Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Ahad, 30 September 2012

Bila Aishah Demam....(",)

Assalamualaikum w.b.t.

Khamis hari tu, aku ambil Emergency Leave sebab Aishah demam panas. Sejak petang Selasa, dia dah start demam, badan dia panas sangat. Dah bagi ubat still tak kebah. Malam tu dia menggigil kesejukan tapi badan dia tersangat panas nak tak nak terpaksa juga selimutkan dia dan balut badan dia dengan tuala basah. Doktor berpesan jangan selimutkan anak kalau badan anak panas takut nanti sawan. Sekejapnya tuala basah tu panas. Malam tu Aishah muntah sebab perut kosong, bagi makan dia tak lalu. Paksa juga dia minum milo tapi dia muntahkan jugak milo tu. Aishah anak yang baik dia seolah tahu jer mama dia ni risau.. masa aku peluk dia sambil basah2kan badan dia, dia suruh pandang atas, so bila aku pandang atas muka aku teralih dari muka dia dan dia cium pipi aku sambil cakap "Mama... adik sayang mama taw"  ala..sweetnya si Aishah ni. Lepas tu dia cakap "Adik demam macam ni, esok nak kena gi sekolah jugak ke mama"  erm..baru tadika dah start malas ke sekolah anak aku ni. Kalau dah demam memanglah tak boleh ke sekolah adik oi....

Actually, hari Rabu tu, sepatutnya Aishah tak boleh pergi sekolah tapi memandangkan hari tu ada sesi ambil gambar dan demamnya pula kebah bila diberi ubat so aku bawa juga dia ke sekolah. Start Petang Rabu ubat demam tu dah macam tak jalan jer. Risau dibuatnya kat rumah takde spare voren supp. selalunya kalau demam panas cam tu pakai voren supp jer, demam cepat kebah. So pagi Khamis tu kami pergi hospital terus.

Kat hospital doktor bagi fever suppository (ubat demam yang masuk punggung tu) kemudian doktor suruh ambil darah sebab Aishah dah 3 hari demam dan demam dia pula tinggi. Aishah baik, dia tak nangispun masa nurse ambil darah dia. Kebetulan ada budak lelaki lebih kurang umur Asyraf pun ambil darah pada mulanya budak tu nak nangis tapi sebab Aishah dia tak jadi nangis.. malu ooo gurgirl tak nangis boboy nak nangis pulakk hehehe


Keputusan darah Aishah, platelet count dia low so kena ambil darah lagi keesokannya.

So Friday aku kenalah gi kerja, nasib baik sebab aku ditugaskan untuk ke SSM, jadi aku ambil kesempatan singgah hospital dulu untuk ambil darah Aishah.

Jauh lagi giliran si Aishah... marah la konon.


Please ignore her nose...hihihi... mak tak perasan nak!!  (Aishah masih selsema dan batuk)

Nasib baik lah kite ni kadang2 ramah.. so berbuallah dengan orang sebelah dan kebetulan nak ambil darah juga. Katanya kalau tunggu no giliran alamat lambatlah.. sebab lepas ambil no. pastu ambil darah mesti ambil masa lama. Jadi aku ikut cara dia, aku bawa Aishah ambil darah sementara tunggu no giliran. so my hubby ditugaskan untuk tunggu no giliran. 

No giliran memang dah ada cuma nak tahu bilik mana kami nak ditempatkan.


Cool...!!  Tak sakit pun Ma..

Hari kedua ambil darah, Aishah tak nangis malah cam suka pula. Lepas ambil darah no giliran still tak dipanggil lagi. Bila dah dapat no bilik keputusan darah juga dah keluar so hanya nak tunggu giliran untuk jumpa doktor pula. 

Si Aishah ni kalau demam pun cam tak demam, aktif sangat ke hulu ke hilir tak suka duduk diam. Sampai baba  dia cakap elok demam panas budak ni baru duduk diam. choy... touch wood.. hehehe

Bila duduk, dia akan buat bunyi orang kat sebelah mesti bengang. Kat sebelah ada Aunty cina duduk, risau pulak Aishah kena marah.. "Aishah nanti Aunty tu marah"  Aunty tu pandang belakang then cakap "manyak cantek dia punye mate" sambil buat isyarat tangan nak bagitahu bulu mata Aishah lentik. Ceh..Aishah seperti biasa pantang kena puji terus duduk ala2 model gitew.. Aman dunia hahaha....

 
ni awek perasan cantek

ok last posing, nak balik dah..

Platelet count Aishah tinggi sikit berbanding semalam. Doktor pesan kalau hari Sabtu masih demam kami dinasihatkan untuk ambil darah lagi. Ingatkan tak nak ambil sebab Aishah dah aktif seperti biasa tapi pagi Sabtu tu badan Aishah panas lagi jadi kamipun pergi hospital lagi ambil darah. Dan resultnya platelet count Aishah dah normal. Menurut doktor kalau antibiotik dah habis dan still demam lagi, Aishah kena datang untuk buat X-tray pula.

Pagi ni tengok keadaan Aishah dah normal tak demam dah..Alhamdulillah..

thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 24 September 2012

Tahniah Shila Amzah ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni nak cerita tentang seorang artis yang memang aku kenal, maksud aku dia popular juga la kat Malaysia.... tapi aku tak berapa minat sangat. Hari tu ada juga terbaca tajuk2 dari blog kawan dan juga paper tapi tak terlintas nak ambil tahu sebab kalau dia menang bagi aku biasa sebab dia memang selalu masuk pertandingan dan aku ni memang tak sangat nak ambil tahu tentang hiburan ni, just dengar2 je orang bercerita. Tapi bila colleague aku yang berbangsa cina ni tanya pasal kemampuan Shila Amzah menyayikan lagu Mandarin dengan baik aku terus aku cari video Shila Amzah dalam youtube. Wow! dia memang hebat bagi aku. Kawan aku cakap ramai kawan2 semestinya kaum cina, memuji bakat Shila. Dan aku juga kagum sangat dengan bakat Shila Amzah. Ada juga kawan2 aku cakap ia adalah rezeki Shila selepas dia buat perubahan pada penampilan dia. Well apa2pun tahniah buat Shila Amzah. Dan aku terus minat dengan Shila Amzah hehehe... (^_^)

Berikut adalah sedikit info yang aku copy paste dari blog Gosip Artis Malaysia.



Tidak terlambat untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada penyanyi muda, Shila Amzah yang telah mengharumkan nama Negara ketika dia menjadi juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China pada malam Khamis lalu.

Pada peringkat akhir Asian Wave 2012 itu, Shila berentap dengan 12 penyanyi termasuklah finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Shila  berjaya memukau juri dan penonton dengan kekuatan vokalnya mendendangkan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying)


Berikut adalah klip video yang paling aku suka dan kagum sangat... layan k








 



 


Seronok aku tengok juri2 tu..sporting giler kan :D

Kejayaan Shila Amzah ini juga, aku jadikan contoh buat Asyraf. Orang Melayu pun boleh menyanyi lagu Bahasa Cina dengan baik hehehe...

thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 21 September 2012

Macam-macam ragam kan ??

Assalamualaikum w.b.t

Untuk beberapa hari ni, saya memang tak beberapa sihat. Kepala selalu sakit dan pening. Berdiri lama sikit rasa cam terhuyung hayang cam orang mabuk jer sesekali rasa seram sejuk. Kurang selera makan, perut pula sebu rasa mual nak muntah, kaki pula selalu kejang. Ni dah serupa orang pregnant dah tapi tak kot!! perut saya dah sememangnya buncit hehehe ialah cakap jer tak selera makan tapi kalau rezeki depan mata apa lagi ngap jer... Al-kisah malam sebelum penyakit ni singgah si Aisyah buat lawak.. ade ker patut dia bercakap dengan perut saya. 

"Kakak sayang adik taw, mama bila adik nak keluar ni, Adik nak adiklah mama.. boleh main sama-sama, Abang jahat." - Aishah

"Abang taknak adik, adik nakal abang nak adik lelaki jer boleh main bola sama-sama"- Asyraf

"Korang ni kalau tak gaduh tak boleh ker, Abang kena sayang adik, adikkan adik abang, Adik nanti kalau mama ada adik baru nanti, mama sayang adik baru jer nanti adik tak sedih ker"- Mama

Aishah diam, Aishah memang kuat cemburu, kalau saya peluk Asyraf dia mesti merajuk cakap tak sayang dia. Sebenarnya kalau diikutkan sekarang ni saya jarang peluk Asyraf sebab makin dia membesar kami macam tak rapat sangat. Aishah akan sentiasa peluk dan cium saya sebab dia memang manja. Susahkan nak bahagi kasih walaupun kita berlaku adil tapi pandangan anak seakan-akan kita ni tak adil. Anyway anak2 mama sayang, kamu semua memang Si Jantung Hati Mama. Tak tahu nak gambarkan kasih sayang tu.

Ok berbalik pada penyakit tadi. Sebenarnyakan walaupun saya kata tak tapi saya memang nak hehehe..sekarang dok blogwalking ade jer citer pasal pregnant, pasal babylah erm... owh sungguh aku rindu saat tu. Seronok dengar kawan2 cerita tentang pregnant dan juga baby ni. Memang mengujakan. You all nak tahu, saya ni kalau ada sesuatu berlaku, selalunya saya akan merancang dan membayangkan lepas ni apa jadi kalau cam ni, camner saya nak buat. Agaknya tulah penyebab kenapa saya sakit kepala dan paling best sekali apa yang saya rancang selalu tak menjadi. Disebabkan memang dah lewat datang bulan hehehe.. saya pun buat UPT. Tak buat lagi, baru jer pegang UPT kit tu saya dah fikir camner nanti nak bagi tahu boss, kalau saya cuti bersalin sapa nak cover kerja saya, nanti anak sapa nak jaga, tadika nanti nak hantar kat mana? giler jauhkan..pandangan saya. Jeng jeng jeng..bila buat test dan resultnya....NEGATIVE erm... musnah harapan... kecewa dan lega... itulah yang saya rasa. Tapi saya memang jenis tak puas hati... seminggu lepas tu saya buat lagi erm..confirm takde... so sabtu ni nak joginglah..hahaha..

Allah takan beri sesuatu kalau kita memang tak bersedia menerimanya. Betul, saya belum bersedia menerima anugerah itu sebenarnya. Dan saya demanding sangat.. belum apa2 dah berangan nak anak kembar bukan tu saja kalau boleh biar kembar seorang lelaki seorang perempuan... hehehe adilkan dua2 dapat adik yang diidamkan... cam special sangat diri ini.. tapi tak salahkan kalau berangan...

ok stop the nonsense, sekarang nak cerita tentang apa jadi dengan saya hari ni. Saya ditugaskan untuk ke LHDN dan SSM. Nasib saya baik sebab ada dua teksi sedang menunggu. Pergi ke teksi pertama.

"Nak gi mana dik?" - taxi driver  
"LHDN Wangsa Maju" - me
"Saya tak main dekat2 ni" - taxi driver

Terus je saya pusing konon nak naik teksi no 2 tapi dah ada orang cop. Dalam hati saya "Wah! sikit punya ek abang teksi tu. tak main dekat2.. walaupun dekat tapi caj tu mahunya sampai 5-6 hengget tu.. dia takmo" takpelah saya dah dapat teksi no 3 dan terus ke LHDN, caj RM5.50. Bagi sesetengah orang mungkin jumlah tu sikit agaknya. Takpelah sebenarnya bukan rezeki diapun.

On the way ke SSM, saya naik LRT, nasib saya baik walaupun ramai orang tika tu tapi saya dapat seat dan bukan seat khas. Saya memang selalu elak dari duduk kat seat khas tu sebab dikhaskan untuk OKU, Warga Tua, Wanita Hamil, Ibu yang dukung anak. Sampai satu tempat ada orang pregnant duduk kat sebelah saya.. cute jer saya tengok. Saje jerkan nak bagi jelez, dulu saya pregnant tak camtu. Orang tak prasan saya pregnant tahu2 dah berpantang.. "Eh bila ngandung ni..?" boleh diorang tanya soalan walhal hari2 jumpa. Bayangkan kandungan saya 9 bulan berat saya 48Kg. itu dulu sekarang ni tak pregnant dan itulah dia berat saya sekarang hehehe..ok2 Sabtu ni gi joging... Dan singgah satu tempat lagi muncul lagi pregnant lady.. orang yg duduk kat tempat khas tu cam tak nampak je mak buyung tukan.. Walaupun saya sakit kepala dan cam early pregnant ni offer diri untuk berdiri dan bagi seat saya kat pregnant lady ni dan mata saya tertumpu pada sorang lelaki yang sebelah prenant lady tu..huh! takde perasaan langsungkan.. kot lah nak offer seat dia. Sungguh dunia sudah kekurangan lelaki budiman. Sampai Masjid jamek baru saya dapat duduk semula.

pic pinjam google... walaupun dah ada tertera zon keutamaan ada juga yang buat2 tak faham kan..


Sampai kat SSM, saya pun beratur untuk dapatkan no giliran. Sampai turn saya..

"Annual Return" - me
"Berapa dik?" - kakak jaga no.
"Satu jer"- me

Elok jer lepas akak tu press no. selamba jer pemuda India ni ambil no. tu pastu cakap kat Akak tu nak lagi satu. No. tu ialah no.1201, dia bagi kat sorang Uncle tu ok, saya sabar ni, no.1202 dia amik dan terus belah tanpa rasa guilty..dan saya dapat no 1203. Dengan nada gurauan serta harapan supaya orang tu dengar saya cakap kat kakak tu "Jahatnye diorang tu kan kak, orang lain datang dulu selamba jer dia amik no tu." dengan rasa bersalah kakak tu tersengih...ialah bukan salah diakan... Sayapun duduk sambil belek document pastu ada sorang brader ni bagi saya no.1200 pastu no 1203 saya bagi kat dia sambil cakap terima kasih. Dia ambil sambil cakap ala..lagi 3 nombor je kot. Hehehe.. kesukaan betul saya sebab no. tu adalah lebih awal dari no.si biadap tadi kan.. Habis selesai tugasan saya, sayapun balik dengan hati yang berbunga. Happy semacam lak.

"Sesungguhnya Allah tu Maha Adil... sabar je k, pasti yang indah akan muncul tepat pada waktunya."

Itu cerita saya hari ni, jangan lupa bersenam. k.bye!


thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 14 September 2012

5 Perkara Bawa Wanita Ke Syurga

Assalamualaikum w.b.t

Tiada idea nak buat entry lagi..cuma hari ni, disebabkan saya tertarik dengan satu artikel, so saya copy paste dalam blog ini untuk panduan saya serta muslimah sekalian....( ^_^)

 
Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
  • Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami.
  • Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. 
  • Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. 
  • Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. 
  • Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam


credit to Islam Itu Indah

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 12 September 2012

WW #6 : Rezeki Allah

sayang sangat dengan rezeki Allah




Isnin, 10 September 2012

Kisah Si Kucing Kurap

Ada seekor anak kucing ditemui oleh Asyraf di tepi tangga. Asyik mengiau tak tentu masa, mungkin kelaparan agaknya. Rupa kucing ni sangat hodoh, kucing berbulu hitam dan kulitnya banyak kurap. Sentiasa tergaru-garu sehingga ramai yang tak mahu pedulikan dia, walaupun dia hanya anak kucing. Seolah-olah ada magnet menarik anak kucing tu duduk di depan pintu. Sesekali mengiau bila nampak kami. Aku yang memang pengeli orangnya tak mahu sentuh kucing tu langsung. 

Tapi melihat keadaan kucing tu hati aku tersentuh. Aku minta agar suamiku memandikan kucing tu dan dia  mengarah adikku pula, Si Intan yang memang sukakan kucing. Disebabkan Intan ni takut dicakar kucing tu, akhirnya aku juga yang memandikan kucing tu. Eeew..... geli. Tapi kucing tu sikitpun tak  memberontak seolah-olah dia suka dimandikan, mungkin badannya terlalu gatal. Setelah disyampu kami mengelap badan kucing tu sambil mengeringkan bulunya mengunakan hair dryer. Banyak kutu jatuh dari badannya mungkin mati kelemasan. Kucing tu berbau wangi tapi disebabkan dia berkurap, aku masih tak mahu usik badan kucing tu tapi aku ada juga sapukan dengan minyak Johnson. Kami beri dia makan, Ya Allah, anak kucing memang kelaparan, dengan lahapnya dia memakan makanan kucing yang kami bela sebelum ni.  

Selepas diberi makan, kami letak di luar rumah tapi  hanya sebentar sebab tak sampai hati dan risau dia kesejukan. Kami letak dalam kotak, terus anak kucing tu tidur mungkin kepenatan. 

Pernah dengar kata orang, kulit anak kucing boleh dirawat oleh lidah ibu kucing. Jadi kami cuba beri pada kucing kami Puss untuk menjilat anak kucing tersebut tapi Puss seperti marah dan nak mengigit anak kucing tu mungkin sebab bukan anaknya.  Kucing kalau pertama kali jumpa memang suka bergaduh.

Pagi tu, suami aku beli makanan kucing khas untuk anak kucing, suka tengok kucing tu makan walaupun tiada niat nak jaga kucing tu tapi kami beri dia nama Junior sempena nama makanannya. 

Kami letakkan Junior di luar rumah sementara kami keluar bekerja. Takut nanti Puss bergaduh dan mungkin Junior berak dalam rumah. Bila suamiku balik dari menghantar aku ke tempat kerja, kucing tu dah tiada lagi.

Petang tu, Asyraf tercari-cari anak kucing tu, walaupun di rumah kami ada 4 ekor anak kucing. Melihat kesungguhan Asyraf, aku juga turut bersedih. Tak tahu apa nasib anak kucing tu. Tengah malam suamiku pulang, dan anak kucing tu berlari mendapatkan suami ku seolah-olah dia tahu waktu suami aku pulang, iyalah, mungkin kami beri dia makan jadi dia tahu jalan pulang. 

Hari kedua kucing tu dirumah kami, Puss boleh menerima kehadiran Junior malah telah menjilat kepala junior yang berkurap tu, dan sekarang kulit junior makin elok. Keadaan Junior bertambah baik. Asyraf letakan Junior bersama-sama anak kucing yang lain. Junior seperti selesa dengan anak2 kucing yang lain mereka bermain bersama. Terharu melihat kucing-kucing tu, seperti aku tahu perasaan mereka. Yang jelas mereka juga ada sifat belas antara mereka. Kini si kucing kurap tu dah jadi sebahagian dari keluarga Puss.

Semalam berlaku perkara yang aku tak suka. Sedang aku sibuk berkerja, Si Junior mencakar kerusi aku, seolah-olah mahu meminta sesuatu, rupanya dia dah berak di tepi katil aku dan kencingkan langsir aku, Haaaaa...tension! tak pasal2 aku kena mop lantai tengah malam. Dihati terniat juga nak biarkan Junior duduk diluar rumah tapi terasa tidak adil pula buat si Junior ialah setiap hari aku akan cuci mata anak2 Puss dan mengubati anak2 Puss dan apa pula beza antara mereka, kesemuanyapun kucing liar. Aku ikut petua kawan aku, ambil kucing tu letakan hidung dia ke tahinya dan kemudian letakkan hidung di lantai tandas, InsyaAllah kucing tu akan tahu mana tempat dia nak buang hajat lain kali. Dan seperti entry yang sebelumnya. Just wait &  see... ^_^
Kalau degil jugak! ha.. ni makan dia  


Ayat-ayat skema hehehe...
(oh ye,  tiada gambar sebab takde camera)  


thank you for reading ^_^

Rabu, 5 September 2012

Pets pinjaman ..... (",)

Assalam...

Pets, pasti ramai yang memiliki binatang perliharaan. Aku, erm... tak. Pastinya taknak ada binatang peliharaan. Why?! sebab aku memang tak layak. Nak jaga binatang ni bukan senang, takut nanti menyiksa binatang tu sendiri. Kalau jaga adik, pastinya mereka boleh berinteraksi dengan kita at least kita boleh bertanya samada dia suka ker, selesa ke. Tapi kalau binatang ni, boleh ke kita tanya?? lainlah kalau kita ni cam Dr Dolittle kan. 

Tapi lain pula dengan anak2 aku. Especially Asyraf, dari umur setahun dia dah minat nak jaga binatang. Kalau bawa jalan2, asal jumpa je kucing mesti dia nak bawa balik. Suatu hari tu adalah seekor anak kucing dok kat tepi lif. Comel sangat tapi tak nampak pulak mak dia. Asyraf simpati ngan kucing tu so dia minta baba belikan susu untuk kucing tu. Lepas bagi kucing tu susu, Asyraf minta bawa balik rumah takut kucing tu kesejukan. Kami tak bagi alasan takut tuan atau mak kucing tu cari. Dalam lif Asyraf diam tapi mata dia berkaca. Sedih, kami pujuk juga. dalam masa 2 hari masih tak ada sesiapa datang ambil kucing tu disebabkan Asyraf nak sangat kucing tu jadi kami benarkan dia ambil tapi kucing tu dah diambil pak guard so dah terlambat kucing tu dah ada tuan. Mengamuk Asyraf pasal lambat sangat kami bagi kebenaran kat dia.

gambar kenangan waktu cici dan acap masih kecil..
Kat klinik kawan aku ada bercerita tentang Arnab yang dia jaga dah beranak. So dia bagi aku satu, pada mulanya aku menolak tapi akhirnya ambil juga sebab Asyraf nak sangat pets. Kami jaga macam biasa cuma arnab ni berbeza dari kucing. Kami tak boleh sentiasa lepaskan dia, sebab takut dia keluar rumah pastu paling aku tak suka ialah arnab ni suka berak. Rumah kami sentiasa bau busuk, almaklumlah masing2 malam baru balik. Bila arnab tu dah besar aku pulangkan balik kat tuannya sebab arnab tu tak ada pasangan dan aku takan ambil arnab lagi. So tuan dia ambil balik la, Asyraf sedih juga tapi nak buat camner terpaksa. Nama arnab tu cici. Last kami dapat tahu cici tu jantan rupanya hihihi... dan sekarang dah tak ada, menurut kawan aku cici dah mati dimakan anjing liar. Walaubagaimana pun cici pernah beri keceriaan buat kami, semoga cici aman disana.

Bila kami pindah rumah, kami suka breakfast kat kedai mamak, kat situ ada juga anak kucing comel yang tak bertuan, sekali lagi kami tak nak ambil tapi bila tengok kesungguhan Asyraf kami benarkan juga. Hari kami nak ambil anak kucing tu, mamak tu bagitahu kami kucing tu mati kena langgar dan sekali lagi Asyraf sedih.

Asyraf selalu cerita tentang sepupunya Irfan, ada bela iguana, anak musang, anak harimau bintang tapi sekejap jer kot sebab binatang tu dah mati. Last sekali Irfan bela kucing, tapi bukan calang2 harga kucing tu pun mencangkau ribuan jugak lah tu tak termasuk maintenance.. itu menurut Asyraf, takde le aku tanya umi irfan berapa harga Pets tu tapi kalau tengok memang mahal la sebab cantik sangat. 

Dikawasan rumah kami ada tinggal pelbagai bangsa, melayu, cina, india, dan lain2. Biasalah 1Malaysia la pulak. Aku jarang bergaul dan yang ramah dalam keluarga kami Intan dan anak2 aku. Adalah satu hari, exited sangat si ecah ni bercerita tentang kecomelan anak anjing jiran kami, siap tahu harga lagi RM2,000. Anak anjing tu baru je jiran cina aku beli. Tiba2 terkeluar dari mulut aku soalan, korang ada usap anak anjing tu tak. Si acap cakap ha'ah dia tak gigit pun. Wah...aku pun mendidih la, acap ngan ecah dah takut siap cakap makcik intan start dulu. Paling aku bengang bila intan cakap cina tu kata anjing tu dah mandi (kononnya bersih la tu). Kebetulan kat rumah aku memang dah aku bekalkan tanah untuk menyamak. Aku simpan sebab kawasan rumah aku tu banyak taik anjing. Senang kalau satu hari ada yang terpijak ke. So aku minta mereka bertiga samak tangan mereka. Kalau ikutkan tak perlu sebab kita tak perlu samak kalau bulu anjing tu kering, tapi aku suruh juga samak bagi mereka belajar, supaya kelak tak buat silap lagi.

Ala tomey tomey... (ala acap kucing beso tu ko panggil kitty)
One day, adalah sekor kucing lepak kat rumah kami, mulanya aku tak suka tapi si Intan ngan Asyraf sibuk nak jaga, bukan comel pun kucing tu tapi disebabkan dia dah berjasa maka aku benarkan dia keluar masuk rumah aku. Kucing tu diberi nama Kitty dek budak2 ni. Kitty telah berjaya membenteras cikti (tikus). Disebabkan aku tinggal kat flat, ground floor pulak tu plus belakang rumah ada semak maka rumah tu sering dikunjungi cikti dan aku hampir dapat title pembela cikti. Gile ko, takan aku punya pets cikti kalau hamster tu lain la. So sekarang rumah kami bebas tikus, maknanya dah takde tikus dah takyah susah aku cari daun durian belanda or any mouse poison. Aku happy, anak2 dan adik akupun happy, together with kitty weols happy together...hahahaha....

sometime aku kesian kat kitty sebab ecah ngan acap ni buat kitty macam anak patung, tapi si kitty ni cam ok jer.. (tak faham aku)

So kiranya dah jadi part of family la si kitty ni.

Well, langit tak selalu cerah.. hehehe cuaca bertukarlah tu, sama gak ngan kucing ni, muncul lah pula entah dari mana sekor kucing ni, disebabkan dia masih kecil dan comel sikit.. si Acaf dah buat perancangan supaya kucing ni tak keluar rumah asal kucing ni keluar je cepat2 dia bawa masuk dan akhirnya kucing yang diberi nama comel ni dah jadikan rumah kami rumah dia, asal nak makan datang rumah nak tidur pun sama. Hati aku berbulu jer tengok dia landing kat katil aku, tapi disebabkan anak2 dah suka kubiarkan aje.  

Si Kitty sangat baik bila Comel datang, Kitty keluar dan bila Comel keluar Kitty datang. Kami tahu Comel dah ada tuan, rumah tuan dia betul-betul atas rumah aku. Mungkin disebabkan tuan dia takde tu yang dia lepak rumah kami.

Untuk jangka masa yang lama juga Comel tak balik rumah Kitty pula stay, kemudian Comel datang dan lama pula dia stay, Kitty seperti dah merajuk hingga kini kami tak jumpa Kitty.

Masa Kitty ada dulu, takde la pula diorang beli makanan kucing tapi sejak Comel ada, si baba siap beli Whiskas lagi, tapi yang timbang jelah kat kedai runcit..hehehe alah baru RM4 setengah kilo.


Hari berganti hari pada hujung Ramadhan muncul seekor kucing bunting 3 hari berturut masuk ke rumah kami, setiap kali masuk aku halau, kucing ni macam nak minta tolong dari kami, walaupun pintu rumah bertutup kucing ni tetap nak masuk siap ketuk pintu lagi. seriously ingatkan orang tapi takde tengok bawah rupanya kucing. 13hb Ogos kucing tu beranak kat tepi katil aku kebetulan my hubby night duty so sempatlah dia bidankan kucing tu hahaha... Entahlah menurut hubby memang tak sanggup tengok kucing tu cam merayu je minta tolong. So secara tak langsung kami jagalah kucing tu hingga dia sihat. Dan my hubby namakan dia puss no boots hehehe.. aka puss.




cam jaga orang dalam pantang lak. My hubby bagi nasi panas digaul ngan ikan goreng.

Kisah sedih puss, lepas makan dia kira anak dia tak cukup enam, tinggal lima je sebab lagi sekor mati. Cepat sangat angaknya my hubby tanam so puss tak ingat anak dia mati jenuh puss cari anak dia kat bawah katil, almari, meja tak jumpa2. sayu jer bunyi dia mengiau panggil anak dia. Pencariannya tamat lepas 3 hari. Mungkin dah boleh terima hakikat anaknya mati. Then mati lagi sekor, tak tahu sebab apa, tapi kami beri dia jilat anak tu dan kemudian baru kami tanam dan tak seperti pertama kali mati anak puss seperti redha anak dia mati lagi sekor. Maka tinggalah empat ekor.

Tak pasal2 jadi kucing kami, siap bawa balik kampung beraya kat Pahang. Yelah nak tinggalkan takut mati tak makan atau dimakan dek anjing. Dan hingga kini mereka masih ada dirumah kami. Si baba siap buat tempat tidur untuk diorang habis bakul mama dikerjakan. Dulu kutuk Intan cakap ngan kucing sekarang ni, dialah paling banyak bercakap ngan kucing. Dah serupa anak dia dah kucing tu.

Aku tak suka sangat dan tak benci kucing as long as diorang pandai jaga diri diorang dan tak susahkan aku, aku no hal dan nasib baik pula puss ni kalau nak buang hajat dia tahu masuk toilet. 

Begitulah kisah panjang lebar pasal pets pinjaman ni dan tak tahu sampai bila pula Puss ni dipijamkan pada kami. just wait and see. ^_^