Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 18 Januari 2013

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar perkongsian.....


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥

Credit to Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung shared Healthymamaery's photo.

thanks for reading this entry ^_^

18 ulasan:

  1. wah bgaimana tuh bayi benerang dalam rahim,,
    kira-kira gaya apa ya yang digunakan,,,
    asik mmbayangkannya,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. gaya bebas barangkali hehehe..
      memang seronok kalau dapat bayangkannya (^_^)

      Padam
  2. ya bayi saya sudah tendang2 n duduk tk diam huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...itu menunjukan baby awak sihat..
      awak tahu Angah, saya paling tak sabar nak tunggu saat tu..
      walaupun kadang2 sakit tapi seronok kalau nampak gerakan baby dalam perut kita..

      Padam
  3. Subhanallah Nita.... Saya baca ni... hati saya melting... Rasa mcm tak sabar nak tgk anak saya... COmelnya baby ni... Dari dlm perut dah boleh buat mcm2. Terharu sangat. Baca ni pun sambil tersenyum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maha Suci Allah..

      samalah yang saya rasa.. walaupun ni kali ketiga saya pregnant, saya juga tak sabar nak tunggu baby saya lahir..Baby Lyd pun comel jugak, tengok ibu diapun kita dah tahu...

      tulah membuatkan hati rasa senang bila kita dapat rasa pergerakan tu dan membayangkannya..

      Padam
  4. terima kasih kak, kongsi ni.. bagus ni. harap-harap Ros pun ada rezeki untuk jadi seorang ibu. doakan ye kak :)

    Rasanya boleh kak.. banyak pilihan tau shampoo ni.. ada untuk macam-macam jenis rambut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2...
      Akak doakan semoga Ros dapat rezeki menjadi seorang ibu..Aamiin..

      tulah ingat nak pergi watson tadi cari syampoo tu..
      terima kasih sebab berkongsi petua ye.. (^_^)

      Padam
  5. hehe..no 10 paling menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu faiq..
      dan saat paling ditunggu-tunggu (^_^)

      Padam
  6. subhanallah, baca postingan ini jadi teringat betapa kita dulu seperti itu ya Nit...

    BalasPadam
  7. Subhanallah.....betapa menariknya 10perkara tentang bayi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebesaran Allah..
      memang sangat menarik Wanieys. Akakpun suka membacanya dan membayangkannya (^_^)

      Padam
  8. wahh menariknyaa..nice sharingg kak nita..


    Na rinduuuuuu kak Nitaaaaaaa!
    maaf lama dah x dtg blog ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Jna...

      Rinduuuuu... Jna juga !!!
      its Ok, akak pun dah lama tak update dan tak singgah kat blog Jna. :)
      nanti akak datang k :)

      Padam
  9. jadi saat sang ibu mendapat stress, emosi sang bayi juga terganggu ya? so, sang ibu seharusnya tidak mudah marah ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. seharusnya begitulah zach (^_^)

      Padam

cayalah sapa yang komen :)