Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 8 November 2012

Anugerah Cemerlang

Assalamualaikum w.b.t.

Anugerah cemerlang, wah rasanya seronok sangat bila dapat sms dari Ustazah Nik hari Jumaat lepas. Ustazah Nik mengajak saya datang ke sekolah bagi memeriahkan majlis penyampaian hadiah untuk murid-murid cemerlang di Sekolah Agama Taman Sri Rampai. Yang membuat saya rasa bangga sangat ialah Asyraf adalah salah seorang murid yang menerima anugerah itu, walaupun hanya mendapat tempat ketiga.

Tak sangkakan..anak yang liat nak ke sekolah ni dapat anugerah pelajar cemerlang.


Lihat dari report card Asyraf ada peningkatan, sama ada di sekolah Agama dan sekolah Kebangsaan. Menurut Asyraf dia nak berusaha lagi supaya cemerlang di kedua-dua sekolah tahun depan. Wah semangat betul anak mama ni.

Mama tetap bangga dengan pencapaianmu Asyraf. Semoga kamu terus berjaya dan menjadi anak yang soleh.

Oh ye, pagi semalam Asyraf buat check-up pacemaker dia, Doktor kata semuanya ok. Kemungkinan lagi 4 tahun setengah nak kena tukar pacemaker baru. 

Sekarang ni mama tak berapa sihat, waktu tunggu baba datang jemput kami, mama muntah kat longkang tepi taxi stand si Asyraf yang kemetot ni cuba nak urut belakang mama.. kesian sampai kejang kaki asyraf sebab dia renggang kan otot untuk cuba urut mama. Mama rasa terharu sangat. OK la Asyraf nanti mama belikan CalciYum untuk Asyraf bagi tinggi sikit hehehe...

Sayang Asyraf (^_^)
 

thanks for reading this entry ^_^

26 ulasan:

  1. selalunya bdak mcm tu dalam kelas mmg dia btul2 bgi sepenuh perhatian msa cikgu mngajar.. so blik umah ble la dia main2 plak.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang camtu zahirah..Asyraf kat rumah memang malas nak belajar nak buat homework pun kena paksa tapi kat sekolah cikgu cakap Asyraf seorang murid yang suka belajar dan selalu beri tumpuan bila belajar... cam tak caye jer :P

      Padam
  2. wahhh anty Na pun bangga dgn asyaf congratsssss si handsome ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti Asyraf bangga mendengarnya..
      terima kasih Jna :)

      Padam
  3. suatu kebanggan tersendiri bagi orang tua melihat anaknya sukses...

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar tu mbak iis... ianya suatu kabangaan tersendiri bila melihat anak sukses ^_^

      Padam
  4. tahniah asyraf... moga2 dapat banggakan lagi ibubapa asyraf...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih anna mariana atas doanya ^_^

      Padam
  5. Balasan
    1. Alhamdulillah..
      terima kasih Agnes (^_^)

      Padam
  6. Ikut senang membacanya. Semoga sukses terus !

    BalasPadam
  7. wah senangnya punya anak yang berprestasi (cemerlang, bener ga ya terjemahannya?). tapi ikut senang aja ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar Darient, terima kasih ya.. ^_^

      Padam
  8. saya doain mudah-mudahan doa ibu terkabul sehingga putra ibu menjadi anak yang berprestasi, shaleh, berguna bagi negara dan terutama bagi agama. Selalu menjadi yang terdepan dalam membela agamanya... Aamiin,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminn...
      terima kasih Yusup atas doamu yang indah itu ^_^

      Padam
  9. kamu sakit apa Nita? sudah baikankah sekarang?

    tahniah untuk Asyraf, benar-benar anak mama, hehe..
    teruskan langkah pencapaianmu, Nak, teriring doa dari sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..sakit biasa-biasa je zach, Alhamdulillah..baik2 aje.. terima kasih.. ^_^

      ia benar-banar anak mama..hihi

      terima kasih uncle zach. :)

      Padam
  10. tahniah!! diam2 ubi berisi nih!! sernok saya baca..-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. diam2 berisi yea..hihihi
      terima kasih Ina ^_^

      Padam

cayalah sapa yang komen :)