Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang kekal hanya tulisanku di atas buku.....Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, doakan keselamatan aku dari azab (api neraka). ~Imam Shafie~

Jumaat, 31 Mei 2013

Pregnancy : 35 weeks - Elderly Mother

Assalamualaikum w.b.t.

Elderly Mother ko, hurmm.... dah tua rupanya aku hahahaha....selama ni rasa cam remaja jer -silajanganmuntah-

Oklah kenapa Elderly Mother?? memang dari segi umur aku dahpun menjangkau 35tahun...Dah 36 tahun pun, aku rasa cam pelik sikit, bukan sebab perasan muda tapi pelik sebab ada doktor mengatakan 40 tahun adalah elderly mother dan sebelumnya masih ok, maksud aku golongan yang mempunyai risiko tinggi  ketika pregnant. Yelah macam orang cakap bila dah jangkau 40an tubuh badan wanita dah tak sekuat sebelumnya. Risiko dari kesihatan baby dan ibu adalah tinggi, untuk mengulas lebih lanjut apa masalah tu, memang taklah pasal aku memang tak mau ambil tahu. Bukan tak mahu berkongsi info tapi tak mahu fikir banyak2 sebab aku pregnant.

Perkara yang paling hebat dalam hidup aku adalah pregnant dan melahirkan anak, kalau aku nak berbual dengan kawan2 perkara yang sering aku bualkan dan seronok sangat nak dengar ialah pengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak2.

Sebenarnya aku ni dari kecik memang tak suka budak2. Budak2pun tak suka aku, aku tak pandai nak tunjuk rasa kasih sayang kat budak2 dan yang peliknya budak2 paling suka buli aku. Mungkin sebab mereka tahu aku memang takan berani marah diorangpun (anak orang ko nak marah ker kalau adik2 aku memang lama dah kena). Jadi kat mana ada budak kecik memang aku takdelah. Tapi aku dilahirkan dengan adik-beradik yang ramai dan memang kesemua adik2 aku takut dengan aku pasal aku garang. Rasanya adik-adik aku lebih takut aku dari mak aku. Kadang2 mak aku pernah gertak adik2 aku, suruh kemas rumah sebelum aku balik. hehehe... memang boleh dikatakan aku ni singa betinalah masa dulu2. Kami orang susah, hanya abah je yang bekerja. Perkara yang takan akan aku lupa ialah pernah rumah kami takde electrik. Kipas tak berfungsi, malam tu aku tak boleh tidur dan terlihat mak mengibas kain batik untuk dibuat kipas bagi adik-adik aku tidur selesa dan tak berpanas malam tu. Dan sesekali dia menepuk nyamuk. Aku kesian melihat mak, dan malam berikutnya walaupun aku tak larat aku ambil alih tugas tu. Aku memang garang dan selalu bergaduh dengan adik2 aku tapi dalam hati aku, mereka adalah kesayangan aku. Pernah aku terfikir kalau aku dah kawin aku hanya mahukan seorang atau dua orang anak sahaja sebab aku tak mahu anak2 aku alami kesusahan seperti kami lalui. Aku silap, bila dah dewasa aku terfikir balik. Macamana abah yang bergaji kecil tu boleh besarkan kami seramai 13 orang dan kesemuanya pergi sekolah dan makan 3 kali sehari. Hebat bukan.. Kuncinya ialah jangan pernah merungut dan memikirkan kesusahan serta percaya setiap anak ada rezekinya masing-masing.

Aku ditemukan jodoh setelah berumur 26tahun dan melahirkan anak sulung sewaktu umur 28tahun. Aku seronok sangat masa tu, tambahan pula memang aku nak sangat dapat anak sulung lelaki. Memang baik sangat orangnya, dan proses kelahirannya adalah paling best sebab tak ada langsung tanda2 kesakitan cuma panik jer.. Dia dilahirkan songsang dan aku tak perlu rasa sakit nak bersalinpun. Dan paling aku bangga sangat sebab ramai yang puji anak aku ni tak pernah menganggu orang dengan tangisannya. Sebab dia sentiasa tidur dan hanya menghisap jari bila dia lapar. Dan 2 tahun kemudian aku, melahirkan anak perempuan pula, cuma kali ni Allah makbulkan doa aku agar melahirkan anak secara normal. Aku pernah dengar kawan aku menangis bila doktor suruh dia di operate, alasannya dia nak jadi wanita sejati dengan melahirkan anak dengan kesakitan sebenar. So akupun tak mahu ketinggalan juga. Dan barulah aku tahu betapa sakitnya nak lahirkan seorang anak. Masa tu, aku tak putus2 berdoa, memohon agar Allah ampun segala dosa2 aku, sebab aku memang takut sangat masa tu dan masa tu juga aku tergambar wajah mak aku, dan baru aku tahu betapa besarnya pengorbanan ibu yang melahirkan kita dan harap Allah beri peluang untuk aku jumpa mak aku. Memang ajaib betul rasa bila anak dah keluar, aku rasa lega seleganya. Tambahan pula anak aku yang kedua tu perempuan. Bersalin kali kedua ni memang mencabar sebab aku memang takleh nak bangun langsung, Aku hanya mampu melihat anak aku yang nurse tu letak betul-betul tepi tingkap dengan cuaca yang panas pulak tu. Dahlah sedara mara takde, nak minta tolong nurse ambil anak bagi kat akupun suara aku tak terkeluar, pasal nurse cam busy jer. Handphone takde, dan takde sapa tahu aku dah bersalin, sedih juga bila nurse tegur pasal apa uri takde sapa bawa balik lagi walhal dah lama bersalin. Darah penuh kat katil pasal pad tak bertukar, Nurse kat labor room dah pesan suruh minta tolong nurse kat wad tolong tukarkan sebab dia tahu luka aku parah, tapi nurse kat wad kata aku ni manja, orang lain pun bersalin jugak dah start packing nak balik dah yg aku ni nak bangun pun malas. Sungguh perit tika tu, rasa diri ni tak berguna langsung gagahkan jugak diri ni tapi sekadar duduk jer, menyeket pulak tu. Nasib baik ada staff nurse yang baik hati bertanya dan kata kejap lagi dia nak suruh nurse pelatih tolong aku,  tapikan tak agak2la pulak salah seorang nurse pelatih tu ialah lelaki. Fuh nasib aku baik sebab my hubby datang dengan mak mertua aku, mereka terkejut sebab mereka ingat datang nak melawat tapi kena jemput aku balik dan rasanya tak sampai 24 jam aku bersalin dah dibenarkan pulang. Ingatkan kat wad jer nurse kata aku manja kat rumahpun sama. Tapi percayalah memang sakit tau luka tu cam ada jarum tertinggal jer kat dalam tu. Seingat aku proses kelahiran lebih pantas berbanding jahitan luka so, memang parahlah sebab aku sendiri dengar doktor cakap sesama mereka, dan doktor yang menjahitnyapun bertukar dari doktor biasa ke doktor pakar. Memang serik dah aku nak bersalin normal... sakitnya hanya Allah je yang tahu.

Itu pengalaman melahirkan, sebulan lepas tu ada lagi cabarannya. Anak kedua aku ada masalah jantung, nasib baik aku ke klinik masa tu, tapi sebenarnya aku tak mahu pergi sebab nurse kata nak bagi injection waktu baby umur 2 bulan. Lepas dapat surat refer aku singgah kat klinik tempat aku buat part time dan dia suruh aku pergi hospital cepat2 sebab anak aku dah nazak. Memang aku tahu ada yang tak kena ngan anak aku sebab dia tak minum sangat susu badan selalu berpeluh dan nafas dia laju, bila tanya nurse yang datang melawat hari tu dia kata normal je baby bernafas cam ghitu. Kat hospital lak, habis anak aku kena kerumun dengan doktor dan anak aku dicucuknya merata siap pakai gas oksigen bagai. Pastu doktor cakap ngan aku nasib baik aku datang cepat sebab paru2 anak aku dah bengkak teruk. Maka berkampunglah aku kat hospital. Dan kemudian anak sulung aku pulak didapati mempunyai masalah jantung malah lebih teruk cuma ia tak efek paru2 dan tak dapat dilihat melalui x-ray. Nasib baik juga sebab aku ni memang banyak bertanya dan minta doktor periksa anak aku mengunakan kaedah yang sama dengan adiknya dan disebabkan lubang pada jantungnya besar dan dia terus dirujuk ke IJN. Kisah mereka ada disini .

Perit rasanya nak mengandung lagi, sebab takut anak no 3 pasti lebih parah. Pernah aku betanya doktor, kalau aku mengandung lagi, adakah anak no 3 akan terima nasib yang sama. Doktor tu kata ada dua kemungkinan berdasarkan pengalaman, mungkin anak no 3 akan hidapi risiko lebih tinggi dan mungkin tidak ia hanya sejenis kecacatan dan tak semua bayi dilahirkan begitu. Jangan bimbang. Tapi aku insan yang lemah memang selalu ada kebimbangan. Hinggalah aku buat keputusan untuk memakai IUD bagi mengelak dari hamil lagi. Dan itu adalah kesilapan aku. Setelah 2 tahun lebih aku mengunakan dan akhirnya aku mengeluarkannya dan masih tidak mahu lagi anak sebab aku takut. Kedua-dua anak aku masih menjalani rawatan di hospital. Dengan keadaan ekonomi kami lagi. memang tak terlintas untuk mempunyai anak lagi. Tapi hati aku tersentuh bila mendengar nurse yg bertugas tu cakap dengan aku, lepas ni aku boleh guna kaedah lain pula iaitu kaedah implan. Katanya lepas 3 tahun umur aku 35-36 dan masih sempat mengandung lagi. Bila aku fikir balik, nurse tu seakan beritahu aku apa yang aku terlepas. Aku beritahu hubby aku apa yang aku faham tentang apa yang nurse tu cakapkan. Dan akhirnya aku dengar hubby aku luahkan pandangannya "kenapa nak sekat apa yang Allah nak bagi kita, anak tu kan rezeki." Wow, blame is on me nampaknya. Tapi aku still bersyukur sebab hubby aku sebenarnya tak kisah. Cuma aku je yang gelabah. Mula saat itu, aku tak pakai apa2 alat perancang keluarga lagi. Dan berjanji akan harungi apapun dugaan asalkan anak2 aku sihat dan membesar dengan baik. Tapi betullah walaupun aku tak mengimplankan diriku memang lepas 3 tahun baru aku pregnant balik. Maknanya after 6 years Allah beri aku peluang menikmati anugerah yang amat berharga ni. Aku dah bersedia dan bersyukur sesangat. Alhamdulillah...

Ye, bersedialah sangat!!

Perkara yang paling happy dalam beberapa bulan ni ialah aku pregant, wah memang aku sengaja ambil kesempatan. Masa nilah nak berehat-rehat dan ramai lak yang prihatin. Nak makan apapun En hubby sediakan, tak perlu susah2 nak masak sebab ada orang dah sediakan makanan. Tapi selera pulak takde, hingga sekarang aku masih muntah-muntah. Dan paling tak best sesak nafas. Tidurpun susah, actually kehamilan lepas2 aku memang alami macam ni dan belarutan sampai anak lahir cuma kali ni berganda-ganda pula sakitnya. Pertama kali aku alami kaki bengkak, dipaksa minum air gula bukan sekali tapi dua kali. Uwekk.. dan diberi pula satu pandangan yang aku rasa tak sanggup nak dengar iaitu aku berisiko melahirkan anak yang abnormal @ d/syndrome berdasarkan sejarah kehamilan yang lalu dan juga faktor umur. Masa doktor tu cakap, aku dah seram sejuk, suarapun terketar-ketar. Doktor nasihatkan aku jalani ujian kariotipe  untuk kepastian. Dah, berminggu-minggu pulak aku dok risau. Ada yang suruh buat dan buangkannya bila ianya confirm bermasalah. Kita orang Islam, sanggup ker, dan sanggup tak aku terima jika hasil ujian tu betul. Ya Allah, aku tahu ini ujian, tapi sanggup ker... Akhirnya aku dengar hubby aku bersuara, dia paling menyampah jika aku bangkitkan isu ini. Dan jangan ambil ujian tu, biar baby tu lahir dan kita terima dia seadanya. fikir yang baik-baik jer. Walaupun doktor membebel cakap jangan terkejut bila baby tu lahir nanti. Jawapan aku mudah, mahal sangat belanja untuk buat ujian tu dan aku takan bayar untuk tahu keadaan baby tu sebab kalau aku tahu ianya negetif pasti aku akan kecewa sepanjang kehamilan aku. Yang aku tahu sekarang aku akan lahirkan anak yang comel dan sihat serta baik macam abang dan kakaknya.

Abang & Kakak

Tapi aku still buat detail scan. Mulanya memang risau bila pembantu perubatan tu cakap ngan kawan dia, yang dia rasa ada yang tak kena pada wajah dan juga keadaan jantung anak aku. masa tu aku sendiri tanpa hubby disisi. Gila ko tak gelabah, kemudian pegawai perubatan kedua cek cakap muka baby normal jer dan jantungpun ok cuma nampak cam besar sikit jer. Katanya jangan bimbang semuanya kelihatan normal. Siap buat lawak cakap terkejut tengok tarikh lahir aku ingatkan muda lagi sebab kecil je orangnya. Tapi ada nurse tu faham, lalu menyampuk kecil2 tapi semangat kuat kan.. Yelah, ko pujilah aku, cakaplah aku ni muda dari usia tapi ia takan hilang rasa bimbang aku ni. Beberapa minit kemudian, doktor pakar pula cek aku, katanya its seen like ada problem tapi not to worry sebab baby masih kecil dan masih ada dalam proses pembesaran dalam erti lain masih tak matang lagi. So Doktor pakar tu minta aku datang lagi buat scan dan kali ni dia nak minta pandangan Pakar dari luar dan kebetulan akan datang minggu depan. Hari yang ditunggu pun tiba, walaupun aku datang awal. Doktor yang dijanjikan tak muncul sebab ada hal, dan yang buat detail scan tu hanya pembantu perubatan jer dan kali ini aku ditemani hubby pada mulanya dia cam tak puas hati sebab yang scan aku tu lelaki. Pastu lama2 nampak cam dia terima jer sebab memang hanya ada dua orang pembantu perubatan dalam unit tu dan kedua-duanyapun lelaki tapi kami masih ditemani 2 orang jururawat wanita. Perut dah makin membesar dan proses scan tu tak begitu lancar sebab aku alami sesak nafas yang teruk. Sekejap jer aku baring dan kemudian duduk hingga nak pitam aku dibuatnya. Tapi aku still puas hati sebab aku nampak wajah anak aku walaupun screen tu warna hitam putih tapi ianya kelihatan jelas mata, hidung serta mulutnya memang seiras asyraf dan lega hati aku tengok hubby aku tersenyum sebab diapun rasa apa yang aku rasa.  Aku tanya juga pada nurse kenapa bukan Doktor pakar yang scan aku, sebab minggu lepas Dr Baskaran kata dia nak Pakar dari luar cek aku, nurse tu pun macam blur je katanya betul ke aku pernah datang sebelum ni, rupanya Doktor tak buat nota kat dalam file aku cuma tulis dalam buku pink aku jer tulah sebabnya nurse tak tahu. Kemudian Dr Ramadass datang dia adalah pakar O&G dia buat scan lagi sekali dan dia pastikan baby kelihatan normal. So jangan bimbang dan aku kena buat follow-up kat GH lagi sekali. Dan sekarang, Doktor terakhir cek aku cakap. aku takde masalah dan boleh buat folow-up kat klinik ibu anak di kawasan rumah aku. Tapi ada satu jer yang risaukan aku, bila doktor minta aku sain kat satu borang. Dengan bahasa cam Indonesia jer doktor tu tanya aku "Nanti mahu dioperasi atau beranak biasa". Nak jer aku cakap "Boleh pilih ya Ibu Doktor, biasa atau operasi" tapi sebelum ayat tu terkeluar aku dah tergelak dulu dan cakap boleh ke saya bersalin normal Doktor?" Doktor tu kata boleh cuba tapi kalau songsang perlu operasi. Dalam hati aku, doktor ni Indon ker atau dia ingat aku Indon, tapi bila dia bercakap dengan anak buah dia memang cam tu jugak bunyinya. "Patient mahu ambil risiko beranak biasa refuse untuk operasi.

" Alamak!! kenapa bunyi cam serius jer, tapi takpelah kite tunggu jer ok."

Oklah nanti 3 June, aku jumpa balik nurse faberet aku kat Sri Rampai JT Fathihah, suka dia baik sangat orangnya.

Oh ye, baru2 ni ada cek bateri jantung Asyraf kat IJN, akupun ambil kesempatan tanya Doktor pasal baby dalam perut ni. Doktor tu kata kalau nak pastikan kena buat ujianlah tapi ujian tu lama dan doktor yang bertugas tak selalu ada. Kalau nak buat dia boleh rekemenkan. Aku kata takyahlah sebab dah nak masuk 35 minggu dah, tunggu masa jer. Doktor tu pun kata, kenapalah Doktor2 sebelum ni buatkan patient risau, Elderly Mother dan berisiko tinggi ialah untuk 40an dan dalam banyak kes tu cuma 8% sahaja yang berisiko. Jadi jangan bimbang sangat. In Sha Allah semuanya kan selamat.


Taraa...inilah perut ibu ngandung masa ni dah 33 weeks... ada yg kata besar ada yang kata kecik tak tawlah mana satu yg betul, yang pastinya ia adalah kandungan yang besar yang pernah aku kendung hehehe...

Sekarang ni berat badan aku dah capai 51kg, kali pertama dalam hidup aku seberat itu, tapi kawan aku cakap aku ni dah macam orang Somalia pegnan pasal bila dia tekan bahagian atas dada aku terasa tulang. Sebelum pregnant memang ada berisi sikit badan ni, bila dah pregnant boleh pula tulang selangka aku teserlah memang confirm kuruslah cuma perut jer membesar. Tapi apa-apa halpun, aku bersyukur sangat sebab berat baby adalah berat ideal, maknanya baby tu sihat membesar. 

Oh ye...Its' a boy. hehehe...

Panjang lebar citer aku, ada kene-mengena ke tidak, aku pun tak tahu.

Buat teman semua doakan saya dan baby ye.

thanks for reading this entry ^_^

22 ulasan:

  1. dari awal sampai hbs sy baca... ada part yg buat saya rs sayu... pe2 pun, sy doakan yg terbaik... InsyaAllah xda pe2.. jgn risau yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas doanya, ina..
      saya betul2 hargainya (^_^)

      Padam
  2. salam nita
    lamanya x mai sini
    winduuu ;)

    dikk tahniah dah 36 weeks .. x sabar lak akak rasanya
    dikk why nampak kurus ..
    wajah nampak sikit pucat
    u should take something yg bagus utk ur body and bb ..
    semoga selamat ke kelahiran ..

    ps : mcm prdk herbalife , memang elok utk preggy woman & menyusu , dia tmabah susu badan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam k.ieda
      erm...samalah kite
      winduu jugak :)

      terima kasih, saya lagi tak sabar sebenarnya hihihi
      tu lah pasal, kurang selera kot sekarang ni
      ada juga ambil vitamin supplement tapi cenghitu jugak badannye..
      terima kasih In Sha Allah moga selamatlah hendaknya

      pernah dengar product ni In sha Allah nanti saya cuba, anyway thanks k.ieda :)

      Padam
  3. lama gak keliahatn mbak nita,
    semoga baik2x aja semuanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyelah lama jugaklah, sekarang ni lagi sibuk dan takde mood
      Terima kasih Mbak Iis sudi kemari..
      In Sha ALLAH moga semunya baik2 aje (^_^)

      Padam
  4. Semoga selamat dan dipermudahkan segala2nya...sabar ye...tak sabar jgk ni nk tgok baby yg bakal lahir tu...medti comey...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah...

      terima kasih, saya pun tak sabar juga sebenarnya (^_^)

      Padam
  5. saya mendoakan pasti, Nita.
    berhati-hatilah keep kesihatan selalu. salam untuk Asyraf ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doanya zachflazz..

      In Sha Allah, akan sentiasa berhati2 dan salamnya akan kusampaikan pada Asyraf nanti. (^_^)

      Padam
  6. alahai comelnya perot.....ibu pun comelllje.........

    BalasPadam
  7. panjangnyee cite akak...smoga semuanya dipermudahkan kak..insyaallah~ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...balas dendam sebab lama tak meng up-date..
      In Sha Allah...
      terima kasih Mizz Farah :)

      Padam
  8. Kunjungan perdana ..
    semoga dimudahkan .. yang penting berserah diri kepada-Nya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah..terima kasih atas kunjungannya..
      ya semoga semunya dipermudahkan..Aamin..
      betul, yg penting berserah kepadaNya.. In Sha Allah semuanya akan baik2 (^_^)

      Thanks Mohammad Isnaeni :)

      Padam
  9. Moga dipermudahkan...bykkan berjalan...mudah nak bersalin. Takut mmg takut...tp ianya pasti akan kita tempuhi...sy pun masih seriau lg ni...huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin..

      In Sha Allah akan cuba buat tapi sekarang ni kena banyak rehat sebab banyak kerja urgent kat opis.. hehehe
      Betul tu, memang tak boleh nak mengelak walaupun perasaan takut membuak-buak kann.. apa2 hal tahniah, awak dahpun selamat melahirkan baby girl yang comel..suka tengok pic dia (^_^)

      Padam
  10. dah ak lama tu...moga dipermudahkan ketika melahirkan bayi nanti..jgn stres sangat tau...

    BalasPadam
  11. Keciknya awak ni rupanya. Comel sgt. Perut tu kecik je saya nampak. Awk, dugaannya anak sulung awk ada sakit jantung, yang kedua paru2. Semoga Allah berikan anak ketiga yang sihat utk awk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah.. terima kasih LydSunshine :)

      Padam

cayalah sapa yang komen :)