Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Rabu, 5 September 2012

Pets pinjaman ..... (",)

Assalam...

Pets, pasti ramai yang memiliki binatang perliharaan. Aku, erm... tak. Pastinya taknak ada binatang peliharaan. Why?! sebab aku memang tak layak. Nak jaga binatang ni bukan senang, takut nanti menyiksa binatang tu sendiri. Kalau jaga adik, pastinya mereka boleh berinteraksi dengan kita at least kita boleh bertanya samada dia suka ker, selesa ke. Tapi kalau binatang ni, boleh ke kita tanya?? lainlah kalau kita ni cam Dr Dolittle kan. 

Tapi lain pula dengan anak2 aku. Especially Asyraf, dari umur setahun dia dah minat nak jaga binatang. Kalau bawa jalan2, asal jumpa je kucing mesti dia nak bawa balik. Suatu hari tu adalah seekor anak kucing dok kat tepi lif. Comel sangat tapi tak nampak pulak mak dia. Asyraf simpati ngan kucing tu so dia minta baba belikan susu untuk kucing tu. Lepas bagi kucing tu susu, Asyraf minta bawa balik rumah takut kucing tu kesejukan. Kami tak bagi alasan takut tuan atau mak kucing tu cari. Dalam lif Asyraf diam tapi mata dia berkaca. Sedih, kami pujuk juga. dalam masa 2 hari masih tak ada sesiapa datang ambil kucing tu disebabkan Asyraf nak sangat kucing tu jadi kami benarkan dia ambil tapi kucing tu dah diambil pak guard so dah terlambat kucing tu dah ada tuan. Mengamuk Asyraf pasal lambat sangat kami bagi kebenaran kat dia.

gambar kenangan waktu cici dan acap masih kecil..
Kat klinik kawan aku ada bercerita tentang Arnab yang dia jaga dah beranak. So dia bagi aku satu, pada mulanya aku menolak tapi akhirnya ambil juga sebab Asyraf nak sangat pets. Kami jaga macam biasa cuma arnab ni berbeza dari kucing. Kami tak boleh sentiasa lepaskan dia, sebab takut dia keluar rumah pastu paling aku tak suka ialah arnab ni suka berak. Rumah kami sentiasa bau busuk, almaklumlah masing2 malam baru balik. Bila arnab tu dah besar aku pulangkan balik kat tuannya sebab arnab tu tak ada pasangan dan aku takan ambil arnab lagi. So tuan dia ambil balik la, Asyraf sedih juga tapi nak buat camner terpaksa. Nama arnab tu cici. Last kami dapat tahu cici tu jantan rupanya hihihi... dan sekarang dah tak ada, menurut kawan aku cici dah mati dimakan anjing liar. Walaubagaimana pun cici pernah beri keceriaan buat kami, semoga cici aman disana.

Bila kami pindah rumah, kami suka breakfast kat kedai mamak, kat situ ada juga anak kucing comel yang tak bertuan, sekali lagi kami tak nak ambil tapi bila tengok kesungguhan Asyraf kami benarkan juga. Hari kami nak ambil anak kucing tu, mamak tu bagitahu kami kucing tu mati kena langgar dan sekali lagi Asyraf sedih.

Asyraf selalu cerita tentang sepupunya Irfan, ada bela iguana, anak musang, anak harimau bintang tapi sekejap jer kot sebab binatang tu dah mati. Last sekali Irfan bela kucing, tapi bukan calang2 harga kucing tu pun mencangkau ribuan jugak lah tu tak termasuk maintenance.. itu menurut Asyraf, takde le aku tanya umi irfan berapa harga Pets tu tapi kalau tengok memang mahal la sebab cantik sangat. 

Dikawasan rumah kami ada tinggal pelbagai bangsa, melayu, cina, india, dan lain2. Biasalah 1Malaysia la pulak. Aku jarang bergaul dan yang ramah dalam keluarga kami Intan dan anak2 aku. Adalah satu hari, exited sangat si ecah ni bercerita tentang kecomelan anak anjing jiran kami, siap tahu harga lagi RM2,000. Anak anjing tu baru je jiran cina aku beli. Tiba2 terkeluar dari mulut aku soalan, korang ada usap anak anjing tu tak. Si acap cakap ha'ah dia tak gigit pun. Wah...aku pun mendidih la, acap ngan ecah dah takut siap cakap makcik intan start dulu. Paling aku bengang bila intan cakap cina tu kata anjing tu dah mandi (kononnya bersih la tu). Kebetulan kat rumah aku memang dah aku bekalkan tanah untuk menyamak. Aku simpan sebab kawasan rumah aku tu banyak taik anjing. Senang kalau satu hari ada yang terpijak ke. So aku minta mereka bertiga samak tangan mereka. Kalau ikutkan tak perlu sebab kita tak perlu samak kalau bulu anjing tu kering, tapi aku suruh juga samak bagi mereka belajar, supaya kelak tak buat silap lagi.

Ala tomey tomey... (ala acap kucing beso tu ko panggil kitty)
One day, adalah sekor kucing lepak kat rumah kami, mulanya aku tak suka tapi si Intan ngan Asyraf sibuk nak jaga, bukan comel pun kucing tu tapi disebabkan dia dah berjasa maka aku benarkan dia keluar masuk rumah aku. Kucing tu diberi nama Kitty dek budak2 ni. Kitty telah berjaya membenteras cikti (tikus). Disebabkan aku tinggal kat flat, ground floor pulak tu plus belakang rumah ada semak maka rumah tu sering dikunjungi cikti dan aku hampir dapat title pembela cikti. Gile ko, takan aku punya pets cikti kalau hamster tu lain la. So sekarang rumah kami bebas tikus, maknanya dah takde tikus dah takyah susah aku cari daun durian belanda or any mouse poison. Aku happy, anak2 dan adik akupun happy, together with kitty weols happy together...hahahaha....

sometime aku kesian kat kitty sebab ecah ngan acap ni buat kitty macam anak patung, tapi si kitty ni cam ok jer.. (tak faham aku)

So kiranya dah jadi part of family la si kitty ni.

Well, langit tak selalu cerah.. hehehe cuaca bertukarlah tu, sama gak ngan kucing ni, muncul lah pula entah dari mana sekor kucing ni, disebabkan dia masih kecil dan comel sikit.. si Acaf dah buat perancangan supaya kucing ni tak keluar rumah asal kucing ni keluar je cepat2 dia bawa masuk dan akhirnya kucing yang diberi nama comel ni dah jadikan rumah kami rumah dia, asal nak makan datang rumah nak tidur pun sama. Hati aku berbulu jer tengok dia landing kat katil aku, tapi disebabkan anak2 dah suka kubiarkan aje.  

Si Kitty sangat baik bila Comel datang, Kitty keluar dan bila Comel keluar Kitty datang. Kami tahu Comel dah ada tuan, rumah tuan dia betul-betul atas rumah aku. Mungkin disebabkan tuan dia takde tu yang dia lepak rumah kami.

Untuk jangka masa yang lama juga Comel tak balik rumah Kitty pula stay, kemudian Comel datang dan lama pula dia stay, Kitty seperti dah merajuk hingga kini kami tak jumpa Kitty.

Masa Kitty ada dulu, takde la pula diorang beli makanan kucing tapi sejak Comel ada, si baba siap beli Whiskas lagi, tapi yang timbang jelah kat kedai runcit..hehehe alah baru RM4 setengah kilo.


Hari berganti hari pada hujung Ramadhan muncul seekor kucing bunting 3 hari berturut masuk ke rumah kami, setiap kali masuk aku halau, kucing ni macam nak minta tolong dari kami, walaupun pintu rumah bertutup kucing ni tetap nak masuk siap ketuk pintu lagi. seriously ingatkan orang tapi takde tengok bawah rupanya kucing. 13hb Ogos kucing tu beranak kat tepi katil aku kebetulan my hubby night duty so sempatlah dia bidankan kucing tu hahaha... Entahlah menurut hubby memang tak sanggup tengok kucing tu cam merayu je minta tolong. So secara tak langsung kami jagalah kucing tu hingga dia sihat. Dan my hubby namakan dia puss no boots hehehe.. aka puss.




cam jaga orang dalam pantang lak. My hubby bagi nasi panas digaul ngan ikan goreng.

Kisah sedih puss, lepas makan dia kira anak dia tak cukup enam, tinggal lima je sebab lagi sekor mati. Cepat sangat angaknya my hubby tanam so puss tak ingat anak dia mati jenuh puss cari anak dia kat bawah katil, almari, meja tak jumpa2. sayu jer bunyi dia mengiau panggil anak dia. Pencariannya tamat lepas 3 hari. Mungkin dah boleh terima hakikat anaknya mati. Then mati lagi sekor, tak tahu sebab apa, tapi kami beri dia jilat anak tu dan kemudian baru kami tanam dan tak seperti pertama kali mati anak puss seperti redha anak dia mati lagi sekor. Maka tinggalah empat ekor.

Tak pasal2 jadi kucing kami, siap bawa balik kampung beraya kat Pahang. Yelah nak tinggalkan takut mati tak makan atau dimakan dek anjing. Dan hingga kini mereka masih ada dirumah kami. Si baba siap buat tempat tidur untuk diorang habis bakul mama dikerjakan. Dulu kutuk Intan cakap ngan kucing sekarang ni, dialah paling banyak bercakap ngan kucing. Dah serupa anak dia dah kucing tu.

Aku tak suka sangat dan tak benci kucing as long as diorang pandai jaga diri diorang dan tak susahkan aku, aku no hal dan nasib baik pula puss ni kalau nak buang hajat dia tahu masuk toilet. 

Begitulah kisah panjang lebar pasal pets pinjaman ni dan tak tahu sampai bila pula Puss ni dipijamkan pada kami. just wait and see. ^_^

36 ulasan:

  1. selamat malam nita..
    kat rumah ni pun ada jugak bela kucing tapi sekor jer.. mmg menjadi kesayangan kitarang kat rumah ni tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat malam ain..
      oh ye ke, mesti kucing tu manjakan.. ^_^

      Padam
  2. bgusla..penyayang ni budaknye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak gayanye camtulah.. hehehe ^_^

      Padam
  3. kalau binatang tersebut tak terurus, tak menyuksa binatang tersebut ya nita... makanya awak ogah melihara binatang, karena takut tak bisa merawat nantinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Gusti, saya juga takut tak bisa merawat mereka kelak.
      setakat ini kucing2 tu baik2 aja, ialah kalau dibiarkan berkeliaran pun tak tahu apa nasib mereka. kami cuma lakukan apa yang termampu, selainnya berserah aja.

      Padam
  4. alor2 bukan main sayang layie arif pada kucing tuu ye ..
    anak2 akk kurang minat ngan kucing @ apa2 pets .. kecuali ikan ..
    tu sbb hubby yg minat ..
    lagipun kalau kita x mampu pelihara memang x boleh lah kan , nak2 x pandai nak jaga kebersihan pets nie susah juga .. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. si acap @ asyraf hehehe...memang sayang bebenor dia kat kucing tu..
      o ye ker, tulah kadang2 minat parents akan jadi minat anak2 juga..
      kami pernah bela ikan laga dulu tapi cepat sangat matinya..
      betul tu k.ieda, kawan2 saya pakat suruh saya bawa kucing2 jumpa doktor haiwan lagi, tu lah bab kebersihan pets tu yang masalah buat saya, tapi buat masa ni ibu kucing takde masalah, anak2 kucing tupun masih boleh dikawal kebersihannya oleh mak kucing tu sendiri...takut bila anak2 kucing tu besar nanti ;)

      Padam
  5. Wah.. dalam pada taknak jaga kucing, tapi secara tak sengaja boleh jugak 'ter' bela kucing ye. Kekeke. Bagusnya anak lelaki yg suka kucing. Penyayang Acap ni. Sampai husband Nita pun dah mula sukakan kucing. Tapi yang citer pasal gosok anjing tu yang kelakar. Innesen je libatkan makcik intan.

    "together with kitty weols happy together." - ayat takleh bla. Hahah...

    Tapi cemana kucing2 tu berak? Berak kat toilet atau luar rumah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal, tak pasal2kan.. hehehe
      dah nampak sifat penyayang si acap ni, tulah terikut-ikut pula ngan minat anak dia si hubby tu. budak 3 orang tu kalau buat salah, memang suka nyalahkan orang lain dulu.. sama jer diorang tu.

      "together with kitty weols happy together." - ayat merapu hahaha..

      2 hari berturut-turut lepas beranak ibu kucing berak kat toilet, tapi sekarang ni berak kat luar rumah. anak2 kucing tu mak dia jilat kot, sebab tempat tido diorang tak kotor pun.

      Padam
  6. wah ceritannya panjang dan menarik. akhirnya membeli kucing ya sebagai piaraan (pet), kucing yang manis. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitu panjang lebar, terima kasih sebab sudi membaca :)
      akhirnya jadi pets..hihihi memang sweet sangat sehingga sayang nak lepaskan mereka pergi ^_^

      Padam
    2. iya ya, manis jadi tidak sudi kalau di lepas. tapi mba, bukannya kucing itu mengandung penyakit apa gitu, bahaya buat wanita. ga takut mba?

      Padam
    3. benar??, ga tau deh..
      tapi sekarang hanya bagi makanan dan tempat berlindung.
      Dan anak2 tak digalakan bermain dengan kucing.
      wah.. jadi takut sekarang :(

      Padam
  7. hehe... bila kata xsuka lama2 suka jugak... :P
    hahahahhahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni ko punya pasallah suka sangat promote si momot tu kat acap kan tengok ngan aku2 sekali terjebak :P
      hahahaha....

      Padam
  8. Dkna suka kucing tapi tak suka bela.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke, akak tak suka sangat tapi mudah kesian..
      kucing ni comel dan manja, cuma time dia berak merata tu yang ramai taknak bela kucing hehehe..

      Padam
  9. Kucing memang hewan peliharaan yang menggemaskan.. :)
    Great pict n nice post sis.. :)
    Salam knal ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. :)
      thanks budi,
      salam kenal buat budi juga ^_^

      Padam
  10. ala sukanyer budak2tu ngan kucing...
    anak2 akak pegangpun takut....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah kak.. memang kesukaan diorang, ingat permainan agaknya..
      o ye ke, mungkin anak akak geli kot..hehehe

      Padam
  11. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    jujur dalam segala hal tidak akan mengubah duniamu menjadi buruk ,.
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam sukses buat kamu juga.
      terima kasih atas motivasinya gan,
      Akan menyusul kunjungan ku nanti ^_^

      Padam
  12. nice story.. anak2 sy pn suka kucing tp sbb diorg alahan so xde chancela nak bela, sy pn xsuka kucing so selamat ler...

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks.. oh ye ker.. ok jugak cam tu, anak saya ada alahan tapi bukan bulu kucing, my hubby tak galakan dia pegang sangat risau sebab dua2pun ada jantung prob. Tapi tulah sebab dah terjebak, nak dibuang, kesian pulak..

      Padam
  13. saya tak punya hewan peliharaan, jadi saya cuma bisa tersenyum baca cerita ini. begitu cintanya pada binatang ya. ehm... so sweet

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. boleh dikatakan punya pets, walaupun bukan kehendakku
      erm..pastinya yang cinta binatang itu anak2 serta adikku.. it is sweet, cuma sekarang perlu pantau juga keselamatan mereka, kerana bulu kucing tu juga berbahaya, harap tiada masalah nantinya ^_^

      Padam
  14. aku pun sama demikian. tak hendak ada binatang peliharaan. sebab aku pun takut menyiksa binatang itu sendiri. namun budak-budak (arien dan agree) suka sekali binatang. kelinci dan ikan especially. saya mendua bab ini. antara mendukung budak-budak sayang binatang dan nak kasihan kepada binatang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kelinci tu arnab kan? hehehe.. biasalah budak-budak, tambahan pula binatang tu comel lagilah mereka suka. so arien & agree ada pets tak?

      Maksudnya kamu, kamu sokong budak-budak sayangkan binatang dan kamu sendiri ada rasa belas kasihan terhadap binatang?


      Padam
  15. saya takut repot kalau pelihara binatang, apa lagi saya pelupa., nanti takutnya malah suka lupa ngasih makn :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama... hehehe
      tapi kucing kebiasaannya mengiau sekiranya dia lapar jadi bagi mengelak telinga dari sakit waktu makan kucing pasti tak terlupa :p

      Padam
  16. anak-anaknya suka kucing ya ?
    lucu2x kucingnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka bangat..
      iya Mbak Iis lucu2 semua :)

      Padam
  17. sy tkut pegang kucing.. takut kene cakar.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama macam saya dulu tapi, semenjak 2 menjak ni lain pulak... hihihi :p

      Padam

cayalah sapa yang komen :)