Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 21 September 2012

Macam-macam ragam kan ??

Assalamualaikum w.b.t

Untuk beberapa hari ni, saya memang tak beberapa sihat. Kepala selalu sakit dan pening. Berdiri lama sikit rasa cam terhuyung hayang cam orang mabuk jer sesekali rasa seram sejuk. Kurang selera makan, perut pula sebu rasa mual nak muntah, kaki pula selalu kejang. Ni dah serupa orang pregnant dah tapi tak kot!! perut saya dah sememangnya buncit hehehe ialah cakap jer tak selera makan tapi kalau rezeki depan mata apa lagi ngap jer... Al-kisah malam sebelum penyakit ni singgah si Aisyah buat lawak.. ade ker patut dia bercakap dengan perut saya. 

"Kakak sayang adik taw, mama bila adik nak keluar ni, Adik nak adiklah mama.. boleh main sama-sama, Abang jahat." - Aishah

"Abang taknak adik, adik nakal abang nak adik lelaki jer boleh main bola sama-sama"- Asyraf

"Korang ni kalau tak gaduh tak boleh ker, Abang kena sayang adik, adikkan adik abang, Adik nanti kalau mama ada adik baru nanti, mama sayang adik baru jer nanti adik tak sedih ker"- Mama

Aishah diam, Aishah memang kuat cemburu, kalau saya peluk Asyraf dia mesti merajuk cakap tak sayang dia. Sebenarnya kalau diikutkan sekarang ni saya jarang peluk Asyraf sebab makin dia membesar kami macam tak rapat sangat. Aishah akan sentiasa peluk dan cium saya sebab dia memang manja. Susahkan nak bahagi kasih walaupun kita berlaku adil tapi pandangan anak seakan-akan kita ni tak adil. Anyway anak2 mama sayang, kamu semua memang Si Jantung Hati Mama. Tak tahu nak gambarkan kasih sayang tu.

Ok berbalik pada penyakit tadi. Sebenarnyakan walaupun saya kata tak tapi saya memang nak hehehe..sekarang dok blogwalking ade jer citer pasal pregnant, pasal babylah erm... owh sungguh aku rindu saat tu. Seronok dengar kawan2 cerita tentang pregnant dan juga baby ni. Memang mengujakan. You all nak tahu, saya ni kalau ada sesuatu berlaku, selalunya saya akan merancang dan membayangkan lepas ni apa jadi kalau cam ni, camner saya nak buat. Agaknya tulah penyebab kenapa saya sakit kepala dan paling best sekali apa yang saya rancang selalu tak menjadi. Disebabkan memang dah lewat datang bulan hehehe.. saya pun buat UPT. Tak buat lagi, baru jer pegang UPT kit tu saya dah fikir camner nanti nak bagi tahu boss, kalau saya cuti bersalin sapa nak cover kerja saya, nanti anak sapa nak jaga, tadika nanti nak hantar kat mana? giler jauhkan..pandangan saya. Jeng jeng jeng..bila buat test dan resultnya....NEGATIVE erm... musnah harapan... kecewa dan lega... itulah yang saya rasa. Tapi saya memang jenis tak puas hati... seminggu lepas tu saya buat lagi erm..confirm takde... so sabtu ni nak joginglah..hahaha..

Allah takan beri sesuatu kalau kita memang tak bersedia menerimanya. Betul, saya belum bersedia menerima anugerah itu sebenarnya. Dan saya demanding sangat.. belum apa2 dah berangan nak anak kembar bukan tu saja kalau boleh biar kembar seorang lelaki seorang perempuan... hehehe adilkan dua2 dapat adik yang diidamkan... cam special sangat diri ini.. tapi tak salahkan kalau berangan...

ok stop the nonsense, sekarang nak cerita tentang apa jadi dengan saya hari ni. Saya ditugaskan untuk ke LHDN dan SSM. Nasib saya baik sebab ada dua teksi sedang menunggu. Pergi ke teksi pertama.

"Nak gi mana dik?" - taxi driver  
"LHDN Wangsa Maju" - me
"Saya tak main dekat2 ni" - taxi driver

Terus je saya pusing konon nak naik teksi no 2 tapi dah ada orang cop. Dalam hati saya "Wah! sikit punya ek abang teksi tu. tak main dekat2.. walaupun dekat tapi caj tu mahunya sampai 5-6 hengget tu.. dia takmo" takpelah saya dah dapat teksi no 3 dan terus ke LHDN, caj RM5.50. Bagi sesetengah orang mungkin jumlah tu sikit agaknya. Takpelah sebenarnya bukan rezeki diapun.

On the way ke SSM, saya naik LRT, nasib saya baik walaupun ramai orang tika tu tapi saya dapat seat dan bukan seat khas. Saya memang selalu elak dari duduk kat seat khas tu sebab dikhaskan untuk OKU, Warga Tua, Wanita Hamil, Ibu yang dukung anak. Sampai satu tempat ada orang pregnant duduk kat sebelah saya.. cute jer saya tengok. Saje jerkan nak bagi jelez, dulu saya pregnant tak camtu. Orang tak prasan saya pregnant tahu2 dah berpantang.. "Eh bila ngandung ni..?" boleh diorang tanya soalan walhal hari2 jumpa. Bayangkan kandungan saya 9 bulan berat saya 48Kg. itu dulu sekarang ni tak pregnant dan itulah dia berat saya sekarang hehehe..ok2 Sabtu ni gi joging... Dan singgah satu tempat lagi muncul lagi pregnant lady.. orang yg duduk kat tempat khas tu cam tak nampak je mak buyung tukan.. Walaupun saya sakit kepala dan cam early pregnant ni offer diri untuk berdiri dan bagi seat saya kat pregnant lady ni dan mata saya tertumpu pada sorang lelaki yang sebelah prenant lady tu..huh! takde perasaan langsungkan.. kot lah nak offer seat dia. Sungguh dunia sudah kekurangan lelaki budiman. Sampai Masjid jamek baru saya dapat duduk semula.

pic pinjam google... walaupun dah ada tertera zon keutamaan ada juga yang buat2 tak faham kan..


Sampai kat SSM, saya pun beratur untuk dapatkan no giliran. Sampai turn saya..

"Annual Return" - me
"Berapa dik?" - kakak jaga no.
"Satu jer"- me

Elok jer lepas akak tu press no. selamba jer pemuda India ni ambil no. tu pastu cakap kat Akak tu nak lagi satu. No. tu ialah no.1201, dia bagi kat sorang Uncle tu ok, saya sabar ni, no.1202 dia amik dan terus belah tanpa rasa guilty..dan saya dapat no 1203. Dengan nada gurauan serta harapan supaya orang tu dengar saya cakap kat kakak tu "Jahatnye diorang tu kan kak, orang lain datang dulu selamba jer dia amik no tu." dengan rasa bersalah kakak tu tersengih...ialah bukan salah diakan... Sayapun duduk sambil belek document pastu ada sorang brader ni bagi saya no.1200 pastu no 1203 saya bagi kat dia sambil cakap terima kasih. Dia ambil sambil cakap ala..lagi 3 nombor je kot. Hehehe.. kesukaan betul saya sebab no. tu adalah lebih awal dari no.si biadap tadi kan.. Habis selesai tugasan saya, sayapun balik dengan hati yang berbunga. Happy semacam lak.

"Sesungguhnya Allah tu Maha Adil... sabar je k, pasti yang indah akan muncul tepat pada waktunya."

Itu cerita saya hari ni, jangan lupa bersenam. k.bye!


thanks for reading this entry ^_^

16 ulasan:

  1. mcm nak dpt adikje..hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm... test kedua tu semalam, takde harapan hihihi.. :p

      Padam
  2. wah kakaknya pintar bisa jaga adiknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. cuma angannya aja mbak iis ^_^

      Padam
  3. LRT di Kualalumpur, Commuter Line di Jakarta, problemnya hampir sama: minor lelaki budiman. hehe.. namun mungkin lelaki itu sedang tidak sihat, mungkin bukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. minor lelaki budiman.. hihi
      tak baik salah sangka kan zach, ok.. mungkin benar, lelaki itu kurang sihat masa tu :p

      Padam
    2. LHDN Wangsa Maju alamat Nitakah?

      Padam
    3. LHDN Wangsa Maju - Lembaga Hasil Dalam Negeri di Wangsa Maju.
      SSM pula ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia tapi di KL Sentral.
      dua-dua itu adalah pejabat kerajaan.

      *alamat saya juga di kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

      Padam
  4. alhamdulilllah.. rezeki.. last2 dpt no lg awal kan.. hihii

    nmpknya kne cpt2 bg adik la ni.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... tulah pasal, dapat juga no yg awal.. hihihi

      erm...nampak gayanya camtulah.. tapi belom rezeki, tapi dah dapat sepasang tu dah syukur sangat dah sebenarnya ^_^

      Padam
  5. Salam kenal....impian kita sama...nk dpt baby kembar...klau diizinkan tuhan,alhamdulillah mmg trus sujud syukur....:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal izzah..
      marilah sama2 berdoa semoga impian jadi nyata..Aamiin

      Padam
  6. nita samalah mcm sy,macam2 pk, macam2 angannya... tp selalu yang dibayangkan tak menjadi seperti yang diharapkan.. hi3

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... biasalah tu, kita berdoa sama2 moga tercapailah apa yang kita harapkan.. aamiin (^_^)

      Padam

cayalah sapa yang komen :)