Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Ahad, 30 September 2012

Bila Aishah Demam....(",)

Assalamualaikum w.b.t.

Khamis hari tu, aku ambil Emergency Leave sebab Aishah demam panas. Sejak petang Selasa, dia dah start demam, badan dia panas sangat. Dah bagi ubat still tak kebah. Malam tu dia menggigil kesejukan tapi badan dia tersangat panas nak tak nak terpaksa juga selimutkan dia dan balut badan dia dengan tuala basah. Doktor berpesan jangan selimutkan anak kalau badan anak panas takut nanti sawan. Sekejapnya tuala basah tu panas. Malam tu Aishah muntah sebab perut kosong, bagi makan dia tak lalu. Paksa juga dia minum milo tapi dia muntahkan jugak milo tu. Aishah anak yang baik dia seolah tahu jer mama dia ni risau.. masa aku peluk dia sambil basah2kan badan dia, dia suruh pandang atas, so bila aku pandang atas muka aku teralih dari muka dia dan dia cium pipi aku sambil cakap "Mama... adik sayang mama taw"  ala..sweetnya si Aishah ni. Lepas tu dia cakap "Adik demam macam ni, esok nak kena gi sekolah jugak ke mama"  erm..baru tadika dah start malas ke sekolah anak aku ni. Kalau dah demam memanglah tak boleh ke sekolah adik oi....

Actually, hari Rabu tu, sepatutnya Aishah tak boleh pergi sekolah tapi memandangkan hari tu ada sesi ambil gambar dan demamnya pula kebah bila diberi ubat so aku bawa juga dia ke sekolah. Start Petang Rabu ubat demam tu dah macam tak jalan jer. Risau dibuatnya kat rumah takde spare voren supp. selalunya kalau demam panas cam tu pakai voren supp jer, demam cepat kebah. So pagi Khamis tu kami pergi hospital terus.

Kat hospital doktor bagi fever suppository (ubat demam yang masuk punggung tu) kemudian doktor suruh ambil darah sebab Aishah dah 3 hari demam dan demam dia pula tinggi. Aishah baik, dia tak nangispun masa nurse ambil darah dia. Kebetulan ada budak lelaki lebih kurang umur Asyraf pun ambil darah pada mulanya budak tu nak nangis tapi sebab Aishah dia tak jadi nangis.. malu ooo gurgirl tak nangis boboy nak nangis pulakk hehehe


Keputusan darah Aishah, platelet count dia low so kena ambil darah lagi keesokannya.

So Friday aku kenalah gi kerja, nasib baik sebab aku ditugaskan untuk ke SSM, jadi aku ambil kesempatan singgah hospital dulu untuk ambil darah Aishah.

Jauh lagi giliran si Aishah... marah la konon.


Please ignore her nose...hihihi... mak tak perasan nak!!  (Aishah masih selsema dan batuk)

Nasib baik lah kite ni kadang2 ramah.. so berbuallah dengan orang sebelah dan kebetulan nak ambil darah juga. Katanya kalau tunggu no giliran alamat lambatlah.. sebab lepas ambil no. pastu ambil darah mesti ambil masa lama. Jadi aku ikut cara dia, aku bawa Aishah ambil darah sementara tunggu no giliran. so my hubby ditugaskan untuk tunggu no giliran. 

No giliran memang dah ada cuma nak tahu bilik mana kami nak ditempatkan.


Cool...!!  Tak sakit pun Ma..

Hari kedua ambil darah, Aishah tak nangis malah cam suka pula. Lepas ambil darah no giliran still tak dipanggil lagi. Bila dah dapat no bilik keputusan darah juga dah keluar so hanya nak tunggu giliran untuk jumpa doktor pula. 

Si Aishah ni kalau demam pun cam tak demam, aktif sangat ke hulu ke hilir tak suka duduk diam. Sampai baba  dia cakap elok demam panas budak ni baru duduk diam. choy... touch wood.. hehehe

Bila duduk, dia akan buat bunyi orang kat sebelah mesti bengang. Kat sebelah ada Aunty cina duduk, risau pulak Aishah kena marah.. "Aishah nanti Aunty tu marah"  Aunty tu pandang belakang then cakap "manyak cantek dia punye mate" sambil buat isyarat tangan nak bagitahu bulu mata Aishah lentik. Ceh..Aishah seperti biasa pantang kena puji terus duduk ala2 model gitew.. Aman dunia hahaha....

 
ni awek perasan cantek

ok last posing, nak balik dah..

Platelet count Aishah tinggi sikit berbanding semalam. Doktor pesan kalau hari Sabtu masih demam kami dinasihatkan untuk ambil darah lagi. Ingatkan tak nak ambil sebab Aishah dah aktif seperti biasa tapi pagi Sabtu tu badan Aishah panas lagi jadi kamipun pergi hospital lagi ambil darah. Dan resultnya platelet count Aishah dah normal. Menurut doktor kalau antibiotik dah habis dan still demam lagi, Aishah kena datang untuk buat X-tray pula.

Pagi ni tengok keadaan Aishah dah normal tak demam dah..Alhamdulillah..

thanks for reading this entry ^_^

30 ulasan:

  1. dah sembuh ya aishah.. jaga kesehatan ya, biar tak demam lagi... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..aishah dah sembuh..InsyaAllah akan selalu jaga kesihatan..
      Terima kasih Gusti (^_^)

      Padam
  2. alhamdulillah aisyah dah sembuh... susah hati kan bila ank xsihat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      betul tu ina, memang susah hati bila anak xsihat(^_^)

      Padam
  3. Kesian Aisyah, sekarang memang musim ramai budak2 sakit, Alhamdulillah Aisyah dah sihat...take care

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Aishah dah sihat..
      thanks Mak Wahdah (^_^)

      Padam
  4. aduhhh kesiann aisyahhh ..
    skrg nie tgh musim dikk
    ramai sgt budak2 yg demam dan batuk2 nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah kak, musim budak2 demam dan batuk.. sebab cuaca pun tak menentu sekarang ni. sekejap hujan sekejap panas..

      Padam
  5. saya hendak bertanya Nita, jika akan ambil darah, apakah harus menunggu 2-3 hari untuk mengetahui gangguan pada darahnya?

    tapi aishah sekarang sudah sihat bukan?
    syafakallaah, Allah melindungimu Nak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kalau setakat nak ambil darah untuk penyakit seperti demam denggi.. memang keputusannya cepat lagipun kami terus ambil rawatan di hospital besar jadi kemudahan itu ada, melainkan kalau penyakit kronik atau full blood test memang ambil masa sikit.

      Alhamdulillah sekarang ni Aishah dah sihat..
      terima kasih atas doanya uncle zack (^_^)

      Padam
  6. Saya yakin aisyahhh sekarang sudah sihat tentunya bukan? Sekarang cuaca sedang tidak menentu. It was really hard to find such a good weather right here in Pontanak

    Wishing you all success and rewarding year ahead. Go aisyahhh Go :))))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Aisyah sekarang sudah sihat.
      Betul tu cuaca disini juga sama.

      thanks for your wishes (^_^)

      Padam
  7. Demam pulak anak dara sorang ni. Tapi dalam demam2 tu pun masih boleh berposing dengan gembiranya. Optimistic Aisyah ni.
    Betul la.. bulu mata dia lentik.

    Nita, ubat buntut tu saya ada dengar org kata ada side efek. Tapi tak tau la betul ke tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah anak dara sorang ni memang suke benor bergambar, demam pun cam tak demam jadinya..
      sayapun baru perasan sebenarnya..ha'ah lentik jugaklah bulu mata dia hehehe..

      Ha'ah, doktor pun tak galakkan tapi sebab tinggi sangat demamnya so kena pakai jugaklah ubat buntut tu. Tentang side efek tu saya tak pasti pula...

      Padam
    2. assalamualaikum nita...cian nyer kena ambil darah yer...:)

      Padam
    3. waalaikumsalam k.maszull
      itulah kak, terpaksa sebab area Setapak ni memang banyak kes denggi..

      Padam
  8. Assalamualaikum nita,

    Kesiannya aisyahhh ..
    la ni memang tgh musim demam
    ramai sgt budak2 yg demam.semoga cepat sembuh sepenuhnya ya aisyah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam k.ros,

      betulah k.ros memang ramai budak2 demam sekarang ni....
      aamiin.. terima kasih atas doanya k.ros (^_^)

      Padam
  9. Mbak minta follow backnya ya

    BalasPadam
  10. alhamdulilah aishah dh sihat, risau kan klu anak-anak sakit demam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. aishah dah sihat..
      betul tu Azi memang tersangat risau kalau anak sakit demam ni.

      Padam
    2. benar sekali risau memang. I am not able to concentrate working in my office when my children are not in the good health. Senang rasanya jika naak anak sihat semuanya, dan I will be more than happy with that. May we are always in the best of health and Allah safekeeping. As for me here in Indonesi, I am doing just fine

      Padam
    3. betul tu Asep..seperti yang pernah dibualkan oleh kami para ibu..when mother sick she still able come to work but when her child sick, mother was not willing to come work. tak ada kerja pun takpe sebab anak lebih penting dari segalanya..

      u r a good father Asep.. ^_^

      Padam
  11. anak2 xsihat mmg ssh hati kan...hr ni qalief kena ambik drh lg juga....alhamdulilah aishah dh sihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu wanieys..harap keputusanya baik2 je..erm..Alhamdulillah aishah dah sihat ^_^

      Padam
  12. nangis tak aisyah ambil darah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak nangis pun malah tersengih bila nurse tu ambik darah dia.. berani betul lah dia..

      Padam

cayalah sapa yang komen :)