Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 24 April 2012

Wartikah Pelantikan - beri semangat

Assalam....

Aku sungguh berbesar hati melihat Wartikah Pelantikan adik bungsuku ni. Walaupun hanya sekadar pelantikan Penolong Ketua Tingkatan.   

Aku pernah kecewa dengan guru darjah adikku, walaupun pernah arwah mak menegur dan bertanya kepada guru darjah, kenapa adik bungsu aku iaitu Intan sehingga darjah empat masih tak pandai membaca, tapi seakan-akan tiada tindakan yang dilakukan. Iyalah mungkin masa tu, Intan belajar dikampung jadi masalah tidak pandai membaca bukan masalah besar agaknya. Kasihan Intan, dia jadi bahan ketawa kawan-kawannya dan ada juga yang mengatakan dia terencat akal. Perkara itu sungguh mengguris hati ibuku.

Sehinggalah suatu hari, kebetulan anakku dimasukan ke dalam wad kerana masalah jantung. Aku berkenalan dengan salah seorang ibu pesakit disitu. Aku perhatikan ada dua anaknya yang mempunyai perwatakan seperti Intan, bezanya mereka boleh membaca dan menyanyi dalam bahasa English. Tanpa bertanya ibunya memberitahu aku bahawa kedua-dua anaknya OKU (Orang Kurang Upaya) dari segi fizikalnya mereka memang nampak normal tapi mereka punya masalah IQ rendah. (Masalah pembelajaran) Aku bertanya banyak perkara mengenai anak2 kakak itu dan dengan sedikit pengetahuan yang aku dapat dari kakak itu, akupun beri cadangan kepada ibu bapaku supaya buat pemeriksaan terhadap Intan. Tapi waktu tu ibu sedang sakit jadi niat itu ku letakan ke tepi.

Sehinggalah Ibu pergi, dan bapaku pula sering sakit, jadi tiada siapa yang dapat perhatikan Intan. Maka akupun ambil tindakan untuk menyuruh salah seorang adikku untuk bawa Intan bertemu Doktor. Doktor memberitahu kami bahawa Intan mempunyai IQ serendah budak berumur 3 tahun walaupun umurnya sudah menjangkau ke 11 tahun. Doktor berasa hairan kenapa guru darjah Intan tidak bertindak untuk memberi cadangan kepada ibubapa kami sedangkan mereka tahu tahap IQ si Intan. Aku bukan nak memburukan guru itu, ada juga ibubapa walaupun diberitahu tapi tak mahu terima hakikat. Dulu aku sering marah Intan sebab berkawan dengan budak-budak kecil walaupun dia semakin meningkat remaja, kini aku faham dan membiarkannya asalkan dia seronok.

Aku berjaya mencari Sekolah Khas buat Intan dan kerajaan Malaysia juga menyediakan Allowance OKU buat Intan, Alhamdullillah.... 2 tahun sebelum ni, Intan belajar di Penang, sebab dia tinggal bersama abang aku. Memandangkan Along aku punya keluarga besar dan isterinya juga sering sakit dan Intan pula sering tidak dapat ke kelas memandangkan sekolah Intan jauh dari rumah Along aku, dan Intan hanya dapat ke sekolah bila Along dapat kerja shift malam dan off day. Aku pun meminta izin hubby aku untuk jaga Intan.

Jadi sekarang Intan bertukar sekolah dari Penang ke Kuala Lumpur, pada mulanya dia takut sebab pertama kali masuk Sekolah Menengah,  bertemu pelajar lelaki. Dia yang takut diejek rakan sekolah mulanya sedih tapi setelah seminggu di sekolah dia mula seronok. Alhamdullillah, Intan sekarang dahpun boleh membaca dan juga dilantik menjadi seorang penolong ketua tingkatan. Intan sangat rajin ke sekolah, semua orang kenal Intan sebab Intan sangat ramah. Sekarang Intan berumur 15 tahun dan dah tak mahu bergaul dengan kanak-kanak, tapi Intan pandai mengasuh.

Walaupun Intan lemah dalam pelajaran tapi dia cekap dalam hal kerja rumah. Aku selalu pulang lewat, tapi aku tak bimbang sebab segala keperluan sekolah anak2 aku Intan tolong sediakan, dari uniform hingga botol air minuman untuk ke sekolah, juga dia akan make sure semua homework anak2 aku siap, sebelum mereka tidur. Adakalanya dia juga menawarkan diri untuk menyerika pakaian aku untuk ke office, tapi aku menolak kadang2 aku bagi jugak...hihihi. Bukannya aku nak ambil kesempatan tapi bagi aku we are family..so give n take..hahahaha...
Menurut Intan seram sejuk dia waktu bersalam dengan Pengetua untuk terima Wartikah Perlantikan ini.

Aku nampak Intan sungguh bangga dengan perlantikan tu, malah ia dapat memberi semangat buatnya untuk berusaha lagi gigih. Di situ juga para pelajar akan merasa diri mereka diperlukan dan ini boleh membuatkan mereka lagi bertanggungjawab.

Aku sungguh terhutang budi buat semua tenaga pengajar yang pernah mengajar dan memberi ilmu kepada Intan terutama para guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Rampai. Untuk pengetahuan semua sebenarnya ini adalah tahun kedua Intan belajar di sekolah tersebut dan ini juga tahun kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Rampai buka kelas khas bagi pelajar yang kurang upaya seperti Intan. Alhamdullillah, Allah sering permudahkan jalan buat aku sekeluarga,  sekolah Intan berhampiran dengan rumah kami. 

Aku pernah melihat kelas Intan dan aku cukup kagum dengan para guru kelas serta pembantu guru bertugas bagi memastikan anak didik mereka dalam keadaan baik. Bukan mudah nak jaga pelajar istimewa ni. Ada juga yang tak dapat dikawal, adakalanya Intan juga lebam akibat di pukul rakannya. Di kelas itu, Intan adalah antara pelajar yang masih boleh dikawal ada juga pelajar yang Down Syndrome Down dan Hyperactive. Begitu besar jasa mereka bagi memastikan anak didik mereka berjaya. Sebab tulah pahala seorang guru berterusan selamanya.

All the best Intan Payungku...

Tahun pertama Intan tinggal dengan kami, dia asyik bergaduh ngan anak2 aku berebut tv channel sorang nak tengok, cartoon network ada yang nak disney channel dan sorang tv ceria, sekarang Intan dah tak layan sangat kartun, tapi layan radio dan clip video. Suka sangat menyanyi dan dah start layan rancangan untuk para remaja tapi rancangan tom-tom bak masih lagi jadi rancangan favorite dia. Jangan tak tahu sekarang dah pandai berFB. Dah besar dah adik bongsu aku ni.

Jumaat, 13 April 2012

Temujanji 2 tahun

Belek-belek fail lama ternampak satu dokumen. Alamak! Aishah punya temujanji. Wah dah 2 tahun  saat yang mencemaskan berlalu. 

Syukur Kehadrat Illahi kerana memberi kesihatan sempurna buat puteriku. Kalau diimbas kembali sejarah dalam hidup kami apabila mendapat tahu anak kami menghadapi jantung berlubang, ia adalah saat2 yang amat menyakitkan. 

Berbanding dengan Asyraf, Aishah mempunyai 0.5mm lubang di jantung walaupun tidak sebesar lubang Asyraf namun ia agak merbahaya kerana ia menyebabkan paru-paru Aisyah bengkak dan menyukarkan ia bernafas. Doktor memberitahu kami bahawa bernasib baiknya kami kerana bertindak awal sekiranya kami tidak membawa Aishah ke Hospital waktu itu mungkin kami kehilangannya. Syukur Alhamdullillah...

Selama setahun berkampung di Hospital dan 2 tahun Aishah hidup bertemankan ubat, lubang di jantung Aishah sudah mula tutup, ini kerana di jantungnya ada tisu yang lama kelamaan menutupi lubang tersebut. Ketika Aishah berumur 3 tahun Doktor mengesahlan masih ada sedikit lubang yang masih belum tutup namun ia tidak akan memudaratkan Aishah, akan tetapi kami dinasihatkan agar sentiasa memerhati kesihatannya. Doktor pun membuat temujanji 2 tahun lagi bagi melihat lubang itu akan tutup sepenuhnya.

Aishah ketika berumur 6 bulan (mulut comot makan kek birthday makcik Intan),

Waktu ini Aishah kena makan ubat jenis tablet, sebab ubat jantung takde jenis sirap. so terpaksa la dihancurkan dulu ubat tu. Rasa pahit, tadi sebab dah biasa dia telan jugak.


Ni waktu berumur 1 tahun lebih, masa ni kami tunggu Asyraf buat operation jantung, kat Gleneagles Intan Medical Centre, Ampang.

Dan pada 09 April 2012 adalah hari temujanji Aishah.


lama dah tak jenguk tempat ni

Seperti biasa, parking adalah masalah utama di sini. Maka terpaksa lah parking jauh, tak kisahlah.


Nak ambil gambar nurse tak bagi..... gambar ni terlepas hihihi..

Walaupun dah 2 tahun tak datang, tapi masih ingat perkara2 yang perlu dilakukan sebelum bertemu doktor. 1st daftar masuk wad, 2nd ambil berat badan dan ketinggian, 3rd Cek BP, pastu baru buat Echo. Sebelum tu Doktor cek dada Aishah, katanya tiada bunyi pelik (heart murmur), normal jer. (Its a good sign).

Tengok screen Echo, sekadar tengok aje. Tak tahu apa yang mereka tengok sesekali aku bertanya juga, bila juruEcho bagi penerangan aku wat faham2 je. (walaupun tak faham)

Menurut Dr Wong Hoi Ling, doktor yang memeriksa Aishah hari tu. VSD (Ventricular Septal Defect) dah tutup maknanya lubang kat jantung tu dah tutuplah tu. Alhamdullillah lega rasanya. Tapi, ada tapi.... masih ada lubang di PFO. (Patent Foramen Ovale).  Perlu tak aku risau, tak!.. Dr Wong kata tak perlu risau sebab ada ramai orang yang ada lubang PFO hidup normal. Ia hanya kecacatan kecil yang tak memudaratkan. Harap begitulah. Dr Wong masih bagi satu lagi temujanji lagi 2 tahun.

A PFO is congenital, meaning it is a defect that is inborn or exists at birth. Stated another way, the defect is an abnormality, not a disease. The septum between the two atria of the heart developed normally before birth, but the flap did not seal completely after birth

Hari ni aku ambil cuti kat office sebab nak bawa Aishah ke Hospital, tapi petang still kena buat part time. Aku ambil kesempatan bertanya boss aku tentang PFO. Menurut Dr Aida (boss aku), setiap bayi dalam kandungan memang ada PFO tapi akan tertutup selepas dilahirkan. Ia akan tertutup sendiri, bagi bayi yang lahir dengan lubang PFO adalah tidak normal. Walaupun tak mudarat tapi kami mesti sentiasa memerhati kesihatan Aishah.

Ok lah, aku anggap ia tak merbahaya, sebab Aishah seperti kanak2 lain malah sangat Aktif dan petah bercakap, dia juga kanak2 yang berani dan kuat. Semoga anak2ku sihat selalu.

Aishah juga suka bergaya  ^_^

Rabu, 11 April 2012

Segmen Jom Tambah Follower Bersama Mr. Dracula



Rasa sungguh teruja bila ada kawan ajak join segmen, so nita ambil langkah untuk sertai segmen ni.

Nita tag :-



So kalau uols nak join just click banner di atas wokey.. ^_^
Daulat Tuanku



Ucapan setinggi-tinggi tahniah untuk DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atas pertabalan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke - 14, dan juga DYMM Sultanah Hajjah Haminah Hamidun sebagai SPB Raja Permaisuri Agong. Menjadi sejarah apabila Tuanku Sultan Abdul Halim dilantik kali ke - 2 memegang jawatan sebagai SPB Yang Di Pertuan Agong. Pertama kali pada tahun 1970 - 1975. Moga Allah SWT lanjutkan usia tuanku dan diberi kesihatan yang sempurna.....ameenn....

Khamis, 5 April 2012

Gila Korea

Penat betul minggu ni, banyak sangat kerja. Bagi menghilang lelah kerana seharian kerja. Aku pun berbaring sambil menonton tv. Selalu kalau nak tengok tv mesti dah lewat malam, sebab masa tu lah aku dapat rehat. Rasa hampa pula tengok rancangan tv kat Astro sekarang, selain rancangan ulangan mesti cerita dia tak berapa nak best, lagi2 Asto box office, apa yang box office nyapun aku tak tahu.

Yang aku perasan dalam beberapa bulan ni diorang asyik tayang konsert k-pop. Alahai ntah apa la yang best sangat tu. Nasib baik ada jugak cerita best yang aku boleh layan. Macam last month punya cerita Korea tajuknya The Last Blossom, sedih sangat, banyakali aku tengok, bila tengok cerita ni, aku teringat kat arwah mak aku. Al-fatihah..
 
  dan bulan ni aku suka layan cerita Indonesia Dibawah Lindungan Ka'abah.
 
Kalau tak pernah tengok cerita ni kat Astro masih lagi ditayangkan.

Berbalik pada konsert K.pop, malas aku nak tengok, nampak tajuk dia aku dah nyampah, tapi Ahad lepas aku layan jugak lah hehehe...memanglah seronok tengok diorang menari ramai-ramai, satu kumpulan semua muka lebih kurang sama ngan aksi seksi, rasanya tak sesuailah ngan aku yang dah separuh abad ni. Penyanyi lelaki pula beza dari pakaian jer kot ngan artis perempuan, pasal muka diorang tak hensem langsung tapi cantik cam artis perempuan jugak...

Walaupun aku tak faham kenapalah orang Malaysia suka sangat ngan artis Korea walhal apa yang diorang cakap pun kita tak faham. Sedar tak sedar rupanya akupun sama naik... hihihihi..

Ingat tak Winter Sonata...

Ini adalah cerita Korea yang aku suke sangat tengok dulu.. Aku selalu pinjam cd kat Kak Ton my BFF tu, dia lak tak belipun cd tu dia copy dari kawan dia hehehe...
Masa dulu pakai cd jadi ada dua episod dalam satu cd, sebab suka sangat jalan citer dia, aku sambung tengok sampai 3 cd satu malam...jawabnya sampai ke pagilah aku tak tido. Kat office jadi ngantuk giler sekejap2 mata tertutup... terbuka....tertutup dan terbeliak!!!... bila nampak bos sedang merenungku.... "MENGANTUK KE?"... bos siap tanya..hihihi terus segar mata aku....

Bila Winter Sonata aku habis, aku continue cite Autumn In My Heart


Sedih citer ni, ending pun sedih, 
Actually siri Korea ni adalah siri tv di Channel 8. Setiap malam jam 8 kami mesti tengok tv walaupun tengah kerja sebab malam aku kerja part time and the boss is very sporting, so aku ngan boss layan tengok citer Korea..(sebenarnyakan boss tempat aku wat partime lah yang ngajar aku tengok citer Korea ni hihihi...) Janganlah cakap aku ambil kesempatan lak.... kalau ada kerja of cause la wat keje, kalau free jer aku layan tv.  Masa tu kami takde Astro so gambar tak berapa clear, tapi layan juga. Di sebabkan kadang2 ramai patient so kami tak dapat tengok habis, so Puan boss beli cd Kak Ton copy, aku pinjam hehehehe... bukan kedekut tapi jimat...

Habis Autumn In My Heart sambung Stairway to Heaven


Sayangnya walaupun citer Korea tapi kami terpaksa dengar alihbahasa Kantonis, tahulah mulut ngan suara tak sama dah macam karton dah aku tengok, aduyai hilang mood tapi kami layan jugak sebab ada subtitle Bahasa Melayu kalau tengok cd selalunya subtitle bahasa English.

Lepas tu citer ni tajuk kurang pastilah aku Vineyard kot.. takpe lah, biasalah aku selalu lupa tajuk. Nama2 pelakon jangan tanya.. surely aku tak tahu huhuhu... Tapi layan tetap layan... citer ni paling kelakar. Aku suke sangat. Yang ni Kak Ton rekomen kat aku, dia bagi aku pinjam DVD la pulak...


Lepas tu citer ni one of my favorite, Coffee Prince yang ni pulak Pn Dokter a.k.a. boss aku yang rekomen dia bagi pinjam DVD juga so aku layan.. Cerita ni aku tengok ngan adik lelaki aku, ingat budak lelaki tak suka rupanya dia pun giler Korea ek eleh...


Dah lama kemudian aku slow sikit layan citer Korea sebab banyak sangat siri TV yang aku follow tapi jaranglah tengok sampai ending.. Itu termasuk Sinetron Indonesia, Maxico,  Tagalog, TV9 & TV3pun banyak gak siri TV. Letih la nak layan so aku malas nak layan melainkan citer tu meletop macam Nur Kasih yang ini aku layan taw la TV3 mana nak ada ulangan tapi atas permintaan ramai siri itu dapat ulangan jadi ulangan tu yang aku follow...Best ! 

Sekarang ni aku layan Korean Movie lak, ni adik lelaki aku yang ajar. Bila dia lepak kat rumah aku, dia bawa DVD citer ni My Boss My Hero.. kelakar giler.


Bila Astro ada, aku layan citer ni pulak 200 Pounds beauty aku suka citer ni. sebab Heroin dia bila kurus nampak cam aku... hihihi aku tipu :p


Lama kelamaan senyap sunyi sebab akukan dah berkeluarga so TV jarang da aku tengok.. tup tup aku dengar anak aku menyanyi sambil menari.. "i wan no badi no badi but chu.. i wan nobadi nobadi but chu.." aku cuba amati lagu apa yang anak dara aku ni nyanyi la.. I want No body but you.. Wondergirl ... hehehe punyala dah lama tak tengok tv dan dengar radio. Pastu adik2 perempuan aku sibuk pinjam laptop nak tengok Youtube K-Pop, macam2 group dah aku tengok kat TVpun ada selingan video K-pop. 



Hanya kumpulan ni jer aku familiar tapi jangan tanya nama diorang aku tak tahu...

Kak Ton still layan Korean siri kalau dia tak sabar dia akan tengok ending kat youtube. sekarang ni dah update apa-apa yang you all nak tahu mengenai dunia artis cari jer kat internet. Tengoklah kalau ada masa aku pun mungkin akan layan youtube gak.

Tahu tak ramai budak2 suka sangat ngan artis Korea terutama artis perempuan. Memang comel. Nak tahu rahsia kecomelan mereka, tengok la kat bawah....


Minat minat jugak tapi jangan taksub k..