Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Isnin, 15 Oktober 2012

Kisah Si kucing kurap yang dah tak kurap sangat dah

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni nak nak cerita pasal Junior, tapi sekarang nama dia Jerry sebab Asyraf suka sangat nama tu. Remember tak Kisah Si Kucing Kurap . Ha... Jerry ni masih berkurap lagi tapi tak seteruk dulu. Masalah ngan Jerry ni dia memang tak reti bahasa... adoiyai suka membuang merata-rata. Erm kesian Intan sebab bilik tidur dia yang jadi mangsa. Petua yang pertama dulu tak menjadi, so saya cuba petua dari K.jee.

Menurut petua beliau kalau nak bawa kucing masuk ke rumah baru, kita kena letakkan kucing tu bersama bekas pasir kucing tu (saya takde) ke dalam toilet selama sehari sehingga kucing tu "membuang" dan selepas tu, kucing itu pasti akan ke toilet bila rasa nak membuang. Ok, saya rasa logik juga sebab dari apa yang saya perasan anak kucing ni akan berak di tempat yang sama. Macam Jerry tempat 1st time dia membuang ialah kat tepi katil saya begitu juga kali kedua. Bila dah kena hempok... ha ambik ko! baru dia cari tempat lain iaitu penjuru bilik Intan, memang kat situlah tempat dia berak kencing.. Tension Intan. 

Hari yang keberapa ntah, saya kurung Jerry dalam tandas dan hanya benarkan dia keluar bila dia dah membuang. Ok setelah beberapa jam dalam toilet sempatlah Jerry membuang, itu kata Intan sebab dia yang masuk toilet dulu, so saya happy jugalah sebab menyangka yang si Jerry ni akan ke toilet lagi bila dia rasa nak membuang lagi. Memang silaplah sangkaan saya sebab Jerry ni masih membuang kat tempat lain selain dari toilet. sekarang ni dia berak dalam bakul yang kami sediakan untuk semua kucing tidur. Memandangkan sekarang ni anak2 kucing tu dah besar, so kucing2 ni memang tak akan duduk diam dalam bakul tu dan kini dah jadi toilet Si Jerry. Nak dimarah banyak2pun takleh jugak sebab kucing apa yang dia tahu. So diam jelah. Si Intan dah banyak kali suruh halau hehehe..my hubby pun sama. Tapi ntahlah...kesian.

Hari tu ada terbaca satu artikel mengenai kucing terbiar. Katanya nak sembuhkan kucing kurap ni ialah dengan melumurkan minyak masak yang dah digunakan.. maksudnya minyak yang lebih lepas menggoreng tu. Ha..lepas lumur kat badan kucing tu kemudian syampukan InsyaAllah kurap tu hilang tapi kena amalkanlah sampai sembuh...lebih baik kalau guna minyak gamat katanya. 

Cieahhh... saya mulakan operasi melumur minyak masak kat badan Jerry. Tapi ada satu masalah, kebetulan kat rumah body syampu habis dan syampu rambut pun tinggal sikit. Al-maklum kat rumah ni memang ada hantu syampu. Syampu dibeli memang tak sampai sebulan mesti habis. So sikit jelah yang dapat digunakan untuk cuci si jerry ni, jerry ni pulak takut air so faham2 jelah. Berminyak lah bulu si Jerry ni dan berbau ikan goreng. Nasib ko lah Jerry..hehehe

see... dah takde sangat kurapnya cuma tinggal sikit kat telinga tu..  

Sekarang ni anak2 kucing dah pandai makan selain susu ibu. Anak kucing yang start makan dulu ialah Tom, kemudian Tam dan Abu. Si Doni yang paling montok ni tak berapa suka makan lagi, dia masih menyusu. Walaupun Tam anak kucing yang paling bongsu dan kecil tapi dah pandai makan.

makan time, ni gambar terbaru dah besar dah anak2 kucing dah nak sama besar ngan jerry dah..

Kesian Doni, tak tahu kenapa perut dia buncit, pastu nampak macam ada benda merah keluar dari perut dia. Nanti kalau ada rezeki nak bawa Doni dan Jerry jumpa Vets. Kesian kucing2 ni. hari tu Abu hidung berdarah tak tahu apasal, tapi sekarang ni dah ok dan paling lincah. Iyalah kalau ikutkan hati memang nak rawat betul2 tapi tak mampu pasal kalau anak2 saya sakitpun saya hanya boleh bawa ke klinik 1Malaysia atau GH tapi selalunya ke klinik tempat saya buat partime dan pastinya for free sebab staff. Kalau kucing ni sakit selalunya saya google jer cara2 nak rawat. maknanya rawat sendirilah tu tapi kalau teruk sangat dan perlu ke Vets kena jugak kot bawa mereka buat masa ni just cuba apa yang termampu.

Doni tunjuk perut dia yang bengkak tu

Nanti saya akan ceritakan pengalaman saya ubati Tom, Abu, Doni dan Tam masa kena selesema dan sakit mata. K bye..

P/S :- Actually entry ni dah lama baru nak publish. Gambar2 untuk entry ni dah secara tak sengaja terdelete oleh budak 3 orang tu.. yg ada pun yang terbaru jugak lah..


thanks for reading this entry ^_^

22 ulasan:

  1. Salam nita...

    petua org dulu2 kan jgn bg kucing yg terkena penyakit kulit dengan lauk yg gatal2 mcm kembung ... cuba tngk mesti lps makan dia pun menggaru ... selalunya kan bila gitu ... zan bagi dia ikan bilis mentah ke .. dulu2 takda makanan kucing ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam zan,

      o ye ke, nanti nita cuba elakanlah bagi makan ikan kembung, so far nita bagi makan makanan kucing kalau yang jenis yang basah tu ada tertulis ikan salmon tapi kalau jenis cam biskut tu nita tak pasti ikan apa sebab selalunya nita beli yang timbang kat kedai runcit dan tak pernah nak tanya diperbuat dari ikan apa..

      anyway terima kasih atas petua tu izan ^_^

      Padam
  2. nakkkk doniiiiii ;)) nita org kata klau kucing ade kurap ambek panadol tumbuk bg hancur tarok air sikit (kira buat mcm bedak sejuk) pastu tempek kan..kt tempat yg kurap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala..Sori Jna, Asyraf kata takleh sebab dia sayang sangat kat Doni... hihi
      Ooo..boleh erk? nanti nak try.

      terima kasih Jna sebab kasi petua.. ^_^

      Padam
  3. rajin nita bela kucing yee..banyak pulak tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. taklah rajin, sebab kucing tu dah datang jadi nak tak nak kena jaga jugak..
      tulah masa baby tak nampak cam banyak bila dah besar masing2 terasa lak banyaknya.. :P

      Padam
  4. Nit, hantu syampu itu apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. camner nak explain, erm.. apa yang saya maksudkan dengan hantu syampu tu ialah orang yang suka syampu secara berlebih. macam Intanlah kalau pakai syampu atau bahasa Indonesianya keramas, selalunya diambil dalam jumlah yang banyak, jadi saya gelarkan ia sebagai hantu syampu.. tapi ianya hanya gurauan.

      Padam
  5. Salam, petua orang tua cakap letak minyak masak yang dah pakai kat kurap kucing tu.. lagi satu jangan bagi dia makan ikan pari.. pantang..
    Baik betul awak ni jaga kucing2 tu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..petua yang pertama tu saya dah tahu, kan ada kat atas, tak baca ye.. yang no 2 tu tak pernah. Ikan pari.. ok set.. terima kasih fandyz sudi bagi petua.

      terima kasih fandys, kata2 awak, saya anggap ia sebagai doa, aamiin ^_^

      Padam
  6. Ramainya kucing Nita. Banyak pahala nita nanti. InsyaAllah. So, skrg di jerry masih membuang merata-rata ke? Penat la nak cuci kan? Yang si Doni keluar merah2 tu mcm ruam ke? Takut jangkit ke kucing2 lain plak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriahkan..Lyd..InsyaAllah itulah harapannya.
      Jerry, sekarang ni port dia kat dapur, kira oklah sebab boleh jirus terus masuk lubang saliran air ke longkang. Doni, buka ruam tapi macam tali pusat tak habis keluar, lama2 jadi warna cam coklat tapi kalau mandikan dia bengkak tu macam jadi satu gelembong. Tak menjangkit kot sebab ianya bukan penyakit kulit.

      Padam
  7. banyak kucing akak...rajin akak membela kucing2 semua ni yer hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat masa ni banyak Waniey..terpaksa rajin kot hehehe

      Padam
  8. Kucingnya banyak amat, bulunya lembut dan bagus-bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak jugalah..memang bulunya lembut dan bagus2 sebab masih baru berumur dalam 2 - 3 bulan tapikan Bumi tak semua, ada juga punya masalah kulit.

      Padam
  9. Balasan
    1. banyak kann Juwita.. hehehe

      Padam
    2. 2 la..kt umh ni pn ad tp 3ekr jer..,hubby sy la sker kucing sy bse2 je..,tpi kucing2 xmsuk umh,mkn tdo kt luo jer...,sjk ika lhir drng mmg tkt nk msk umh,sik kn smbur jer xpn kn tunggang ngn ika huhu...,ganeh kn ank sy...,

      Padam
    3. owh..mungkin rumah awak ada laman sendiri, cam kami duk flat, jadi nak tak nak kena dok dalam rumah la, lagipun kat rumah takde baby kalau ada harus tido luo jugelah kucing2 tu. hahaha boleh pulak si ika tu tunggang kucing?? anak2 saya pun ganeh juge, tapi kucing tu cam dah lali kena dera hehehe..

      Padam
    4. a,ah wak,umh sy ad lman kt luo..,eh pmbtlan umh swe huhu...,mau xblh smpai tduduk la miau 2 dkjekn klu dia dkt ngn ika,lg tkut klu dia cbit miau 2 smpai tcbut blu2 drng haha nsb x tcbut klit dibuatnye...,mcm2 prangai la itu bru sorang klu ad geng cm ank nita xtau la pe jd...,

      Padam
    5. hehe..saya pun menyewa jugak wak, geram betul si ika tu kan dengan kucing, kalau anak saya kadang2 tu dibuatnya cam anak patung dipakainya baju tapi kucing tu tak melawan pulok, cam suka jer.. :P hahaha..takpe budak2 nak membesar macamtu lah nanti besar sikit lain pulak ceritanya.. (^_^)

      Padam

cayalah sapa yang komen :)