Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 29 Jun 2012

Report card

Cepatnya masa berlalu dah pertengahan tahun dah.. pejam celik pejam celik dah setengah tahun anak-anak sekolah.

Ini adalah tahun pertama Asyraf sekolah kat Sekolah Rendah. Dah darjah satu anak mama ni. Terus terang sebenarnyakan aku ni tak tahu nak bentuk hala tuju anak aku ni, tak tahulah tindakan aku ni betul ke tidak, makin ramai yang pertikai makin rasa bersalah pula. Memang setiap ibubapa kat dalam dunia ni nak kan yang terbaik untuk anak2.

Dulu aku memang nak hantar anak aku belajar di sekolah Tadika Islam, ialah di usia yang muda tulah kita nak bentuk anak2 kita menjadi anak yang soleh, tapi atas faktor kesihatan Asyraf tak dapat belajar di tadika tu, kemudian aku masukan Asyraf di sekolah tadika Cina, bukan nak anak jadi orang cina tapi sekolah tu berdekatan dengan tempat kerja, dan yurannya pula lebih murah dari tadika sebelum tu. Anyway memang tadika tu milik orang Cina tapi Pengetuanya beragama Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Makanan yang disediakan juga halal walaupun dalam seminggu cuma ada 1 hari jer Pendidikan Islam diajar buat kanak2 Islam di Tadika tu. Memang betul kat kawasan rumah mak mertua aku ada taska milik kerajaan dan bayarannya jauh lebih murah, tapi aku pernah bertanya pada kawan aku yang hantar anak kat sana memanglah subject yang dipelajari lebih kurang sama tapi aku nak anak aku belajar lebih dari bermain.

Tapi kan betul, juga dulu pernah terserempak dengan bekas cikgu kat Tadika tu. Dia masih kenal Asyraf sebab anak murid dia yang suka berak dalam seluar so cikgu tulah yang terpaksa cuci..hehehe  Teacher Rani. Katanya dia tukar sekolah sebab terlalu tension, itu Guru.. anak2 muridpun sama, jiran akupun ada hantar anak sekolah tadika tu setengah tahun dia berhenti sebab tak mahu tengok anaknya derita. Tapi aku tetap hantar juga sebab bagi aku guru yang tegas dapat membentuk anak-anak lebih berdisplin.

Sekarang ni, Aishah sahaja yang masih belajar di Tadika tu dan dia masuk sekolah di usia 4 tahun. Aishah anak yang lebih berdikari so aku tak risau sangat.

Ramai yang terkejut dengan keputusan aku menghantar anak belajar di sekolah cina, malah pernah ibu mertua aku suruh Asyraf pujuk aku untuk hantar anak ke Sekolah Rendah Kebangsaan. Pelbagai alasan yang aku dengar tapi aku tetap dengan keputusan aku. Bagi aku kalau anak aku belajar di sekolah yang tak ramai murid Melayu jadi anak aku kurang bermain, tapi bukannya aku nak jadikan anak aku orang cina, malah lepas seisi pagi aku ada hantar anak aku masuk sekolah Agama, di sanakan semuanya murid Melayu. Mungkin mereka tak faham, aku nak imbangkan anak aku dengan ilmu dunia dan akhirat dan sekarang ni, aku cuma nak anak aku ada 1 lagi extra language... tu jer. 


Ntahlah pening pula rasanya, baru-baru ni anak aku di interview oleh kawan2 aku. Menurut kawan aku anak aku tertekan, sebab tak suka dengan sekolah cina. Aku pula beria hantar tuisyen supaya dia cepat pandai. Tapi setiap kali pergi sekolah dan tuisyen dia menangis. Dulu Asyraf tak macam tu, dia tak memberontak tapi bila dengar desakan kawan2 aku dia macam seperti ada orang yang menyokong tindakannya. Aku rasa syukur ada kawan yang prihatin, aku tahu sekarang ni ramai anak2 yang berpenyakit mental akibat desakan ibubapa. Aku tak mahu anak aku gila sebab aku. Tapi bila anak aku memberontak macam tu, hati aku terguris sebab dia lebih mendengar kata orang dari ibunya sendiri.


Hari report kad. Di sekolah Asyraf diadakan pada hari Sabtu.


Tergelak aku tengok gambar Asyraf dah serupa gambar zaman komunis dah...hahahaha ..



Menurut guru kelas Asyraf iaitu Mdm Chia, katanya Asyraf seorang yang rajin belajar. Kesungguhan tu ada tapi banyak yang dia tak faham.

Setahu aku, Matematik dan Sains sepatutnya dalam English ataupun Bahasa Melayu. Bukan ke Kerajaan dah selaraskan semua sekolah mengunakan English untuk subject Sains dan Matematik. Rupanya sekolah cina terkecuali. Dan memanglah anak aku tension dan keputusan untuk matapelajaran tu memanglah teruk. Cikgu nasihatkan agar aku dapatkan guru 1 to 1 untuk Asyraf memandangkan Asyraf masih berumur 7 tahun dan masih ada 5 tahun untuk UPSR. Dah tentunya aku nak anak aku score, jadi aku ingat kalau tak ada perubahan aku kena juga tukarkan Asyraf ke sekolah kebangsaaan.

Dari tadika hingga sekolah rendah masalah yang sama HomeWork, memang salah aku sebab selalu takde dengan mereka waktu mereka belajar di rumah.



Asyraf paling suka sekolah ni. Matanya bersinar-sinar bila bercerita tentang sekolah Agama.



Aku juga risau, sebab dulu Asyraf belajar di sekolah tadika cina, jadi susah sikit dia nak follow sebab kat sekolah ni menulis mengunakan tulisan jawi dan mamanya selalu pulang lewat dan tak sempat ajar anak Muqaddam tapi menurut Cikgu Asyraf memang tekun belajar cuma dia pendiam. (Tapi kat rumah different story)



Hari tu ada sekali, aku marah Asyraf sebab taknak sekolah pada mulanya aku cakap baik-baik dan janji akan tukarkan sekolah. Tapi dia seolah-olah mencabar aku makin dipujuk makin teruk pula dia memberontak so, aku pun ringan tangan tarik telinga dia dan cakap. 

"Mama susah payah cari duit dari pagi sampai malam nak bagi Abang sekolah, semua benda mama tangguh hanya semata-mata nak bayar yuran tuisyen.. bagi Abang pandai sekolah,  nanti besar takyah susah macam mama tapi abang suka dengar cakap orang dari mama. Orang tu ker yang bagi abang makan, bayar yuran abang..Dah!! mama takan tukar sekolah abang."

Aku tarik Asyraf masuk van dengan esakan dia pergi sekolah. Aku memang rasa bersalah tapi.... salah ke tindakan aku???

Malam tu aku buat macam lupa apa yang aku buat kat Asyraf pagi tadi dan seperti biasa perkataan yang keluar dari mulut aku ialah

"Asyraf, how your school today?" selalunya dia buat muka simpati tapi malam ni dengan senyuman dan jawap "not so good"  aku tahu dia pasti tak berani cakap tak fahamlah, tak sukalah, nanti takut aku mengamuk lagi. Itulah anak aku, memang betul kata kawan aku, dia suka jaga hati aku dari hati dia.

Asyraf nak sangat bola sepak. Dia nak bermain bola sepak tapi aku tak benarkan sebab takut membahayakan dia tapi demi nak dia gembira... "Asyraf, mama promise belikan abang bola tapi Abang promise mama to study hard ok." Then dia ceria semula, so gaji ni aku kena pergi beli jugaklah bola tu. Lepas pada hari tu, Asyraf tak memberontak lagi. Tapi aku juga akan pastikan kalau betul2 dia tak dapat nak memahami apa yang dia belajar kat sekolah cina tu, aku perlu juga ambil tindakan untuk tukarkan dia sekolah lain. 

Ok sekarang cerita pasal Aishah pula, yang si kecil ni memang tak susah nak hantar pergi sekolah cuma susah nak bangun kan dia pagi2 jer.


Adalah satu pagi aku pergi rumah Auditor ambil document kebetulan rumahnya dekat dengan sekolah anak aku. Dia nampak Aishah tanya sekolah mana, aku cakap jer Tadika JoyKid terus dia pesan ngan aku supaya malam-malam ajar anak baca sebab sekolah tu cikgu banyak garang. hehehe... aku tahu tapi sengaja je aku layan Aunty tu katanya cucunya belajar kat sana juga hari-hari nangis nak buat homework. Sama jer masalah diorang ni. Memang betul, walaupun baru tadika tapi homework nya banyak. Manalah budak-budak tak tension tapi kalau dah biasa buat kerja banyak nanti masuk sekolah rendah diorang taklah kekok sangat.


Seperti Asyraf, Aishah pun sama homework selalu tak siap...

Sebenarnyakan aku memang nak sangat anak2 aku pandai tapi salah aku jugak kot sebab tak banyak masa dengan anak2. Apa yang aku bangga dengan anak2 aku nikan ialah diorang buat kerja sendiri tanpa bantuan aku cuma bila aku ada masa dirumah barulah diorang ngada-ngada sikit, kononnya tak pandai menulis lah, mewarnalah walhal kalau aku takde ok jer diorang ni. 

Aku tahu aku bukanlah seorang ibu yang baik, tapi setiap hari aku berdoa hanya yang terbaik sahaja untuk anak2 aku. Memang cemburu dengan kawan2 yang pandai mendidik anak2 ada yang sanggup belajar demi anak2 tapi aku bukan surirumah sepenuh masa dan bagi yang mengalami pasti faham bukannya aku tak mahu pikul tanggungjawap sebagai pendidik tapi aku tak ada peluang lagi. Mungkin lepas ni...InsyaAllah


Moga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah....

Rabu, 20 Jun 2012

WW #3 : sukenya buat kira-kira

Khamis, 14 Jun 2012

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!

FAKTA YG MENGEJUTKAN!!
Harus semua ambil iktibar...
SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.


Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.


p/s:-aku pun terkena, so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak!!

Khamis, 7 Jun 2012

My Sweetheart is My Hero

As-salam..

Lama juga tak update blog ni... super sibuklah sekarang, minggu lepas ingat nak stay-back  tapi anak2 ni cam dah tahu mama tak buat partime hari Rabu tu. Tetiba jer diorang sampai office minta dibawa ke Titiwangsa, so seperti biasa takanlah si ibu ni nak tolak pula kemahuan anak-anak ni kan. Hari ni juga Si Intan takde pergi rumah kakaknya yang lagi 2 orang hehehe... saja nak lepak kat rumah orang bujang pulak. Bosan juga Intan takde kat rumah ni, rasa macam something missing jer... yelah selalu diorang ni kan suka bertekak.

Balik pada Titiwangsa, memang lama dah nak pergi tapi selalu jer tak sempat so hari ni tanpa dirancang sampai jer Titiwangsa ni. Tujuan asalnya si Asyraf nak main kereta control tapi disebabkan dia nampak ada orang main  kereta control yang lebih power dari dia, dia segan lak..hihihi.

 Alahai kereta abang kecik sangat.........

 beli jajan jap..

So kami ajaklah Asyraf ngan Aishah main kat Taman Permainan jer. Luas juga taman kat Titiwangsa ni..yelah tempat riadah lah katakan.


 sesampai jer kat taman permainan..
 
Ambil gambar sebelum main...

Aku tinggalkan sekejap jer budak-budak ni sebab nak cari tempat duduk..rasanya takdelah jauh sangat. Lepas minum aku nak jenguk diorang tapi dah takde... berderau darah aku, tapi aku control lagi sebab tempat tu luaskan mana tahu diorang pergi tempat lain. Dari awal hingga hujung taman permainan tu aku cari tak jumpa. Aduh...rasa nak pengsan. Mana pulak lah diorang ni pergi... aku bagitahu hubby, erm...sambil dia cari membebel lah pulak.. rasa macam worst jer aku ni.. Kepala otak dah fikir macam2. .. nak tanya orang tapi tak terkeluar suara.. lagipun orang ramai budak-budak jangan cakaplah pakaian dan saiz lebih kurang sama jer.

Dalam hati tak putus-putus berdoa agar cepat jumpa diorang ni. Lama kemudian dengar suara Aishah memanggil.. bila toleh, Ya Allah syukur sangat2 masa tu... diorang selamat. Asyraf diamkan diri tapi mata dah berair. 

Adik membebel kat mama, mama jer yang asyik kena bebel baba tak pulak huh!! anyway sebab happy diorang selamat...dengar jelah mulut si kecik tu membebel.. 

"Lain kali jangan buat lagi tau nanti adik pulas telinga dua-dua orang.." Amboi, garangnya anak mama ni. Aku tanya adik, pergi mana, dia bagitahu cari kami, "Adik jerit panggil mama..! mama! tapi mama tak dengar". Macamana nak dengar semua budak kat situpun riuh rendah. 

Bila abang dah macam nak bercakap aku tanya abang. Menurut abang lepas main sekejap dia tengok mama takde, dia pun bawa adik cari mama tapi tak jumpa, lepas tu dia buat keputusan untuk tunggu kat kereta sebab pasti mama ngan baba kalau nak balik mesti bawa kereta. Sampai kat kereta adik nangis nak mama ngan baba, pastu adik ajak pergi balik kat taman mungkin boleh jumpa. On the way balik ke taman tulah baba nampak abang ngan adik.

Adik steady jer abang lak yang gayat...

Titiwangsa tu luas nasib baik abang ingat kat mana kami park kereta. Nasib baik juga abang jaga adik dia dan tak lepaskan adik sendirian. Memang rasa bertuah sangat sebab mereka pandai menjaga antara satu sama lain.Alhamdullillah...lepas pada tu, aku tak lepaskan pandangan aku kat diorang. setiap permainan diorang main aku ada. 

Last game, jom balik dah nak Magrib...

Giler aku dibuatnya kalau anak2 aku hilang, si babanya pula takut diorang jatuh tasik sebab baru-baru nikan ada budak 3 tahun mati lemas kat situ. Itupun sebab mak terlepas pandang, disangka hilang kena culik rupanya jatuh tasik. Ya Allah jangan lah aku diduga sebegitu tak sanggup nak terima.

Kisah sedih tu simpan ajelah.. jadikan iktibar agar sentiasa berhati-hati.

Balik rumah sambung cerita tadi, kami pesan kat Asyraf dan Aishah, jangan pergi mana2 bila tengok mama takde tunggu hingga mama datang. Kami faham kenapa Asyraf ambil tindakan untuk tunggu di kereta dan rasa bertuah sangat sebab dia betul2 jaga adik dia. Baba cakap sepanjang Intan takde di rumah Asyraflah yang jaga Aishah, dia bancuhkan susu untuk adiknya. walaupun sering bergaduh betumbuk bertampar diorang ni pun ambil berat antara satu sama lain. Hari ini Asyraf jadi hero dan dia sangat sweet...


My Sweetheart is My Hero.