Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 30 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidifitri 2012

Assalamualaikum, selamat hari raya.

Hari ni saya nak cerita pasal raya pula.
Acaf & Ecah bersama sepupu mereka...

Pastinya kanak-kanak lah yang paling seronok sekali pada hari raya. Selain dari balik kampung mereka akan berjumpa dengan sepupu mereka serta yang paling mereka suka Duit Raya lah.

Ingatkan tahun ni tak dapat balik kampung, tapi saat akhir kami balik juga sebab ada orang nak meminang adik saya. So Abah berharap kami balik. Memang lah tak jauh sangat kampung tu 2 jam perjalanan jer tapi ada masalah sikit tapi kami berjaya juga atasi. Tahun ni semua pun balik hanya 2 orang adik kami tak dapat balik sebab masing2 dalam pantang. Bulan Ramadhan hari tu kami dapat 2 orang baby, seorang  lahir kat Kuantan dan seorang lagi lahir kat Ipoh.

Intan dengan keluarga Along..
Kat Mentakab, rumah abah saya kecil jer jadi sapa sampai lambat alamatnya kena sewa resort lah. Along dan saya sewa resort yang tak jauh sangat dari rumah abah. Bukit Bendera Resort, memang dalam kawasan pun, jalan kaki tak sampai 10 minit jer dari rumah abah.  Rumah abah kami kat Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang bukan Penang taw.




Kolam renang tempat favorite budak2.. tu mak budak tu
terpaksa jer masuk kolam... tihihihi
 




Setiap kali balik kampung memang kolam renang ni lah jadi tumpuan, pernah sekali pak guard tanya kami no bilik sebab cam tak caya jer kami sewa bilik. Yelah bilik yang di sewa cuma satu, tapi mandi kolam punyalah ramai, cam kolam tu kitorang punya lak.









punyalah lama tak balik kampung hah amik ko, dalam kawasan rumah abah jer ni ha.. takyah susah2 cari bas turun pekan, jalan kaki jer kalau nak shopping or tengok wayang..




Kalau tak swimming main games tulah kerja mereka pakcik2 diorang pun sama naik.








Berbalik pada cerita hari raya.

Biasalah, sebelum solat raya, kami semua bermaaf-maafan. Lepas solat raya, kami duduk berkumpul dan buat rancangan nak kemana. Pastinya kami akan ke kampung nenek saya kat Kerdau. Sebelum tu kami ramai-ramai ziarah pusara ibunda kami. Suasana di sana sedih sikit sebab teringat kat Mak sebab tak dapat beraya lagi dengannya. Semoga roh mak dicucuri rahmat. (Al-fatihah)

Pusara mak dekat ngan pusara atok kami (ayah mak) dekat ngan surau pula pusara arwah nenek ngan atok belah abah.

ada sikit rasa sangsi ngan tulisan di atas...
Raya pertama tak ramai yang datang ziarah pusara saudara masing2 atau mungkin kami yang datang lewat. Tapi raya kedua ramai sebab mereka masing2 adakan tahlil di pusara sanak saudara masing2.
ruang dapur nenek  dipenuhi oleh keluarga kami jer.... 

Abah saya siap pesan lagi, kalau dia pergi menghadap Ilahi dia nak dikebumikan di sebelah arwah mak dia. Tapi sayang sebelah pusara nenek dah ada orang. Kalau dulu kami tak boleh terima pesanan ni tapi kali ni boleh sebab apabila kita dewasa kita pasti tahu setiap yang hidup pasti mati cuma kita sahaja yang tak tahu bila saat tu kan tiba.


Oklah jom kita beraya pulak. Rumah pertama kami ziarah ialah rumah nenek kami. Ini rumah tempat saya dilahirkan. 

Rumah nenek belah mak dengan rumah nenek belah abah tak jauh, memandangkan sekarang hanya ada nenek belah mak jer, so kami singgah kat rumah nenek belah mak. Nenek saya ni kami panggil wo. Wo ni dah tak beberapa sihat, penglihatannya dah kabur pendengarannya pun tak jelas. Walaupun dah salam dan peluk dia, dia still tanya kat orang ,"Ita tak datang ker?" hehehe... so saya pun salam dia sekali lagi. Saya rasa gembira sangat sebab wo masih ingat nama saya lagi.



Ini pulak rumah arwah nenek belah abah, masa kecik2 dulu saya selalu habiskan cuti sekolah kat sini. 

Dulu depan rumah ni ada pokok rambutan tapi sekarang bertukar jadi rumah bini no.1 Pak Mat (adik abah) kat belakang rumah sepatutnya ada kebun. Ingat masa kecik, mak suruh ambil pucuk ubi buat masak lemak.. sedap! tapi sekarang kebun tu bertukar jadi bengkel kek Mak Jah bini no.2 Pak Mat... hehehe. 



Tengah seronok tengok perubahan, ada gak yang buat lawak.. ade ke patut, pokok durian yang sedang berbunga tu my hubby dan adik saya cakap buah anggur. Orang bandar pun tak ngaku kaum. Dah tentu pokok anggur jenis menjalar dan hidup kat tempat sejuk. Pak Mat menyampuk.."Itu Dunyen nak berbungo tu.." dan kami pun.."Oooo.. Oh kome Derian doh berbunge mari kite pinang anak dare.. " Oh ye, bukan turn kami nak pinang anak dara dah, kali ni ada rombongan nak meminang anak dara abah raya kedua nanti.

wah.. teringat masa kecik2 bagi ayam makan.
Masa sekolah rendah, saya tak rapat dengan nenek ni, dia nampak cam garang dan nenek ni suka kat Along jer, tapi walaupun saya tak suka Along masa kecik dulu tapi mana jer Along pergi saya nak jugak ikut. Dulu masa kecik jeles ngan Along pasal nenek cam sayang Along jer tapi bila nenek jatuh sakit dan saya banyak habiskan masa dengan nenek baru saya tahu sebenarnya nenek pun sayang saya jugak. Sebelum nenek pergi, nenek sempat cakap kat saya "Sayang nak tinggalkan Ita" sampai sekarang saya ingat lagi. Sama macam mak nenek pergi menghadap Ilahi pada bulan Ramadhan. Moga roh nenek dicucuri rahmat.. Al-Fatihah...


Dah petang kami pun pulang.

Ramai sangat terpaksa berhimpit...hehehe

Along berhenti bancuh susu anak dia, hehehe bapa contoh. 

Terasa lapor, walaupun dah makan lemang dan kueh raya. Perut tak puas kalau tak makan nasi. Jenuh keliling bandar Temerloh. Dah tentunya raya mana ada kedai makan buka. So Along decite kita semua makan fast food jer.


Raya tahun ni berbeza sikit, pasal kat rumah kami tak sempat raya rendang habis, so kami makan KFC jer. Family Feast gitu.. *_^





inilah Along dan isterinya.. KFC ni Along yang belanja...time kasih along ^_^

Apalah yang ditenung dek abah tu ha... cam sedih jer...
Walaupun hampir semua hadir tapi Abah tetap tak puas hati sebab masih ada dua lagi anak dia tak balik, Abah ajak kami pergi Kuantan melawat Linda yang sedang berpantang tu dan nak juga tengok baby girl, kemudian dia nak lawat Suzi yang juga sedang berpantang dan nak tengok baby boy dia. Tapi rancangan tu tak menjadi sebab abah rasa tak sihat. Dan kami dapat tahu Linda on the way balik raya rumah mertua dia. Abah hanya berbual melalui talipon jer untuk bertanya khabar mereka berdua. Berbeza ngan Linda, Suzi memang berharap abah datang tapi nak buat camner abah tak sihat, jadi saya dan Eyda wakilkan diri datang ziarah rumah Suzi kat Perak. Dari KL tak jauh sangat. Sayang handphone hilang so tak dapat nak upload gambar baby boy. Yang penting itulah raya, selain dari menyambut hari kemenangan buat umat Islam yang selesai mengerjakan ibadah puasa. Syawal juga adalah hari keluarga, hari kita bermaaf-maafan, hari kita jalinkan silaturrahim sesama Islam, hari kita ziarah-menziarahi. Memang sepatutnya kita lakukan tu bukan hanya pada bulan Syawal tapi pada bulan Syawal kita tak akan rasa kekok. Dan paling penting Pakcik dan Makcik janganlah lupa duit raya buat anak2 buah...hehehe..

Perkenalkan keluarga besar saya dan masih ada 5 orang adik2 saya takde dalam gambar ni.

Perkenalkan keluarga mertua saya. Dalam pic ada 2 buah keluarga actually..

Rasa sedih gak la bila cousin hubby tag pic ni kat fb..huhuhu.. Gambar me & hubby takde sebab 1st raya kat Pahang. Memang this year ahli keluarga side hubby semua berkumpul kat rumah Maklang di Ampang hanya kami jer yang takde. Harap next year dapat berkumpul. Paling best depa raya kat Kedah petang tu jugak depa gerak. Kat Kedah permandangan kampung lagi best, diorang siap bergambar kat tepi bendang lagi, memang cantik... tapi takpelah.. ada rezeki kami raya kat sana pulak.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Rabu, 29 Ogos 2012

WW #5 : 5 Perkara Terpenting


credit to AzamSaharPages

Jumaat, 10 Ogos 2012

Asyraf berimej baru


السلام عليكم
Lagi-lagi kisah si Asyraf..

Baru-baru ni, si Asyraf bising baba hantar sekolah agama lambat. Katanya kalau lewat tak dapat duduk depan. Berbeza dengan sekolah kebangsaan, di sekolah agama siapa sampai dulu dia boleh pilih tempat duduk. Seperti biasa, bila mendengar kata-kata anak, yang seperti berminat nak belajar tu, aku rasa sungguh bangga. Sabtu lalu Asyraf pergi tuisyen, keseronokan dia bila tuisyen kelas agama tapi bila tuisyen sekolah kebangsaan dia malas. 

Kebetulan aku lepak kat klinik dan setiap kali Asyraf habis tuisyen dia akan singgah di klinik. Selamat sikit sebab ada yang jaga dia sebelum baba dia ambil. Aku pun beritahu Dr Aida tentang Asyraf yang tak suka tuisyen matapelajaran sekolah kebangsaan berbanding sekolah Agama. Macam semalam beria-ia benar dia nak ke sekolah cepat sebab nak duduk depan. Asyraf anak yang pemalu tapi tak sangka dia nak pula duduk di bahagian depan. Macam hairan walaupun rasa seronok sebab anak nak belajar. Tiba-tiba doktor bertanya pada Asyraf. Asyraf nak duduk di depan sebab tak nampak kot, Asyraf senyum jer, dan baru aku perasan. Asyraf sering sakit kepala. Erm...apa lagi kami terus buat pemeriksaan mata kat Asyraf...
Gambar pinjam dari Google

Masa cek mata tu mata kiri Asyraf boleh meneka hingga No. 2 dan kanannya pula No.3 ini bermakna Asyraf memang rabun. So kami ke kedai cermin mata yang bersebelahan klinik. Hasil memeriksaan bercomputer mata Asyraf memang rabun dan ada sikit silau dan Asyraf perlu memakai cermin mata. Power sebelah kiri ialah 250 dan sebelah kanan 170 serta silau 75.

Serta-merta buat cermin mata sebab takut kalau tangguh nanti rosak mata dia. Kami pilih bingkai cermin mata, Asyraf pilih bingkai yang cantik dan kalau tengok dia pakai memang cute dan dia sendiri akui, abang nampak handsomekan. Tapi owner kedai tu cakap kanak-kanak tak digalakkan pakai half frame sebab mudah pecah, so kami decide yang ini....

 
ok kot... takpe nanti Asyraf besar sikit, kita tukar yang lain k..


Kawan2 Asyraf gelakannya kata mereka dah macam atuk nenek jer Asyraf ni.

Aunty Ton pesan kat Asyraf kawan2 Asyraf gelakan Asyraf sebab dioarang jealous kat Asyraf, selalunya hanya orang yang smart je pakai glasses hihihi...

Pesanan mama pula, ni dah pakai glasses kena rajinlah belajar, jangan harap penampilan je tapi... Asyraf gelak je dengar celoteh mama ngan Aunty Ton.

Pada mulanya memang ada rasa pening sikit, dan tak selesa sebab bulu mata Asyraf panjang jadi susah bila dia nak kelip mata. Dan dia pula selalu focus di bahagian frame jadi pandangan dia, terbatas sebab dia nampak petak frame tu. Tapi sekarang dah ok sebab kami suruh di jangan pandang cermin mata tu tapi cuba lihat sekeliling. Nasib baik dia faham dan sekarang Asyraf kata dah tak terasa sangat memakai glasses dan pandangannya pun jelas.

Rasa kasihan  bila tengok anak2 kecil2 dah pakai spec. tapi nak buat camner. Mungkin sebab keturunan kot sebab kami adik beradik ramai yang rabun dan mungkin sebab terlalu dekat dengan tv ketika menonton atau juga sebab lama sangat mengadap computer. Tak pastilah yang penting sekarang Asyraf sihat dan tak sakit kepala lagi.

Rabu, 8 Ogos 2012

Percubaan hilang parut kesan pembedahan

 السلام عليكم

Hampir empat tahun berlalu, pembedahan jantung Asyraf nampaknya meninggalkan kesan parut yang agak besar. Pada mulanya tak ketara sangat makin hari makin besar pula.


Asyraf suka buka baju bila tidur..


Badan penuh ngan parut. Asyraf selalu gosok parut tu, katanya sakit..

 
makin besar, nampak macam nak pecah jer..

Risau dibuatnya jadi, aku bertanya pendapat Dr Aida. Dr Aida suggest aku beli satu cream namanya Dermatix katanya cream tu cepat sembuhkan parut. Aku try juga cari kat farmasi tapi tak jumpa. Yang aku jumpa cream Mederma, aku terus beli sebab adik aku pernah ada parut kesan lecur. Memang teruk parutnya bila dia pakai cream Mederma, parut tu dah tak kelihatan lagi tapi berkotak-kotak jugalah dia beli. 

Aku bagi tahu Dr Aida, aku cuma dapat beli cream Mederma. Dr Aida kata cream tu ok juga tapi kena apply 2-3 kali sehari berbanding Dermatix hanya sekali sehari.

Menurut Dr Aida lagi. kalau parut tu tak boleh hilang juga, aku dinasihatkan rujuk pada plastic surgeon bagi membuang keloid tu, jika ia memudaratkan. Tapi takpelah buat masa ni, aku cuba dulu. Tengoklah dalam masa beberapa bulan ni ada tak perubahan.

Mula pakai 02.08.2012, nanti nak tengok ada perubahan ke tidak..

Khamis, 2 Ogos 2012

Sukaneka Tadika JoyKid

السلام عليكم
  
Sukaneka, sebelum Ramadhan pasti banyak sekolah adakan sukan tak terkecuali sekolah Intan, Asyraf dan Aishah. 

Tiga hari berturut-turut ada sukan, mulanya hari Jumaat 13hb Julai, hari sukan di sekolah Asyraf tapi tak ada jemputan sebab hanya pelajar yang terbabit sahaja yang hadir. Asyraf tak terlibat sebab cikgu tak benarkan, bimbang ia akan menganggu kesihatannya. Takpelah Asyraf mungkin ada aktiviti lain yang Asyraf boleh join next time. 

Kemudian hari Sabtu 14th Julai, sukan di sekolah Intan, last Year Intan dapat pingat emas acara larian, yang bestnya Asyraf dan Aishah join juga, acara kanak2 lumba lari bawa bola pingpong dalam sudu, mereka menang Aishah dapat no 1 Asyraf runner-up. Well, this year sebab Intan tak bagitahu awal2 so this year kami tak boleh join, cuma Intan jer yang pergi sekolah haritu, aku kerja Asyraf pula tuisyen, kesian Asyraf beria-ia dia nak ikut. And this year Intan dapat pingat perak je, mungkin tak ada orang nak bagi sorakan kot. Takpelah next year kan ada lagi..InsyaAllah.

Dan Hari Ahad 15th Julai, sukan di sekolah Aishah. Intan pula tak dapat hadir sebab kami tak ada kereta pergi padang sukan tu pun naik motor 4 beranak. Last two years Asyraf 5 tahun, dia ada ambil bahagian dalam acara sukan ni tapi gambar dan vid dah takde rugilah tak dapat buat kenangan. Memang aktif kalau tengok dia bersukan. Tapi kami datang lewat, tapi this year kami datang awal dan Aishah dapat warm-up dulu sebelum acara sukan. Memang seronok tengok kanak2 bersukan, tengok ibubapa bagi sokongan kat anak2pun best juga macam2 gelagat diorang.


Jom layan gambar.....

Ambil gambar, adik takde kasut sukan. tak sempat beli terpaksa pakai kasut sekolah abang.

Dulu Asyraf adalah murid paling lewat sekali datang semua orang habis menyanyi baru Asyraf datang tapi sukan kali ni Aishah datang awal sikit dan masih ramai murid belum datang. Hehe satu kemajuan...
  
 huru-hara kanak-kanak ni berkawad tadi still nampak cute je diorang tu..

 
Adik dengan rakan kelasnya

  Upacara dimulakan dengan nyanyikan lagu Negaraku serta JoyKid School Song

  
Ucapan dari Pengetua.. Teacher Zana
 
 Warm-up dulu... ikut Pakcik Polis buat apa..

Pengetua pun sama lincah dengan anak-anak, dan ibubapa juga diajak join tapi sikit jer yang ikut yg lain sibuk jadi cameraman...

menuju ke khemah semula dan tunggu giliran untuk beraksi
Teacher Aisha sedang beri penerangan kat murid 3 tahun...


 Cute... pandai!...pas kat member untuk teruskan perlumbaan...


lumba bawa bola guna gelung..kemudian sepak masuk dalam bakul (murid 4 thn agaknye..hihihi)



 Bantu.. murid 6 thn tolong pegang gelung untuk murid thn berapa pun tak pasti pasal saiz comel sangat..


Pecah jangan tak pecah...

 kanak-kanak lelaki ni sebenarnya tak suka nak pakai dress demi sukan dipakai juga...hehe

Aishah menunggu giliran..

pantas... ni tak tahu umur berapa ni

Apalah yang diorang ni bincangkan..

Seronok Aishah bila nampak baba dia..

Si Aishah bersedia untuk beraksi..
pada mulanya macam nak menang sebab Aishah mendahului yang lain, tapi....


Sayang video tak boleh nak upload so, tak dapat saksikan aksi mereka. Actually  ada banyak pic yang aku ambil tapi tak  letaklah dalam blog pasal yang dah ada ni pun kira banyaklahkan. Pic Aishah ambil hadiah pun tak sempat ambil sebab camera bateri low. Salah aku pasal 5 minit sebelum bertolak baru nak charge bateri. 

Dalam sukan ni pula, bak kata Vince juara AF1 "tiada pengalah semuanya  pemenang." So Congrats Kids!