Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 27 Mac 2012

♥♥ PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

Semalam datang seorang ibu ke klinik tempat aku bekerja. Dia tanyakan pada aku di klinik ini ada buat ujian untuk kehamilan, aku kata ada. Sejenak dia bertanya lagi sekiranya ujian itu positif boleh tidak doktor gugurkannya. Sebenarnya aku terkejut tapi dengan tenang aku jawab di klinik ini tiada perkhidmatan itu. Kemudian dia memberitahuku bahawa dia bertanya soal ini untuk pihak kakaknya. Katanya si kakak baru melahirkan dan baru sahaja habis pantang lagi pula si kakak melahirkan anak secara caesarean (pembedahan bersalin) jadi ianyanya terlalu awal untuk kehamilan kedua. Aku hanya mendengar dan memberitahu dia sekali lagi bahawa klinik ini tiada perkhidmatan tersebut.
Setelah dia pergi, ia membuatkan aku terfikir.. kenapa harus digugurkan? Aku juga punya teman yang mempunyai masalah seperti kakak itu, dia juga melahirkan anak kedua secara normal. Ya, teman aku itu pada mulanya bersedih dan takut tapi tetap meneruskan kandungannya. Yang kami tak tahan bukan kehamilannya tapi leteran para doktor yang merawat. Selalunya selepas melahir anak secara caesarean, para ibu dinasihatkan supaya berehat dari hamil selama 2 tahun, kerana kesan luka dari pembedahan masih belum sembuh dan ianya akan memudaratkan ibu serta anak yang dikandung.

 gambar dari google

Aku juga pernah dileteri doktor sebab selepas 1 1/2 melahirkan anak secara caesarean, aku hamil lagi. Kata doktor sekiranya anak nombor 2 ini lahir secara caesarean, aku hanya boleh hamil lagi satu kali sahaja. Nasib aku baik sebab anak kedua aku lahir secara normal. Sebenarnya aku juga teringin punya anak ramai cuma belum rezeki. Sekarang ni lambat sikit datang bulan, aku pasti buat UPT (Urine Pregnancy Test) hihihi...
Hari ni aku terbaca post salah satu teman di FB. Aku suka membacanya dan juga tersentuh hati dengan posting tersebut. Dan terus aku share di link aku.



♥♥ PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Asslamualaikum, saya izinkan anda semua share segala ilmu yg kami kongsikan di facebook ini, semoga kita tergolong dalam orang2 yang teringin menyambung tugas RASULULLAH :) syukran jazilan

Jumaat, 23 Mac 2012

Pasar malam

Pasar malam.... malam ni, entry aku mengenai pasar malam. Dah hampir 15 tahun aku duduk Sri Rampai, pasar malam ni memang jarang la aku tak jenguk. Pasar malam ni ada setiap hari Khamis. Walaupun sekarang aku dah pindah rumah kat Rejang, aku tetap akan berkunjung jugak kat pasar malam ni. Hehehe aku tipu... sebenarnya setiap hari aku buat part time kat klinik di Sri Rampai so dah dekat takan tak singgah kot, orang duk kat Genting Kelang pun boleh datang.

Beberapa bulan lepas,  pasar malam ni ditutup. Sedih juga aku dibuatnya. setiap hari Khamis je macam ada something missing. Mana taknya, kita dah biasa pergi pasar malam tiba-tiba ditutup. Itu perasaan kami yang berkunjung, bayangkan apa pula perasaan para perniaga.

Banyak kebaikan pasar malam ni, selain dapat beli barangan secara murah, kita juga boleh beli pelbagai jenis barangan dari barang dapur hingga barang perhiasan. Bagi wanita yang bekerja macam aku ni, hari nilah aku boleh beli barang pasar, macam sayur-sayur dan ikan, sotong, udang, daging, ayam pendek kata semualah. Ialah nak pergi pasar pagi bukannya sempat. Pakaian pun murah-murah dan cantik-cantik.

Tak sangka pulak lepas hampir 30 tahun beroperasi ada juga manusia tak puas hati. Mereka sanggup buat aduan di DBKL sebab masalah parking. Parking punya masalah bukan hari Khamis jer, hari-hari pun ada masalah. Apa ra.... tak ada akai!!  kesian.. walaupun dah tutup masih ada peniaga yang berniaga sayur tapi dalam van jer, takut kalau DBKL nampak kang kena saman.

Tapi...Alhamdulliah, semuanya dah berlalu kini pasar malam dibuka semula hooray!! actually dah lama tapi malam ni saja nak buka cerita. hihihi..

 ni bahagian hujung sekali... dulu panjang tapi sekarang dah pendek pasar malam ni, tapi ok je.

 singgah jap sini beli bag

 ni gerai kegemaran anak-anak aku.. 

dia dah nampak da....

biasalah just cuci mata je 
 bahagian ni kat tengah-tengah, kebanyakannya perniaga berbangsa cina.

 selalunya aku beli selipar kat pasar malam jer, kasut-kasut kat sini pun boleh tahan.. 

 budak-budak remaja suka lah singgah kat sini..

Singgah beli asam boi, balik nanti buat air asam boi..

sorilah kak amik gambar kat sini, nak snap kat kueh akak takleh sebab van nak lalu

brader ni dah kenal dah kitorang, pelanggan tetap dia hehehe...

Kat pasar malam ni, paling aku selalu beli keropok lekor, nasi kerabu ngan siput sedut... nak ambil gambar tapi sesak sangat lagipun photographer ni pemalu sikit.

Dengan adanya pasar malam para suri rumah kat sini suka bagi alasan "takyah masak lah malam ni pasar malam ada, sat gi masak takda sapa nak makan, bazir jer..." hihihi.. ok lah tu hari cuti buat para ibu gitu. 

Kat Rejang pun ada pasar malam tapi hari Sabtu. pasar malam ni pun ok jugak, lagi dekat ngan rumah aku, jalan kaki je. Seronok pergi pasar malam, macam-macam kita boleh beli tapi aku lebih suka beli makanan je kat pasar malam. 

Support lah sikit peniaga pasar malam kan, tapi jangan membazir ok.



Isnin, 19 Mac 2012

Menyunting bunga di taman orang...

Tak sangka yea, pejam celik pejam celik masa berlalu begitu pantas...kalau dulu adik masih kecil kitalah yang jaga mereka, suapkan makanan, tukarkan lampin. Sekarang ni masing2 dah dewasa. Dan hari ni, kita ditugaskan untuk menyunting bunga di taman orang. Ialah mak dah pergi, jadi tugasan itu diambil oleh kita yang lebih dewasa.

 Aduhai, dugaan... black out la pulak....

Rasa berdebar la pulak yelah, esok dah nak meminang anak orang, segala persiapan masih tak selesai lagi. Lebih-lebih lagi kawasan rumah ni black out pulak. Nasib baik lepas buat aduan TNB datang dan settle masalah. Bila adik beradik bertemu memang penuhlah rumah kita yang kecil tu. Bila makan sama-sama rasa macam sambut Ramadhan masa kecil-kecil dulu. Teringat arwah mak..(Al-Fatihah...)


Adik-adik dan anak buah dengan barangan hantaran...

Diorang ni gila-gila sikit ^^

Kami hantar lima dulang jer... Alamak!! sirih jujung tak siap lagi...

Ambil gambar kenangan, yang lain tak sempat nak bergambar..

 Alhamdullillah... sampai ke destinasi (Rombongan Cik Yus...hihihi)

Rombongan kami ni, disertai oleh kami adik beradik serta best friend jer...

Disebabkan perancangan ni mengejut, so ramai saudara-mara tak dapat sertai, orang tua hanya Abah jer serta parents best friend merangkap bakal adik ipar kami. Dengan adanya pakcik and makcik (ibubapa Saiful) Abah tak rasa janggal sangat.

along, abah ngan pakcik (ayah Saiful)

Perkenalkan bapa pihak lelaki.... 

 Keluarga pihak perempuan..

Perbicangan berjalan dengan lancar... Alhamdullillah..

Dulang dibalas, tujuh dulang dari pihak perempuan

Inilah dia bakal adik iparku... Siti Azraliza (cantik orangnya)

Aku lak yang over nervous ... menyarung cicin di jari manis bakal adik ipar


Hidangan sedang menunggu untuk santapan...


Makan time...

Alhamdullillah selesai sudah.... bergambar kenangan sebelum pulang..

hihihi.... nanti kita makan ramai-ramai coklat tu yea...

Alhamdulliah..selamat sudah, semoga mereka dapat disatukan. So dalam masa satu tahun InsyaAllah akan ada majlis perkahwinan pula. Pengalaman manis buat kami, selain dapat jayakan satu majlis pertunangan, kami dapat bertemu adik-beradik walaupun tak semua dapat hadir. 

Rabu, 14 Mac 2012

sabor jelah...........

Pagi tadi nak buat online fund transfer, tapi tak sangka pulak ia nak TAC no. ingatkan kalau dah register akaun no. selalunya tak perlu TAC No. Click request TAC no. TAP! (tepuk dahi sendiri), handphone kan dah hilang kene curik!... Aduyai....

TENSION betul, aku ni lah..........!!!!
 

Tetiba jer kan jari aku dial no. phone aku tu, its ringing... dah nak penghujung jer, ada orang angkat. Huh! berderau darah aku, takut campur marah...Aku tanya dia siapa, dia tanya aku nak cakap ngan siapa.. eh eh.. aku tanya lagi siapa ni, dia tanya aku lagi, "Awak nak bercakap dengan siapa?" Ewah geramnye aku.. aku bagitahu dia "Encik ni no phone saya, so saya tanya la encik, encik ni siapa, macamana boleh guna no saya ni?" Dia cakap ngan aku, ada orang amik handphone pastu tinggalkan sim kad kat dalam lift. Camne lak dia bleh tahu orang amik handphone? Aku malas nak fikir lagipun aku dah buat laporan polis dah.

Aku minta balik sim kad aku, dan tak sangka aku boleh minta no TAC aku.."Awak, boleh bagi saya no TAC tak, tadi ada SMS kan dari bank?" dia suruh aku call back sebab dia nak cek SMS dulu. Dia cakap tak ade msg lagi jab lagi tengahari dia datang nak hantar sim kad, katanya dia tahu area aku kerja. Aku nak tergelak pun ade, bengong gak aku ni kan..hahahaha.. aku tunggu gak dah kul 12.30pm takde call pun. pastu aku call dah off da phone tu. Aiyyo....

Budak yang amik sim kad aku tu budak India, rumah dia tak jauh dari rumah aku, belakang block rumah aku jer, PPR Rejang. Aku dah agak dah yang curi tu mesti budak-budak area tu gak. Aku taknaklah bersangka buruk ngan budak tu, tapikan dia tak risau ker guna sim kad orang. Sekarang ni kan setiap no didaftarkan.  Pernah gak la aku call polis, minta tolong buka pintu... polis call aku balik dan dia terus sebut nama hubby aku, eh bila masa lak aku bagitahu polis nama hubby aku..dari situ aku dapat tahu, polis ada rekod setiap no yang didaftarkan. Kang budak tu buat panggilan palsu naya  laki aku kang... tanpa lengah kan masa, ... walaupun sebenarnya dah nak masuk 2 minggu handphone hilang baru hari ni hubby aku block no tu dan beli sim baru guna no lama. Lega....

Wah seronok gak aku sebab dapat balik no phone aku, biasalah kan aku ni kan wanted. Semua orang mesti nak call aku punya.. paling kerap bank la, mesti budak bank tu rindu kat aku kan? hihihi....

Jahat la orang yang mencuri tu kan. Kesian aku, ingatkan kad bank ngan IC je hilang.... kad touch n' go aku, yang baru aku reload pun kena kebas...tak pasal2 aku kena Q nak beli token LRT panjang siot....

Masuk Watson, kedai favorite aku tu pun tengok2.. la kad tu pun dah hilang... da tak dapat point...

Alamak, bos masuk awal lak hari ni, ingat nak beli charger hanphone.. huh, sekarang ni kite pakai handphone yang tak canggih dah.. no cam, no vid, no muzik, no IT ....dulu pakai touch screen sekarang press keypad jer..phone yang biase jer..erm jadilah dari takde.. hidup kena sentiasa bersyukur...

Dah jam 6 pm, tak sabar rasanya nak baca msg...hihihi singgah jab beli charger kat Wisma Rampai.. budak kedai hanphone tu cakap handphone takleh charge, ok mungkin lama tak guna tukarkan bateri, tukar bateri pun tak leh.. budak cina tu siap cakap bahasa india ngan aku, "kak, Elek.. kak" "hah elek...aduh" pastu hubby aku mencelah, haah lupa lak aritu handphone tu jatuh dalam longkang... "hah !!......alaaaaaa......, sekarang baru nak cakap ker?" budak cina tu suruh aku beli baru, handphone jenis yang sama.."ala, kak murah jer RM69, kasi discount kat akak RM65, ok"  tak yah la... lain kali jela dik... Aku tak pernah beli handphone, handphone yang aku pakai semuanya pemberian suami aku, aku pakai sampai hilang.... so, aku ada aim satu phone cantik kaler dia pink macam warna phone aku dulu.."Abang, cantik kan?" dia boleh blah camtu jer..... "nanti2 jelah ye..."

Nampak gayanya, takde phone lagi lah aku.... huh..sabor jelah..  

Selasa, 13 Mac 2012

Award

Wow... jangan tak sangka, aku diberi award.

Award The Seven Shadow "The Best Friend of Blog" diberikan kepada 7 sahabat yang selalu memberikan special support. Wah.. aku tergolong dari 7 orang sahabat itu.



Sebenarnya kan....aku ada baca satu entri kawan aku mengenai rasa terima kasih dia kepada kawan-kawannya kerana diberi anugerah. Aku yang tak tahu malu ni, berikan satu comment ucap tahniah sambil minta satu award kat dia... hehehe.
  Diapun ala-ala nak bagi ke taknak ni...orang dah minta ni..bagi jelah ... erm silalah ambil award tu...

dengan tersipu-sipu ala-ala malu kucing gitu,  akupun ambikla hahaha...


Sungguh aku cuma bergurau jer!! tak sangka diberi aku satu award. Agak2 korang berhak tak aku terima Award tu..?? Tapikan bak kata pepatah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.... hehehe so aku terimalah Award tu dengan hati yang berbunga-bunga.

  Thanks Drieant, I really appreciate that..

Khamis, 8 Mac 2012

lagi lagi Bukit Belacan.....

Sebenarnya cerita ini dah nak basi tapi disebabkan ia adalah sesuatu yang menyeronokan kami, so aku nak jugak cerita...

Alkisahnya pada cuti sekolah tahun lepas dalam bulan December 2011 la. Baba nak ajak semua pergi jalan-jalan ialah asyik duk rumah jer boring pulak budak-budak ni nanti. Asal baba ajak gi mandi-manda jer semuapun dah tahu kat mana...mana lagi Bukit Belacan la! Eh eh tak, kali ni baba nak bawa pergi kat Kemensah pulak.. 

Apa-apa hal pun kita google dulu... nampak menarik kan...

 Nak ke Kemensah ikut kawasan kampung. Jalan nak menuju ke Kemensah ni curam sikit.

Budak-budak ni tak sabar nak main air

Tempat ni memang menarik, tapi disebabkan hari cuti jadi ramai dah booking tempat, yang tinggal cuma di bahagian depan ni jer. 

Tempat ni memang sesuai bagi sesiapa nak rehatkan minda, pada yang nak mencari ilham tu memang sesuailah. Cuma kami ni tak rehatkan minda...hahaha kami nak mandi-manda! Actually banyak activity lasak yang boleh dilakukan di sini tapi entahlah... mungkin sebab kesuntukan masa kami buat keputusan pergi ke tempat yang biasa kami pergi....

Bukit Belacan.......!!!
Masih ingat jalan ni dalam part 1 part 2

Si kecik ni, sampai2 kat BB (cewah BB singkatan Bukit Belacan OK!) memang kat sinilah dia singgah dulu..

walaupun dah buruk tapi masih teguh..

kami pilih tempat yang dekat sikit..tapi kalau nak mandi air terjun kena jalan jauh.. hingga hari ni memang tak pernah kami pergi jauh-jauh...

Budak-budak ni berangan nak main pasir kat tepi pantai..tepi sungaipun diorang boleh layan...

dah penat, lapar lak so makan dulu...


memang tak puas main air, sambung balik... walaupun cuaca panas tapi airnya sejuk sangat....

hari dah nak gelap baru nak balik...layan ais cream dulu, walaupun masing2 duk terketar-ketar kesejukan...

Eh..eh.. baba nak kemana tu.??

 kat I-City........ wah best2 tempat yang paling Cool!!


Hero-hero mama....


uih...ni anak dara sapa lak ni...


Camera tak canggih so gambor pun xberapa nak clear...


Baba mental jab... pasal ramai sangat orang beratur nak masuk  Snow Walk I-City.. lainkali kita masuk :(  huh...alasan la tu...faham2 hehehe...


Ingat kat zoo je ker ada zirafah...


ni dia artis Korea sesat... (perasan lebih mamat nih)

pose ini dinamakan posing Minah Sengget... hahahaha (jangan maraa ahh)

dah hampir midnight masih ramai yang beratur untuk menaikinya



 

Aku tak pasti pulak tentang ni tapi kalau sesiapa pernah pergi  The Mall dulu mesti ingat dengan pirate ship, bumper cars dengan train dan beberapa lagi, rasanya macam semua games yang ada kat The Mall semua dah ditransfer kat Icity. Aku perasan sebab before pergi Icity kami singgah The Mall dan kami naik tingkat 6 kot..tak ingat.. ingat nak main games sambil menggamit kenangan bersama-sama adik2 sebab dulu kami selalu lepak kat sana tapi game house tu dah tutup. 

yang ni kelakar budak2 ni ok jer, tapi Maksu Intan diaorang yang gelabah (mata berair...takut) hahaha.!

Actualy banyak lagi gambar, cukup jelah yang ni jer.. siapa2 nak pergi silalah yea.. sesuai untuk bawa keluarga.

Satu hari berjalan-jalan anak2 memang happy tapi mama ngan baba dia yang letih diorang cuti lagi keesokan harinya tapi kami nak kena kerja.... waaaaa...penat.....tapi oklah asalkan depa happy :)