Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Ahad, 28 Oktober 2012

Pasta Goreng Simple

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua.

Biasa makan pasta tak?? mesti dah biasakan. Saya bukan peminat pasta. Tapi my hubby suka sangat. Dah banyak kali juga dia nak masak pasta tapi tak pernah jadi. 

Kalau teringin sangat dia akan masak sendiri tapi cuma spaghetti jelah yang guna sos prego tu. Memang jadi kegemaran my hubby dan anak2. Saya tak minat kalau dia masak saya jamah sikit je, almaklum tekak melayu hehehe..

Minggu lepas saya dan my hubby beli barang dapur. Saya perhatikan dia dok belek2 pasta tu, sekejap dia ambil sekejap dia letak balik.  Bila dia tengok muka saya dia terus letak balik pasta tu. Rasa bersalah pulak saya dibuatnya. 

My hubby ni suka sangat tengok rancangan masakan. Boleh pula dia kenal peserta Masterchef musim baru ni, saya ni minta maaflah tak layan sangat jadi tak kenallah. Memang seronok tengok mereka masak secara tak langsung boleh menarik minat kita memasak. Ada salah seorang peserta muda berusia dalam 19 tahun masak pasta. My hubby dok tanya apa yang dia bubuh dalam resepi tu. Tanya saya memang takde jawapanlah hehehe....

Memandangkan kami berdua jer yang ada kat rumah sebab anak2 ikut makcik2nya beraya. So sayapun ajaklah my hubby keluar cari bahan untuk masak pasta ni, tapi sebelum tu of course lah google dulu resepinya. Cari punya cari kami berkenan dengan resepi dari seorang blogger ni iaitu Nannie Kuzaifah resepinya sangat simple.

Cuma satu bahan jer kami tak jumpa iaitu keju parmesan. Sangat asing namanya bagi kami, 4 buah kedai kami masuk cuma nak cari keju tu. Sehinggalah pekerja NSK bagitahu keju tu cuma ada kat Jusco jer. Memang taklah kami pergi.  

Memang excited sangat my hubby sebab akhirnya berjaya juga kami masak pasta. Dia tambah 4 kali hohooo.. seronok tengok dia makan berselera sungguh.

Menu dinner kami...hehehe

Resepi diambil dari blog Nannie Kuzaifa.

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta spirral
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Daging ayam cincang
1 batang carrot - potong
Sedikit kiub stok ayam
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Keju parmesan-ditabur atas pasta bila nak makan

Pasta direbus terlebih dahulu

Ayam cincang dan carrot


CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus .

Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga separuh masak kemudian boleh la dimasukkan carrot dan terus kacau sehingga carrot masak . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan semua pasta , serbuk lada hitam , kiub ayam serta garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api.

Ok, pada yang tak terer masak cam saya boleh lah try...sedaap!!

thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 23 Oktober 2012

Nurul Aishah Binti Teacher Zana

Assalamualaikum w.b.t.

Nurul Aishah Binti Rushidi, itulah nama anak saya tapi disebabkan marah, jadi Pengetua sekolah Aishah telah menukarnya kepada Nurul Aishah Binti Teacher Zana. Memang agak marah Teacher Zana waktu tu apabila salah seorang anak didikannya malas nak buat homework. Sebelum ni, saya pernah ditegur oleh guru kelas Aishah dengan sikap Aishah yang sering ke sekolah tanpa menyelesaikan kerja rumah. Silap saya sebab tak periksa buku anak.

Dulu Aishah, selalu buat homework tapi sejak kebelakangan ni dia tak sihat. Jadi saya tak paksa dia buat homework yang belambak tu, bukan nak ajar anak malas tapi kesian. Bayangkan kalau Aishah MC 3 hari jadi berapa banyak kerja rumah yang tertunggak. Selalu Aishah menangis kalau homework dia tak siap tapi sekarang ni tidak. Mungkin sebab dah biasa tak buat homework jadi sekarang dia mula malas, bila ditanya cikgu tak marah ke kalau tak siap homework, katanya dia tidak akan beri bukunya kepada cikgu. Saya risau juga sebab rasa macam guru tak ambil perhatian bila murid tak buat kerja rumah. Nak juga saya call tanya tapi tak berkesempatan. Sekarang saya tahu yang sebenarnya bukan gurunya tak mahu ambil kisah tapi beri Aishah peluang untuk siapkan kerja rumah.

Saya bukan tak peduli tentang persekolahan anak cuma mungkin sebab rasa tak mahu tekankan sangat sebab merasa anak tu masih kecil, ialah baru 5 tahun. Teacher Zana pernah berpesan kalau kesian sangat kat anak nanti boleh mati. Memang bunyi cam kasar, tapi cuba kita teliti apa yang cuba Guru tu sampaikan. Terlalu ikut kehendak anak dan tak tegas, maka dengan cara itu akan melalaikan anak.

Mungkin sebab dah selalu sangat Aishah tak buat kerja sekolah jadi guru kelas merujuk perkara ni pada guru besar.. Ha hambik ko, dengan haku2 kena sekali.

Alkisahnya begini, petang Rabu Guru Besar telefon saya kat office tanya kenapa Aishah selalu tak buat kerja sekolah. Saya pula tak tahu bagi alasan alih2 bagitahu jugak Aishah kat rumah susah nak suruh buat kerja sekolah bila ditanya, dia jawab takde homework, bila cek buku rupanya ada, jenuh juga ugut nak rotan tak jugak dibuatnya nanti dia menangis pun tak boleh juga buat homework, bila cakap baik2 macam2 pula alasan diberi. Tahu apa Teacher Zana cakap. Mulai hari esok Aishah tak boleh balik duk kat sekolah sampai bila-bila, esok saya kena siapkan pakaiannya bawa ke sekolah. Monday baru boleh pick-up Aishah jam 6 petang. Sekarang ni, Nurul Aishah bukan lagi binti Rushidi tapi Nurul Aishah Binti Teacher Zana. then off phone.

Tekedu saya dibuatnya. Apsal erk..cikgu tu nak bagitahu aku ni tak pandai didik anak ker. Apa lak maksud dia, tak boleh balik, Monday baru boleh pick-up jam 6.. Petang tu saya call mak mertua saya tanya Aishah dah balik ke belum.. Dah ada kat rumah maktok dah.... maknanya dia tak stay back.

Malam tu saya balik jam 10 pm, nampak Aishah sedang buat homework, bila ditanya kenapa malam baru nak buat. Katanya siang dia tidur sebab penat sangat. Kesian.. tekun dia buat homework yang tertunggak tu. Saya tanya Aishah, Teacher Zana ada cakap apa2 tak siang tadi, dia diam jer.. bila ditanya lagi, dia tanya kita balik. "Apa yang Teacher Zana cakap kat mama?" Saya saja nak gertak dia, cakap Teacher Zana marah mama sebab adik malas buat homework. Takde reaksi, Aishah cuma sambung buat homework dia.. malas nak tanya banyak just temankan saja dia buat homework.

Tekun, selagi tak siap dia tak mahu tidur..

Keesokan harinya saya tanya Aishah lagi, apa yang Teacher Zana cakap pada dia semalam. Aishah cuma jawab "Entahlah" bengang dengan jawapan Aishah saya tanya dia balik "Semalam, bila Teacher Zana nasihat adik, adik buat tak tahu jer ek, masuk telinga kanan keluar telinga kiri camtu?" Aishah pandang muka saya dan bertanya balik dengan saya apa yang Teacher Zana bualkan semalam dengan saya. Saya ulang balik cakap benda yang sama macam semalam Teacher Zana bising sebab adik tak siap homework. dan bertanya lagi "Sekarang Mama tanya Aishah, apa yang Teacher Zana cakap pada Aishah semalam?" Aishah cakap "Teacher Zana suruh Adik buat homeworklah tu jer" itu saja...

Sesampai pintu pagar Teacher Zana dah menunggu. Soalan pertama yang keluar dari mulut dia. "Homework dah siap ke belum,? Aishah angguk dan cakap sudah. Kemudian Teacher Zana tanya lagi "Nak Teacher Zana sayang ke nak Teacher Zana rotan?" Aishah jawap nak sayang. "Kalau nak Teacher Zana sayang, buat homework ok?" Sambil mengangguk Aishah cakap ok kemudian terus masuk kelas.

Teacher Zana beritahu saya yang dia dah merotan tapak tangan Aishah sebagai hukuman sebab tak siap homework. Terkejut juga sebab Aishah tak beritahu sayapun. Teacher Zana pun terkejut sebab Aishah hanya bagitahu kami bahawa dia disuruh buat homework sahaja, langsung tak mengadu yang dia dirotan, sedangkan Teacher Zana cakap kuat juga dia hayun rotan tu sampai berkesanlah tapak tangan Aishah. Sambil tangan sebelah kanan menulis dan tangan sebelah kiri dirotan. Dalam hati saya, "laa...kesian anak aku..dahlah semalam pun dia dimarah oleh saya."

So petang tu Aishah terpaksa stayback jadi jam 6 baru boleh balik. Disebabkan sekolah dia berdekatan dengan office saya, jadi saya yang ambil dia tapi kena stay lagi kat office saya pulak. Sebelum balik Aishah nak makan pizza. Oklah ingatkan nak bungkus jer tapi Aishah nak juga dok dalam restauran tu so sayapun layan jerlah.

makan sup jer kat sini, pizza makan kat rumah ngan abang k... 

Suka betul si Aishah ngan belon...

Hanya hari Khamis jer, Aishah disuruh stay back hari Jumaat sekolah macam biasa. Hari ni, Aishah tengah Exam sepatutnya semalam, iaitu hari Isnin tapi Aishah semalam demam balik. Asyik demam jer Aishah ni...

All the best to Aishah harap dapat jawap soalan dengan betul, ok. ^_^

thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 18 Oktober 2012

Pulanglah...

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang saya nyatakan di entry yang lepas. Entry ini sungguh menyayat hati at least hati saya. Ianya betul2 menyayat hati saya bila mengenangkan anak2 kucing yang saya jaga hilang. Semuanya adalah salah saya sendiri.

Sebelum tu, seminggu sebelum kejadian Puss (mak kucing) dah melarikan diri, kali terakhir dia menyusu anaknya kat luar pagar rumah kami. Merajuk agaknya sebab my hubby marah dan rotan dia kerana curi ayam goreng sedangkan kami dah sediakan makanan kucing buat mereka. Ala kucing apa dia tahu. Sekarang ni cam menyesalpun ada, nak wat camner benda dah terjadi. Maka tinggalah 4 ekor anak kucing ni tanpa mak. Puss mungkin dah tahu anak2 dia dah pandai minum dan makan sendiri jadi dia tak kisah anak2 dia putus susu ibu. (ceh, cam manusia lak) Sekarang ni dah tinggal 5 ekor anak kucing kat rumah saya, termasuk Jerry si kucing kurap. Betul2 Puss ni tak balik, sakit lak hati. Jangan ko bunting pastu datang umah aku sudah hehehe..

Gambar Puss tengah tunggu nasi nak masak..

Saya tak sedih sangat kalau Puss hilangkan diri sebab dia dah besar. Kalau Jerry hilangkan diri pun mungkin tak terkilan sebab Jerry pun dah besar dan tak berkurap sangat dah. Tapi kenapa mesti Abu dan Tam. Sedih betul saya dibuatnya. Kalau uolls nak tahu, antara kucing2 tu Abu dan Tamlah paling manja dengan kami. Abu manja ngan my hubby dan Tam dengan saya. Kucing2 ni, bila malam suka tidor sebelah Asyraf. Malam sebelum kejadian Tam makan jangung dengan saya, Tam siap mintak lagi. “Maaauuu.”.hehehe tergelak saya dengar. Saya letakan jagung tu kat tapak tangan pastu Tam makan, si Abu pun minta tapi Abu tak makan jagung kalau roti dia naklah. Setiap kali saya makan Tam mesti datang kat saya siap sentuh bibir saya lagi cari makanan. Benda dalam mulut saya pun dia nak, macam anak2 saya lak gelagatnya. Teringat saya, masa Asyraf ngan Aishah masa baby dulu suka makan makanan yang ada dalam mulut mama mereka. hehehe..(cam burung bagi anak makan..hihihi)

Gambar Tam, tangan Tam bengkak sebab secara tak sengaja dipijak oleh Intan..seminggu jugaklah nak baik, tiap-tiap hari sapu minyak gamat.

Alkisahnya begini. petang Sabtu tu.. Intan, Asyraf dan Aishah pergi rumah adik saya Eyda dan bermalam disana. So malam Sabtu tu kucing2 tu masih bersama kami. Tapi petang Ahad dalam jam 5 petang saya sengaja bagi kucing2 tu keluar rumah nak bagi kucing2 tu tengok dunia luar sebab asyik dok dalam rumah tak bagus juga tapi niat hati sekejap jer kot. Lagipun ini bukan kali pertama bagi kucing2 tu keluar. Saya lupa selama ni, kucing2 tu kalau duduk kat luar, ada yang memantau, kalau tak Intan mesti Asyraf. Si Tom lah yang exited sekali, jauh juga dia pergi tapi akan balik semula. Pintu grill berkunci, tapi pintu kayu saya biar terbuka. Rumah flat ruangannya kecil je, kalau orang lalu lalang mesti nampak apa yang ada dalam rumah tu, kalau lepa sikit pasti ada barang yang hilang, jadi saya tutup pintu kayu tapi risau kucing2 tu hilang saya buka sikit pintu kayu tu semula. Sebelum kejadian Tam dan Abu masuk rumah dulu dan terus ke dapur minum air, Jerry pula atas sofa dan Doni dekat pintu, cuma Tom jer masih kat luar. Beberapa minit kemudian saya dapati Tom dah tertidor kat kaki my hubby, Doni pula bawah ketiak dan Jerry sebelah kepala my hubby tapi ada bantal hadang muka Jerry supaya tak dekat sangat ngan muka my hubby... hehehe takut tapi nak juga tidur dekat. Masa tu saya perasan Tam dan Abu takde, tengok kat luar sunyi je..jadi tanpa syak saya tutup pintu kayu sebab menyangka Tam dan Abu mungkin tidur kat dapur.

Kenangan makan bersama Abu dan Tam

Jam 6 petang, hati tergerak nak cari Tam dan Abu. Tengok kat dapur, bawah cabinet takde, kat ruang tamu, bawah meja pastu kat tempat kasut pun takde. Berderau darah saya. Saya telefon Asyraf bagi tahu dia, Tam dan Abu dah hilang. Bila Asyraf balik dia cari juga kucing tu ngan Intan tapi tak jumpa. Orang kata, kucing tahu jalan pulang so saya tenang kan hati walaupun bertubi-tubi kena leter ngan budak2 tu. "Tulah mama kenapa bagi kucing2 tu keluar, kalau nak bagipun kucing tu keluar ngape tutup pintu kan dah hilang.." sedih tau bukan sebab cuai jer tapi sebab rindu..bila diingatkan sebelum hilang Abu dan Tam memang manja sangat. Asyik naik atas bahu saya jer..mungkin itu adalah kemesraan mereka yang terakhir dan cara nak ucap selamat tinggal...huwwaaaa...janganlah hilang, baliklah.. tiap2 malam saya termimpi2 dan berbayang2 wajah manja Tam dan Abu. terngiang2 kat telinga suara manja kucing2 tu. 

Masa ni Tam dan Tom dok tengok Jerry kat luar

Kanangan bersama Abu tidur ngan Tom

Kenangan Tam bersama budak malas nak gi tuisyen 

Abu sedang bermain dengan rotan.. berak merata kena piap k. 

Sampai tertidur dengan rotan tu..

Dah 4 hari hilang, sayapun telefon abah bukan nak bertanya khabar abah tapi nak mengadu kucing hilang..(bertuah punya anak hehehe) Abah kata kucing pandai balik rumah sebab deria bau kucing kuat. Dengan mengunakan deria baulah membolehkan kucing tu pulang, melainkan kalau ada orang ambil..ORANG AMBIL. terus saya pula salahkan Asyraf.."Tulah Asyraf dulu Asyraf sorokan kucing orang sekarang kucing kita pula orang sorokan" terdiam Asyraf logik juga ye (hukum karma la pulak) payback time hehehe.. kalau ambil barang orang mesti barang kita akan hilang..(jahat tul mama Asyraf nikan nak nyalahkan anak pula walhal diri sendiri yang cuai hehe) "Tapi ma, comel tu dah besar, kan dia dah balik dah kat rumah tuan dia" mamang si Asyraf bab pertahankan diri 1st class. Abah saya juga kata, kalau orang tak ambil mesti kena makan anjing liar..TIDAKKK!!! 

"Ya Allah ampunkan dosa aku, kesian anak2 kucing2 itu, mungkin menderita akibat kecuaian ini" Abah cuba tenangkan saya lagi, menurutnya jangan terus menyalahkan diri, mungkin ada sebab musababnya kenapa ianya terjadi kan dah tertulis begitu. Redha jerlah...

Buat Tam dan Abu, mama doakan agar Tam dan Abu baik2 saja, walaupun mustahil tapi saya masih mengharap agar kami bertemu lagi. Abu, Tam silalah pulang...bukan mama jer yang rindu semalam baba cakap dia pun mimpi Abu dan Tam dah balik., jadi PULANGLAH yea...

P/s entry dah panjangkan tapi sebenarnya panjanggggg lagi..nanti saya nak cerita apa yang membuatkan saya teramat kesal dengan kehilangan Tam dan Abu..Kbye

thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 16 Oktober 2012

Pengalaman mengubati kucing selsema dan sakit mata


Assalamualaikum w.b.t.

Ok, seperti yang dijanjikan, kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya mengubati kucing yang selsema dan sakit mata.

Biasalahkan bila melihat anak2 kucing sakit mata dan selsema ni rasa kesian pulak. Dok terbesin jer lepas tu mata tertutup sebab tahi mata banyak.

Si Puss (ibu si kucing) macam tak peduli jer. Jadi saya dan hubby yang ambil alih tugas ibu kucing tu hehehe..kami namakan anak2 kucing ni dengan nama Tom, Abu, Doni dan Tam. Setiap hari kami cuci mata ngan hidung mereka. Satu hari my hubby ajak pergi vets sebab mata kucing2 tu dah teruk sampai bengkak2 tapi tengok macam mahal jer, ingat nak beli ubat mata jer untuk kucing2 tapi nurse kat situ tak bagi dan hairan camner kami tahu nama ubat tu. Takyah nak hairan sangatlah Google jer kot. Menurut kata si nurse ubat yang kami nak beli tu antibiotik so kena jumpa doktor lagipun anak2 kucing tu masih baby so ianya merbahaya.

 ni lah ubatnya Terramycin yang kami tak dapat beli tu.  (gambar dari google)

Kami ada terbaca dari internet jangan pandai2 bagi ubat sakit mata kat kucing sebab kadang2 selsema juga boleh akibat mata kucing sakit. Jadi kami dah tak nak beli apa2 ubat pun kecuali satu, itupun sebab kami tengok ada orang guna ubat tu untuk kucing dia tapi selepas dia bawa jumpa vets. Kami tak bawa jumpa vets kami cuma tawakal jer dan cuba jugak gunakan ubat tu kat anak2 kucing kami. Ubat tu saya beli kat farmasi.

Chloramphenicol.. masa saya sakit mata dulupun guna ubat ni jugak.- amaran keras kalau kita sakit mata sila jumpa doktor jangan main beli je ubat nanti salah ubat, mata kita akan rosak (merbahaya)
(gambar dari google)

Sebelum sapu Chloramphenicol @ CMC ointment tu, kami lapkan mata anak2 kucing tu ngan baby oil terdahulu. Sapu kat mata dan biarkan ia melekit cam tahi mata sebab ubat tu akan merebak dalam mata dan itulah cara ia mengubati mata tu. Sama cam cara manusia jugak lah. Kami sapu ubat tu dalam sekali sehari untuk beberapa hari.


Untuk selsema mereka lak kami guna petua dari internet jugak. My hubbylah yang rajin cari petua tu. Petuanya ialah dengan memberi anak2 kucing tu minum 3ml air kelapa tapi kami dapat bagi 2ml jer sebab kesian tengok anak2 kucing tu cam tercungap2. Tapi perlu diingat nak kasi air kelapa tu kena tekan syringe tu sikit2 jangan tekan terus takut nanti air kelapa tu terus ke paru2. Kang nak kasi o.k terus k.o anak2 kucing tu kang. My hubby pandai dia kasi sikit2 dah cam anak2 dia lak anak2 kucing tu. Air kelapa tu cuma sekali jer kami bagi kucing tu minum.

Alhamdulillah selepas seminggu anak2 kucing tu totally sihat. Menakjubkan kann.. hehehe.So itulah cara2 kami ubati anak2 kucing kami. Entry akan datang menyanyat hati sikit..tunggu kemunculannya (ceh budget cam ada orang nak baca sangat) Kbye.P/s seperti dalam entry sebelumnya gambar untuk entry ni pun hilang, gara2 3 sekawan tu.

thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 15 Oktober 2012

Kisah Si kucing kurap yang dah tak kurap sangat dah

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni nak nak cerita pasal Junior, tapi sekarang nama dia Jerry sebab Asyraf suka sangat nama tu. Remember tak Kisah Si Kucing Kurap . Ha... Jerry ni masih berkurap lagi tapi tak seteruk dulu. Masalah ngan Jerry ni dia memang tak reti bahasa... adoiyai suka membuang merata-rata. Erm kesian Intan sebab bilik tidur dia yang jadi mangsa. Petua yang pertama dulu tak menjadi, so saya cuba petua dari K.jee.

Menurut petua beliau kalau nak bawa kucing masuk ke rumah baru, kita kena letakkan kucing tu bersama bekas pasir kucing tu (saya takde) ke dalam toilet selama sehari sehingga kucing tu "membuang" dan selepas tu, kucing itu pasti akan ke toilet bila rasa nak membuang. Ok, saya rasa logik juga sebab dari apa yang saya perasan anak kucing ni akan berak di tempat yang sama. Macam Jerry tempat 1st time dia membuang ialah kat tepi katil saya begitu juga kali kedua. Bila dah kena hempok... ha ambik ko! baru dia cari tempat lain iaitu penjuru bilik Intan, memang kat situlah tempat dia berak kencing.. Tension Intan. 

Hari yang keberapa ntah, saya kurung Jerry dalam tandas dan hanya benarkan dia keluar bila dia dah membuang. Ok setelah beberapa jam dalam toilet sempatlah Jerry membuang, itu kata Intan sebab dia yang masuk toilet dulu, so saya happy jugalah sebab menyangka yang si Jerry ni akan ke toilet lagi bila dia rasa nak membuang lagi. Memang silaplah sangkaan saya sebab Jerry ni masih membuang kat tempat lain selain dari toilet. sekarang ni dia berak dalam bakul yang kami sediakan untuk semua kucing tidur. Memandangkan sekarang ni anak2 kucing tu dah besar, so kucing2 ni memang tak akan duduk diam dalam bakul tu dan kini dah jadi toilet Si Jerry. Nak dimarah banyak2pun takleh jugak sebab kucing apa yang dia tahu. So diam jelah. Si Intan dah banyak kali suruh halau hehehe..my hubby pun sama. Tapi ntahlah...kesian.

Hari tu ada terbaca satu artikel mengenai kucing terbiar. Katanya nak sembuhkan kucing kurap ni ialah dengan melumurkan minyak masak yang dah digunakan.. maksudnya minyak yang lebih lepas menggoreng tu. Ha..lepas lumur kat badan kucing tu kemudian syampukan InsyaAllah kurap tu hilang tapi kena amalkanlah sampai sembuh...lebih baik kalau guna minyak gamat katanya. 

Cieahhh... saya mulakan operasi melumur minyak masak kat badan Jerry. Tapi ada satu masalah, kebetulan kat rumah body syampu habis dan syampu rambut pun tinggal sikit. Al-maklum kat rumah ni memang ada hantu syampu. Syampu dibeli memang tak sampai sebulan mesti habis. So sikit jelah yang dapat digunakan untuk cuci si jerry ni, jerry ni pulak takut air so faham2 jelah. Berminyak lah bulu si Jerry ni dan berbau ikan goreng. Nasib ko lah Jerry..hehehe

see... dah takde sangat kurapnya cuma tinggal sikit kat telinga tu..  

Sekarang ni anak2 kucing dah pandai makan selain susu ibu. Anak kucing yang start makan dulu ialah Tom, kemudian Tam dan Abu. Si Doni yang paling montok ni tak berapa suka makan lagi, dia masih menyusu. Walaupun Tam anak kucing yang paling bongsu dan kecil tapi dah pandai makan.

makan time, ni gambar terbaru dah besar dah anak2 kucing dah nak sama besar ngan jerry dah..

Kesian Doni, tak tahu kenapa perut dia buncit, pastu nampak macam ada benda merah keluar dari perut dia. Nanti kalau ada rezeki nak bawa Doni dan Jerry jumpa Vets. Kesian kucing2 ni. hari tu Abu hidung berdarah tak tahu apasal, tapi sekarang ni dah ok dan paling lincah. Iyalah kalau ikutkan hati memang nak rawat betul2 tapi tak mampu pasal kalau anak2 saya sakitpun saya hanya boleh bawa ke klinik 1Malaysia atau GH tapi selalunya ke klinik tempat saya buat partime dan pastinya for free sebab staff. Kalau kucing ni sakit selalunya saya google jer cara2 nak rawat. maknanya rawat sendirilah tu tapi kalau teruk sangat dan perlu ke Vets kena jugak kot bawa mereka buat masa ni just cuba apa yang termampu.

Doni tunjuk perut dia yang bengkak tu

Nanti saya akan ceritakan pengalaman saya ubati Tom, Abu, Doni dan Tam masa kena selesema dan sakit mata. K bye..

P/S :- Actually entry ni dah lama baru nak publish. Gambar2 untuk entry ni dah secara tak sengaja terdelete oleh budak 3 orang tu.. yg ada pun yang terbaru jugak lah..


thanks for reading this entry ^_^

Ahad, 14 Oktober 2012

Underneath pokok kelapak, I will wait for you

Assalamualaikum w.b.t.

hey guys, did you remember this catchy song  "Underneath pokok kelapak i will wait for u"

mesti korang ingatkan..hehehe kalau tak ingat mari kita imbas kembali zaman Akademi Fantasia Musim ke 3 dulu.Layan k klip video ni..


Masha nyanyikan lagu ni tuk Adlin salah satu juri AF3.


Masa tu, aku suka sangat nyanyikan lagu itu untuk Asyraf. Lirik lagu ni kelakar kan. Asyraf suka dengar aku nyanyi lagu tu tergelak-gelak dia dibuatnya walaupun dia tak faham apa yang aku nyanyikan masa tu.

Kenapa tiba-tiba aku teringat kat lagu ni? Ini sebab gara-gara aku tertengok Propaganza yang dihoskan oleh Marsha dan Reza. Tapi masa tu kami anak beranak bukan layanpun rancangan tu cuma tertengok Marsha jer. Aksi Marsha mengacara Propaganza tu cam gedik sikit, tapi still cantik la. 

Rancangan Propaganza ni dihoskan oleh Marsha dan Reza kedua-duanya pun bekas pelajar AF3 
(foto pinjam dari google)

Aku tanya Asyraf percaya tak Asyraf pernah bergambar dengan Marsha dulu. Asyraf cakap tak. Sebenarnya pernah. Tengok lah pic kat bawah ni. hehehe






Asyraf bergambar dengan Marsha selepas tamat belajar kat Akademi Fantasia 3. Ni masa baru nak jadi artis lah.. Sweet sangat kan..


*Every time I see asyraf my heart bergoncang
Every time I think of you pagi and petang
I forget to eat my makan
Coz there's no other boy but this one

Underneath pokok kelapa

I will wait for you

Oh asyraf hear me lah

Don't tutup pintu
Coz your hair is like penyapu
Coz I know it is full of kutu...


thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 11 Oktober 2012

Kek Coklat Tanpa Butter

Assalamualaikum w.b.t.

Saya tak pandai masak.. teruk kan?? tak pandai masak maksud saya bukan tak reti langsung kalau setakat nak bagi hubby and anak2 makan tu ok kot.. So far ok jer diorang hehehe..

Tapi saya suka simpan resepi, selalu jer kawan2 akan copykan satu resepi buat saya, tak pernahnya sekalipun saya cuba, alasan kerja, kerja, kerja. Tiba2 minggu lepas hati tergerak nak buat kek, so bila hati tergerak kena layanlah.. bila lagi kan..

Kek yang paling mudah dibuat, tapi menjadi susah dibuatnya oleh kami anak beranak hehehe.

Cer layan jer chef kecik dua orang ni....

bercita-cita tinggi nak jadi sehebat Dr Fazley satu ketika nanti..

kek dibancuh dengan senyuman, supaya kek yang tak sedap akan menjadi sedap nantinye.. 

well, nak cerita sikit, kita kalau nak memasak kena santai takleh kelam kabut, maka terjadilah satu incident dimana air yang sepatutnya letak 1/2 cawan, aku letak 1 1/2 cawan dan kelam kabut sebab nampak bancuhan tu cair sangat, sayapun tambah tepung dan brown sugar 1/2 cawan lagi. Pastu susu segar yang saya beli tu rupanya dah tak segar langsung a.k.a masam terus, so saya tak letak susu segar lah kan.. bila dah letak dalam microwave dalam 1/2 jam baru saya perasan, tambah tepung tapi tak tambah telor dan susu coklat kan tak bubuh jugak tadi.. erm belum siap lagi saya dah tahu hasilnya..

Dan paling haru lagi saya tak tahu guna microwave saya sebab last sekali guna masa nak buat biskut, its 2 years past hehehe... so tepaksalah saya menelepon azlia.. "wei, butang mana nak tekan ni, lupalah..hahahah" nasib baik microwave tu saya beli dengan dia that time. 

well..inilah hasilnya..

My hubby said rumah kami berbau biskut, so lain kali boleh lah buka kedai kek.. amboi nak perli tu kan tak yah lah over sangat!! Bila mereka rasa.. seperti biasalah pujian mengunung.. Mama is the best chef ever..tapi kalau masuk Masterchef awal2 dah kena reject ni... memang membakar semangat betul komen baba sehingga hangus terus semangat mama ni .. thank you very much.

We having so much fun baking cake together.. pecah rumah kami dibuatnya sebab ketawa sepanjang process pembikinan kek ni. 
Nanti nak buat lagi, practice makes perfect hehehe.. kononnyalah kan.

sebenarnya Asyraf yang nak bawa sekolah bekal ni tapi last minute dia tukar fikiran..

Ala ok lah tukan..sebab kali pertama buat kek, memanglah tak menjadi sangat. Tapi my boss kata ok cuma terasa cam kek terlebih tepung tapi bolehlah.. cewaah siap ada tukang kritik lagi kan..

Berikut adalah resepi yang saya copy paste dari blog azlia a.k.a. tukang ngajor..


Kek Coklat Tanpa Butter
Bahan Utama:- (loyang 20 cm )
  • 2 biji telur 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan gula perang 
Bahan A:-
  • 1 sudu kecil vanila 
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe 
Bahan B:-
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 2 cawan tepung gandum 
Cara Menyediakan Kek:-
  1. Masukkan gula dan pukul lagi
  2. Kemudian masukkan minyak masak.
  3. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. Bakar 170 degree selama 1jam @ sehingga masak.
** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.

thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 9 Oktober 2012

Class of 2012 : PPKI


 Class PPKI 2   (Kelas Intan)


Gabungan semua class PPKI 1,2,3,4 (semua pelajar serta tenaga pengajar dan pembantunya)

All the best to you all.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI - PPKI
- Pelajar yang ceria
- Tenaga pengajar yang hebat
- Pembantu pengajar yang tabah

Sungguh saya kagumi.

thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 4 Oktober 2012

Class of 2012 - 1 Jingga

 Class of 2012 : Darjah 1 J

All the best to you all