Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Khamis, 26 Disember 2013

Selamat Pengantin Baru Mama Eyda. (^_^).

Assalamualaikum w.b.t.

Ingat lagi tak entry Selamat Bertunang Mama Eyda (^_^) dan pada 21.12.2013 maka terjalinlah sudah satu ikatan sah antara Eyda dan Saiful..kini entry ini bertajuk Selamat Pengantin Baru Mama Eyda (^_^) ha..gitew..

Ok, setelah 5 bulan menjalinkan tali pertunangan sekarang mereka sah sebagai suami isteri. Moga menjadi pasangan yang soleh dan solehah.. Bahagia hingga ke Jannah..



Selesai akad nikah..bergambar kenangan ngan Mak Jah..

 ahli keluargaku, namun masih ada yang tak hadir sebab jauh...(takpe ada rezeki kita berkumpul ye) Abah ditemani cucunya yang becok tu, pasti mak gembira bila melihat ni..(Al-fatihah.. rindu mak sangat-sangat.. )

Ramaikan ahli keluargaku, makcik2 kat kampung cakap nasib baik, adik-beradik awok ramai, senang kerja. Ya, Alhamdulillah, mokcik.. kami ni bertuah sangat. Anak bujang abah ramai, menantu lelaki pun ada, jadi setakat pasang khemah takde hal lah. Yang bestnya yang buat pelamin dan hias bilik pengantin anak bujang abah jugak buat, tak lain tak bukan si Zainal yang popular dengan panggilan Jene bukan Jane ok! sebut gune loghat Mentakab bukan omputeh, Si Zuljalani nama KL Zul kalau kat kampung Jala dan Adnan pula kami panggil Wira, dan Amran jadi Remy (hok ni macam bandor sikit).. Along dan adik ipar kami Zahari, my hubby tak dapt datang koje takde cuti. Jadi anak lelaki buat kerja kat luar, angkat-mengangkut semua serah kat mereka tapi Jene buat gak cuma sebab dia ada kebolehan menghias maka dia dan kawannya buat pelamin, dan menghias bilik pengantin. Bagi aku, hasil kerjanya memang cantik. Lepas tu kami tolong Jene hias barangan hantaran. Bedah pula menggunakan khidmat solekan dari kawan Jene. Mudah kerjakan. 

Pada hari kenduri, masing2 ambil part sebab kami tak guna catering jadi bab2 melayan tetamu dan menyambut tetamu serta macam2 lagilah semuanya adik-beradik buat. Tapi jiran2 kamipun banyak membantu, pakcik2 dan makcik2 kat Taman Bukit Bendera memang baik hati sebab sudi bantu. Tukang cuci pinggan mangkuk diserahkan kepada Remy and the gang. Hensem2 semuanya budak2 tu tapi sorry gambor takde pasal cameraman hanya memberi tumpuan kepada pelakon utama jer..

siapa yang gelabah ni sebenarnya..??

Bab paling gelabah masa nak sambut pengantin lelaki.. Alamak camner ni, tiada pengalaman...minta tolong makcik, "camner ni makcik, pengantin lelaki dah datang nu.. guane nak sambut?"  sebab takde pemain kompang minta DJ pasang musik kompang. Oklah, walau macam kekok je rasa tapi kita buat jugak, nasiblah makcik2 tu tolong kan.. Majlis ala kadar jer tapi bolehlah.. ada yang sudi datang, itu dah buat kami bersyukur sangat. Ada juga sahabat kami yang dari kecik2 datang tolong. Aku macam biasalah tak kuat sangat, jadi bila dah nak petang tetamu dah mula kurang, kerja pula melambak dan aku pula tertidur kat bilik pengantin sebab mata dah berpinar, mak buyunglah katakan. 

Malam pula ada majlis doa selamat buat pengantin dan juga arwah mak, mengalir juga airmata ni.. rindu.. Dan selamatlah segalanya. Alhamdulillah, selesai sudah majlis kawin anak perempuan abah, masih ada 4 orang anak dara abah tunggu turn. Pak Mat, adik abah adalah pak sedara kami yang sentiasa ada bila kami perlukannya. Terima kasih Pak Mat sudi bantu samalah ngan Mak Jah terima kasih juga. Saudara kami, adik-beradik abah dan mak serta nenek kami datang juga meraikan hari besar ni terima kasih. Kami hargai jasa mereka yang sudi bantu dan datang meraikan hari ni, hanya Allah yang dapat membalasnya.   


Saja ambil gambar ni, pakaian sponsored by Eni, saja je taw..dia punya pink lain dari yg lain... yang coklat buat aku ngan k.long, warna untuk mak2 gitew..., tapi tak adil nora biru tapi dia mak2 juge hihihi.. yang lain dark blue dan purple.. walaupun mak2 tapi kami dipaksa qiyomi gak..(wei giyomi tu hapee??? - sori aku blur jap..). Kat belakang tu si kecik Aisyah, dan tiga dara sunti iaitu Intan dan anak sedaranya Siti dan Ira (anak Along)

Alalala....romantiklah konon.. pasangan ni sporting kalau bergambar.

Pagi Ahad tu, aku ziarah pusara mak dan atuk.. terasa sebak sebab mak tak bersama kami. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mak dan atuk. Aku teringatkan atuk sebab pagi sebelum majlis aku, Eni, Aishah dan Abah sempat bersarapan digerai feberet Abah, masa tu aku tengok Aishah dan Abah jalan berpimpin tangan, teringat masa aku kecik2 dulu bersarapan dengan atuk kat gerai feberet atuk kat Kerdau. - Al-Fatihah..

Ok, Saiful welcome to our family. Dalam gembira ada sedih juga. macam filem hindustan kan.. aku dapat family baru tapi hilang best friend sebab sekarang dia dah ada best friend baru..huhuhu..

Selamat Pengantin Baru Dik, Semoga Bahagia Selamanya

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 18 Disember 2013

Perkembangan Kesihatan Asyraf dan baby

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau sapa2 ingat dulu mama ada kata nak ceritakan pasal Asyraf yang nak dipinjamkan oleh Doktor GHKL untuk digunakan oleh doktor2 senior untuk exam bagi mendapatkan jawatan Pakar. (lebih kuranglah kot Asyraf ni bagai kertas ujian untuk doktor2 tu hehehe) Masa dapat offer tu bulan Ramadhan hampir nak raya dah. Ok, exam day jatuh bulan Oktober dan masa tu Asyraf terpaksa ambil cuti sehari dan mama juga. Pada mulanya doktor ada tawarkan MC tapi mama taknak sebab mama baru jer ambil MC almaklumlah masa tu early pregnancy. Macam kelakar jer, bila doktor kata kami kena duduk dalam satu bilik sebab para doktor yang nak ambil exam tu ada kat luar, takut kertas periksa bocor katanya. Asyraf suka jer jadi bahan exam. Malah siap bercerita pasal reaksi para doktor yang ambil exam tika tu. Rupanya ramai yang ambil bahagian. Masih ada patient yang masih follow up kat GH tapi Asyraf follow-up kat IJN sahaja. Asyraf ambil bahagian untuk 2 sesi, Sesi pagi dan petang ada 6 orang doktor kesemuanya yang memeriksa Asyraf. Dari sarapan pagi hingga minum petang kami ditanggung oleh GHKL dan juga dapat upah sebanyak RM200. Alhamdulillah. Seronok Asyraf masa tu, tapi Asyraf ni baik hati dia hanya gunakan duit tu untuk beli mainan murah je, walaupun masa tu dia nak sangat beli robot yang harganya RM190. Asyraf beli Bidaman (betul ke ejaan?) harga dalam RM17 dia beli dua, satu lagi dia kasi adik. terharunya mama, kesianpun ada. Anak soleh mama.

Cerita pasal doktor2 tu takyah ceritalah kot sebab biasalah Doktor, semuanya terer2 belaka tapi ada gak yang macam tak berapa nak confident. Harap mereka semua dah berjaya.

Asyraf dapat sijil

Ok, ni cerita pasal pacemaker Asyraf. 11.12.2013 hari tu ada temujanji kat IJN. Biasalah tunggu punyalah lama sebab ramai orang. Masa tu mama sempat berborak dengan sorang ibu patient, anak diapun nak cek pacemaker dan rasa seronok pula dengar sebab anaknya sebenarnya dah buang pacemaker bulan lepas. Anak tu hanya pakai pacemaker hanya untuk 5 tahun jer dan anak ni juga ada masalah pembuluh darah sempit macam kes Aiman. Rupanya betullah masih boleh direpair kalau pembuluh darah sempit cuma Aiman dipilih untuk menjadi ahli syurga. Bila Doktor dah periksa, doktor kata perkembangan Asyraf seperti biasa takde masalah segalanya normal. Baru je mama nak tanya doktor ada kemungkinan tak Asyraf tak perlu pakai pacemaker lagi tapi soalan tu tak terkeluar sebab doktor kata buat masa ni jantung Asyraf 100% guna pacemaker. Nampaknya jantung Asyraf memang bergantung pada pacemaker. Lagi 3 tahun Asyraf nak kena tukar pacemaker lagi. Takpelah Asyraf asal Asyraf sihat mama dah happy sangat.

Doktor yang memeriksa Asyraf namanya Dr Asri, doktor ni baik orangnya, dulu pernah tanya Dr Asri pasal kandungan mama, nak tahu tentang jantung Aiman, Dr Asri dah nak beri appointment untuk buat fetal echo tapi mama cakap tak perlu sebab masa tu terfikir mesti mahal belanjanya. Kali ni, mama ada juga ceritakan pada Dr Asri pasal Aiman, dan Dr Asri terus call Doktor yang buat fetal echo dan dapatkan appointment untuk mama. Dah dapat appoinment, dan bertanya kat kaunter berapa agaknya bayaran nak dikenakan. Biasalah diorang cakap, puan kena sediakan RM500 deposit. Mahal jugak. Mama tanya kalau ada surat dari GH macamana? Kerani tu cakap kena sediakan surat dari pakar baru Unit Taksiran dapat bantu. Lega rasanya...(ibu patient tu ada kat sebelah masa tu, dia terkejut sebab kitorang kena bayar kat IJN. takde GL ker, kerja swasta jer mana nak ada. Untunglah mereka buat operation banyak kalipun semuanya for free.. takpelah rezeki masing2 kan..)

Oh ye, lagi satu gigi Asyraf dah luruh hehehe.. kali ni dia cabut sendiri. Budak bijak ni cakap kawan dia kata, kawan dia dapat duit singgit tooth fairy kasi sebab kawan dia letak gigi bawah bantal. Asyraf cakap kat mama, mesti mama kawan dia tukarkan gigi tu dengan duit kan.. sambil tergelak sebab kawan dia masih percaya tooth fairy yang ambil. Emm.... layan jelah sebenarnya kita takleh galakkan anak percayakan benda2 yg karut ni kan.. Asyraf sebelum tidur cakap kat mama "gigi Abang bawah bantal tau.." dengan harapan mama buat benda yang sama mama kawan Asyraf buat.."Jangan harap okey! takde maknanya mama nak jadi tooth fairy hahaha.."

Ok, pasal perkembangan baby. Sebelum ke IJN pada 09.12.2013, mama ada buat detail scan, kali ni bukan MA yang buat tapi seorang doktor perempuan, tak sempat tanya nama. Lepas baca history medical kat Dr Baskaran, Dr Baskaran hanya cakap satu ayat "Chromosome Test," dan terus berlalu. Pastu bila doktor perempuan ni cek jantung baby, dengar dia cakap "O..O.." dengan nada cam suspen, mama tengok muka doktor tu, terus doktor tu cakap. "I tak reti tengoklah sebab baby masih terlalu kecil" then dia cakap kat seorang doktor lelaki, "Boss tolong tengokkan, I tak reti tengok" Bila doktor tu scan pulak doktor perempuan tu cakap "I rasa jantung baby perlahan..." (perlahan!!!) dan doktor lelaki tu cakap baru 16 minggu tak jelas lagi dan doktor lelaki tu suruh scan lagi 2 minggu. Mama minta lagi 4 minggu sebab cuti dah takde. Kesemua doktor tu minta buat Chromosome Test. Katanya sebab faktor umur dan sejarah anak. Yang tak bestnya kalau doktor scan kali ni ialah macam tak jelas dan tak banyak penerangan jantinapun tak kasi tahu. Bila semua doktor keluar, nurse dan MA perpadangan sesama sendiri then seorang nurse cakap Ok, siap nanti datang lagi 2 minggu. Mama tanya nurse baby camner, baru nurse cakap perkembangan baby normal, semuanya ok cuma jantung tu kena tunggu lagi 2 minggu sebab sekarang tak nampak lagi. Kemudian Doktor lelaki tadi masuk balik then macam terkejut "eh, dah sudah, I tak buat measure lagi.." Nurse tu kata dah buat dah, doktor perempuan yg mula2 tadi buat. then nurse tu cakap kat Doktor lelaki tu "kan doktor nak cek lagi sekali kan 2 minggu nanti.." 

Mama balik dengan rasa tak puas hati sebenarnya. sebab masa Aiman hari tu diorang cek, hingga mama nampak semua dari muka, jari jemari serta jantina, cuma mereka acuh tak acuh bab jantung jer.. terkilan juga bila sebelum jumpa doktor ada nurse cakap masa Aiman hari tu memang Dr Basakaran ada rancang nak buat fetal echo kat IJN. perkara dah berlalu, harap kali ni lebih berhati-hati. Baba memang taknak dengar yg negative. Dia suruh fikir positive jer. Baba tak ikut masa tu.

Bila balik dari IJN, mama rasa macam nak buat cepat jer detail scan tu, sebab kerisauan yang menjadi-jadi. Mama ada hubungi MFM mulanya nak tukar tarikh temujanji tapi tak tercakap just minta supaya Doktor pakar buat surat untuk buat fetal echo kat IJN. Nurse tu suruh datang pada hari temujanji dan bincang ngan doktor.

Pasal Chromosome Test tu, mama ada juga buat beberapa panggilan untuk dapatkan discount tapi Unit Taksiran HKL cakap, test tu bukan dari HKL tapi dari klinik dalam HKL maka kena buat bayaran penuh dan mereka tak boleh bantu. Jadi nampaknya tak buatlah kot. Bila fikir balik memang nampak penting tapi kalau ia boleh menyelamatkan nyawa sudah pasti pihak kerajaan akan tolong betul tak?.. tapi bila tanya Dr Ina, dia cakap perlu tu perlu.. tapi mama boleh pilih supaya tak buat. Sebab yang penting sekarang ni jantung tu. Kalau buat test tu dan dapat tahu ada masalahpun bukan boleh buat apa, mesti tunggu baby lahir kan.. Ntahlah... Ikut nasihat baba, kita terima jer apa yang Allah nak beri. Tapi mama akan buat fetal echo..Tak sabarnya nak tunggu 06.01.2014. Harap semuanya ok.

ni pic scan dengan Dr Ina, sebelum jumpa Doktor kat MFM

Masa ni, Dr Ina scan cakap semuanya ikut perkembangan dan jantung baby juga berdenyut laju. Jantung baby mesti laju dari jantung ibu, itu baru normal. kalau perlahan mungkin ada problem.. tu yang buat mama risau bila dengar Dr GH tu cakap jantung baby slow..

Tulah jadinya kalau suka sangat cari info... cuba buat biasa2 jer kan tentu takyah nak risau2 bagai.. 

 thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 13 Disember 2013

Keluhan..

Assalamualaikum w.b.t. 

Mengeluh, tak kot tapi dah ke tahap tu.....

Saya anggap sebagai luahan jelah ek, boleh??

Masa mengandungkan Aiman dulu, ada juga suara yang bercakap.. dah tahu anak sebelum ni ada masalah kenapa tak rancang, tersangkut ke atau memang nak. Jawapannya memanglah nak tapi bila fikirkan keadaan, macam tak layak jer nak anak ramai. Kesiankan orang susah macam kami, anak ramaipun orang tak suka, walhal bukan kita minta sangat bantuan. Mungkin orang sekeliling kesian tapi bagi orang macam saya ni, terkecil juga hati bila dengar ayat-ayat camtu. Pernah juga terfikir nak anak kembar, macam2 petua saya ikut lepas tu terkedu bila dengar suara cakap anak seorang pun tak mampu nak beli susu nikan pula 2 orang. Memang benar katanya tapi kebenaran tu memang menyakitkan. Terfikir jugak pernah ke saya mengemis susu untuk anak tapi orang yang bercakap tu macam dah tahu jer kita ni hidup susah. Entahlah manusia ni memang pandai menilai tahap kemampuan orang dengan melihat luaran orang tu. Biarlah memang saya susahpun, lagipun saya tahu ada orang lebih susah dari saya.

Teringat lagi masa Asyraf nak kena operation kat IJN. Masa tu anggaran dalam RM18k. Unit Taksir dah buat pengiraan yang kami hanya bayar RM3k dan kami boleh keluarkan duit KWSP. Ok, saya setuju, tapi ada kawan2 suruh minta bantuan Baitumal dan Alhamdulillah Baitumal bersetuju bantu kami walaupun pegawai tu cakap sepatutnya Baitumal tak boleh bagi bantuan tu sebab IJN dah ada peruntukannya untuk orang susah macam kami. Bila tiba masa operation kami bagi surat bantun Baitumal tu kat IJN. Saya cakap kat orang di kaunter unit taksiran tu, saya taknak potong KWSP sebab Baitumal bagi kami bantuan sebanyak RM3k. Boleh orang unit taksir tu cakap, KWSP awak still kena ambil jugak dan mereka anggap bantuan Baitumal tu sebagai derma dari Baitumal untuk IJN dan siapa suruh awak pandai2 minta bantuan?? "SIAPA SURUH AWAK PANDAI2 MINTA BANTUAN?" Ayat yang tak boleh blah.. terkejut juga tapi redhakanlah.. Tapi operation tak jadi kat IJN dan kami hanya bayar duit masuk wad dalam beberapa ratus tak ingat itupun lepas tolak dari unit taksir. Memang Unit Taksiran ni banyak membantu tapi boleh tak bahasa tu kasi cantik sikit.  Bila tak jadi operate GHKL nak hantar ke India, semuanya ditanggung oleh Jabatan Kerja Sosial HKL tapi kami still kena ambil KWSP RM1k, anggaran ke India dalam RM11k, teringat akan bantuan Baitumal saya suruh pegawai Jab.Kerja Sosial tanya masih boleh digunakan tak bantuan tu. Yang ni buat saya tersenyum dengar alasan diorang tak boleh bagi. Alasannya ialah tak tahu nak tulis nama apa kat cek sebab tak tahu nama hospital kat India tu. Nampak sangat diorang ni anggap saya ni tak reti apa2. Kan senang cakap jer saya tak layak terima duit zakat tu, kan mudah. Cuba fikir kalau tolak duit KWSP, duit tu akan disalurkan kat mana?? Saya pun suka mentafsir juga..bila saya tengok sorang makcik tu dia macam bukan orang susah sangat sebab dia pakai barang kemas banyak, bila saya tanya makcik tu kena bayar berapa dia cakap tak bayar pun, tanya lagi kerja kerajaan ker katanya tak kerja kampung jer. Sayapun tanya MA kat situ, kenapa saya kena bayar RM1k tapi ada orang tak bayarpun dan diorang tu bukan kerja gov. MA cakap dia tengok I/C melalui I/C diorang dapat tahu berapa duit yang kita ada, KWSP lah tu kalau bank tu tak kot hehehe.. tapi tak dapat juga ke India. Maka ke  Gleaneagles Ampang lah pulak dan ini pula caj dikenakan RM54k lebih kurang tapi tak bayar langsung sebab ia adalah bantuan dari tabung NSTP tak lain tak bukan dari rakyat Malaysia yang baik hati.. Alhamdulillah terima kasih pada yang sudi bantu. Kami bayar RM150 jer masa tu lepas pada tu minta Dr GHKL transfer anak kami kat IJN murah sikit sebab ada Unit Taksiran rasanya sekali dua jer kot bayar full payment yang lain dok bayar deposit jer yang selebihnya Unit Taksiran. Terima kasih banyak2 kat Unit Taksiran kalau tak memang tak berceklah pacemaker Asyraf tu. 

Masa Aishah berkampung kat GHKL takde masalah, cuma kami boleh bayar ansuran bill hospital. Tak mahal sangat kalau mahalpun masih mampu bayar kalau tak mampu bayar sikit2 hehehe.. 

Janganlah GHKL ni disemi-government kan macam IJN. Susahlah orang macam kami, nak beli insurans bukanya mampu. GL takdo.. sekarang ni sakit jer pi GH nak ke klinik mahal.

Masa Aiman paling sedih, saya sebenarnya dah tahu dan tak kisah pasal bayaran cuma pada mulanya terkejut juga bila doktor bagitahu nak kena sediakan RM500 untuk deposit. Doktor tu duk remind jer kat saya, "Ibu nanti bagi tahu Ayah ye sediakan RM500 deposit untuk anak masuk wad kat IJN". Masa tu sedih bukan sebab takde duit tapi sedih tengok Aiman letih. Seperti biasa Jabatan Sosial akan talifon untuk membantu dan pegawai tu cakap sediakan RM50 je lepas tu suruh sediakan KWSP latest statement. Masa tu berkenalan dengan seorang ibu dari Perak, anaknya baru selesai operation kat IJN lama juga dia duduk IJN dalam sebulan camtu. Saya tanya berapa nak kena bayar dia bagi tahu perbelanjaan dalam RM42K dan dia bayar sikit. Mulanya dia tak ceritakan betul2 bila dia tengok saya dan dengar saya kata sebenarnya saya tak mampu pun nak bayar deposit RM500 baru dia ceritakan perkara sebenar tentang dia. Ibu ni duduk jauh kat Perak tu, suaminya hanya kerja kampung berbekalkan RM100 duit poket dia kata dia tak mampu langsung nak bayar RM50 pun, sebab duit poket tu dah digunakan beli keperluan anak seperti diapers dan tisu basah serta belanja makan dia. Dia ceritakan bahawa dia menangis meminta bantuan dari Jabatan Kerja Sosial HKL dan pegawai yang baik tu berikannya RM50 untuk deposit kat IJN. Semasa di IJN dia juga terpaksa menangis merayu pada Unit Taksiran sebab pada mulanya mereka hanya mengurangkan deposit dari RM500 ke RM300 dan akhir sekali Unit Taksiran bersetuju menerima hanya RM50. Dan dari RM42k hanya RM50 deposit dan dia tak perlu bayar apa2 dah, Alhamdulillah, segalanya selamat dan saya turut gembira dengannya sebab anaknya dah selamat dibedah dan kini hanya menerima rawatan di KK8. Bila tiba masa kami ke IJN, peraturan dah bertukar saya tak perlu bayar deposit pun pada hari tu sebab kos pertama kami tu ditanggung oleh GHKL. Alhamdulillah. Masa tu Dr Su bagitahu mungkin sebab Ibu patient tu membuatkan IJN tak ambil deposit dari kami. "Terima kasih Ida" (ibu patient sebelum ni.) Terima kasih juga pada Dr Su sebab Dr Su berkeras supaya Aiman tak diberikan ubat tidur semasa echo dijalankan. Menurut Dr Su, ubat tidur tu pasti mahal. Dan memang dah ditakdirkan Aiman tak perlu jalani pembedahan dan dia pergi menemui Penciptanya dengan meninggalkan mamanya. Masih teringat lagi akan perbincangan mereka yang sering pertikaikan perbelanjaan IJN tu dan saya hanya cakap tak kisahlah berapa diorang nak charge asal Aiman sihat dah la... Bila Aiman pergi, ada yang cakap Aiman sayangkan mamanya, sebab tu dia pergi, dia tahu, kalau dia hidup mamanya susah, nak bayar hospital lagi. Masa tu kata2 tu cukup menghiris hati. Masa tu rasa macam tak layak jadi ibu...dah beberapa hari keluar hospital baru teringat pasal bill tapi pihak hospital dah batalkan bill tu sebab patient meninggal dunia.

Sebelum ni doktor dah suruh buat kromosom test sebab nak tahu Aiman ni cacat ker tak, tapi saya tak buat. Dr IJN pun dah nak tolong sediakan appointment untuk buat fetal echo pun saya tak buat, alasannya MAHAL.. bila Aiman pergi terus rasa down.. selama ni berkira sangat nak buat ujian. Sebab tu, enty lepas tajuknya "Aiman dalam kenangan...(maafkan mama sayang)" - maafkan mama sayang sebab mama tak mampu nak jadi mama Aiman..

Baru saya tahu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Sosial HKL adalah Jabatan berlainan. Sebab dulu masa NSTP interbiu untuk nak tahu progress Asyraf, saya ada ceritakan bahawa saya ada terima bantuan dari Jabatan Kebajikan tapi yang sebenarnya Jabatan Kerja Sosial HKL. Jabatan Kebajikan Masyarat ada call lepas terbaca artikal mengenai perkembangan Asyraf lepas dibedah dan bertanya pernah tak kami terima bantuan dari mereka. Memang tak pernahlah dan mereka ada tawarkan bantuan bulanan tapi kami pula tak layak. Jadi mereka ada beritahu kalau2 Asyraf perlukan bantuan dimasa akan datang cuba hubungi mereka. Itu kes sudah bertahun lamanya dan InsyaAllah Asyraf akan dibedah lagi 3 tahun untuk tukar bateri dan kalau perlu pasti saya akan cuba hubungi Jabatan Kebajikan nanti. 

Tak baik mengeluhkan... semuanya dah tertulis. Ada sebab ke atas sesuatu kejadian cuma kita jer yang samar2..

Fikir balik.... Kalau betul tak layak kenapa Allah beri lagi seorang kan... Alhamdulillah...

pic diambil dari FB  HambaYangMengharapRahmatAllah

- macamana nak jawap soalan cepumas - "Kenapa tak merancang?"

thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 5 Disember 2013

Mandi-manda di Hutan Lipur Sungai Gabai

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti-cuti ni, destinasi 3 sekawan ni ialah ke rumah Mama Eyda. Jadi disebabkan mama masih tiada keupayaan untuk bergerak bebas sebab badan tak berapa sihat, jadi hanya mereka bertiga jer yang pergi mandi manda di Hutan Lipur Sungai Gabai yang berhampiran dengan rumah mama eyda. 

Mereka kata rugi mama tak ikut. seronok sangat! katanya.. jom layan gambar ye..


Gambar ni mama cilok dari FB aunty Ton.. hehehe...

Perkara yang berat nak dilakukan, kalau mamalah...ialah nak menaiki tangga.. Memang panjang gilerlah (bagi mamalah) Menurut Asyraf ianya ada 333 anak tangga... huh! mahu bengkak kaki mama agaknya kalau mama ikut..

Kepenatan sudah

Adoi jauh lagi ker...

Bagi mereka ok2 jer.. tengoklah wajah2 kegembiraan bila dah nampak air terjun.. Indahnya ciptaan Maha Esa kan.. mesti nyaman terasa..

Dah nampak dah air terjunnya huhu..

Kebetulan makcik Ana pun cuti, jadi mereka ke sana berenam untuk berendam.. Makcik Ana, Mama Eyda, Makcik Eni, Maksu Intan, Asyraf & Aishah.

Posing dulu, mama eyda jadi fotografer..


video
Abang sedang mengelongsor... seronoknyeee...

Dengan berbekalkan nasi goreng dan sosej, mereka begitu berselera sekali.. sebab hati mereka sungguh gembira. Ialah dapat main air kan. Seperti biasa memang lambatlah nak ajak balik.

Mama tak dapat nak ulas banyak2 sebab tidak berada di sana, namun kesungguhan mereka bercerita mama tahu tempatnya memang menyeronokkan. Mereka ajak pergi lagi...

Hampir seminggu mereka duduk rumah Mama Eyda, bosan taw mama dan baba. Walaupun mereka bertiga memang tak berbual sangat ngan mama dan baba tapi bila mereka tiada di rumah terasa sunyi sangat. Jadi setiap malam mama dan baba ngan selamba datang tidur sekali kat rumah Mama Eyda.. hehehe.. serupa cam kami pun bercuti ke rumah Bedah jugaklah kan...

Baba tanya mama kenapa bila anak2 ada, mama macam tak layan jer mereka tapi bila mereka tak ada sibuk jer nak rindu.. Jawapanya ialah mereka kena ada depan mata walaupun kadang2 mereka ni buat mama sakit kepala hahaha....baba cakap babapun sama ngan mama.. hidup ni terasa tak lengkap kalau berjauhan dengan anak... Anak2 adalah penyeri hidup..

thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 22 November 2013

Pets Pinjaman (Part 3) - Kisah Doni, Tompok & Jerry..

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni pula nak cerita tentang 3 ekor kucing kesayangan anak-anak serta babanya sekali. Kisah ni sebelum kehadiran Kitty Jr dan Junior.

Selepas Puss menghilangkan diri maka tinggallah 3 ekor anak kucing ni. Mereka sangat manja, terutama si Doni. Sebenarnya ketiga-tiga ekor kucing ni sudah menghilangkan diri tak tahulah sama ada diangkut oleh DBKL atau diambil orang atau mungkin sudah mati, yang pastinya ketiga-tiga kucing ni amat kami sayang. 


Doni, 


Tompok @ cici

Doni dan Tompok @ Cici adalah kucing yang pertama kami bawa jumpa vets, itupun sebab aku dah malas nak lumurkan minyak masak kat badan tompok sebab kulitnya berkurap. Habis semua bulu tompok gugur dah tak comel dah. Kalau aku teruskan guna petua tu, aku rasa kesian pula sebab bulu tompok kebanyakannya puteh bila dilumurkan dengan minyak masak ia bertukar jadi kuning. Akupun decided bawa ke vets. Disebabkan mereka masih kecil vet bagi ubat telan dan kemudian bagi kami pil untuk Doni dan Cici. (baru tahu Tompok tu betina, dan2 tu jugak namanya ku tukar cici). Alhamdulillah seminggu jer, Doni dan Cici sembuh, bulu merekapun dah cantik. Ketiga-tiga kucing ni dah jadi tembam dan berbulu lebat. Memang ramailah kanak2 bertandang nak main dengan mereka. Moment yang paling kami rindu ialah time nak bagi makan, kami ketuk je mangkuk plastik kat dinding, maka berkejaranlah kucing-kucing tu ke dapur. Kucing yang paling tamak sekali ialah Doni. 

Hinggalah suatu hari Eyda dan Eni dah tak sanggup jaga kucing, maka diserahkan Momoy dan tiga anaknya iaitu, Memey, Melly dan Peter pada kami.

Memey,  Melly dan Peter tengah menyusu ngan ibunya Momoy

Tompok hilang masa tu kami sibuk jaga kucing sakit iaitu Peter. Masa tu mungkin Tompok cemburu kot, sebab masa tu kami belikan makanan khas untuk kucing sakit di klinik haiwan buat Peter, banyak kucing berebut-rebut minta sikit tapi Tompok cuma melihat je kemudian terus menghilangkan diri. Menurut Eni kemungkinan dia menghilangkan diri sebab dia dah hampir dewasa dan kucing bila dia sakit selalunya dia menghilangkan diri kemudian kita pasti akan jumpa bangkainya. Sebab kat kampung kami ada makcik pernah ceritakan hal ni kat Eni, bila masa kucing makcik tu sakit dan menghilangkan diri kemudian kucing tu mati, makcik tu jumpa bangkai kucing tu dan menanamnya. Kalau fikir balik, kuicng tu mungkin tak mahu tuannya rasa sedih tengok dia mati. Aku rasa sedih pula, tapi sampai sekarang memang aku tak pernahpun jumpa bangkai Tompok, mungkin Tompok masih hidup. Kemudian Doni pula menghilangkan diri nak kata dia ni merajuk tak juga sebab, Doni ni paling suka duduk kat rumah. Kami dapat tahu DBKL pun ada operasi angkut kucing liar, sebab Intan perasan banyak kucing dalam lori DBKL nasib baik, Intan nampak Jerry dalam lori tu dan minta pekerja tu pulangkan Jerry semula. Selamat Jerry masa tu. Sebenarnya Doni hilang setelah beberapa hari Peter, Memey mati dan Melly hilang dan kemudian Momoy menghilang. Kisah Momoy dan anaknya saya akan cerikan kemudian. Sedih sangat masa Doni hilang jenuh kami cari tapi tak jumpa. Maka tinggallah Jerry seekor.

Jerry

Jerry adalah kucing kurap yang kami temui setelah Puss melahirkan anak2nya dirumah kami. Pada awalnya takde sapa yang nak dekati Jerry ni sebab dia berkurap, tapi setelah menggunakan petua dan juga atas belas kasihan Puss menjilat kuping2 di badan Jerry dan Jerry menjadi kucing hitam yang comel, bulunya hitam bersinar (penangan bekas minyak gorengan). Jerry adalah kucing yang baik hati, setelah ditinggallkan oleh Puss, Jerry menjadi ibu kepada Doni dan Tompok malah Jerry sanggup jadi ibu susuan Doni dan Tompk walaupun dia takde susu ialah kucing jantan kan.., masa Tompok dan Doni hilang, dalam 2 3 hari Jerry mengiyau-ngiyau cari Tompok dan Doni, Jerry juga kucing yang mendengar kata, aku cuma berpesan sahaja padanya "Jerry nak berak ke kencing ke gi luar ye sian Cik Intan, mama pula tak tahan bau" Alhamdulillah lepas aku berpesan padanya keesokan harinya memang dia berak dan kencing kat luar rumah. Jerry dan Doni selalu duduk sebelah aku bila aku solat, ketika aku menadah tangan berdoa, Doni akan berdiri depan aku sambil pegang tangan aku. Malam2 Doni dan Jerry akan pergi jenguk aku kadang2 tidur dekat aku. Jerry suka cium dahi aku geli kot hidung dia basah, Doni dan Jerry suka letakkan pipinya kat telapak tangan aku, minta dibelailah tu. Masa tu aku sarat mengandungkan Aiman, hanya Jerry je yang tinggal. Setiap kali kami pulang Jerry akan berlari dapatkan kami. Dia manja ngan baba. Malam terakhir sebelum dia hilang. Aku tengok baba tengah urut2 kaki Jerry masa tu kaki Jerry tersepit kat tingkap. Terhingjut-hingjut dia berjalan pastu datang kat baba tunjuk kakinya baba pun urut. Aku tetiba je jeles masa tu, bukan apa masa tu aku pun mengadu sakit kaki (biasalah orang mengandung mesti lenguh tulangkan) Aku cakap kat baba "Amboi, kalau kucing kemain lagi berurut bagai, orang minta tolong wat dek jer" Masa tu kami bergurau je kot. Baba cakap alah kaki kucing kecik hehehe... Masa aku nak tidur Jerry nak cium dahi aku tapi aku tutup ngan bantal cakap takmo.. gelilah. Jerrypun berlalu. Lepas hari tu aku tak jumpa Jerry dah.

 burung yang sempat kami selamatkan dan dilepaskan terbang..

Jerry hilang ntah kemana, puas juga kami cari, mungkin DBKL angkut kot sebab Jerry takan keluar jauh dari rumah, dia sentiasa ada, dia paling suka panjat pokok sambil tangkap burung dan kami suka lepaskan burung tu. Setiap kali balik kerja mesti nampak Jerry kat depan rumah, Jerry pasti sambut kepulangan kami tapi kini tidak lagi. Aku rasa bersalah sangat. Kami sangat2 rindu kat Jerry Si Kucing kurap. 

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 20 November 2013

Cuti sekolah.. nak kemana ye??

Assalamualaikum w.b.t. 

Dah masuk musim cuti sekolah dah ni, biasalah anak2 dah start tanya nak cuti kemana ye..mama jawab korang je yang cuti mama still working..hehehe.. cuti takde kalau adapun cuti bersalin jer itupun dah lepas.. sabor jelah anak2 ye dapat mama macam mama ni.

Wahai anak2, mama tengah fikir ni, bersabar ye.. Ok, sekarang ni memang cuti sekolah, ada yang request nak ke PD lagi, ada pula nak ke Genting Highland, Legoland, balik kampung, Penang dan macam-macam lagi seperti ongkos mamanya cam banyak jer cam loaded jer kan.. Mama sekarang tengah fikir destinasi budget yang terendah asal tempat tu seronok dah ler. Kat mana erk.. balik kampung kot hehehe.. Sekarang memang takleh kemana-mana sebab abang ada tuisyen mungkin bulan Disember ni kita fikir lagi k!

Berikut adalah gambar2 lama musin cuti lepas, dimana Makcik Nora (adik aku) dari Penang bawa anak kesayangannya Irfan, bercuti di Kuala Lumpur. Dan tak sahlah kalau tak bawa budak bertiga nikan.. jom layan je gambar2 tu.. 

Zoo Negara..sempat bergambar ngan badut lagi.

4 sekawan

ni kat Putrajaya kot..

Ramah betul anak dara aku tu kan..ntah apalah yang diorang bualkan..

 Lepak kat shopping mall

 Asyraf, Irfan, Aishah

Asyraf dengan heronya.. Ben10

bergambar kenangan

kat ICT

bergambar kenangan bersama Makcik Nora

Seronok jer anak-anak aku

kat ICity lagi

sabor jelah anak dara aku nih!

thanks for reading this entry ^_^

Selasa, 19 November 2013

Sekadar Luahan...

Assalamualaikum w.b.t.

Sesungguhnya aku bersyukur, malah gembira bila dapat tahu aku pregnant lagi. Dalam masa yang sama aku juga takut. Bila dapat tahu jer aku pregnant mulalah aku serik dengan rasa loya waktu pagi dan malam, lenguh tulang, sesak nafas dan perkara yang paling aku geruni ialah masa nak bersalin. Menipulah aku kalau aku kata aku tak takut. Bila aku fikir balik, semua kepayahan tu akan disertakan dengan pahala yang banyak. Pasti ramai yang tahu kelebihan ibu mengandung, bukankah itu rezeki kita. Tiba-tiba tergambar wajah bayi comel dan bau harum dari tubuhnya. Saat tu paling aku suka, mungkin aku nak sangat peluk bayi lagi jadi aku harus kuatkan diri aku untuk lalui lagi proses kehamilan ini dan serius aku cakap disebabkan aku baru je mengandung sebelum ni dan kini mengandung balik, dah terasa aku mengandung selama setahun la pulak.. (baca jelah repekan aku ni tengkiu)

Aku ni jenis loya hingga hari nak bersalin tapi takdelah sehebat 3 bulan pertama. Aku dah tahu camner nak handle rasa loya iaitu lepas makan duduk diam2. Tapi kali ni macam pelik sikit, sebab hari2 kepala sakit dan rasa berdebar-debar macam baru lepas berlari padahal aku duduk bersantai je. Bila doktor cek normal je, takdelah murmur macam mengandungkan Aishah dulu. 11.11.2013 hari tu buat check-up, nurse bagi lagi 2 minggu lagi untuk check-up, cam pelik jer dulu cakap bila dah nak bersalin nanti baru kena kerap datang klinik ni baru 13 minggu dah suruh datang check-up lagi 2 minggu. Rasa cam bengang la pulak tapi nurse cakap sebab hb low dah cecah bacaan 10.3. Dia tulis guna pen merah, macam serius jer. Sebab dah lambat jadi takdelah aku tanya apa risiko hb low. Kat office aku google cari risiko hb low jadi aku jumpa ni..

Kesan kepada bayi :



1. Kandungan kurang dari 5 bln (kurang 20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (kurang 11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20-28minggu) 

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang, jantung bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas( 28-40 minggu) 

Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (kurang 9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Kesan kepada ibu : 

1. Ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation) 

2.Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

copy dari blog Story of Health & Beauty

Aku memang jenis cepat risau, bertambah pening kepala aku. Perasan tak semuanya ada kaitan dengan jantung bayi kan. Mengandung sebelum ni memang bacaan paling rendah adalah 11. Nurse cuma bagi ubat tambah darah dan suruh makan 2 biji terus sekali makan sebab dia risau bacaan akan turun lagi. Masa tu aku tak pernah ambil tahu kenapa pentingnya kita tahu risiko hb low ni. Bila aku fikir balik mungkin anak2 aku jantung berlubang sebab ni kot. (wallahualam).

Disebabkan kepala dok sakit jer memanjang, aku pun makan ubat panadol active fast. Vengongkan sebab selama ni aku ingat panadol tu macam paracetamol jer, sebab doctor memang melarang aku ambil ponstan atau synflex bila sakit kepala. Even tak mengandung pun doktor tak kasi makan sebab aku gastrik. Selalu kalau aku pregnant bila sakit doktor hanya benarkan aku makan setamol. Aku malas nak ke klinik jadi suruh Intan beli Panadol active fast kat kedai mamak. Ms Chuah nampak aku makan ubat tu, langsung kena leter dengan dia. "Haiya..you tak tau meh, pregnant mana boleh makan ubat, kalau sakit ambil MC tidur saja dan makan vitamin C. Dulu my gyne (gynecologist) pesan paracetamol (panadol) boleh akibat jantung anak berlubang, you makan active fast 2 biji lagi.. I thought you know it."  La ye ker, ingat paracetamol jer kot yang boleh makan sebab tu ubat yang tak kuat sangat setakat sembuhkan deman je kot. Tapi panadol active fast tu mungkin kuat kot. Nak buat macamana dah telan dah pun. 

Memang kesiankan ibu mengandung ni dah la sakit tapi tak boleh ambil ubat. Takan nak ambil MC memanjang dahlah baru je ambil maternity leave 2 bulan hari tu. So kena juga kuatkan kan diri.  

Oklah. 25.11.2013 ni, nak kena jumpa nurse untuk tengok bacaan hb, dan harap dapat scan baby sekali kalau tak dapatpun takpe nanti nak kena jumpa pakar kat MFM HKL iaitu Dr Baskaran, doktor nilah yang perasan jantung Aiman ada problem masa dalam kandungan tapi tak dapat pengesahan sebab kali kedua buat detail scan Dr Baskaran takde. So 19.12.2013 ni nak buat detail scan dan kali ni nak make sure Dr Baskaran tahu kes hari tu. Tapikan mesti diorang suruh buat karyotype. Aku dah awal2 tolak dulupun diorang ada tanya sebab nak tahu kecacatan pada kromosom. My hubby tak galakan sebab kalau kita dah tahu awal2 masalah pada bayi pasti kita akan risau sepanjang kehamilan ni, kan tak baik tu. Lagipun kalau tahupun bukannya boleh buat apa2 sekadar persediaan diri jer. Jadi kehamilan kali nipun aku refuse untuk buat. Lagipun orang kata sakit dan juga ada risiko keguguran dan juga mahal. So buat apa bayar mahal2 untuk rasa sakit. Baiklah aku berdoa je. Mungkin kami akan berjumpa dengan pakar genetik jugak. Tengoklah, harap-harap tiada perkhabaran yang buruk. Mohon agar aku dan bayi yang aku kandung ni sihat hendaknya. Dan pastinya dia akan secomel abangnya Muhammad Aiman, sepetah kakaknya Nurul Aishah dan sebijak abang sulungnya Muhammad Asyraf. 

"Ya Allah, hanya padaMu ku berserah, sesungguhnya aku yakin Engkau telah menyediakan sesuatu yang terbaik untukku"

thanks for reading this entry ^_^

Jumaat, 8 November 2013

Hampeh punya penyamun..

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak barangan korang kena curi. Aku, memang banyak kali kalau sikit2 tu aku memang tak kisah sangat tapi macam motor ngan kereta tu... ada gak rasa terkilan, tambah-tambah dah habis bayar.. aduyai. Sekarang aku dah tak kisah dah walaupun orang kata barang hilang pasti kan berganti baru, cam aku ni nak ganti baru tu cam payahlah sikit. Contohnya, kereta sampai sekarang tak berganti lagi, masa anak2 sakit dengan aku2 jugak sakit, kepayahan tu terasa sangat terutama masa aku dalam pantang dan masa tu jugak anak kami nazak dan meninggal terfikir camner nak bawa jenazah balik.. bawa naik motor atau tahan teksi.. nasib baiklah ada sedara kat KL ni, kalau tak mesti haru kan.. Dalam zaman sekarang ni kereta bukan lagi kehendak tapi keperluan walaupun kami ni bawa motor kenaikan harga minyak memang terasa sangat.. (minyak!.. ada kaitan tak ngan cerita ni?.) Betapa pencuri tu tak pernah terfikir tentang kesusahan orang yang dicuri hartanya. Sedar akan apa yang kita miliki adalah bukan milik kita..hati kan tenang.. macam dalam lirik lagu kat bawah.. cuba kita amati baik-baik..

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Bukan nak ungkit kisah lalu cuma nak bercerita, Al-kisah kami yang tinggal di flat yang rata-rata tak pernah aman dengan kes curi, termasuklah curi selipar buruk. Aku rasa pencuri ni mental kot, atau memang nak bagi orang sakit jiwa cam dia jugak. Selalu sangat dengar handphone tengah cas dalam rumah kena curi, anak main Ipad kena cilok, motor baru beli rantai kat depan rumah, depan mata kena rembat. Jiran sebelah rumah lagi kesian, washing machine, sekali periuk belanga kena rompak masa diorang balik kampung. Bangun pagi Pak Ndak sebelah rumah nak gi kerja kedua-dua tayar motor ghaib. Tetamu datang rumah letak jaket atas motor, nak balik hujan tengok jaket dah hilang.. bila masanya pencuri ni ambil. Memang terer giler lah diorang ni. Aku pernah nampak pencuri tengah mencuri bag kerja aku, tergamam aku masa tu, pencuri tu pun terpaku tengok aku, bila aku tengking hei! baru pencuri tu lari. Nasiblah tingkap aku tu bergrill, bukan aku jer, Intanpun pernah alami.

Macam-macam lagi kalau nak cerita rasa panjang menjela jadinya cerita aku, so aku pendekkan cerita. Ni kisah Intan, selama ni dia ni cuai sikit, dah pesan banyak kali kunci pintu, nanti rumah masuk pencuri, kadang2 dia dengar kadang2 dia lupa. Tu yang handphone aku dok hilang sokmo tu, yang paling aku terasa bila Eni merajuk ngan aku sebab rantai emas kesayangan dia hilang. Mungkin dia tak salahkan aku tapi aku ni sensitif sikit. Rantai tu putus sebab on the way dia nak balik rumah dari Ampang, dia diragut, sememangnya semangat Eni ni kuat sanggup dia sepak motor peragut tu dan akhirnya dia dapat selamatkan rantai tu. Bayangkan si kecik molek tu yang sedang bawa motor dan sempat mempertahan kan diri serta rantai emasnya dari diragut. Tapi rantai emas tu hilang dari simpanan. Mungkin sebab dia simpan kat meja solek bilik Intan, dan bilik Intan dekat dengan pintu rumah. Eni sayangkan rantai leher tu sebab itu adalah barangan pertama yang dia beli dari duit gajinya. Sekarang Eni dah ok, dia dah terima hakikat. Yang aku nak cerita ni ialah pasal budak Intan ni. Pengalaman Intan bila barang kesayangan dia kena curi.. ha..baru dia tahu apa yang orang rasa..

Intan ni, lasak orangnya, seluar dia selalu koyak, akulah jadi tukang jahitnya tapi kalau dah berlubang memang taklah aku jahit kalau ditampal alamatnya buruklah jadinya kan...Selalu sangat dia suruh kami beli tracksuit untuk dia, aku dah warning kat dia no more tracksuit. Cubalah jadi perempuan sikit duduk lah betul2kan.. tapi nasihat tak guna kawan2 diorang perangai cam budak2..tolak sana tolak sini, bila dah terjatuh bukan tracksuit jer yang koyak, kulit dia pun koyak sama. Minggu sudah Intan nak pergi camping, Eni belikan dia seluar tracksuit baru, kali ni Eni beli yang besar sikit sebab Intan dah gemok hehehe..dan seluar tu cantik. Balik camping, dia pun seperti biasa cuci pakaian dan dia jemur pakaian tu kat depan rumah kami, basuh pagi, tengah hari dia tengok tracksuit kesayangan dia hilang..cina uncle nampak kejadian tu tapi takleh nak wat apa, hanger kitorang pun dah sampai kat post box hujung flat. Kecewanya Intan, dia duk ulang2 bagitahu aku seluar dia hilang. Akhirnya dia cakap kat aku.."Kak, cikgu cakap kalau barang kita kena curi kita kena buat report polis".. alahai Intan... "takan akak nak buat report lak dik, malulah akak..Tuan Inspektor, saya nak buat report, seluar tracksuit saya kena curi.. mahu muntah ijo polis tu kang.. Kalau kereta ke motor ke boleh lah.. Dompet hilangpun kadang-kadang polis tak nak terima.." tergelak pulak dia dengar penjelasan aku.. Intan ni memang suka tersengih. Keesokan harinya pun sama tracksuit lagi satu hilang..pastu dia cerita pasal kawan dia pakaian dalam hilang jugak, nasib baik ayah kawan dia polis, tu yang boleh buat report tu... ye ker?!..dia cam nak suruh aku buat sesuatu jer, semua pakaian yang elok jangan jemur kat luarlah.. habis jemur kat ner.. takan nak tunggu pakaian tu kering cam jaga kambing makan rumput di padang kan.. Susahkan.. itulah risiko duk kat flat kami.. nak tak nak kena terima.. Malam berikutnya selipar pulak hilang.. "Kak! selipar saya hilang..!!" takde apa yang boleh kitorang buat selain dari gelak..hahahahaha... hampeh tul lah penyamun ni, selipar buruk pun ko curik!!! 

thanks for reading this entry ^_^

Rabu, 6 November 2013

Pembantu mama

Assalamualaikum w.b.t.

Dah besar dah anak-anak mama ni, sekarang ni Aishah suka benor menolong mamanya ke dapur. Dia suka sangat basuh pinggan mangkuk. Setiap kali basuh pinggan bukan pinggan, mangkuk jer dia basuh dengan lantai dapur dan dia-dia sekali dia basuh. Kalau hujung minggu tu boleh lah suruh anak dara ni tolong masak sebab banyak masa nak tunggu dia buat kerja dan mengajar, tapi kalau hari biasa, tak galakkan sebab nanti takut lambat kerja. Kadang-kadang sampai binggit telinga dengar suara dia minta nak menolong.."Ma nak tolong ma, ma nak tolong ma..." yang mama di tak bagi bukan sebab tak nak mengajar tapi dia kecil lagi dan mama pula kejar masa. Alhamdulillah sebab dia ada rasa nak belajar buat kerja-kerja dapur. 

Dan Intan pula dah pandai masak nasi, bukan sahaja menggunakan periuk letrik malah tanak nasi atas dapur gas pun dia dah reti. Alhamdulillah.. Intan adalah adik saya yang hidap disleksia (OKU). Jiran saya puji dengan sikap Intan yang boleh diharap. Dia boleh basuh pakaian, jemur serta lipat pakaian dia pandai ngasuh budak2. Malah kerja rumah kebanyakannya dia yang buat. Makcik jiran sebelahpun anggap Intan lebih kelihatan normal dari remaja sebayanya. Masalah Intan sekarang dia masih belum lancar membaca dan dia seperti tak mahu belajar membaca. Bila time nak baca buku dia mulalah sibukkan diri kat dapur. Pinggan mangkuk tak banyakpun tapi dia punya nak mengelak membaca sanggup dia lap2 singki dapur katanya kotor sangat. Tapi Intan memang banyak membantu kami. Cuma sekarang ni, saya risau dia hanya ada 2 tahun lagi untuk bersekolah dan lepas tu tak tahu mana nak hantar dia belajar kalau dia masih tak tahu membaca dan mengira. Intan juga suka tolong saya memasak, katanya cikgu suruh tolong kakak kat dapur. Mungkin cikgu dia nak dia biasa memasak kot sebab di sekolah Intan diajar kemahiran memasak selain dari berkebun. Sukatan pelajaran Intan macam budak sekolah rendah punya pelajaran. Minggu lepas Intan exam. Dia bangga bercerita yang dia lulus masak nasi dan sibuk bercerita pasal kawan dia masak nasi macam masak bubur lambok. nak tergelak saya dengar. Kemain lagi dia seronok tapi dia kecewa sebab kawan2 dia ramai juga dapat matematik 100% tapi dia tak. Dulu Intan kalau hari Khamis ada jer kecederaan menimpa kat dia, sebab hari Khamis hari belajar masak. Bila siang Ikan tangan mesti luka, kadang terkena periuk panas, ada juga kena serpihan kaca dari pinggan pecah. Mesti peningkan cikgu yang mengajar pelajar2 disleksia ni. Sebab saya ni pun dah jadi cam ibu tiri bawang merah dah bila nak ngajar dia buat kerja rumah kadang rasa kesian kat dia. Selalu tanya dia tak sakit hati ke akak marah Intan ni, akak marah Intanpun akak rasa sakit hati. Tapi sekarang Alhamdulillah dia memang pandai buat kerja rumah. (Thanks to my hubby actually my hubby yang ngajar Intan masak nasi dan siang ikan..hehehe akak tak pandai mengajar..)

Si abang pula ikut mood, sekarang ni pinggan yang dia gunakan mama suruh dia basuh sendiri, kadang2 dia buat kadang2 dia minta maksu Intan yang buat. Mama akan biasakan diri anak bujang mama ni menyapu sampah kat rumah. Tak kisah lelaki ke atau perempuan kerja rumah mesti kena galakkan mereka ni buat, tapi disebabkan mereka ni kecik jadi mama tak paksa lagi.  Ala sedangkan di sekolah abang pun dah diberi tugas menyapu sampah kat kelas takan kat rumah tak boleh buat kan..Kalau mama suruh sapu sampah ada je alasannnya, bila mama cakap kat sekolah boleh pula menyapu sampah.. baru dia buat sambil tersengih. Owh takut cikgu je rupannya budak bertuah ni..hehehe

Dari kecil ni kita kena galakkan diorang buat kerja rumahkan.. kalau dah besar baru nak suruh alamatnya liatlah diorang nanti kan...


Si Kecik ni kalau bab memasak memang laju jer nak menolong.. gambar masa mama dalam pantang, Si Ecah menolong mama Eyda masak.

Mulut tak abis2 membebel, jadi perempuan kena pandai masak katanya...(yelah tu kan..)

Semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan yang juga bijak pandai. Aamiinn...

thanks for reading this entry ^_^

Mimpi... (adakah ia kebetulan atau kebenaran..)

Assalamualaikum w.b.t.

Aku selalu impikan suatu hari aku akan bermimpi bertemu dengan 2 orang insan yang paling aku sayang yang pergi meninggalkan aku terlebih dahulu, iaitu mak dan juga anakku Aiman. Dalam doaku sering kumohon agar ada hari itu. Selalu aku mohon agar Allah sampaikan salam rinduku buat mereka. Setiapkali aku teringatkan mak, aku sering mengalirkan air mata, betapa aku kagum dengan mak, seorang insan yang penyabar dan lembut hati. Sering aku tergambar senyuman mak. 

Pagi Maal Hijrah tu, aku ke pusara anakku Aiman. Buat pertama kalinya aku membaca surah Yassin di pusara tu, sebelum ni setiap kali menziarah pusara Aiman aku hanya bacakan surah2 yang ringkas dan yang aku hafal sahaja. Walaupun hari panas terik, aku teruskan juga bacaan. Hanya sesekalinya aku terasa sebak. Sungguh aku tak kesal apa yang terjadi cuma rasa sebak tu hadir sendiri. Dalam perjalanan pulang hati aku singgah ke wajah mak. Alangkah bagusnya kalau aku berkemampuan, pasti aku juga akan baca surah Yassin ni di pusara mak. Selama ni aku hanya bacakan surah Yassin ni di rumah sahaja. Aku mula google tentang hukum menziarah pusara. Aku pernah dengar orang kata tak perlupun baca yassin kat pusara bayi sebab mereka sudah pasti ahli syurga. Aku tak dapat pastikan tentang tu, yang aku dapat adalah, kebaikan menziarah pusara terutama kalangan saudara mara kita yang terdekat pahala bacaan yassin lebih cepat sampai kepada simati dan bagi anak2 sentiasalah membaca Quran untuk orang tuanya kerana mereka sentiasa menunggu pahala dan amalan dari kita anak2. (perbetulkan aku sekiranya aku salah). 

Berbalik pada malam Maal Hijrah, aku terbangun lalu solat malam. Masa tu aku teringat kata2 mak aku ketika mak masih sihat, masa tu aku mengandungkan Asyraf, mak mahu menjaga anak2 ku tapi aku tak beri sebab kami tinggal berjauhan, aku tak mahu berpisah dengan anak aku dan aku pasti akan balik jika kami ada masa. Aku cukup bertuah kerana aku dijaga mak masa aku berpantang selama sebulan (sebulan lagi mak mertua jaga). Asyraf dan Aisyah dapat kasih sayang neneknya cuma Aiman sahaja tak berkesempatan. Malam tu aku berdoa dan mohon agar mak dapat berjumpa dengan Aiman dan mahu mak menjaganya. (Doa aku memang tak masuk akal, tapi aku betul2 berharap dan masa tu aku menangis, my hubby kata aku ni macam budak2 meminta benda tak logik.. kuasa Allah kan tak siapa yang tahu..) 

Petang tu kami lepak bilik Intan, masa tu Intan bercerita tentang mimpinya malam tadi. Aku hanya mendengar dan tak menyangka adakah mimpi Intan ada kaitannya dengan aku. Apa yang aku rasa sebelum ni tak aku ceritakan pada sesiapapun tapi mimpi tu.. Menurut Intan jam 3 pagi Intan terbangun dari tidur dan ke bilik air. Ketika dia naik ke katil dia terasa seseorang mengusap rambutnya dan orang tu mak. Mak pakai telekung puteh, mak pesan kat Intan jangan buat perangai (kebetulan Intan merajuk dengan aku semalam sebab aku marah dengan sikapnya yang suka membazir dan tak suka baca buku) Mak bertanyakan khabar abah dan ahli keluarga yang lain. Susah nak faham cerita Intan sebab Intan ni dyslexia ceritanya bercampur gaul. Aku tak kacau dia bercerita sebab dia akan relate kan apa yang aku cakap dan ceritanya akan berubah-ubah. Yang aku faham, mereka bualkan tentang baby Aiman, Intan kata sian kat baby Aiman dia sakit then Intan cakap mak suruh Kak Ngah baca yasin kat kubur mak nanti bila kita balik kampung nanti masa Kak Eyda kawin bulan Disember ni. Ya Allah! adakah mak nak aku pergi melawat pusaranya dan bacakan surah Yassin tapi mak cakap melalui Intan. Kenapa mak tak hadir dalam mimpi aku. Intan cakap sebab aku tidur kat luar kalau nak jumpa mak tidur dalam bilik dia.  (yelah tu..)


- Al-fatihah -


thanks for reading this entry ^_^

Isnin, 28 Oktober 2013

Anugerah dari Allah...Alhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Suatu ketika sebelum entry Rindu itu tetap ada dibuat. Aku berbaring di sofa sambil cium gambar baby Aiman kat handphone, Asyraf datang dan ambil handphone tu dan dia juga turut mencium handphone tu. "Mama ni ntah apa2lah cium handphone?" katanya macam dia tak buat perkara sama yang mama dia buat hehehe.. "Abis tadi ngapa abang cium handphone tu" Asyraf tersenyum dan baring sebelah aku sambil tengok gambar2 Aiman. "Adik comelkan, Abang?"  Asyraf senyum cakap "ha'ah lengan adik berbulu cam lengan Abang kan... adik-beradik abang ni banyak bulu cam monkey jer, hahaha..."  Asyraf suka bergurau dia tak kisah kalau orang kata dia monkey kalau mama masa kecik dulu maunya nangis kalau orang ejek mama cam monkey, open minded jugak anak aku ni.  "Ada ke pulak, tapi bulu halus jer, cute kan.. nasib Aisyah tak camtu." Aku paling suka tengok lengan anak2 aku masa baby semuanya tembam2 anak lelaki pula berbulu halus.. comel jer.. pernah aku melawat rumah jiran sebelah yang kebetulan anaknya sebaya Aiman, sebab rindu agaknya boleh pulak aku cium lengan baby tu..nasib mak dia tak kata aku buang tebiat atau mungkin tak terucap kot sebab kesian kat aku..

Sporting betul anak2 aku ni.. kalau ajak g zoo katanya nak melawat sepupu..hahahaha..

bulu2 halus tu jelas kelihatan, Asyraf dulupun macam tulah lengannya..(Rindunya nak peluk dan cium)

"Abang tahu, masa adik dalam kandungan mama, bila umur dia 8 bulan roh adik naik ke langit dan buat perjanjian ngan Allah, Adik memilih untuk tinggal di syurga tapi dia nak jumpa mama ngan baba dulu, pastu baru dia balik".. aku dengan confident jer bercerita kat Asyraf, sebab itu yang aku dapat tahu, almaklumlah aku ni bukan arif bab ni tapi aku suka membaca dan mendengar. Muncul rasa gembira sebab Aiman memilih untuk bersama mama dan babanya seketika, dia mahu melihat mama serta babanya dan dia mahu minum susu mamanya dan dia mahu mamanya berjaga malam merawatnya waktu dia demam panas. Terima kasih Aiman sebab bagi mama kesempatan ini. Tiba2 Asyraf mencelah "Kenapa Adik taknak jumpa Abang?" Kesian aku tengok Asyraf tiba2 muka dia bertukar sedih.. "Aimankan sakit macamana dia nak jumpa Abang, kenapa Abang tak jenguk Aiman kat wad hari tu" Aduh salah soalan aku gi tanya.. "Bukan abang taknak datang tapi abang takleh masuk"  Cam marah la pulak. "Takpelah bang, kan Abang jumpa juga Aiman masa kat surau hari tu..."

sarung tangan dan kaki Aiman..

Aku teringat akan sarung tangan dan kaki Aiman yang aku terjumpa masa kemas almari Aishah, aku minta Intan tolong ambilkan sebab aku nak satukan pakaian Aiman di satu tempat. Masa nak serahkan sarung tangan ngan kaki tu Intan sempat pesan "Akak janganlah nangis ye.."  depan Intan aku cakap mana ada aku nangis tapi dalam bilik berhujan jugaklah airmata ni..

Ntah kenapa masa aku pegang baju ni aku cakap.. "Baju Aiman ni mama bagi Adik pakai ye sayang.."

Dulu masa mula2 Aiman pergi, aku sedih sangat. Aku tengok barang2 baby aku simpan elok2 tak terlintas langsung nak kasi kat orang, bagi aku tu Aiman punya, lama-lama aku rasa tak guna aku simpan sebab Aiman dah pergi. Kebanyakan barang baby yg aku bagi kat orang semunya aku beli sendiri, ada yg orang bagi sebagai hadiah masih dalam simpanan. Memandangkan ada barangan baby Aiman yang besar2 so aku bagi kat anak buah aku dan juga anak jiran aku. Eni tegur "Akak ni bagi kat orang, akak taknak mengandung lagi ker.." Ntahlah aku tak rasa aku nak mengandung lagi sebab aku takut perkara yang sama akan berulang. Ramai yang nasihat supaya jangan. 

Minggu tu adalah hari yang paling membuat aku rindu sangat kat Aiman, Aku tak menangis seperti awal2 dulu, cuma setiap kali melihat video Aiman, aku rasa macam nak peluk Aiman erat2. Kadang2 aku tersenyum sendirian tambahan pula aku tengok video Aiman guna screen computer yang besar, aku tengok full screen dah serupa saiz sebenar Aiman dah.

Dalam bulan September tak tahu hari apa, sedang aku duduk di sofa dan ingin bangun untuk ke dapur tiba-tiba aku terjatuh. Terasa bumi ni berpusing-pusing, mungkin aku kurang darah jadi aku duduk balik. Kemudian baba balik mengadu loya2 dan muntah2.. Alamak! Apakah?!! oh tidak.. na mungkin.. tapi aku tahu itu adalah tanda2 oh tidak..tidak.. 

Bila si baba dah tak loya, mama pulak loya2 terutama waktu pagi dan sebelah petang. Maka deria bau pula menjadi kuat. Semua benda adalah busuk!. Pergi pasar malam aku termuntah.. biasalah si baba ni memang jenis susah sikit menerima hakikat so dia marah2.. bukan sengaja hokey.. memang pasar malam tu busuk. tiba2 lak kann..Kami berbual kosong hujung minggu. aku tanya soalan cepumas, kalau mama pregnant camner..? si baba tak jawap tapi dia gelak dan cakap "kang orang cakap kang teringat lak Ustaz Kazim punya dialog. Abang dah pesan.. beringat!"  

Kat office aku rasa floating jer, ahhh! walaupun aku tak caya tapi aku beli jugak UPT kit. Lunch hour orang pergi makan, aku lak buat test then menjerit dalam toilet.. Ms Chuah...OMG!! .. tak apsal2 colleague aku terkejut beruk "WHAT! WHAT! What happen?!" katanya.. aku gigit jari then said " I'm pregnant, oh my... I'm pregnant!. then Ms Chuah cakap "oh rajinnya..." (what do mean by rajinnya..saja taw nak bagi kite blushing.. cakaplah oh suburnya kan..hahahaha...)

Ini adalah test paling laju dan clear yang pernah aku buat, 2 line memang jelas. Masih tak caye pergi buat Kad Pink, awal doe.. aku buat kad pink dah amik darah bagai still can't believe..mula nak rahsia konon tapi bagitahu juga orang pastu Dr Ina scan perut walaupun aku dah past urine tapi memang Allah nak tunjuk 6 weeks sahaja dah nampak janin dan degupan jantungnya memang jelas kelihatan. Menurut Dr Ina susah nak tengok kalau air kencing takde tapi memang si baby nak mama dia percaya dia wujud. Ya Allah, aku bersyukur sangat. Masa tu ntah apalah yang aku rasa, perasaan bercampur gaul. happy, takut dan ntah apa2 lagi..

Sekarang ni aku dah hamil 8 minggu.. yeay...!!!

Duhai Aiman, mama tetap sayangkan kamu, kehadiran adik bukannya penganti dirimu kerana kamu adalah kamu begitu juga Adikmu ini.. Setiap anak mama adalah yang teristimewa buat mama. Tiada kan pernah mengantikan Asyraf, tiada juga pengganti Aishah, begitu juga Aiman, dan baby yang mama kandung ini. Alhamdulillah.. Aku masih diberi rezeki. 

Hai mama, I'm in your belly right now!.. 

No wonder mama teringin nak makan nasik briyani .. erm.. adikpun suka nasi briyani juga erk??  Nanti kita cerita tentang mengidam nasi beriyani. Sebenarnya kisah beriyani ni dulu nak buat baru entry ni tapi memang aku takleh nak berahsia. Hahaha.. mak mertua dan bos aku tak tahu lagi... cam takut jer nak habaq.. boleh??..

thanks for reading this entry ^_^

Khamis, 24 Oktober 2013

Jalan-jalan di Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t.

Cerita dah lama memandangkan hubby tanya mana gambar mereka kat Putrajaya jadi mama nak siarkan gambar2 tu di sini..

Mama tak ikutpun mereka ke Putrajaya sebab masa tu mama kerja dan kebetulan mereka ke Putrajaya sebab nak ambil KP (Kad Pengenalan) baba yang baba tukar baru sebab cip kat KP lama dah rosak, susah nak berurusan dengan bank kalau cip kat KP tu rosak. So sambil2lah tu dan kebetulan pulak kami satu keluarga masa tu suspek TB pasal makcik Eni kena TB tapi Alhamdulillah dah sihat, kamipun bebas TB. Sebelum ke Putrajaya mereka ke IPR (Institut Perubatan Respiratori) dan selesai check-up baru mereka ke Putrajaya. 

Dah alang2kan so mereka pun bergambar.. jom layan sebahagian gambar yang diorang ambil.


 Baba, Aishah dan Asyraf

 Kenangan bersama maksu Intan, siap berlakon lagi


 Tiga sekawan dan musuh ???

Cantik tapi sayang mereka tak bersedia..

 Ni pun sama..

 cehcehceh..hero kitoranglah ni..kemain lagi kannn..


Nak kemana pulak...

Baba kata best tempatnya. Lain kali kita pergi. Baba teringat gambar ni sebab dia tertengok gambar Aishah dan Asyraf bergambar kat sungai Chongkak, dia pun sibuk nak ajak kami ke Bukit Belacan..Baba..baba takde tempat lain ke selain Bukit Belacan??? hehehe..

Ada rezeki kita jalan-jalan lagi K.!

thanks for reading this entry ^_^