Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 14 September 2012

5 Perkara Bawa Wanita Ke Syurga

Assalamualaikum w.b.t

Tiada idea nak buat entry lagi..cuma hari ni, disebabkan saya tertarik dengan satu artikel, so saya copy paste dalam blog ini untuk panduan saya serta muslimah sekalian....( ^_^)

 
Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
  • Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami.
  • Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. 
  • Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. 
  • Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. 
  • Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam


credit to Islam Itu Indah

thanks for reading this entry ^_^

28 ulasan:

  1. thanks 4 sharing...sgt berguna tuk semua kan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. u r welcome dear..InsyaAllah, semoga ia sangat berguna untuk kita semua ^_^

      Padam
  2. tentang shalat malam Nit. apakah memang sunnahnya kita lakukan secara berjamaah, bukan munfarid?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tentang solat malam ini, ia boleh dilakukan secara berjemaah dan juga munfarid.
      maaf ye zach, saya juga sedang belajar jadi cuba kamu ke link ini mungkin ia dapat membantu..

      http://paismpn4skh.wordpress.com/2010/01/02/shalat-sunah-berjamaah-dan-munfarid/

      Padam
    2. @zachflazz : Wah dalam juga pemahaman kedua tokoh blogger Nita dan Zachflazz ini ya. Saya jadi melongo aja, dan menimba sebanyak mungkin pengalaman kalian berdua tentang Islam. Sholat Tahadjud memang sangat mengesankan, damai dan tenang. Saya sering melakukannya sendirian

      Padam
    3. sekadar berkongsi info aje Asep, masih belajar.. dengan adanya komen sebegini secara tak langsung kita boleh bertukar-tukar pendapat dan menambah ilmu kan...
      tentang solat tahjud, bagus amalanmu asep.. moga kita termasuk dalam golongan orang yang banyak mengingati Allah..aamiin..

      Padam
  3. Assalamualaikum nita,

    Baik sangat info ni...mesti dijadikan amalan buat semua kaum hawa...Terima kasih ya nita kongsi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam k.ros,

      mari amalkan sama2 ye kak, sama2 k.ros ^_^

      Padam
  4. postingan yang sangat berguna..
    semoga kita bisa melaksanakan dan bisa menjadi penghuni surga...amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya mbak iis, semoga kita bisa melaksanakan dan bisa menjadi penghuni syurga.. aamiin..

      Padam
  5. Wanita yang selalu mengingat Allah tentu akan takut melakukan perbuatan yang tidak baik sehingga ia menjaga kehormatannya... bukankah begitu kak nita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Gusti, wanita yang selalu mengingati dan takut akan Allah akan sentiasa menjaga kehormatannya..

      Padam
  6. Balasan
    1. betul tu ika, artikel ni boleh dijadikan panduan buat kita bersama.. ^_^

      Padam
  7. semoga bisa jadi wanita penghuni syurga, amiin :)

    BalasPadam
  8. aku mau wanita seperti ini, carikan ya kak untuk aku jadikan istri. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm..nanti k.nita carikan.. hehehe... tapi lebih baik k.nita doakan aja agar Drieant dijodohkan dengan wanita solehah..aamiin..

      Padam
  9. aah memang bangga rasanya
    itulah nikmat menjadi wanita
    ada yg x tahuuu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu k.ieda..
      sebenarnya nak masuk syurga tu senang tapi...

      semoga kita semua dapat laksanakan 5 perkara tu dan mendapat redha Allah..Aamiin

      Padam
  10. betapa indahnya ya, Mbak
    semoga dengan demikian mendapatkan anugerah dari Allah dapat memasuki surga-Nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..
      terima kasih Akhmad Muhaimin Azzet atas doanya ^_^

      Padam
  11. Bila la nak rajin solat malam ni. Huhu... Thanks nita for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal..hehehe
      u r welcome ^_^

      Padam
  12. thanks sbb kongsi artikel ni..

    BalasPadam
  13. nice sharing.....Insyaallah nk lengkapkan 5 perkara tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks..saya pun sama, moga diperkenankan..aamiin..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)