seronok tengok kanak2 bersukan, tengok ibubapa bagi sokongan kat anak2pun best juga macam2 gelagat diorang.


Jom layan gambar.....

Ambil gambar, adik takde kasut sukan. tak sempat beli terpaksa pakai kasut sekolah abang.

Dulu Asyraf adalah murid paling lewat sekali datang semua orang habis menyanyi baru Asyraf datang tapi sukan kali ni Aishah datang awal sikit dan masih ramai murid belum datang. Hehe satu kemajuan...
  
 huru-hara kanak-kanak ni berkawad tadi still nampak cute je diorang tu..

 
Adik dengan rakan kelasnya

  Upacara dimulakan dengan nyanyikan lagu Negaraku serta JoyKid School Song

  
Ucapan dari Pengetua.. Teacher Zana
 
 Warm-up dulu... ikut Pakcik Polis buat apa..

Pengetua pun sama lincah dengan anak-anak, dan ibubapa juga diajak join tapi sikit jer yang ikut yg lain sibuk jadi cameraman...

menuju ke khemah semula dan tunggu giliran untuk beraksi
Teacher Aisha sedang beri penerangan kat murid 3 tahun...


 Cute... pandai!...pas kat member untuk teruskan perlumbaan...


lumba bawa bola guna gelung..kemudian sepak masuk dalam bakul (murid 4 thn agaknye..hihihi)



 Bantu.. murid 6 thn tolong pegang gelung untuk murid thn berapa pun tak pasti pasal saiz comel sangat..


Pecah jangan tak pecah...

 kanak-kanak lelaki ni sebenarnya tak suka nak pakai dress demi sukan dipakai juga...hehe

Aishah menunggu giliran..

pantas... ni tak tahu umur berapa ni

Apalah yang diorang ni bincangkan..

Seronok Aishah bila nampak baba dia..

Si Aishah bersedia untuk beraksi..
pada mulanya macam nak menang sebab Aishah mendahului yang lain, tapi....


Sayang video tak boleh nak upload so, tak dapat saksikan aksi mereka. Actually  ada banyak pic yang aku ambil tapi tak  letaklah dalam blog pasal yang dah ada ni pun kira banyaklahkan. Pic Aishah ambil hadiah pun tak sempat ambil sebab camera bateri low. Salah aku pasal 5 minit sebelum bertolak baru nak charge bateri. 

Dalam sukan ni pula, bak kata Vince juara AF1 "tiada pengalah semuanya  pemenang." So Congrats Kids!

20 ulasan:

  1. Salam.. Tadika joy kid ni rasanya anak ofismate saya pun sekolah kat sini. Kekeke. Yang buat saya rasa kenal tu sebab nama Teacher Zana tu. Heheh. Dgr cerita dia garang, tapi bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.. Oh yeke, anak ofismate awak umur berapa tahun erk? Kire popular la kan Teacher Zana ni....hehehe.. memang garang Teacher Zana ni, tapi dia baik hati. Teacher Zana cakap, dia garang sebab nak bagi anak murid dia pandai. So far memang puas hatilah saya dengan pencapaian anak saya.

      Padam
    2. wah seru sekali ya acaranya, lhat anak-anak ceria aja udah senang sekali...

      Padam
    3. Benar tu Mbak Iis...
      mereka begitu senang sekali ^_^

      Padam
  2. tu pic kanak-kanak lelaki pakai dress, hehe seronok sekali..
    congrats ya, semuanya kan pemenang. sayangnya tak ada pic ambil hadiah ya.. kerana trouble non teknis di kamera hehe.. ada sikit penyesalan pasti ya Nita..hehe
    Okaylah, saya bisa merasakan kebahagiaan aishah, asyraf dan intan tentu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gelagat mereka sangat lucu...
      ye lah, salah teknik gitu lo..memang ada sikit penyesalan di situ..hehe
      sudah pasti mereka semua seronok sakali.. ^_^
      terima kasih zach :)

      Padam
  3. Asyraf lawar(handsome) cek nita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, si asyraf tersenyum mendengarnya ^_^

      Padam
  4. bestnyer suka tengok budak2 kalau der sport gini...
    meriah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best, saya pun suka tambahan bila anak kita terlibat.. memang teruja sangat ^_^

      Padam
  5. bestnya aktiviti camni... seronokkan.. kita ibu2 ni pun bg sorakan jugak.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best..ha'ah seronok sangat, tapi sebenarnya ibu2 yang over masa tu..hihihi

      Padam
  6. waaa..meriahnya xtvt....sonok tgk anak2 aktif camni kan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah jugaklah Ana, hehehe memang seronok sangat tengok anak2 aktif bersukan ^_^

      Padam
  7. 4 yrs old?. It seems to me the same school as my son had now. My son, Abbie Muhammad Furqan, now have passed the first grade, Play Group, at Al Azhar Islamic School in Pontianak. He was now at the second grade.

    I like those photos very much indeed. Good capturing and must be a good photographer as well.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually my daughter was 5 years old now.
      Al Azhar Islamic School.. wow..your son's school must be a good school, right. Anyway how old is Abbie now?

      Thanks Asep, seems like I must change my profession lah hehehe :p

      Padam
  8. Balasan
    1. iyah, lucu2 semuanya... Hzndi ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)