Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 30 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidifitri 2012

Assalamualaikum, selamat hari raya.

Hari ni saya nak cerita pasal raya pula.
Acaf & Ecah bersama sepupu mereka...

Pastinya kanak-kanak lah yang paling seronok sekali pada hari raya. Selain dari balik kampung mereka akan berjumpa dengan sepupu mereka serta yang paling mereka suka Duit Raya lah.

Ingatkan tahun ni tak dapat balik kampung, tapi saat akhir kami balik juga sebab ada orang nak meminang adik saya. So Abah berharap kami balik. Memang lah tak jauh sangat kampung tu 2 jam perjalanan jer tapi ada masalah sikit tapi kami berjaya juga atasi. Tahun ni semua pun balik hanya 2 orang adik kami tak dapat balik sebab masing2 dalam pantang. Bulan Ramadhan hari tu kami dapat 2 orang baby, seorang  lahir kat Kuantan dan seorang lagi lahir kat Ipoh.

Intan dengan keluarga Along..
Kat Mentakab, rumah abah saya kecil jer jadi sapa sampai lambat alamatnya kena sewa resort lah. Along dan saya sewa resort yang tak jauh sangat dari rumah abah. Bukit Bendera Resort, memang dalam kawasan pun, jalan kaki tak sampai 10 minit jer dari rumah abah.  Rumah abah kami kat Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang bukan Penang taw.




Kolam renang tempat favorite budak2.. tu mak budak tu
terpaksa jer masuk kolam... tihihihi
 




Setiap kali balik kampung memang kolam renang ni lah jadi tumpuan, pernah sekali pak guard tanya kami no bilik sebab cam tak caya jer kami sewa bilik. Yelah bilik yang di sewa cuma satu, tapi mandi kolam punyalah ramai, cam kolam tu kitorang punya lak.









punyalah lama tak balik kampung hah amik ko, dalam kawasan rumah abah jer ni ha.. takyah susah2 cari bas turun pekan, jalan kaki jer kalau nak shopping or tengok wayang..




Kalau tak swimming main games tulah kerja mereka pakcik2 diorang pun sama naik.








Berbalik pada cerita hari raya.

Biasalah, sebelum solat raya, kami semua bermaaf-maafan. Lepas solat raya, kami duduk berkumpul dan buat rancangan nak kemana. Pastinya kami akan ke kampung nenek saya kat Kerdau. Sebelum tu kami ramai-ramai ziarah pusara ibunda kami. Suasana di sana sedih sikit sebab teringat kat Mak sebab tak dapat beraya lagi dengannya. Semoga roh mak dicucuri rahmat. (Al-fatihah)

Pusara mak dekat ngan pusara atok kami (ayah mak) dekat ngan surau pula pusara arwah nenek ngan atok belah abah.

ada sikit rasa sangsi ngan tulisan di atas...
Raya pertama tak ramai yang datang ziarah pusara saudara masing2 atau mungkin kami yang datang lewat. Tapi raya kedua ramai sebab mereka masing2 adakan tahlil di pusara sanak saudara masing2.
ruang dapur nenek  dipenuhi oleh keluarga kami jer.... 

Abah saya siap pesan lagi, kalau dia pergi menghadap Ilahi dia nak dikebumikan di sebelah arwah mak dia. Tapi sayang sebelah pusara nenek dah ada orang. Kalau dulu kami tak boleh terima pesanan ni tapi kali ni boleh sebab apabila kita dewasa kita pasti tahu setiap yang hidup pasti mati cuma kita sahaja yang tak tahu bila saat tu kan tiba.


Oklah jom kita beraya pulak. Rumah pertama kami ziarah ialah rumah nenek kami. Ini rumah tempat saya dilahirkan. 

Rumah nenek belah mak dengan rumah nenek belah abah tak jauh, memandangkan sekarang hanya ada nenek belah mak jer, so kami singgah kat rumah nenek belah mak. Nenek saya ni kami panggil wo. Wo ni dah tak beberapa sihat, penglihatannya dah kabur pendengarannya pun tak jelas. Walaupun dah salam dan peluk dia, dia still tanya kat orang ,"Ita tak datang ker?" hehehe... so saya pun salam dia sekali lagi. Saya rasa gembira sangat sebab wo masih ingat nama saya lagi.



Ini pulak rumah arwah nenek belah abah, masa kecik2 dulu saya selalu habiskan cuti sekolah kat sini. 

Dulu depan rumah ni ada pokok rambutan tapi sekarang bertukar jadi rumah bini no.1 Pak Mat (adik abah) kat belakang rumah sepatutnya ada kebun. Ingat masa kecik, mak suruh ambil pucuk ubi buat masak lemak.. sedap! tapi sekarang kebun tu bertukar jadi bengkel kek Mak Jah bini no.2 Pak Mat... hehehe. 



Tengah seronok tengok perubahan, ada gak yang buat lawak.. ade ke patut, pokok durian yang sedang berbunga tu my hubby dan adik saya cakap buah anggur. Orang bandar pun tak ngaku kaum. Dah tentu pokok anggur jenis menjalar dan hidup kat tempat sejuk. Pak Mat menyampuk.."Itu Dunyen nak berbungo tu.." dan kami pun.."Oooo.. Oh kome Derian doh berbunge mari kite pinang anak dare.. " Oh ye, bukan turn kami nak pinang anak dara dah, kali ni ada rombongan nak meminang anak dara abah raya kedua nanti.

wah.. teringat masa kecik2 bagi ayam makan.
Masa sekolah rendah, saya tak rapat dengan nenek ni, dia nampak cam garang dan nenek ni suka kat Along jer, tapi walaupun saya tak suka Along masa kecik dulu tapi mana jer Along pergi saya nak jugak ikut. Dulu masa kecik jeles ngan Along pasal nenek cam sayang Along jer tapi bila nenek jatuh sakit dan saya banyak habiskan masa dengan nenek baru saya tahu sebenarnya nenek pun sayang saya jugak. Sebelum nenek pergi, nenek sempat cakap kat saya "Sayang nak tinggalkan Ita" sampai sekarang saya ingat lagi. Sama macam mak nenek pergi menghadap Ilahi pada bulan Ramadhan. Moga roh nenek dicucuri rahmat.. Al-Fatihah...


Dah petang kami pun pulang.

Ramai sangat terpaksa berhimpit...hehehe

Along berhenti bancuh susu anak dia, hehehe bapa contoh. 

Terasa lapor, walaupun dah makan lemang dan kueh raya. Perut tak puas kalau tak makan nasi. Jenuh keliling bandar Temerloh. Dah tentunya raya mana ada kedai makan buka. So Along decite kita semua makan fast food jer.


Raya tahun ni berbeza sikit, pasal kat rumah kami tak sempat raya rendang habis, so kami makan KFC jer. Family Feast gitu.. *_^





inilah Along dan isterinya.. KFC ni Along yang belanja...time kasih along ^_^

Apalah yang ditenung dek abah tu ha... cam sedih jer...
Walaupun hampir semua hadir tapi Abah tetap tak puas hati sebab masih ada dua lagi anak dia tak balik, Abah ajak kami pergi Kuantan melawat Linda yang sedang berpantang tu dan nak juga tengok baby girl, kemudian dia nak lawat Suzi yang juga sedang berpantang dan nak tengok baby boy dia. Tapi rancangan tu tak menjadi sebab abah rasa tak sihat. Dan kami dapat tahu Linda on the way balik raya rumah mertua dia. Abah hanya berbual melalui talipon jer untuk bertanya khabar mereka berdua. Berbeza ngan Linda, Suzi memang berharap abah datang tapi nak buat camner abah tak sihat, jadi saya dan Eyda wakilkan diri datang ziarah rumah Suzi kat Perak. Dari KL tak jauh sangat. Sayang handphone hilang so tak dapat nak upload gambar baby boy. Yang penting itulah raya, selain dari menyambut hari kemenangan buat umat Islam yang selesai mengerjakan ibadah puasa. Syawal juga adalah hari keluarga, hari kita bermaaf-maafan, hari kita jalinkan silaturrahim sesama Islam, hari kita ziarah-menziarahi. Memang sepatutnya kita lakukan tu bukan hanya pada bulan Syawal tapi pada bulan Syawal kita tak akan rasa kekok. Dan paling penting Pakcik dan Makcik janganlah lupa duit raya buat anak2 buah...hehehe..

Perkenalkan keluarga besar saya dan masih ada 5 orang adik2 saya takde dalam gambar ni.

Perkenalkan keluarga mertua saya. Dalam pic ada 2 buah keluarga actually..

Rasa sedih gak la bila cousin hubby tag pic ni kat fb..huhuhu.. Gambar me & hubby takde sebab 1st raya kat Pahang. Memang this year ahli keluarga side hubby semua berkumpul kat rumah Maklang di Ampang hanya kami jer yang takde. Harap next year dapat berkumpul. Paling best depa raya kat Kedah petang tu jugak depa gerak. Kat Kedah permandangan kampung lagi best, diorang siap bergambar kat tepi bendang lagi, memang cantik... tapi takpelah.. ada rezeki kami raya kat sana pulak.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

48 ulasan:

  1. Meriahnyaa.. yg best budak2 tuh leh mandi kolam lagik.. :)

    Tak per tahun depan leh raya sama2 ngan mertua plak kan..Insyallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah yang mereka suka sangat tu :p

      InsyaAllah, tahun depan raya ngan mertua pulak ^_^

      Padam
  2. seronok lak baca kisah raya akak..best kan dapat kumpul ramai2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. terima kasih

      memang best, macam2 kerenah dan cerita boleh kita share ^_^

      Padam
  3. BYK GBR..RAYE TAHUN NI KAMI KURANG GBR..HEHE

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah sebab banyak cameraman tak bertauliah ambil gambar...takpe ada masa lagi rayakan sebulan ^_^

      Padam
  4. Mohon maaf lahir batin ya ka ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dimaafkan, walaupun Fauzi tak salah apa2
      akak pun sama nak mohon maaf lahir dan batin ;)

      Selamat hari raya ya Fauzi ^_^

      Padam
  5. Selamat hari raya...maaf zahir n batin...panjang cerita nita pasal raya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Kak fatmasha.. maaf zahir dan batin..
      ha'ah panjang benor ceritanya ntah ada kena mengena ngan tajuk pun tak pasti, excited sangat kot..hahaha

      selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 55 juga ye kak ^_^


      Padam
  6. menyaksikan pict rumah panggung dan pict ayam di atas, mengingatkan saya kepada kartunis Malaysia: LAT (apa kabarnya Mr. Lat sekarang?)

    Kenangan Aidil Fitri di atas memang layak diabadikan dalam photo, karena pasti telah abadi di hati. Ikut merasakan bahgianya.

    Asyraf sekarang routin menggunakan glasses ya? regard untuk Asyraf.
    Mohon maaf lahir batin untuk semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah dan reban ayam, memang imej kampung. ha'ah macam rumah dalam watak kampung boy hehehe.. baru perasan. Mengenai Mr Lat, saya tak pasti tapi kartun kampung boy masih ditayangkan di tv dan menjadi salah satu kartun kegemaran aisyah dan asyraf.

      Betul tu zachflazz.. rasanya ini kali pertama kami ambil gambar ramai-ramai tapi still ada yang tertinggal. Terima kasih ^_^

      Terpaksa pakai glasses takut rabunnya tinggi lagi, tapi kadang-kdang dia tak pakai juga.
      sayapun nak ucapkan pada zach dan keluarga selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.. :)

      Padam
  7. Seronok hari raya sama keluarga besar... Saya dan keluarga mengucapakan selamat hari raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir batin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, Samsul ^_^

      terima kasih, saya dan keluarga juga nak ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan batin..

      Padam
  8. slmt hari raya pada nita,tak sangka kat sana pun ada bukit bendera,..ingatkan penang ja ada..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya Angah, jangan tak sangka hehehe :p

      Padam
  9. waha, padat sekali acaranya ya kak Nita.. kalau bahasa malaysianya, pasti seronok.. hihihi

    selamat hari raya Kak Nita.. Aku mohon maaf lahir dan Batin :D :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe memang padat..sangat seronok ^_^

      selamat hari raya EY.. dimaafkan hehe..
      k.nita juga mohon maaf zahir dan batin :D

      Padam
  10. selamat hari raya untuk nita sekeluarga.. seronoknya ada keluarga besar camni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya buat ema sekeluarga juga.... memang seronok ema nak pulak hari raya macam2 kerenah dan cerita dapat dikongsi ^_^

      Padam
  11. salam kenal mbak...hehe
    nice moment yah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal juga buat Stefany..
      indeed ^_^

      Padam
  12. Umah nenek tu masih lagi dalam keadaan asal. Dah takde org ke tinggal kat situ?

    Maju ah mentakab skrg. Siap boleh gi tgk wayang jalan kaki je dr umah abah nita. Pastu siap ada resort Bukit Bendera yang saya sangkakan letaknya di penang.

    Meriahnya ramai2 makan KFC. Lagi meriah bila along yg belanja. Woohoo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah renovate bahagian dapur.. ada, isteri kedua Pak Mat tinggal kat situ sekarang.

      Boleh la ada kemajuan sikit. jangan salah sangka hehehe Bukit Bendera memang kat Penang kat Mentakab ni Taman Bukit Bendera tapi memang perumahan ni terletak atas bukit..

      Memang syok ooo family feast hehehe :p

      Padam
  13. salam dikk
    suasana kampung macam nie lah selalu kita dambakan kan ..
    tenang dan rumah2 nie semua menjadi igauan kita ke kampung halaman
    memang rinduu ..
    rumah atuk akk dah diubahsuai .. cuma bahagian dapur sahaja kayu ..

    besar juga family nita rupenya ..
    kalau ada semua adik beradik harusss x muat masuk rumah nenek kan
    susana di perkuburan lahh paling sayu ..
    doakan buat insan2 tersayang tu dik

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam kak.
      kalau nak sambut raya memang suasana di kampunglah paling best, memang selalu rindukan suasana tu kalau balik KL
      terbalik pula dengan rumah nenek saya bahagian dapur yang diorang ubahsuai hehehe

      besar kak..
      ha'ah campur ngan cucu cicit memang kena berhimpit
      betul tu kak suasana di perkuburan memang terasa sayu..
      InsyaAllah akan sentiasa doakan mereka..Aamiin..
      Terima kasih K.Ieda ^_^

      Padam
  14. selamat hari raya Aidil Fitri, mohon maaf zlahir batin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Aidil fitri, maaf zahir dan batin buat Al Kindi juga ^_^

      Padam
  15. kunjungan pertama ke kak nita di malaysia, selamat hari raya Aidil Fitri.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kunjungannya, Kirana

      Selamat Hari Raya Aidil Fitri juga buat kamu ^_^

      Padam
  16. Wah, menyenangkan sekali ya berkumpul dengan keluarga.
    Mohon maaf, lahir dan batin, ya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang menyenangkan kalau sesekali berkumpul dengan keluarga :)
      begitu juga saya mohon maaf zahir batin.. selamat hari raya Akhmad Muhaimin Azzet ^_^

      Padam
  17. suka tengok gambarni semua...
    meriah. akak suka keluarga ramai dan meriah gini..
    seronok dapat rasa suasana kelam kabut gitu...
    sesuatu kenikmatan kalau bersama dengan keluarga..
    mula ingatkan pulau pinang tadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..
      tapi gambar family k.zila lagi grand.. kagum saya dibuatnya.
      memang betul tu kak ianya sesuatu kenikmatan kalau bersama keluarga..
      Ha'ah ramai konfius.. Along saya menetap di Pulau Pinang hehehe :P

      selamat hari raya Cho Zila ^_^

      Padam
  18. waa..sonoknya bkumpui reramai kan...
    meriah jek tgk...apapun ana nk ucapkn selamat hari
    raya yer..maaf zahir batin;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sronok sangat..
      hehehe terima kasih
      nitapun nak ucapkan selamat hari raya kat ana
      maaf zahir batin juga ^_^

      Padam
  19. yaha... salam buat adek" sama bapak ya kak Nit .. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah nanti akak sampaikan.. ^_^

      Padam
  20. wahh meriahnyeee suasana raya family nita :)
    best kan bila dapat berkumpul dgn semua family..
    selamat hari raya maaf zahir batin ye buat nita family :)

    ehh sy tak peknen taw..itu cuma helah gambar semata-mata je hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. meriah dan best sesangat.. :)
      terima kasih mimie..
      selamat hari raya maaf zahir batin buat mimie sekeluaga juga :)

      hehehe.. oh ye ker, tak lama lagi kot ^_^

      Padam
  21. meriahnya.. seronok tgk org yg family besar camni :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. meriah jugalah,
      memang seronok Ina kalau sesekali berkumpul ^_^

      Padam
  22. Your mode of telling everything in this piece of writing is actually fastidious,
    all can easily understand it, Thanks a lot.
    My blog post an easy way to make money

    BalasPadam
  23. Awesome article.
    Also visit my site online usa casino

    BalasPadam
  24. Hi there! This post couldn't be written any better! Reading through this post reminds me of my previous room mate! He always kept chatting about this. I will forward this write-up to him. Fairly certain he will have a good read. Thanks for sharing!
    My web-site ; easy affiliate programs

    BalasPadam
  25. I like it when people get together and share thoughts.
    Great blog, keep it up!
    My blog usa Casino online

    BalasPadam
  26. Hello, its good piece of writing regarding media print, we all
    understand media is a fantastic source of
    information.
    Here is my website : real money online slots

    BalasPadam
  27. constantly i used to read smaller articles or reviews that as well clear their motive, and that is also happening with this post
    which I am reading at this time.
    my site - slots online for real money

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)