Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Sabtu, 26 Mei 2012

kenapa adik kena demam jatuh ni ??

Sekarang dah masuk cuti sekolah, mesti ramai nak merancang bawa anak jalan-jalankan. Budak-budak ni nak balik kampung tapi mama kerja hehehe...

Sekarang budak-budak mesti dah rasa legakan sebab ujian pertengahan semesta dah habis. Cam tu jugak lah si Intan, Asyraf dan Aishah, keseronokanlah diorang dah cuti sekarang, cuma Asyraf still ada kelas tuisyen.

All the best to you sayang 

Hari ni nak cerita pasal si adik Aishah, dia tak berapa sihat sekarang sebab dah diserang demam campak (chicken pox). Tak sangka dia kena demam campak sebab tak ada tanda-tanda dia demampun sebelum ni. Tapi syukur sebab Aishah kena demam campak betul-betul lepas habis exam. Aishah exam 14hb May hingga 16hb dan dia kena demam campak  17hb May. Rasa pelik juga sebab 16hb Asyraf yang demam, pagi 17hb tu Aishah ok jer petang tu yang dia kena. Maktok kata tiba2 jer dia deman pastu terus naik bintik2. Bawa jumpa doktor memang sahlah kena demam campak. Sebab semalam doktor dah periksa Asyraf, so doktor suruh pantau Asyraf gak mungkin lepas ni dia kena demam campak. Jadi Aishah dapat MC dan si kecil ni dah start cuti semestanya sebab dia tidak dibenarkan ke sekolah takut penyakitnya berjangkit kat kawan2.


Kesian adik nak tidurpun susah sebab gatal-gatal badan dia..

Orang kata penyakit di berjangkit kalau adik dah kena, pasti abang menyusul atau sesiapa ahli keluarga yang belum kena demam campak ni. Aku dan hubby dah kena, Intan pun cakap dia pernah tapi Asyraf belum lagi. Kelebihan si Aishah kalau demam macam tak demam, dia aktif macam biasa, mama dia jer rasa cam sakit tengok badan-badan dia macam berkudis tu, mesti pedih. Mungkin di siang hari dia aktif so dia tak rasa sangat tapi bila malam dia dah tak bermain, baru dia terasa sakit. Aishah pandai dia tak garu pun badan dia. Orang tua cakap kena minum air kelapa supaya bintik2 tu keluar semua dan kalau dah keluar semua jadi cepatlah sembuh. Jangan makan ayam sebab nanti badan gatal2, kicap pun tak boleh makan takut nanti berparut. Hujan pun tak boleh kena. Maktok cakap, kalau ikutkan petua yang betul macam2 pantang. Kita kena berlembut dengan pesakit jangan marah2, takleh keluar rumah la.. hanya boleh makan sup ikan jer. Tapi takde sapa nak jaga Aishah sebab maktokpun tak sihat, nasib baik baba kerja malam so siang tu baba yang jaga. Erm lupa nak pesan so si baba bagi juga Aishah makan nasik berlauk ayam dan kicap....nak wek camno benda dah jadi.

Tapi baba dapat petua dari seorang pakcik.. Ambil daun bamboo gantungkan kat depan rumah ngan belakang rumah walaupun macam tak relevant bagi kami, tapi ikut jugak sebab nak bagi anak cepat sembuh. Pastu letak daun bambo tu kat tempat tidur anak, alaskan ngan kain batik biar anak tidur atas kain batik tu ni bagi menghilangkan rasa mengenyam (gatal2). Lagi satu mandikan anak tu ngan air rendaman air bambo tu. Kami ikut petua tu untuk satu malam jer sebab malam kedua adik dah tak mengadu gatal2 lagi.. mujarab kot petua tu..

bersiap sedia untuk duduki ujian di Sekolah Agama

Risau juga kalau Asyraf kena demam campak ni, sebab dia baru je nak ambil exam. Kalau dah kena mesti tak boleh pergi sekolah. 16hb - 18hb Asyraf exam kat sekolah agama. Nasib baik dia tak kena demam lagi. Sabtu dan Ahad pun masih tak kena demam walaupun mereka bergurau seperti biasa. Susah kalau nak asingkan mereka sebab mereka ni memang tak leh dipisahkan (best friend lah katakan)

moga Asyraf berjaya..

Dah seminggu Adik kena demam campak, Alhamdulillah sebab masih belum berjangkit kat Abang. Dan Asyraf boleh duduki ujian pertengahan semestanya di Sekolah Rendah Kabangsaan pulak.

Baru-baru ni adik ada tanya :-

Mama macamana adik boleh kena demam jatuh ni?"- Adik
"Hah, demam jatuh??" - mama

Oh, baru teringat kenapa adik cakap demam jatuh, sebab dia terdengar mama cakap adik kena demam campak. Iyalah kalau campak memang lah jatuh kan..hihihi

"Bukan demam jatuhlah adik, demam campak....nanti kalau teacher adik tanya adik cakap kena chicken pox taw" - mama
"Mama,  bukan  ke  chicken pop macam ni.."  Abang menyampuk sambil mengepak
"Itu chicken dance lah sayang... adoiyai...hahahaha" -  mama

mama, chicken pop bukan macam ni ker ???

Alhamdulillah sekarang adik dah beransur pulih dan Asyraf masih sihat. Menurut Doktor kalau dua minggu adik kena demam campak dan abang tak kena mungkin ianya takan berjangkit. So kemungkinan besar Asyraf tak dijangkiti. Kuat juga antibodi budak ni.

 Adik dengan kucing yang bertandang kat rumah selama dua minggu.. sekarang tak tahu mana pergi kucing tu... mereka merindui kucing tu yang diberi nama comel..

Selama hampir 2 minggu Aishah tak pergi sekolah, Aunty Bee Cheng dah rindu kat dia. Aunty Bee Cheng tanya kenapa dah lama Aishah tak sekolah. Lepas mama bagitahu Aishah tak sihat, Aunty Bee Cheng pesan supaya minum air kelapa tanpa ais dan gula bagi sejukan badan. Nanti jumpa Aishah tamat cuti sekolah, Kesian Aishah tak dapat ikuti Party Hari Guru hari Jumaat lepas.

Aishah jelaskan kenapa dia kena demam campak...

"haa.. baru adik teringat hari tu abang irfan suruh adik campak songkok dia, adikpun campaklah..sebab tulah adik kena demam campak." - adik
"laa..iye ker.." -   mama

Kalau kita fikir balik, orang tua2 kan tak bagi kita campak songkok merata-rata sebab songkok letaknya di kepala dan selalunya di pakai semasa solat. sekarang ni adik kaitkan kesalahannya mencampak songkok tu sebagai sebab dia kena demam campak hihihi macam hukum karma gitu..Tak sangka kanak2 berumur 5 tahun boleh fikir sejauh tu...

Budak-budak ni kalau kat rumah ada jer idea diorang. tengoklah gambar yang mereka ambil sendiri..Macam nak promote barangan jer...kalau comel bekas tu takpe..hihihi





ok2 lah nanti bila kerja mama settle kita pergi jalan2 k...

Mama sayang kamu semua...


Khamis, 24 Mei 2012

WW #2 : Mama's sweetheart

ni apahal la pulak......!!!


Jumaat, 18 Mei 2012

masih ada yang prihatin..(^_^)

As-salamualaikum...

Macam tak percaya sekarang dah masuk pertengahan May tak lama lagi bulan June, maknanya sekarang dah nak masuk pertengahan tahun, cepatnya masa berlalu.

Ingat tak entri sabor jelah........, entri pasal handphone kena curi ngan wallet tu, habis semua kad-kad penting hilang sekali. Terpaksalah cancel semua kad bank, dan buat Mykad baru. Nasib baik ada polis report, so tak kena dendalah. Nasib baik sebab ada juga orang buat polis report tapi still kena denda alasan cuai. Tapi kes aku, kes pencuri masuk rumah so mereka tak dendalah kalau tak.. terpaksalah keluar duit RM200 jugaklah pasal 2 kali hilang. Mykad dah buat lama tapi tak siap2 lagi. Hari tu dah datang JPN tapi tak siap lagi so kali ni malas aku nak jenguk JPN tu, aku tunggu surat dari diorang jelah.

Dua minggu berlalu hubby aku bagi tahu Mykad aku dah dapat, so aku cakap takpelah kalau ada urusan ngan Pesuruhjaya Sumpah baru aku gi amik kat JPN yang kebetulan satu bangunan ngan Pesuruhjaya Sumpah. Hubby cakap bukan Mykad baru yang dapat, tapi Mykad lama tu dah jumpa.. Wah gembiranya terus aku tanya handphone jumpa sekali tak. hahaha..tak agak2 soalan, takan pencuri nak pulangkan handphone lak.

sampul duit raya, dalamnya ada kad2 yang hilang 2 bulan lepas...

Sebenarnya kawan pak mertua aku terjumpa kad2 tu  kat dalam satu sampul duit raya, katanya sampul tu dia dapat dari peti surat kosong, tiada pemilik. Belakang sampul tu tertulis "TOLONG POSKAN KAD2 INI PADA TUANNYA, TERIMA KASIH" Kebetulan alamat dalam Mykad aku tertulis alamat pak mertua aku so pakcik tu bagi lah kad2 tersebut kat pak mertua aku.


ada nota kat belakang sampul 

Alhamdulillah at least tak ada orang salah gunakan Mykad tu. Kad2 bank memang takleh guna semuanya dah di block. Cuma kad Watson ngan Kad Rabbit masih boleh diguna pakai. Mykad ngan MyKid Asyraf yang lama tu,  aku simpan je buat kenangan.

Kad-kad yang dijumpai, eh kad BSN takdelah...

Kalau dilihat dari segi keadaan kad2 tersebut, nampak macam dah kotor sebab ada kesan tanah, ini bermakna seseorang telah menjumpai kad2 tersebut dan cuba untuk memulangkannya disebabkan alamat pada kad tu bukan dari kawasan tu jadi orang tu hanya masukkan ke dalam peti surat kosong. Dia juga siap tinggalkan nota, kalau2 ada yang menjumpai kad2 tu dan akan memulangkannya pada tuannnya. Dan Pakcik Ramli iaitu kawan bapa mertua aku, bekerja sebagai pengurus kawasan perumahan ni yang nampak kad2 semasa dia bertugas. Dan dari alamat kad tulah yang akhirnya kad2 tersebut sampai ketuannya iaitu aku. hehehe... anyway benda dah lepas, terima kasih pakcik Ramli sebab pulangkan kad tu kat Abah. Dan buat orang yang mulia sangat tu yang sudi mengutip kad2 aku dan simpan kat dalam pos box supaya Pakcik Ramli dapat pulangkan kad tu kat aku, aku doakan semoga Allah murahkan rezekinya. Sebab rasanya tak ramai orang yang sanggup kutip kad2 kat tanah atau kat mana2 dan sanggup pula berusaha untuk pulangkan kepada tuannya. Tak sangka zaman sekarang ni yang penuh dengan orang yang penting diri ni, masih ada yang prihatin. Harap2 orang yang bersikap mulia macam tu tak akan pupus.

Moga Allah jadikan kita orang yang bersikap mulia. Aamiin..

Khamis, 17 Mei 2012

WW #1 : Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk para guru, jasamu tetap dikenang...

Sabtu, 12 Mei 2012

Happy birthday Aishah ^_^

Assalamualaikum..

Walaupun sibuk, aku tetap nak update blog ni. Kebelakangan ni banyak sangat kerja, samada yang tertangguh atau terpaksa ditangguhkan dan sekarang kena siapkan dan dateline dia pulak sama.

Dalam berberapa minggu ni, aku kerja dari Isnin hingga Ahad, dari pagi hingga malam. Bukan sebab gila kerja, tapi kerja memang banyak. Ada juga kerja terpaksa ditangguhkan sebab nak bagi laluan kepada yang lebih urgent. Bila dah tertangguh makin berlambaklah jadinya. 

Pada hari Jumaat tempohari bertarikh 04.05.2012. Aku minta supaya kawan aku gantikan tempat aku kat klinik sebab aku nak habiskan kerja aku dipejabat. So malam tu aku tak buat part-time, aku terus tumpukan pada kerja full-time aku. Suamiku datang ke pejabat membawa makanan bersama anak2 aku. Disebabkan esok hari Sabtu dan kebetulan cuti umum (Wesak Day) so pagi Sabtu aku free. Jadi aku terfikir nak bawa anak2 makan kat luar pada malam tu dan sambung kerja pagi esok. Cadangannya nak makan di McDonalds saja, tapi bertukar, sebab dalam perjalanan ke McDonalds fikiran aku melayang kepada gambar kek harijadi anak saudara aku bulan lepas. Kek gambar Upin Ipin yang comel. Aku ingat nak buat tempahan untuk anak aku Aishah dan pastinya gambar Princess Barbie warna pink adalah kegemaran Aishah. Mesti Aishah suka.

Alamak!...Ya Allah, hari ni harijadi Aishah, dan aku tak buat apa2........Ingatkan aku sorang je lupa baba Aishah pun lupa. Mungkin Allah nak bantu aku, jadi hati aku tiba2 tergerak nak bawa anak2 makan kat luar. Sebelum keluar tadipun aku ada cakap ngan hubby nak bawa diorang makan2 sebab asyik kerja je, masa ngan anak2 takde. Nasib baiklah teringat, so sempatlah belikan kek, tapi tak seperti yang aku rancang tadi.

topi birthday mesti kena beli

Destinasi bertukar, singgah kedai kek untuk belikan kek buat Aishah, pastinya kalau nak kek seperti yang diidamkan, memang taklah kurang2 amik sehari untuk order. So terpaksa lah pilih kek express.


kek aiskrim strawberi.. oklah tu asalkan warna pink...hehehe


party birthday mengejut gitu... 

I'm a bad mother, birthday anak pun boleh lupa... teruk betul.  Tapi kalau fikirkan balik tentunya aku akan rasa lebih bersalah kalau aku terus sambung kerja tadi. Tuhan bantu aku sebab tetiba jer fikiran aku melayang kat kek anak abang long aku. Memang selalu rancang nak yang terbaik buat anak2 tapi rasanya ini je yang termampu.
Happy birthday sayang, mama love u always.


Khamis, 10 Mei 2012

Class of 2012 - 1 Thuwaibatul Islamiah


Class of 2012 : 1 Thuwaibatul Islamiah
 Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

Selasa, 1 Mei 2012

Asyraf dan Pacemaker " Abangkan Astro Boy"

Assalamualikum..

Sekejap sahaja masa berlalu, tempohari pergi follow-up si adik kat GH (General Hospital) sekarang si abangnya pula, tapi kat IJN (Institut Jantung Negara). Asyraf akan ke IJN setiap 6 bulan untuk buat pacemaker check-up. 

Masa mula-mula dia pakai pacemaker waktu tu dia berumur 3 1/2 tahun sekarang dah 4 tahun dia mengunakannya. Doktor memberitahu aku, Pacemaker tu masih boleh digunakan lagi 4 tahun dan selepas itu tak pasti samada perlu atau tidak dia pakai pacemaker.  Kalau sebelum ni Doktor kata kemungkinan besar Asyraf tak perlu pacemaker lagi selepas 10 tahun, tapi kali ni Doktor kata tak pasti, lagi pun Pacemaker tu tak boleh digunakan lagi selepas 4 tahun ini bermakna 2 tahun sudah berkurang, ini disebabkan pengunaan tenaga volt pacemaker sebelum ni agak tinggi. Jadi dalam masa 4 tahun akan datang Asyraf akan menjalani satu lagi pembedahan bagi mengeluarkan pacemaker dan kemungkinan menukarnya dengan yang baru. 

Ini adalah gambaran kedudukan pacemaker dalam badan Asyraf

Asyraf ketika umur dalam 9 bln, lepas snap terus jatuh sebab tak pandai duduk dengan betul lagi.

Tak sangka selama 1 1/2 tahun hidup dengan Asyraf kami tak tahupun dia ada masalah jantung.

Asyraf , semasa umur 2 tahun, follow-up di GH sama dengan adiknya.

Tuhan maha mengasihi, setiap kali bertanya doktor samada normal atau tidak bibir kanak2 cepat biru, doktor sering jawap itu adalah perkara biasa bila lama bermain air. Sehinggalah satu hari Asyraf terjatuh waktu bermain dan dia muntah, terus kami bawa ke hospital dan bertanya lagi tentang tanda2 jantung berlubang. Sebab dilihat dari fizikal Asyraf tiada tanda-tanda melainkan biru dibibir sewaktu bermain. Tapi setelah diamati memang banyak tanda2 sakit jantung pada Asyraf. Bila doktor lihat melalui x-ray memang tiada tanda tapi bagi memuaskan hati aku, doktor pun buat Echo. Keputusannya memang mengejutkan. 

Asyraf ketika selesai pembedahan bagi memasang pacemaker.

Disebabkan waktu tu ramai kanak2 lain mempunyai kes lebih teruk dari Asyraf maka 1 1/2 lepas tu baru Asyraf dapat jalani pembedahan. Tapi bukan di IJN, ianya di Gleaneagle Ampang. Dan hasilnya memang mengembirakan sebab lubangnya dah tutup hanya injap jantungnya bocor sikit. Disebabkan pembedahan agak lewat jadi jantungnya tak berfungi dengan baik jadi dia terpaksa memakai pacemaker. Menurut doktor Asyraf akan mengunakan pacemaker setiap 10 tahun, memandang heart rate pulse Asyraf 60 beats, jadi kemungkinan after 10 years Asyraf tak perlu memakai pacemaker sebab after 10 years Asyraf dah berumur 13 tahun dan boleh dikategorikan golongan dewasa jadi, heart rate 60 tu adalah normal.  Tapi sekarang pacemaker tu hanya boleh digunakan lagi 4 tahun, jadi tak pasti lagi keputusannya.

Asyraf  tamat sekolah Tadika

Sewaktu Asyraf dalam wad dia selalu kata dia nak sekolah walaupun masa tu umur dia 3 tahun. Aku janji lepas keluar hospital Asyraf akan ke sekolah. Jadi bila umur dia 4 tahun akupun mencari sekolah tadika untuknya. Dia berkenan nak sekolah dengan sepupunya tapi, masa tu dia baru sahaja jalani pembedahan jadi pengetua sekolah tadika itu tak mahu ambil risiko. Jadi niatnya untuk ke sekolah tak tertunai. 

"Cikgu taknak abang, ke mama ?" Alahai sedih mama dengar. Pengetua tu cakap bukan taknak abang, tapi abang tak sihat lagi nanti dah sihat baru boleh sekolah.

Tapi bila Asyraf berumur 5 tahun, aku hantar ke tadika tapi bukan tadika yang sama. Aku pilih tadika lain bukan sebab merajuk dengan Pengetua tu tapi, tadika yang aku pilih tu berhampiran dengan tempat kerja aku, jadi kalau ada apa2 aku boleh berlari ke tadika tu. Kebetulan Pengetua yang berbangsa Cina  dan berkawin dengan lelaki Malayu tu, mempunyai anak yang juga jantung berlubang setelah jalani pembedahan, anaknya sihat dan membesar seperti biasa. Dia beri jaminan akan sentiasa menjaga Asyraf. Asyraf dah graduate, sekarang adik masih belajar di sana, adik masuk sekolah awal sikit, umur 4 tahun dah start belajar.

Asyraf yang pemalu dan nakal sekali-sekala. Dah darjah 1 dah sekarang.

Asyraf waktu jalani pemeriksaan pacemaker di IJN

Sewaktu di wad Gleaneagle kami berkenalan dengan seorang pesakit Indonesia berketurunan Cina. Dan waktu tu Ashraf Sinclair tengah popular kat Indonesia sebab kawin dengan Bunga Citra Lestari so, mereka panggil Asyraf dengan nama Asyraf Sinclair. Untuk beberapa bulan Asyraf perasan nama dia adalah Asyraf Sinclair bila orang tanya nama dia, dia akan cakap Asyraf Sinclair. Bila aku tanya siapa sinclair bukan ke nama baba Asyraf ialah Rushidi? So sekarang dia akan perkenalkan namanya Asyraf Rushidi. Masa berpisah dengan gadis Indonesia tu, kami terlupa nak ambil contact number sebab ingatkan bila dia balik dari IJN kami akan berjumpa tapi, Asyraf berpindah wad, sehingga kini kami tidak bertemu, kalau bertemupun mungkin dah tak kenal. Gadis tu pun critikal juga masalah jantungnya tak tahulah bagaimana dia sekarang, harap dia sihat.

Asyraf Rushidi

"Mama jangan bimbang abangkan Astro boy, memanglah kena cas bateri, hebatkan abang ni mama?"  Hai lah anak, dia boleh buat lawak, memang anak mama ni hebat. 

So, Doktor dah bilang bateri boleh digunakan lagi 4 tahun jadi kenalah menabung. 

Walaupun dah 4 tahun berlalu, aku tetap mahu berterima kasih kepada Tabung NSTP sebab telah membantu kami mengutip dana bagi menampung perbelanjaan pembedahan Asyraf dulu. Pada rakyat Malaysia yang telah menderma aku doakan moga kalian dilimpahi rezeki. 

Jangan mudah berputus-asa seandainya ada ahli keluarga kita sakit dan jangan bimbang dengan bayaran yang bakal dikenakan, jika kita berusaha pasti ada jalan. Percayalah semuanya datang dari Allah, setiap ujian yang diberikan buat kita tentu ada kebaikannya, Allah tak akan bagi kesusahan sekiranya kita tak mampu atasinya. Yang penting yakin dan usaha. InsyaAllah, Allah selalu bersama kita. Kita bertuah kerana di hospital kerajaan menyediakan subsidi untuk kita, kita hanya bayar sekadar mampu sekiranya tidak mampu masih ada badan kebajikan yang akan menghulurkan bantuan, seperti di IJN ada unit taksiran. Jadi para pesakit dan pelawat hendaklah bersabar dan jangan merungut sekiranya service GH dan IJN lambat, bukan kita saja yang sakit. sekiranya mereka dulukan orang lain bukan kerana mereka sengaja tapi mereka ingin menyelamat pesakit yang lebih tenat . Dulupun aku pernah marah sebab Asyraf sudah berpuasa sejak pagi hingga ke petang masih belum di operate dan kemudian memberitahu operation dibatalkan malah ditunda lagi 6 bulan atas sebab tiada katil di ICU, tapi sebenarnya mereka ingin dulukan pesakit yang kronik. Bila difikirkan balik secara tak langsung kita juga dah berbuat kebajikan kerana memberi laluan kepada pesakit yang lebih tenat.

Yang penting sekarang Asyraf sihat. Moga anak2 aku sihat selalu. Aamin..