Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Selasa, 24 Julai 2012

Doa Asyraf

 السلام عليكم

Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita berpuasa. Moga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. 

Tahun ini juga adalah tahun kedua Asyraf berpuasa, tahun lepas adalah tahun yang agak mencabar buat Asyraf sebab tahun sudah Asyraf beria-ria nak berpuasa tapi kesihatannya tidak membenarkannya. Harap tahun ni Asyraf puasa penuh.

Hari pertama Asyraf puasa.
Agak senang nak kejutkan sebab dia exited sangat first day puasa kan, semangat berkobar-kobar. Tapi.... lepas subuh baru Asyraf perasan dia tak minum air puteh. Tekak dia terasa sangat sakit, pada mulanya mama suruh dia bersabar tapi melihat keadaan dia tak sampai hati, suruh dia ambil sendiri air tapi dia tak mahu sebab tak nampak keikhlasan mama nak beri dia minum. So mama ambil juga air dan pujuk supaya dia minum then only dia minum. Asyraf teguk setengah gelas air kemudian dia continue puasa. 

"Puasa ni dikira ke mama?" - Asyraf
"Sepatutnya tak, tapi Asyraf nak belajarkan ok la tu... esok sahur minum air puteh banyak2 taw" - Mama

Aisyah juga berpuasa walau setengah hari, tapi dia cuma makan koko crunch jer tengah hari dan minum susu lepas tu tak makan sampai Maghrib... boleh tahan juga si kecil tu.

Hari kedua..
Biasalah hari Ahad memang payahlah nak bagun. Akhirnya Asyraf sahur jam 6 am. 

"Mama, boleh ke sahur pukul 6?" - Asyraf
"Nak buat camner, takpelah abang, lepas ni kalau mama kejutkan abang bangun taw"- Mama

Supaya Asyraf tak rasa puasa itu beban, mama tanya kenapa dia kena puasa. 

"Asyraf tahu kenapa Allah nak kita berpuasa?" - Mama

Asyraf hanya tersenyum dan angkat bahu.

"Tahu tak Asyraf, kat dunia ni kan ada orang yang tak makan dan minum sebab diorang susah, Allah nak kita rasa macam mana diorang rasa, tengok semalam abang dahaga kan. apa yang abang rasa masa tu, bayangkan ada orang nak minum pun susah, dia nangispun masih tak dapat minum, tapi abang masih boleh minumkan? Kesian kan diorang, sebab tu kalau kita mampu kita harus bersedekah, tak baik kedekut Tuhan marah." - Mama

Asyraf hanya senyum jer tak cakap ape2. 

Hari Ketiga..
Masih susah nak bangun tapi bangun jugak walaupun mata masih tertutup tapi dia masih boleh mengunyah nasi yang mama suapkan.




"kot ye pun bukalah mata tu, tengok benda apa yang Acaf makan"- Baba

Asyraf ketawa dan terus ceria tapi mama kena suapkanlah makanan kalau tak tak makanlah jawapnya.

Lepas makan, baru mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Sebelum ke sekolah Asyraf solat subuh di rumah. 

Masih baru dan banyak yang perlu dia belajar, tapi takpe sekurang-kurangnya dia minat 



Lepas solat Asyraf berdoa..

"Ya Allah, ampunkan dosa saya dan dosa ibubapa saya. Jadikan saya anak yang soleh dan pintar Aamiin.." 

"Mama, pintar tu apa?" - Asyraf
"Pintar tu Pandailah" -  Mama
"Kalau nak faham bahasa cina boleh?"- Asyraf
"Asyraf minta jelah kat Allah , mesti Dia bagi"- Mama

"Ya Allah, terangkan hati saya supaya faham apa yang saya belajar di sekolah terutama bahasa cina.. Aamiin"

Lepas berdoa terus dia ke sekolah dan hari ni Mama tak perlu temankan dia tunggu van sekolah. Maknanya hari ni dia berjalan sahaja bersama Makcik Intan kat tempat tunggu van sekolah, selalunya Mama yang dukung Asyraf tapi hari tak, Asyraf pergi sekolah dengan ceria sekali.

Rasa terharu pula sebab dulu dia beria-ia nak tukar sekolah tapi hari ni dia mohon kepada Allah supaya dia boleh faham apa yang dia belajar. 

Semoga Allah makbulkan doanya.. Aamiin.

Rabu, 18 Julai 2012

WW #4 : Syukur

Isnin, 16 Julai 2012

Apabila Asyraf & Aishah kepenatan ^_^

Satu hari bersama Asyraf  dan Aishah...


Kalau tengok keadaan anak2 mama ni, rasa kesian jer tapi.....

 Alahai anak2 mama...

Rutin harian Asyraf.....

Jadual Asyraf penuh, Isnin hingga Jumaat Jam 6.15 am dah keluar rumah, balik 1.30pm lepas mandi makan sekejap jam 2.30pm masuk sekolah Agama pula. 6.40pm baru balik...Kesian kepenatan nanti malam nak kena buat homework pulak. Buat masa ni Asyraf belajar mengaji kat sekolah Agama, dan Sabtu pula, Jam 8.00 am pergi sekolah Agama untuk tuisyen Jam 9.30 am balik dan 2pm hingga 7.30pm tuisyen lagi.. Hari Ahad barulah Asyraf free.

Asyraf dah 7 tahun masih hisap ibu jari lagi...


Aishah ikut masa mama pergi kerja, kadang2 jam 7am dah pergi paling lewat jam 9am...hehehe...balik sekolah jam 12pm selalu dia singgah rumah maktok dulu petang baru baba ambil. Nanti malam baru dia buat homework.

Si Aishah dengan set berus gigi yang diberi gurunya, tak sabar nak bagitahu mama...


Waktu malam kalau tak buat homework mereka bermain dengan camera makcik Ana, takpun kacau makcik Intan. Selalunya mereka akan menonton TV channel cartoon kegemaran mereka.

Ben10 lah tu..... 


Tadi dia ambil gambar abang sekarang abang pulak ambil gambar adik..

 Mereka bermain bersama-sama sementara menunggu mama balik kerja..

 
Akhirnya tertidur dan mama baru balik.....

Nilah kalau tak ada orang menengur, tidur atas lantailah jawapnya. 

Mereka lebih suka tidur kat ruang tamu, dan suka tak pakai baju sebab kepanasan. Asyraf dan Aishah, badan mereka cepat berpeluh dan panas jadi mereka suka sejuk terutama Asyraf, mungkin mereka pesakit jantung jadi mereka sentiasa mahukan keadaan sejuk dan mereka tak suka selimut. Tapi mama akan pakaikan jugak baju tu dan selimutkan mereka. Sejuk sangat tak baik untuk kesihatan terutama kanak2.

Asyraf akan tertidur bila mama balik tapi Aishah sentiasa tunggu mama balik baru tidur cuma ada waktu tertentu jer Aishah tak tunggu mama  mungkin sebab penat sangat. Asyraf pula jam 9pm dia dah mula mengantuk mungkin Asyraf kepenatan sebab jadual yang padat tu....

Anyway 9pm adalah waktu tidur kanak2. 

Love u always.

Jumaat, 6 Julai 2012

Aku tolak rezeki ke atau memang itu bukan rezeki aku

Assalamualaikum w.b.t.

Just want to share a journey of my career ....can i called this as CAREER hihihihi....(boleh kot.. ah! suka hati akulah...)

Kat office ni, aku adalah pekerja wanted. Semua kerja aku buat, bukan nak ek tapi ni adalah kenyataan... huh! penuh kebanggaan...cakap jer apa kerja aku tak buat! dari kerja exact hinggalah ke peon. Tax, secretarial, account, audit, typist, tukang photostat, hantar surat, amik document, prepare cheque, bank in cheque banyak lagilah sampai wat kopi pun penah tapi tak sempat buat pasal kopi kat opis habis aku balun, so client datang meeting aku jamu air kosong jer, kalau nak minum sedap pandai2lah bos bawa mereka ke restaurant kat bawah office hehehe....

Ntahlah aku ni tak ada self confident ker atau aku ni pekerja setia..

Aku mula kerja kat Syarikat ni Nov 1998 sebagai admin asst. Sebab aku tension jadi admin assistant pasal ramai sangat nak jadi bos, aku jadi tertekan so aku ambil langkah sambung study tapi part time jelah. Amik LCCI. Bos dapat tahu so dia pun mula bagi aku buat account sikit-sikit, lama-lama aku pun terer...

Sehinggalah kini, aku masih berada dalam syarikat tu, staff pula bertukar-tukar. Tapi satu je aku bengang ngan bos, gaji aku naik sikit-sikit. Ye, aku memang bersyukur tapi aku manusia memang lah ada rasa terkilan sikit. Yelah aku ajar junior aku tapi gaji diorang lagi tinggi dari aku. Tapi takpelah ada sesuatu yang bos tahu apsal aku tak layak dapat gaji besar dan aku sampai hari ni pun tak berani nak suruh bos up kan gaji aku.


Dan suatu hari junior aku yang dah terer buat akaun tu dapat kerja baru dan salah satu company dia pergi interview ajak aku join sekali. Dan aku mula rasa, sesuatu perlu aku lakukan demi masa depan aku. Tapi dalam department aku ada 3 staff termasuk aku dan 2 orang sudahpun letak resign letter kat meja bos. Ntah apa yang aku fikirkan. Aku pun tolak tawaran kerja tu walaupun bagi aku ia adalah peluang yang bagus, mungkin jawatan tu aku rasa besar sangat dan takut tak layak so aku rasa takpelah aku tolak. Ingatkan bos ni prihatinlah nak naikkan gaji aku sebab loyal ke... erm tak jugak.  Kadang-kadang memanglah kita rasa kesiankan orang, tapi orang jer yang tak kisah pasal kita.

Ada jugak lah sekali aku terkilan ngan bos, aku minta bos beli PC baru kat aku pasal aku punya PC rosak tapi bos belikan 2 PC tapi bukan aku punya, orang lain punya. Sedih giler, aku pakai PC lama yang kawan aku tak pakai. Aku memang sensitif orangnya, kat rumah aku nangis, sebab bos ni ntah ape2 ntah. (memang mempunyai perangai keanak-anakkan sikit, itupun nak nangis hehehe..) Tup2.. office aku kena rompak, habis PC baru tu kena kebas yang tinggal PC lama aku ialah PC yang nak masuk muzium sapa nak curi..  (jahatkan aku, ade ker aku cakap padan muka tapi dalam hati jelah.. oopppttss.. memang susah nak aku ubah perangai ni) Nasib baik PC aku tak kena curi masalah nanti Akaun tak back-up.

Bos pun ajak kami pindah tempat lain. Kat situ staff mula takde semula, tinggal 2 orang dah sekarang, seorang dalam secretarial department dan aku dalam account department.


Ada 4 meja, empat-empat aku punya
Bos pun dah tak macam dulu, kurang sikit garangnya, tapi macam-macam dah takde seperti Company Trip dah takde Dinner pun dah takde Hari Keluarga memang tak pernah ada. Tapi Bos still bagi kami bonus setiap tahun. Company tak besar, staff semua dah kawin dan ada anak. Tapi yang bestnya sebab kami bebas buat kerja tekanan tak banyak selain dari masalah client. Kami santai jer kat office ni.


Mari imbas kenangan lama....

Kat offiice aku sorang jer Melayu, semua cina. Masa dulu bos ada 3 orang dan yang lain bos perasan. (biasalah junior selalu kena buli tapi bila aku jadi senior... )



Masa dulu2 bos suka bawa jalan2 kat Luar Negara, tapi bila aku masuk office ekonomi pulak tak bagus so bawa jalan2 dalam negara jelah..Oklah tu, kalau harapkan aku rasa nye KL-Mentakab jelah kot.. mungkin Penang sesekali hehehe...
(gambar pun dah nak rosak)  suatu hari nanti aku akan
ke pulau ni lagi...
(Walaupun gambar-gambar percutian ni takde kena mengena ngan story, tapi ia adalah salah satu benda yang aku suka kerja kat office ni masa dulu... almaklumlah orang susah .. nak bercuti kat tempat2 menarik hanya satu mimpi)


gambar diambil kat office lama...
selama aku kerja 2 kali kami pindah
Lama giler aku kerja kat office ni.. Dari takde boyfriend sampai lah ada dua orang anak. Aku adalah Staff bos aku yang pertama ambil cuti untuk kawin dan ambil cuti bersalin..Dan aku jugaklah staff yang ambil cuti sebulan untuk operation anak aku... pendek kata paling banyaklah amik cuti.. hehehe..sebab yang lain datang dan pergi tak sempat..

Pernah berbual ngan kawan aku, dia pun 10 tahun bekerja kat syarikat ni... Katanya company kami dah macam training centre, bila dah pandai buat full set account, staff tu pasti cabut. Dan sekarang kawan aku itu pun dah cabut jugak.. sekarang ni dia dah jadi Director dah kat salah satu syarikat client kitorang. Yelah, siapa tak nak berjaya kan..

Zaman dah berubah, sekarang ni setiap syarikat ada staff kendali account sendiri. Jadi makin hari client makin kurang, hanya tinggal beberapa company jer yang mahu perkhidmatan kami.

Aku memang hidup susah, memang lahir dari keluarga yang susah tapi aku selalu fikir kalau kita tak berusaha kita takan kemana-mana....Macam sekarang ni nak kena jaga adik dan anak2 pula semakin membesar. Hubby kerja tak menentu kadang ok kadang tak. Rezeki tu Allah memang bagi kat kami tapi kena kerja lebih sikit. Dulu masa baru-baru datang KL aku kerja klinik dan sekarang masih buat part time walaupun staff bertukar ganti aku masih kerja lagi Alhamdullillah dapat juga pendapatan lebih.

Dan dengan skill yang ada aku cuba tolong bos kawan aku buat account. Pada mulanya dia suruh continue account yang tertunggak sebab staff dia berhenti, disebabkan dia puas hati dengan kerja aku jadi dia beri aku kerja part time, update account company dia, yang ni punya tugas flexible sikit sebab aku tak perlu ada dalam office dia, aku boleh bawa balik buat kat rumah.


Anak2 dah tidur, mama still buat kerja...

Dah setahun lebih rupanya aku kerja part time kat company tu, gajipun up sikit..(baik hati boss naikan gaji pekerja part time) dulu ada juga kawan aku offer kerja ngan diorang tapi bos diorang tak cakap ape so aku wat tak tawlah sebab kalau gaji lebih kurang sama, baik aku kerja kat tempat aku sekarang. Tapi nak bagitahu, bos diaorang ni bukan saja handsome tapi baik sangat sampai kadang-kadang aku rasa macam tak percaya jer, yelah kalau kat office aku, bos adalah bos dan ada gap between boss and staff, don't you dare arguing him.. dia salah ker dia betul ker dia tetap betul.. tu yang kalau dia ada kat office cam rajin jer kami buat kerja tapi kalau dia takde.... hehehehe

Tapi bos diorang lain, pernah aku dengar bos minta salah seorang buat kerja, budak tu selamba jer suruh bos suruh orang lain. Kalau bos aku memang kaw2la kena tiaw...

End of May... boss part time panggil masuk office dia, Alamak!... aku dah risau sebab baru2 ni aku busy sangat dah lama aku tak update account dia, sebab kat klinik tak cukup staff pasal member aku nak kawin.. aku kena kerja setiap Sabtu dan Ahad. Mulanya aku takut jugak, tapi bos tu nak offer aku jadi permanent. Iyalah syarikat dia  ni makin maju, memang patut kena ada accountant kalau tidak susah, pasal aku pulak jarang update, nak tanya staff lain, mereka pun tak faham sangat bab account ni. Aku berbelah bagi sebab kalau aku terima, apa jadi ngan boss aku sekarang sebab hanya aku jer yang dia ada sekarang ni. Bulan Jun bulan Income Tax kerja pula berlambak, kalau aku tolak maka lepas ni aku dah kurang satu punca pendapatan.

ni document dari client kami, perniagaan kedai kopi..
memang bercintalah nak mengira.
Gaji yang ditawarkan of cause tinggi dari sekarang, then bila fikir balik... aku tak perlu fikirkan account company lain hanya satu jenis account sahaja. Bayangkan dulu aku ambil beberapa minggu jer nak siapkan 1 year full set account, itupun hanya beberapa jam jer aku peruntukan untuk update account. Kat office akupun account company aku updatekan jugak. So memanglah offer ni bagus. Kerja tak banyak gajipun ok. Kalau nak tunggu boss aku sekarang mesti aku  kena tunggu another 5 years untuk dapatkan gaji seperti tu, jadi aku memang patut ambil peluang ini demi anak2 aku, see.. rezeki Allah, aku tak perlu buat banyak part time dan aku ada lebih masa untuk anak2.

So aku cakap ngan kawan aku, suruh bagitahu boss dia, aku akan ambil jawatan tu tapi selepas selesai tax season, then only I can put my Resigned Letter on my boss table. Ape2 hal pun aku kena bincang baik2 ngan boss aku yang dah berbelas tahun bersama aku.

Hari malang sudah datang....

Rupanya pesanan tak sampai dan paling aku rasa terkilan iklan jawatan kosong dan pun tersebar... Akupun terus email kat boss tu tanya dah ada orang ambil ke jawatan tu sebab aku memang mahukan jawatan tu. Boss tu cakap dah terima seorang, katanya lambat sangat aku bagi jawapan kat dia, sangkaan dia aku tak berminat. Aku rasa sedih, bila aku kira balik yelah dah nak sebulan dah aku tak jawap dia, aku hanya berpesan pada kawan aku dan dia juga yang mengiklankan jawatan tu...

Itu ok lagi, aku anggap bukan rezeki akulah tu... laptop aku rosak nasib baik UBS dah back-up dan restore kat PC office tu, tapi still tak selamat sebab PC tu rosak habis semua account dalam tu hilang.. Kawan aku sampai sekarang tak bagitahu boss dia pasal ni.. Nasib baik latest account aku ada save dalam pendrive. Auditor bising pulak kata account aku tak betul. Kecoh, budak2 tu kata boss dah bising.. aku tanya apa masalahnya.. kawan aku cakap auditor kata transaction salah masuk Debit Credit tak betul. Auditor nikan buat aku menyampah aku rasa rendah diri sebab boss tu seakan-akan tak percaya dengan kerja aku. 

Sepatutnya Auditor tu kena tanya aku, bukan boss tu. Aku yang buat accaunt aku tahulah. Bila aku kaji balik apalah silapnya bukan banyakpun itupun sebab invoice tak cukup.. Boleh settle jer... disebabkan incident  itu boss tu dah tak percayakan aku dan aku mula rasa KOSONG, KOSONG, KOSONG...

Aku tak puas hati, aku tanya kawan aku boss nak jumpa aku tak, dia kata boss cakap kalau jumpa bukan boleh solve problem pun. Dan tak habis2 kata banyak salah... Aku call Auditor dan sekarang aku check lagi account tu, so now dah settle cuma tinggal tugas kawan2 aku tuk cari invoice yg hilang tu. Aku dah ok dengan bos tu, rupanya dia tak faham apa yang Auditor tu nak. For my 2 friends tu... aku dah lama bekerja tapi walaupun different department we works as a team tapi mereka tak, bila aku minta sesuatu mereka kata ok tapi tak jugak carikan alasan kerja mereka banyak. Cuba fikir kalau tak audit account boss pasti kena samam so bukan you all pun kena tempias ker... Dan mungkin itu juga sebab Allah tak mahu aku kerja kat office tu, sebab aku pasti makan hati.

Lepas ni, aku kena update betul2 sebelum aku serahkan account tu kat staff baru tu nanti. Laptop aku jahanam tak boleh repair, kerja dah kurang satu. 

Aku mengadu kat kawan aku "Allah tarik rezeki aku, rekod aku buruk... Apsal hah, lepas satu-satu dia ambil.."

Kawan aku cakap "Nasib baik dia tak ambil nyawa ko, mesti ada sesuatu disebalik sesuatu.. bersangka baik dengan Allah maka baik lah yang kita dapat"


Memang lah pedas tapi betul lah tu... sabar jelah

So to my own boss... you still my boss... hehehe

semalam aku cari office baru yang bakal mereka duduki... tak sedar my hubby ikut dari belakang

"Apa yang awak terjengok-jengok tu" - my hubby

"Dulu boss tu cakap dia ajak saya join Ekszel, sebab diorang nak pindah jadi bila saya join diorang takde lah rasa kekok sebab office dah jauh, Bayangkan kalau saya benti kerja kat SC Lai pastu nak masuk Ekszel tiba2 bos datang serentak ngan saya tak ker pelik dah lah pintu office bertemu pintu...Tapi tu dulu..dah tak jadi kerja ngan Ekszel dah diorang dah ada orang baru.. " - me

Sambil tengok muka aku dengan wajah yang kesian my hubby said "dah bukan rezeki awak, sabarlah..."