Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 23 November 2012

Class of 2012 : 5 Years




class of 2012 : 5 years

All the best !!

thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 19 November 2012

pregnancy - seven weeks

Assalamualaikum w.b.t.

Belum sempat 2 minggu saya dah buat scan untuk kali kedua, bagi memastikan saya benar2 pregnant. Dan Alhamdulillah.. janin terlahpun kelihatan dan dengupan jantungnya pun juga kelihatan. Berdebar-debar rasa hati ni. Tengok Asyraf dan Aisyah gembira buat saya rasa terharu. 

So lepas ni memang kena jaga emosi ni.. walaupun memang terasa ketidak stabilannya hehehe... semoga saya kuat.

Kalau ikut kiraan memanglah 7 minggu tapi dari screen menunjukkan sudah 8 minggu 6 hari.

Sekarang ni mood nak rehat jer, sebab selalu kena gastrik dan migrain. Plus loya pagi dan malam.

Terima kasih pada yang sudi jengok saya. InsyaAllah saya akan singgah di blog anda semua.

thanks for reading this entry ^_^

Ahad, 11 November 2012

pregnancy - six weeks

Assalamualaikum w.b.t.

Sesungguhnya Allah mendengar doa hambanya..Alhamdulillah

Setelah berbulan-bulan buat UPT dan akhirnya minggu lepas hasilnya Positive. Patutlah badan ni selalu sangat letih, loya-loya, sakit-sakit kepala, kejang sana sini, rupanya ada sesuatu yang istimewa sedang terjadi.

Memang teruja sangat, perasaan bercampur gaul. Entah apa2 ntah..... saya yang sangat teruja ni, terburu-buru buat imbasan sebab nak comfirmkan betul-betul.

Tapi....


hanya kantung sahaja yang kelihatan tapi embrio masih tidak nampak...harap2 ianya baik2 saja..

Menurut Dokter saya perlu buat satu lagi scan iaitu 2 minggu dari sekarang.

Doakan yang terbaik buat saya ye..

thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 8 November 2012

Anugerah Cemerlang

Assalamualaikum w.b.t.

Anugerah cemerlang, wah rasanya seronok sangat bila dapat sms dari Ustazah Nik hari Jumaat lepas. Ustazah Nik mengajak saya datang ke sekolah bagi memeriahkan majlis penyampaian hadiah untuk murid-murid cemerlang di Sekolah Agama Taman Sri Rampai. Yang membuat saya rasa bangga sangat ialah Asyraf adalah salah seorang murid yang menerima anugerah itu, walaupun hanya mendapat tempat ketiga.

Tak sangkakan..anak yang liat nak ke sekolah ni dapat anugerah pelajar cemerlang.


Lihat dari report card Asyraf ada peningkatan, sama ada di sekolah Agama dan sekolah Kebangsaan. Menurut Asyraf dia nak berusaha lagi supaya cemerlang di kedua-dua sekolah tahun depan. Wah semangat betul anak mama ni.

Mama tetap bangga dengan pencapaianmu Asyraf. Semoga kamu terus berjaya dan menjadi anak yang soleh.

Oh ye, pagi semalam Asyraf buat check-up pacemaker dia, Doktor kata semuanya ok. Kemungkinan lagi 4 tahun setengah nak kena tukar pacemaker baru. 

Sekarang ni mama tak berapa sihat, waktu tunggu baba datang jemput kami, mama muntah kat longkang tepi taxi stand si Asyraf yang kemetot ni cuba nak urut belakang mama.. kesian sampai kejang kaki asyraf sebab dia renggang kan otot untuk cuba urut mama. Mama rasa terharu sangat. OK la Asyraf nanti mama belikan CalciYum untuk Asyraf bagi tinggi sikit hehehe...

Sayang Asyraf (^_^)
 

thanks for reading this entry ^_^