Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 23 Oktober 2012

Nurul Aishah Binti Teacher Zana

Assalamualaikum w.b.t.

Nurul Aishah Binti Rushidi, itulah nama anak saya tapi disebabkan marah, jadi Pengetua sekolah Aishah telah menukarnya kepada Nurul Aishah Binti Teacher Zana. Memang agak marah Teacher Zana waktu tu apabila salah seorang anak didikannya malas nak buat homework. Sebelum ni, saya pernah ditegur oleh guru kelas Aishah dengan sikap Aishah yang sering ke sekolah tanpa menyelesaikan kerja rumah. Silap saya sebab tak periksa buku anak.

Dulu Aishah, selalu buat homework tapi sejak kebelakangan ni dia tak sihat. Jadi saya tak paksa dia buat homework yang belambak tu, bukan nak ajar anak malas tapi kesian. Bayangkan kalau Aishah MC 3 hari jadi berapa banyak kerja rumah yang tertunggak. Selalu Aishah menangis kalau homework dia tak siap tapi sekarang ni tidak. Mungkin sebab dah biasa tak buat homework jadi sekarang dia mula malas, bila ditanya cikgu tak marah ke kalau tak siap homework, katanya dia tidak akan beri bukunya kepada cikgu. Saya risau juga sebab rasa macam guru tak ambil perhatian bila murid tak buat kerja rumah. Nak juga saya call tanya tapi tak berkesempatan. Sekarang saya tahu yang sebenarnya bukan gurunya tak mahu ambil kisah tapi beri Aishah peluang untuk siapkan kerja rumah.

Saya bukan tak peduli tentang persekolahan anak cuma mungkin sebab rasa tak mahu tekankan sangat sebab merasa anak tu masih kecil, ialah baru 5 tahun. Teacher Zana pernah berpesan kalau kesian sangat kat anak nanti boleh mati. Memang bunyi cam kasar, tapi cuba kita teliti apa yang cuba Guru tu sampaikan. Terlalu ikut kehendak anak dan tak tegas, maka dengan cara itu akan melalaikan anak.

Mungkin sebab dah selalu sangat Aishah tak buat kerja sekolah jadi guru kelas merujuk perkara ni pada guru besar.. Ha hambik ko, dengan haku2 kena sekali.

Alkisahnya begini, petang Rabu Guru Besar telefon saya kat office tanya kenapa Aishah selalu tak buat kerja sekolah. Saya pula tak tahu bagi alasan alih2 bagitahu jugak Aishah kat rumah susah nak suruh buat kerja sekolah bila ditanya, dia jawab takde homework, bila cek buku rupanya ada, jenuh juga ugut nak rotan tak jugak dibuatnya nanti dia menangis pun tak boleh juga buat homework, bila cakap baik2 macam2 pula alasan diberi. Tahu apa Teacher Zana cakap. Mulai hari esok Aishah tak boleh balik duk kat sekolah sampai bila-bila, esok saya kena siapkan pakaiannya bawa ke sekolah. Monday baru boleh pick-up Aishah jam 6 petang. Sekarang ni, Nurul Aishah bukan lagi binti Rushidi tapi Nurul Aishah Binti Teacher Zana. then off phone.

Tekedu saya dibuatnya. Apsal erk..cikgu tu nak bagitahu aku ni tak pandai didik anak ker. Apa lak maksud dia, tak boleh balik, Monday baru boleh pick-up jam 6.. Petang tu saya call mak mertua saya tanya Aishah dah balik ke belum.. Dah ada kat rumah maktok dah.... maknanya dia tak stay back.

Malam tu saya balik jam 10 pm, nampak Aishah sedang buat homework, bila ditanya kenapa malam baru nak buat. Katanya siang dia tidur sebab penat sangat. Kesian.. tekun dia buat homework yang tertunggak tu. Saya tanya Aishah, Teacher Zana ada cakap apa2 tak siang tadi, dia diam jer.. bila ditanya lagi, dia tanya kita balik. "Apa yang Teacher Zana cakap kat mama?" Saya saja nak gertak dia, cakap Teacher Zana marah mama sebab adik malas buat homework. Takde reaksi, Aishah cuma sambung buat homework dia.. malas nak tanya banyak just temankan saja dia buat homework.

Tekun, selagi tak siap dia tak mahu tidur..

Keesokan harinya saya tanya Aishah lagi, apa yang Teacher Zana cakap pada dia semalam. Aishah cuma jawab "Entahlah" bengang dengan jawapan Aishah saya tanya dia balik "Semalam, bila Teacher Zana nasihat adik, adik buat tak tahu jer ek, masuk telinga kanan keluar telinga kiri camtu?" Aishah pandang muka saya dan bertanya balik dengan saya apa yang Teacher Zana bualkan semalam dengan saya. Saya ulang balik cakap benda yang sama macam semalam Teacher Zana bising sebab adik tak siap homework. dan bertanya lagi "Sekarang Mama tanya Aishah, apa yang Teacher Zana cakap pada Aishah semalam?" Aishah cakap "Teacher Zana suruh Adik buat homeworklah tu jer" itu saja...

Sesampai pintu pagar Teacher Zana dah menunggu. Soalan pertama yang keluar dari mulut dia. "Homework dah siap ke belum,? Aishah angguk dan cakap sudah. Kemudian Teacher Zana tanya lagi "Nak Teacher Zana sayang ke nak Teacher Zana rotan?" Aishah jawap nak sayang. "Kalau nak Teacher Zana sayang, buat homework ok?" Sambil mengangguk Aishah cakap ok kemudian terus masuk kelas.

Teacher Zana beritahu saya yang dia dah merotan tapak tangan Aishah sebagai hukuman sebab tak siap homework. Terkejut juga sebab Aishah tak beritahu sayapun. Teacher Zana pun terkejut sebab Aishah hanya bagitahu kami bahawa dia disuruh buat homework sahaja, langsung tak mengadu yang dia dirotan, sedangkan Teacher Zana cakap kuat juga dia hayun rotan tu sampai berkesanlah tapak tangan Aishah. Sambil tangan sebelah kanan menulis dan tangan sebelah kiri dirotan. Dalam hati saya, "laa...kesian anak aku..dahlah semalam pun dia dimarah oleh saya."

So petang tu Aishah terpaksa stayback jadi jam 6 baru boleh balik. Disebabkan sekolah dia berdekatan dengan office saya, jadi saya yang ambil dia tapi kena stay lagi kat office saya pulak. Sebelum balik Aishah nak makan pizza. Oklah ingatkan nak bungkus jer tapi Aishah nak juga dok dalam restauran tu so sayapun layan jerlah.

makan sup jer kat sini, pizza makan kat rumah ngan abang k... 

Suka betul si Aishah ngan belon...

Hanya hari Khamis jer, Aishah disuruh stay back hari Jumaat sekolah macam biasa. Hari ni, Aishah tengah Exam sepatutnya semalam, iaitu hari Isnin tapi Aishah semalam demam balik. Asyik demam jer Aishah ni...

All the best to Aishah harap dapat jawap soalan dengan betul, ok. ^_^

thanks for reading this entry ^_^

43 ulasan:

  1. Nurul.. kenapa dengan Nurul, Nita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurul demam..sebenarnya cerita tak siap semalam ingat nak save tapi ter publish..hihi
      sorry :)

      Padam
    2. sudah sembuh Nurul Aishah binti Teacher? hehe.. alhamdulillaah, pasti sudah sembuh ya.. saya ikut berdo'a sentiasa.

      saya terharu mendengar cerita tentang Nurul .. ehh, Aishah ini.
      saat dirotan dia tak cakap, lalu dimarahi mamanya setelahnya. benarlah Nita, dia pasti ada rasa sakit di hati. iya kan? anak sekecil Aishah sudah harus menerima hukuman dari teacher dan mamanya pulak. kamu menyesal bukan telah memarahinya saat itu? saya bayangkan menjadi kamu, pasti menyesal lah.

      respek untuk Aishah, tak mengapa ya sayang, kamu harus semakin rajin sekarang. "makan" semua homework yang diberikan teachermu. hadapi semuanya dengan berani. tahniah untuk ketabahanmu, Nak.

      Padam
    3. Alhamdulillah..Aishah sudah sihat, terima kasih atas doanya..

      mungkin..tapi yang pasti dia akan make sure homeworknya selesai sebelum tidur. Mamanya ada sikit kesal dan juga bangga punya anak yang seberani Aishah..

      Aishah bilang terima kasih uncle zach ^_^

      Padam
  2. Balasan
    1. bukan selalu mbak,
      tapi harapannya semoga tekunan itu kekal. :)

      Padam
  3. Nita, bagus attitude Aisyah. Dia bukan jenis mengadu. Baru2 ni bukan ke ada exam kat skolah tu? Tapi teacher Zana pun dah berjaya buat Aisyah buat homework dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayapun rasa bagus juga macam tu, sebab dia tahu salah dia..
      Memang ada, sekarang ni exam penggal akhir... minggu lepas kanak2 6 tahun, minggu ni 5 & 4 tahun, exam ikut peringkat umur...
      Betul, saya suka jer, sebab anak2 ni kalau dengan mama dia memang tak takut dengan Guru Besar juga diorang takut. Ingat nak garang cam Teacher Zanalah. Walaupun garang murid2 sayang.. ^_^

      Padam
  4. Kesian Nurul...semoga Nurul cepat sembuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah..kesian kan

      aamiin..terima kasih Alaimett ^_^

      Padam
  5. Bagus la tuh nita.. Aisyah takut ngan teacher dia..Bila dah takut dia jadi rajin.. iye ngan kita sebagai parents niee kdg2 lembut hati.. tu yg anak2 jadi naik lemak..

    Moga Aisyah dpt buat exam dia ngan baik.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm.. saya pun rasa bagus jugak Aishah takut ngan teacher, rajin dan tekun jadinya dia nanti.... memang camtukan bila berlembut mula lah naik lemak kalau garang sikit dah merajuk pulak..

      Aaminn.. terima kasih atas doanya Rinna ^_^

      Padam
  6. hmm ... menurutku semua ada porsi timenya ...
    jika saatnya halus, kita halus. jika saatnya kita (agak) keras, ya startlah ita.

    semangat terus buat aisyah dari Indonesia yah .. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga ye, kena ikut porsi time..
      jadi baru anak2 akan mendengar kata ^_^

      Terima kasih A.Y.Indarayana.. :)

      Padam
  7. semoga Aisyah lekas sembuh, kembali kesekolah dan mendapat nilai yang memuaskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..terima kasih atas doanya win3 ^_^

      Padam
  8. la kesianyer nurul..moga cpt sembuh k

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesiankan.. :(
      aamin..terima kasih atas doanya Wanieys

      Padam
  9. wwooow makan pizza ya?? enak kali tu hahaha
    saya saja belum pernah memakannya :)
    salam kenal ya mbak dari saya hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut selera masing2, saya tak suka sangat tapi bagi anak2 iya memang enak.. sesekali cubalah..
      Salam kenal rico, terima kasih sebab sudi kunjungi blog saya ^_^

      Padam
  10. hah aishah bte teacher zana! mmmg marah laa cikgu tu nita hehehe tp KESIAN aishah ;c semoga dye cepat sembuh ..and aishah bdk yg baik..xde pun dye nk ngadu cm2! na rasa cikgu dye terlalu concern kat dye nita sbb tu laa hehe Nita rambut aishah cantik laa SUKA!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang marah betul, teacher zana.. erm kesian juga tapi takpe pengajaran tu.. supaya lain kali rajin sikit..
      Aamiinn..semoga dia sihat selalu, mungkin juga kot hihihi.. tapi bagus juga sekurang-kurangnya lepas ni dia rajin buat homework..
      laa..betul ke, nita dah potong rambut Aishah Ahad lepas..huhu :(
      sayangnyee..

      Padam
  11. teacher zana ooo teacher zana
    ini ada org mengumpat nih
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shhhh....
      bukan mengumpat tapi beri pendapat...
      kan teacher zana kann...hahahaa

      Padam
  12. Hahaha...kesian kena marah tak wat homework..bukan salah dia..tapi salah homework tuh tak best

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..betul..betul
      dia tak salah homework tu yang salah..
      kesian dia..hehehe

      Padam
  13. so far..saya tak pernah lagi rotan students..huhu..tapi kalo setakat bagi amaran tu adela.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab students Nick dah besar kot.. dengar kata.. Aishah anak manja dengan guru kelas dia tak takut sangat tu yang kena dengan pengetua tu..

      Padam
  14. homework kadang membuat anak bosan karena waktu bermainnya hilang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin juga..
      jadi sebagai orang tua, perlu bijak uruskan jadual anak2 supaya anak dapat selesaikan homework dan masih ada waktu untuk bermain..
      keseimbangan gitu.. betul tak Bumi ^_^

      Padam
  15. Waahh teachernya kok galak sekali ya ?
    Aishah untung anak yang baik sehingga mau menurut & mengerjakan homeworknya

    Salam buat Aishah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sememangnya dia seorang teacher yang baik..
      Alhamdulillah..Aishah mahu menurut dan mengerjakan homeworknya..

      terima kasih Marchia Diandra...salam buat puterimu juga ya ^_^

      Padam
  16. tertarik kesah kamu...saya follow..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Bitt..saya follow awak juga ^_^

      Padam
  17. apa yg aishah fikirkan bila dia kena rotan oleh cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada jugak tanya aishah.jawapnya.."Entahlah"
      dia jenis tak berdendam, dia tahu tu salah dia, sebab sebelum ni pernah cakap dengan dia kalau tak siap homework nanti cikgu rotan.

      Padam
  18. sian aisyah... tp alhamdulillah la sbb nampak perubahan dia kan... lps tu rajin siapkan kerja sek sampai xnak tido...

    tp yg sy terharu, dia xgtau pun yg dia kne rotan... aisyah ni ank yg bagus sebenarnya.. dia tahu sbb napa cikgu rotan dia n dia tahu itu slh dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah ada juga perubahannya..

      saya pun tak sangka dia taknak mengadu yg dia kena rotan..

      terima kasih ina ^_^

      Padam
  19. I like looκing thгough an artіclе
    that wіll make people think. Also, thanks for allowing foг
    me to сomment!

    Feеl free to visit my website :: meuble de salle de bain

    BalasPadam
  20. Have you ever thought about creating an ebook or guest authoring
    on other websites? I have a blog centered on the
    same ideas you discuss and would love to have you share some
    stories/information. I know my readers would value your work.
    If you're even remotely interested, feel free to shoot me an e mail.

    Also visit my weblog: Rolland Garros

    BalasPadam
  21. Do you mind if I quote a few of your articles as long as I provide credit
    and sources back to your website? My blog site is in the very same
    area of interest as yours and my users would really benefit from some of the information you present
    here. Please let me know if this alright with you.

    Appreciate it!

    Here is my web site ... voyance Gratuite

    BalasPadam
  22. It's wonderful that you are getting ideas from this article as well as from our argument made here.

    Take a look at my web page disque dur SSD

    BalasPadam
  23. Somebody essentially lend a hand to make seriously articles I'd state. This is the very first time I frequented your website page and thus far? I surprised with the research you made to make this particular submit incredible. Wonderful process!

    my page ... voyance gratuite

    BalasPadam

cayalah sapa yang komen :)